isu air ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 05 Jun 2024 07:38:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png isu air ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS tidak sokong usaha kumpulan pelajar adakan perhimpunan di tempat awam, bantah isu air https://sabahmedia.com/2024/06/05/ums-tidak-sokong-usaha-kumpulan-pelajar-adakan-perhimpunan-di-tempat-awam-bantah-isu-air/ https://sabahmedia.com/2024/06/05/ums-tidak-sokong-usaha-kumpulan-pelajar-adakan-perhimpunan-di-tempat-awam-bantah-isu-air/#respond Wed, 05 Jun 2024 07:38:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55527
Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak pernah menyokong sebarang usaha yang dilaksanakan oleh  mana-mana kumpulan pelajar universiti yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air mahupun apa-apa jua isu semasa tempatan. 

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, UMS pada dasarnya tidak akan membenarkan sebarang aktiviti yang boleh mewujudkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap ketenteraman awam. 

“UMS tidak pernah menggalakkan pelajarnya untuk mengadakan perhimpunan atau aktiviti di tempat awam yang tidak mendapat permohonan daripada pihak berkuasa. 

“Universiti percaya sebarang isu boleh disuarakan mengikut prosedur dan saluran yang betul, dan tidak mengambil tindakan secara membuta tuli,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan susulan satu Kempen Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada 14 Jun di hadapan Menara Kinabalu yang dilancarkan melalui laman Facebook Suara Mahasiswa UMS.

Poster perhimpunan yang dimuat naik di Facebook Suara Mahasiswa UMS

Kasim berkata, UMS mengecam tindakan kumpulan pelajar itu yang cuba mengajak pelajar-pelajar universiti serta orang awam untuk turun bersama ke perhimpunan tersebut yang bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan terhadap ketenteraman awam, malah turut akan menjejaskan imej universiti. 

“UMS menyeru kumpulan pelajar terbabit agar menghentikan kempen dan usaha untuk mengadakan perhimpunan tersebut, serta memberi ruang kepada pelajar universiti lain untuk fokus dalam pengajian mereka di universiti.

“Siswa-siswi juga disarankan agar tidak terikut-ikut untuk menyertai perhimpunan mahupun aktiviti yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya. 

Katanya, tiada keperluan untuk pelajar UMS mengadakan demonstrasi berkaitan isu air kerana isu tersebut sentiasa diikuti rapat oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang kerap mengadakan lawatan ke UMS setiap bulan bagi meninjau perkembangan terhadap kemajuan projek berkaitan bekalan air dalam usaha memastikan bekalan air dapat disalurkan secukupnya di dalam kampus UMS.  

“UMS juga sedia maklum bahawa pihak Kerajaan Negeri juga telah melakukan yang terbaik untuk menangani bekalan air khususnya di kawasan UMS dan persekitarannya,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/05/ums-tidak-sokong-usaha-kumpulan-pelajar-adakan-perhimpunan-di-tempat-awam-bantah-isu-air/feed/ 0 55527
Pengurusan teknikal UMS pantau tekanan air, timbalan menteri terima taklimat esok https://sabahmedia.com/2024/01/12/pengurusan-teknikal-ums-pantau-tekanan-air-timbalan-menteri-terima-taklimat-esok/ https://sabahmedia.com/2024/01/12/pengurusan-teknikal-ums-pantau-tekanan-air-timbalan-menteri-terima-taklimat-esok/#respond Fri, 12 Jan 2024 10:56:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47883
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Satu taklimat berhubung projek penggalian telaga tiub yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan peruntukan yang dibiayai sebanyak RM3juta akan diadakan esok.

Taklimat kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud itu dijadualkan akan diadakan di Bilik Pustaka Mini, Kolej Kediaman Tun Pangiran Ahmad Raffae pada jam 8.45 pagi.

Difahamkan, projek itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu bagi membantu UMS menangani masalah kekurangan bekalan air di kampusnya.

Pada Selasa lalu, Perdana Menteri meminta penjelasan berhubung peruntukan itu selepas membaca mengenai tindakan pelajar UMS menyambut kedatangan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan mengadakan demonstrasi berhubung isu air pada Isnin lalu.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan bekerjasama dengan bahagian pengurusan teknikal UMS bagi mengawal tekanan air yang disalurkan di kampus universiti itu, di sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata langkah itu bagi memastikan air yang disalurkan pihak JANS tidak mengalami gangguan apabila sampai ke kampus UMS.

“Kita bekerjasama dengan bahagian pengurusan teknikal UMS untuk mereka mengawal tekanan air dalam kampus kerana kampus UMS bukan kecil, kawasannya besar dan mempunyai permukaan yang berbukit,” katanya ditemui selepas melancarkan aplikasi MyJANS, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas langkah jangka pendek yang dilaksanakan JANS bagi membantu mengurangkan bebanan pelajar UMS yang ketika ini berdepan kekurangan bekalan air.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata pada masa yang sama penghantaran air menggunakan lori tangki juga dilaksanakan sehingga bekalan di universiti itu menjadi stabil.

Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa bekalan air yang masuk ke tangki UMS sepatutnya menjadi stabil dengan beroperasinya LRA Telibong 2 Fasa 2 (T2P2) mulai bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak berlaku memandangkan masih ada kerja perpaipan yang perlu disiapkan sebelum kapasiti tambahan sebanyak 40 juta liter sehari (MLD) dapat disalurkan sepenuhnya.

“Apabila kerja-kerja perpaipan sedikit di Telibong dapat kita selesaikan sebelum hujung bulan ini, maka nanti jumlah air yang secara matematikalnya boleh masuk bertambah di UMS,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/12/pengurusan-teknikal-ums-pantau-tekanan-air-timbalan-menteri-terima-taklimat-esok/feed/ 0 47883