istiadat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 21 Jun 2025 01:58:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png istiadat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 2,800 peserta sertai perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran TYT Sabah https://sabahmedia.com/2025/06/21/lebih-2800-peserta-sertai-perbarisan-sempena-ulang-tahun-kelahiran-tyt-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/06/21/lebih-2800-peserta-sertai-perbarisan-sempena-ulang-tahun-kelahiran-tyt-sabah/#respond Sat, 21 Jun 2025 01:58:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75902
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Seramai lebih 2,800 peserta daripada 78 kontinjen mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Padang Merdeka di sini pagi tadi.

Acara perbarisan bermula jam 7.05 pagi itu membabitkan penyertaan daripada kategori jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi; agensi swasta; pertubuhan bukan Kerajaan; sekolah termasuk institut pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta.

Acara bermula dengan Yang di-Pertua Negeri menerima Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU), disusuli Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sebelum tembakan meriam 17 das.

Tun Musa ketika memberi tabik hormat ketika membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU)

Tun Musa kemudian memeriksa perbarisan pasukan kontinjen yang mengambil bahagian dengan diiringi Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Dato’ Noorrul Azril Ariffin.

Turut diadakan ialah persembahan khas daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Hadir sama isteri Tun Musa; Toh Puan Faridah Tussin; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Selepas acara perbarisan itu, berlangsung majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran di Istana Negeri dan Majlis Makan Malam oleh kerajaan negeri di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu, malam ini.

Aktiviti lain yang diadakan ialah Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Anak Yatim; Majlis Hari Etnik Sabah dan Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat.

Terdahulu, lebih 10,000 masyarakat setempat dari pelbagai daerah di negeri ini hadir memeriahkan istiadat perbarisan itu di sini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/21/lebih-2800-peserta-sertai-perbarisan-sempena-ulang-tahun-kelahiran-tyt-sabah/feed/ 0 75902
Warga Kiulu tonton Istiadat Pertabalan Agong menerusi wayang pacak https://sabahmedia.com/2024/07/21/warga-kiulu-tonton-istiadat-pertabalan-agong-menerusi-wayang-pacak/ https://sabahmedia.com/2024/07/21/warga-kiulu-tonton-istiadat-pertabalan-agong-menerusi-wayang-pacak/#respond Sun, 21 Jul 2024 02:34:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57824
Read Time:1 Minute, 28 Second

Tuaran : Kira-kira 100 penduduk sekitar daerah Kecil Kiulu berpeluang menyaksikan lintas langsung Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di sini semalam.

Lintas langsung berkenaan ditayangkan melalui Wayang Pacak sempena Program JIWA Komuniti Madani anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tuaran di Kg. Bungalio Kiulu.

Teruja untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah tersebut, penduduk mula hadir ke kawasan program seawal jam 8 pagi.

Sebelum lintas langsung, taklimat kesihatan disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr. Mohd Safwan Mohd Noor dan ceramah keselamatan siber oleh Pegawai NADI Kg. Malangang, Linah Fedelis.

Tepat jam 10 pagi, lintas langsung Istiadat Pertabalan Yang di- Pertuan Agong Ke-17 mula ditayangkan.

Meski hanya menonton melalui lintas langsung, warga Kiulu yang hadir turut bersama-sama melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali seusai Sultan Ibrahim membacakan Warkah Ikrar.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Leprus Esuvas berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau amat berbangga dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

Beliau turut berhasrat untuk menjemput Sultan Ibrahim berkunjung ke Daerah Kecil Kiulu untuk memperkenalkan kawasan pelancongan di daerah berkenaan.

Sementara itu, suri rumah, Nora Sumping berkata program berkenaan amat sesuai kerana selain pengetahuan baharu, ia juga memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah meski berada jauh di Sabah.

Nora berharap agar negara akan lebih aman, damai, makmur dan sejahtera di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim.

Manakala, pelajar tahun enam SK Bungalio, Kiulu, Mohd Farish Haqimi berasa teruja kerana pertama kali berpeluang menyaksikan dan belajar mengenai istiadat berkenaan.

Turut diadakan, bacaan yasin dan doa selamat sempena bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim dan isteri, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kiulu, Golubi Guntarik dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/21/warga-kiulu-tonton-istiadat-pertabalan-agong-menerusi-wayang-pacak/feed/ 0 57824
Mohamad Alamin tidak hadir istiadat angkat sumpah kerana positif Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/08/30/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-kerana-positif-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-kerana-positif-covid-19/#respond Mon, 30 Aug 2021 00:50:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5509
Read Time:45 Second

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet baharu disahkan positif COVID-19.

Susulan itu, beliau yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini tidak dapat berbuat demikian.

Mohamad berkata, beliau membuat ujian saringan RT-PCR semalam selepas tidak sihat dan demam.

“Ujian saringan PCR saya menunjukkan saya positif COVID-19. Justeru saya tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah timbalan menteri esok (30 Ogos).

“Kini saya tidak lagi demam dan sedang menjalani kuarantin kendiri di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri beserta Timbalan-Timbalan Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Salah seorang timbalan menteri dalam Kabinet baharu itu ialah Mohamad yang memikul portfolio Timbalan Menteri Pendidikan II. – Astro Awani

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-kerana-positif-covid-19/feed/ 0 5509