jabatan air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 May 2026 15:04:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jabatan air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bekas pengarah Jabatan Air Sabah dipenjara 96 tahun, denda RM284.3 juta https://sabahmedia.com/2026/05/19/bekas-pengarah-jabatan-air-sabah-dipenjara-96-tahun-denda-rm284-3-juta/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/bekas-pengarah-jabatan-air-sabah-dipenjara-96-tahun-denda-rm284-3-juta/#respond Tue, 19 May 2026 06:40:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96957
Read Time:3 Minute, 36 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 96 tahun atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.

Lelaki berusia 63 tahun itu turut dikenakan denda keseluruhan RM284.3 juta dan sekiranya gagal membayar denda, boleh dipenjara 78 bulan.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda antara RM5 juta hingga RM120 juta bagi setiap pertuduhan. Jika gagal membayar denda, tertuduh berdepan penjara antara enam hingga 12 bulan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ag Mohd Tahir untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Ag Mohd Tahir kini dibebaskan dengan jumlah dan syarat jaminan yang sama selepas mahkamah mengekalkan jaminan yang diberikan ketika beliau pertama kali didakwa di mahkamah.

Jaminan Ag Mohd Tahir adalah sebanyak RM2 juta, dengan RM100,000 dibayar secara tunai manakala RM1.5 juta lagi dijamin menggunakan hartanah.

Terdahulu, Ag Mohd Tahir didapati bersalah terhadap kesemua 12 pertuduhan selepas mahkamah memutuskan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, khususnya berkaitan elemen penting dalam pertuduhan.

“Oleh itu Mahkamah berpendapat alasan atau penjelasan yang diberikan Ag Mohd Tahir ketika kes pembelaan hanyalah perkara yang timbul selepas kejadian ini berlaku iaitu selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat serbuan dan penggeledahan terhadap pejabat, rumah-rumah dan juga kereta-kereta milik tertuduh.

“Pada pendapat Mahkamah ia adalah perkara yang baru difikirkan (afterthought) dimana ia jelas tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan munasabah seterusnya menolak atau menyangkal keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan,” kata hakim.

Sementara itu, isteri Ag Mohd Tahir, Fauziah Piut, 61, dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 72, yang dibicarakan bersama dalam kes pengubahan wang haram itu, dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan terhadap mereka.

Mahkamah memutuskan adalah tidak selamat untuk mensabitkan mereka. Fauziah turut dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan bersama Ag Mohd Tahir selepas pendakwaan gagal membuktikan elemen niat bersama.

Ketiga-tiga tertuduh — Ag Mohd Tahir, Fauziah dan Lim — didakwa pada 29 Disember 2016 dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dikenakan.

Ag Mohd Tahir selaku tertuduh pertama berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) akta sama.

Fauziah selaku tertuduh kedua pula berdepan 19 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta sama.

Fauziah and Ag Tahir  turut berdepan dua pertuduhan bersama di bawah Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ag Mohd Tahir dan isterinya didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya di sini, sebuah rumah di Sembulan, beberapa cawangan bank, sebuah kondominium di Sulaman dan sebuah menara di Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Lim pula berdepan empat pertuduhan kerana didakwa memiliki sebuah Toyota Land Cruiser, wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang dipercayai hasil aktiviti haram di pejabat SPRM di Jalan UMS dan sebuah rumah di sini antara 13 Oktober hingga 8 November 2016.

Selepas beberapa siri penangguhan, perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018 dengan pihak pendakwaan memanggil 46 saksi.

Semasa pembelaan, Ag Mohd Tahir memanggil 15 saksi termasuk beberapa saksi berprofil tinggi seperti bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Fauziah hanya memberi keterangan tidak bersumpah semasa pembelaannya dan selebihnya bergantung kepada saksi yang dipanggil oleh Ag Mohd Tahir, manakala Lim memberi keterangan bersumpah sebagai saksi tunggal dalam pembelaannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah, Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Fadzidahtul Ardianah, Rasrina Patrick T. Rining dan Noorsyazwani Sapri.

Lim pula diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Kelvin Wong.

Untuk rekod, bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong, mengaku tidak bersalah pada 13 Disember 2016 terhadap 146 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM32.923 juta.

Beliau pada awalnya dijadual dibicarakan bersama tiga tertuduh lain. Bagaimanapun, Teo dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada 17 Mac 2022 sebelum menjadi saksi pendakwaan dalam kes terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Pada 18 Februari 2022, Teo dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap semua 146 pertuduhan sebelum SPRM kemudian mengenakan kompaun RM30 juta terhadapnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/bekas-pengarah-jabatan-air-sabah-dipenjara-96-tahun-denda-rm284-3-juta/feed/ 0 96957
Bekas pengarah Jabatan Air Sabah didapati bersalah dalam kes pengubahan wang haram https://sabahmedia.com/2026/05/19/bekas-pengarah-jabatan-air-sabah-didapati-bersalah-dalam-kes-pengubahan-wang-haram/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/bekas-pengarah-jabatan-air-sabah-didapati-bersalah-dalam-kes-pengubahan-wang-haram/#respond Tue, 19 May 2026 04:16:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96933
Read Time:23 Second

Oleh J Evachel John 

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, didapati bersalah hari ini dalam kes pengubahan wang haram terbesar di Sabah yang dikaitkan dengan jabatan itu.

