isu politik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Sep 2025 06:55:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png isu politik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jangan jadikan bencana alam isu politik, bantu rakyat terkesan – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/09/17/jangan-jadikan-bencana-alam-isu-politik-bantu-rakyat-terkesan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/jangan-jadikan-bencana-alam-isu-politik-bantu-rakyat-terkesan-hajiji/#respond Wed, 17 Sep 2025 06:47:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81462
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Semua pihak digesa mengetepikan perbezaan politik sebaliknya berganding bahu membantu rakyat yang terkesan akibat bencana alam, tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau menegaskan ketika ini kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan memberi tumpuan penuh dalam menyalurkan bantuan segera kepada mangsa bencana, termasuk keluarga yang kehilangan ahli keluarga serta rumah kediaman.

“Bubar belum lagi kita fikir. Kita bantu dulu mangsa yang terlibat ini. Ini masa untuk kita tunjukkan bukan batas perbezaan politik. Dalam kita menghadapi musibah, semua rakyat dan agensi kerajaan mesti bekerjasama membantu. Jangan dulu kita fikir politik-politik ini, jangan dijadikan isu,” katanya ketika ditanya mengenai desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17.

Hajiji memberikan kata-kata semangat kepada suami mendiang Emily, Jude Joseph dan anak sulung Jude, Xavier Junior Jude, 17 (kanan).

Hajiji berkata demikian selepas mengadakan lawatan kepada mangsa bencana alam yang ditempatkan di Dewan Raya Tandugal, Kampung Mook, Kinarut di sini hari ini, seterusnya berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Emily Johny, 38 dan mendiang Xarell Myre Jude, 11, mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah baru-baru ini.

Menurut Hajiji, Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM10,000 telah diberikan kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia, selain sumbangan RM10,000 daripada Yayasan Kebajikan Sabah. Bagi rumah yang musnah, sebanyak RM30,000 disalurkan untuk setiap rumah dan setakat ini tiga rumah dilaporkan runtuh dalam kejadian itu di Kg Mook.

“Dari pihak kerajaan negeri dan Persekutuan, kita akan membantu dari segi pengurusan rumah, tanah dan sebagainya. Diharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga mangsa,” jelasnya sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga terlibat.

Hajiji turut menyantuni mangsa bencana alam di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hari ini termasuk PPS Dewan Marahang, Papar, Dewan Masyarakat Bongawan dan PPK Salagon , Beaufort.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/jangan-jadikan-bencana-alam-isu-politik-bantu-rakyat-terkesan-hajiji/feed/ 0 81462
Keperluan rakyat diutamakan, kurangkan isu politik https://sabahmedia.com/2023/12/30/keperluan-rakyat-diutamakan-kurangkan-isu-politik/ https://sabahmedia.com/2023/12/30/keperluan-rakyat-diutamakan-kurangkan-isu-politik/#respond Sat, 30 Dec 2023 09:09:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47315
Read Time:2 Minute, 5 Second

TUARAN: Pembangunan dan kemajuan diberi keutamaan selepas menerajui kerajaan, dengan pelbagai dasar dan pembangunan dibawa demi manfaat rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, berkata walaupun ada pihak tertentu yang tidak menyukai malah selalu mengkritiknya, tetapi mereka hanya pandai bercakap.

“Saya tidak melayan perkara yang membuang masa untuk dijawab atau bercakap politik saja. Sebaliknya, saya terus fokus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan demi manfaat rakyat.

“Sebab itu sebenarnya, saya amat menyukai program seperti ini kerana perjumpaan secara santai sebegini membolehkan saya bertemu dengan rakyat khususnya di daerah Tuaran.

“Saya tahu bila dilantik menjadi ketua menteri, tanggungjawab saya semakin besar berbanding sebelum ini. Saya kena berfikir untuk kepentingan satu Sabah. Namun ini bukan halangan untuk saya tidak bertemu rakyat di kawasan,” katanya.

Hajiji dan isteri, Datin Seri Juliah Salag (tiga kiri) diiringi Ketua Kampung Pandamai merangkap Pengerusi Penganjur, Sylvia Belinggi (empat kiri) menyempurnakan upacara memotong kek pada Majlis Perasmian Santuni Rakyat Sempena Sambutan Hari Natal 2023, Gabungan Kampung BBKWDP (Batangan, Barus, Korompitut, Wokok, Dungang 1, Dungang 2 dan Pandamai) di Dewan Terbuka Sapai Teo, Kampung Dungang, Tuaran pada Sabtu.Foto ihsan JKM Sabah

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Santuni Rakyat sempena Sambutan Hari Natal Gabungan Kampung BBKWDP 2023 (Batangan, Barus, Korompitut, Wokok, Dungang 1, Dungang 2 dan Pandamai) di Dewan Terbuka Sapai Teo, Kampung Dungang, Tuaran di sini pada Sabtu.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag.

Sebab itu katanya, apabila ada masa lapang, beliau paling suka majlis seperti ini dan kesibukan bukan alasan untuk tidak bertemu dengan rakyat khususnya di Tuaran dan kawasannya di Sulaman.

“Walau tidak kerap berjumpa tetapi jiwa dan perasaan saya begitu dekat dengan rakyat di daerah ini. Justeru, jika ada keperluan, maklumkan kepada saya, jangan segan atau malu,” katanya.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata program rumah terbuka setiap perayaan seperti Krismas boleh merapatkan hubungan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Katanya, majlis seperti itu juga dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

“Perayaan seperti inilah yang telah membentuk masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah termasuk di Tuaran, hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama.

“Inilah tradisi yang kita warisi dari nenek moyang kita dan inilah keistimewaan negeri Sabah. Tidak timbul masalah berkaitan agama atau kaum, malah ada yang bersaudara walau berbeza agama.

“Contohnya anak-anak saya, mereka ada sepupu yang beragama kristian. Tetapi semua itu tidak menghalang untuk kita hidup dalam suasana harmoni,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/30/keperluan-rakyat-diutamakan-kurangkan-isu-politik/feed/ 0 47315