Isteri KM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Apr 2023 10:32:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Isteri KM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isteri KM santuni warga kerja kesihatan sekitar Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2023/04/15/isteri-km-santuni-warga-kerja-kesihatan-sekitar-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2023/04/15/isteri-km-santuni-warga-kerja-kesihatan-sekitar-kota-kinabalu/#respond Sat, 15 Apr 2023 10:32:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32814
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag, mengagihkan bubur lambuk sempena Program Jalinan Kasih Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Kesihatan.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag (dua kiri) berbual mesra dengan warga kerja kesihatan sempena Program Jalinan Kasih Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Kesihatan. – Foto ihsan JKM Sabah

Bubur lambuk tersebut diagihkan di tiga buah hospital di sekitar Kota Kinabalu iaitu Hospital Queen Elizabeth (QEH); QEH2 dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Beliau diiringi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin dan ahli- ahli MUTIARA GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/15/isteri-km-santuni-warga-kerja-kesihatan-sekitar-kota-kinabalu/feed/ 0 32814
Perkenalkan Menu Masakan Tradisional Ke Seluruh Negara – Isteri KM https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/#respond Wed, 15 Dec 2021 10:33:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9912
Read Time:1 Minute, 17 Second

TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag turut melakukan demo masakan sempena pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita’ peringkat negeri Sabah di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran, di sini pada Rabu.

Dalam pertandingan itu yang disertai sebanyak 18 kumpulan yang terdiri daripada 36 ahli Peladangnita dari seluruh negeri Sabah, Juliah turut berharap program itu mampu meningkatkan kemahiran wanita di negeri ini khususnya dalam masakan tradisional.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu.
Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag melakukan demo masakan ketika hadir pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Dari Dapur PeladangNita, Lembaga Pertubuhan Peladang Peringkat Negeri Sabah 2021 di perkarangan Bangunan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran pada Rabu. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

Beliau juga berharap Peladangnita yang berkumpul pada program ini dapat bertukar- tukar idea dan pandangan dalam usaha menjana serta meningkatkan semula pendapatan untuk membangun ekonomi keluarga dan negara.

“Saya berharap wakil dari Sabah akan dapat memperkenalkan menu masakan tradisional negeri ini di seluruh negara menerusi pertandingan kulinari `Dari Dapur Peladangnita di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, bermula pada 21 hingga 23 Disember ini.

Sementara itu, kumpulan peladangnita dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran telah memenangi pertandingan itu sekali gus mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Juliah yang merasmikan majlis itu turut merakamkan tahniah kepada Peladangnita PPK Tuaran dan berharap mereka dapat mengharumkan nama negeri Sabah sekali gus memperkenalkan menu tradisi rakyat negeri ini ke seluruh negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/perkenalkan-menu-masakan-tradisional-ke-seluruh-negara-isteri-km/feed/ 0 9912
Isteri KM Saksi Penyerahan Portable Ultrasound Machine Untuk Pengesanan Awal Kanser https://sabahmedia.com/2021/10/21/isteri-km-saksi-penyerahan-portable-ultrasound-machine-untuk-pengesanan-awal-kanser/ https://sabahmedia.com/2021/10/21/isteri-km-saksi-penyerahan-portable-ultrasound-machine-untuk-pengesanan-awal-kanser/#respond Thu, 21 Oct 2021 08:55:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7739
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, hadir sebagai tetamu kehomat dan saksi bagi penyerahan Portable Ultrasound Machine dan sumbangan dana daripada lebih 10 penderma kepada Kinabalu Pink Ribbon, di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.

Juliah, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menjadi saksi penerimaan Portable Ultrasound Machine kepada Kinabalu Pink Ribbon yang disumbangkan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Bacho Jansie.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Laura Bazan; Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecelia Edwin dan Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit; Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Endokrin Hospital Queen Elizabeth 2, Dr Siti Zubaidah Sharif dan Pengasas Kinabalu Pink Ribbon, Datin Lucilla Pang.

Terdahulu dalam ucapannya, Laura merakamkan terima kasih atas sokongan padu daripada isteri Ketua Menteri bagi menjayakan kempen kesedaran kanser payudara di negeri ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma sehingga berupaya membeli Portable Ultrasound Machine untuk kegunaan ketika projek luar jangkauan (outreach) kami nanti.

“Mesin ini akan dapat mengenal pasti sebarang kelainan dan membuat pengesanan serta sasaran untuk mendapatkan sampel bagi tumor yang ada. Pengesanan awal ini memudahkan rawatan susulan sekiranya ia mengandungi sel kanser,” katanya.

Sementara itu, selain Kumpulan Sawit Kinabalu, penderma lain yang turut menyumbang dana ialah Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) dan Andamy Properties Sdn Bhd, yang diwakili oleh Tan Sri Datuk Seri Andrew Liew sebagai Presiden SUCCC dan Pengarah Urusan Andamy; Tan Sri Datuk David Chu; Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah, Datuk Susan Wong Siew Guen; Datin Carlota Lo Nee Bazan; Datuk Johnny Yong; Sapulut Forest Development Sdn Bhd yang di wakili Datuk John Lo; Ketua Pegawai Eksekutif Forest Solutions Malaysia Sdn Bhd, Glen Macnair dan Advance Grow Sdn Bhd diwakili Ko Yin Lung serta Wijaya Daya Sdn Bhd; Expertserve Corporate Services Sdn Bhd dan Borneo Rizqia Sdn Bhd.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/21/isteri-km-saksi-penyerahan-portable-ultrasound-machine-untuk-pengesanan-awal-kanser/feed/ 0 7739