Bagaimanapun, isterinya, Fauziah Piut, 61, dan bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 72, dilepas dan dibebaskan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

BERITA LANJUT MENYUSUL..

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/bekas-pengarah-jabatan-air-sabah-didapati-bersalah-dalam-kes-pengubahan-wang-haram/feed/ 0 96933
Mahkamah putuskan kes rasuah Jabatan Air Sabah hari ini https://sabahmedia.com/2026/05/19/mahkamah-putuskan-kes-rasuah-jabatan-air-sabah-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/mahkamah-putuskan-kes-rasuah-jabatan-air-sabah-hari-ini/#respond Tue, 19 May 2026 02:06:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96920
Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan dua lagi akan mengetahui sama ada mereka didapati bersalah atau dilepaskan daripada pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram, hari ini.

Keputusan kes juga melibatkan isteri Ag Tahir, Fauziah Piut dan bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng.

Prosiding dijangka bermula jam 11 pagi.

Ketiga-tiga tertuduh — Ag Mohd Tahir, Fauziah dan Lim — didakwa pada 29 Disember 2016 dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dikenakan.

Ag Mohd Tahir selaku tertuduh pertama berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) akta sama.

Fauziah selaku tertuduh kedua pula berdepan 19 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta sama.

Fauziah and Ag Tahir  turut berdepan dua pertuduhan bersama di bawah Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ag Mohd Tahir dan isterinya didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya di sini, sebuah rumah di Sembulan, beberapa cawangan bank, sebuah kondominium di Sulaman dan sebuah menara di Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Lim pula berdepan empat pertuduhan kerana didakwa memiliki sebuah Toyota Land Cruiser, wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang dipercayai hasil aktiviti haram di pejabat SPRM di Jalan UMS dan sebuah rumah di sini antara 13 Oktober hingga 8 November 2016.

Selepas beberapa siri penangguhan, perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018 dengan pihak pendakwaan memanggil 46 saksi.

Semasa pembelaan, Ag Mohd Tahir memanggil 15 saksi termasuk beberapa saksi berprofil tinggi seperti bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Fauziah hanya memberi keterangan tidak bersumpah semasa pembelaannya dan selebihnya bergantung kepada saksi yang dipanggil oleh Ag Mohd Tahir, manakala Lim memberi keterangan bersumpah sebagai saksi tunggal dalam pembelaannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim.

Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah, Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Fadzidahtul Ardianah, Rasrina Patrick T. Rining dan Noorsyazwani Sapri.

Lim pula diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Kelvin Wong.

Untuk rekod, bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong, mengaku tidak bersalah pada 13 Disember 2016 terhadap 146 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM32.923 juta.

Beliau pada awalnya dijadual dibicarakan bersama tiga tertuduh lain. Bagaimanapun, Teo dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada 17 Mac 2022 sebelum menjadi saksi pendakwaan dalam kes terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Pada 18 Februari 2022, Teo dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap semua 146 pertuduhan sebelum SPRM kemudian mengenakan kompaun RM30 juta terhadapnya.

Tamat.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/mahkamah-putuskan-kes-rasuah-jabatan-air-sabah-hari-ini/feed/ 0 96920
Bekalan air tidak boleh dikompromi – Hazem Mubarak https://sabahmedia.com/2026/01/16/bekalan-air-tidak-boleh-dikompromi-hazem-mubarak/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/bekalan-air-tidak-boleh-dikompromi-hazem-mubarak/#respond Fri, 16 Jan 2026 07:41:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89829
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa memberi jaminan isu bekalan air yang menjadi keperluan asas rakyat akan terus diberi perhatian serius  selain tidak boleh dikompromi.

Beliau berkata, pendekatan turun padang dan keputusan berasaskan fakta amat penting bagi memastikan setiap tindakan yang diambil benar-benar menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya akan memantau perkembangan isu ini dan memastikan maklumat hasil pertemuan dimaklumkan kepada rakyat secara telus. Kepentingan rakyat adalah keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung punca gangguan bekalan serta langkah penyelesaian yang sedang dan akan dilaksanakan.

Hazem berkata, JANS kini sedang menjalankan kerja pembaikan saluran paip utama yang rosak.

Sementara itu, beliau turut mengambil inisiatif menambah tangki simpanan air di beberapa kampung dalam kawasan DUN Sungai Manila yang terjejas.

Selain itu, beliau mengarahkan JANS supaya mempertingkatkan penghantaran bekalan air ke kawasan yang memerlukan sehingga masalah tersebut diselesaikan sepenuhnya.

Tindakan pantas itu mencerminkan komitmen wakil rakyat berkenaan dalam memastikan kebajikan penduduk Sungai Manila terus terpelihara. – SABAH MEDIA / MEDIA SOSIAL HAZEM MUBARAK

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/bekalan-air-tidak-boleh-dikompromi-hazem-mubarak/feed/ 0 89829
Pastikan aduan gangguan bekalan, tekanan air rendah diselesaikan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/01/15/pastikan-aduan-gangguan-bekalan-tekanan-air-rendah-diselesaikan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/01/15/pastikan-aduan-gangguan-bekalan-tekanan-air-rendah-diselesaikan-shahelmey/#respond Wed, 15 Jan 2025 00:52:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66953
Read Time:1 Minute, 7 Second

Penampang: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) perlu memastikan aduan pengguna diselesaikan sebaik mungkin termasuk aduan gangguan bekalan dan tekanan air rendah yang dialami pengguna terutama di Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, gangguan bekalan air dan tekanan air rendah yang dihadapi pengguna di ketiga-tiga daerah itu kini dilaporkan beransur pulih.

Katanya, ia adalah hasil langkah penstabilan bekalan air yang dilaksanakan JANS.

“Saya meminta pihak Jabatan Air untuk sentiasa ‘alert’ dari semasa ke semasa mengenai isu tekanan air ini, khususnya pada musim-musim perayaan yang mana pada musim perayaan, musim cuti penggunaan air dijangka akan lebih meningkat,” katanya.

Beliau ditemui ketika meninjau kerja pelaksanaan Projek Urgent Water Supply Scheme (UWSS) di Kasigui, di sini, semalam.

Katanya yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, terdapat tiga punca utama gangguan bekalan atau masalah tekanan air rendah yang dialami pengguna di tiga buah daerah berkenaan pada ketika ini.

“Antaranya adalah disebabkan satu, NRW (air tidak berhasil) yang masih berada dalam keadaan yang agak tinggi.  Kedua, daripada NRW itu, ada paip yang pecah, yang tidak disedari dan baru dijumpai apabila ada aduan yang dilakukan.

“Ketiganya, pihak Jabatan Air juga sedang membuat koordinasi untuk membuat ‘water balancing’ dan ‘pressure balancing’ di sekitar kawasan Pantai Barat Selatan ini. Jadi, itu juga menimbulkan sedikit gangguan bekalan air kepada pengguna,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/15/pastikan-aduan-gangguan-bekalan-tekanan-air-rendah-diselesaikan-shahelmey/feed/ 0 66953
DUN Sabah : Perancangan pembangunan bekalan air terus dilaksanakan https://sabahmedia.com/2024/07/10/dun-sabah-perancangan-pembangunan-bekalan-air-terus-dilaksanakan/ https://sabahmedia.com/2024/07/10/dun-sabah-perancangan-pembangunan-bekalan-air-terus-dilaksanakan/#respond Wed, 10 Jul 2024 05:31:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57322
Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sentiasa membuat perancangan pembangunan bekalan air untuk jangka panjang bagi setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia adalah bagi memastikan permintaan bekalan air itu mencukupi untuk tempoh 30 hingga 50 tahun seterusnya.

Katanya, melalui program pembiayaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, JANS telah melaksanakan beberapa projek pembangunan bekalan air jangka panjang dan berimpak tinggi.

“Antaranya termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Beaufort II dengan kapasiti 30 MLD  yang  telah siap pada 2018; pembinaan LRA Bunsit, Keningau dengan kapasiti 70 MLD yang siap 2017 dan  pembinaan LRA Baru Semporna dengan kapasiti 30 MLD (siap 2022).

“Selain itu, pembinaan LRA Baru Kundasang dengan kapasiti 15 MLD (siap 2023); menaiktaraf LRA Simpangan, Kota Marudu (siap 2023) dan pembinaan LRA Apin-Apin, Keningau (siap 2022).

“Turut dilaksanakan adalah pembinaan LRA Lihak-Lihak, Semporna (siap 2020); pembinna LRA Dewata, Lahad Datu dengan kapasiti 3 MLD (siap 2023) dan menaiktaraf kapasiti LRA Limbawang, Beaufort dengan kapasiti tambahan 5MLD (siap 2020),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan  Dr.  Aliakbar  Gulasan  [ADUN  Dilantik]  pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, di samping itu, terdapat projek-projek jangka panjang lain yang sedang dalam pelaksanaan yang dijangka akan siap dalam tempoh dua hingga lima tahun dari sekarang.

Katanya, JANS juga telah merancang bagi menambah kapasiti bekalan air di daerah-daerah lain mengikut Zon Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman Sabah yang disenaraikan dalam Program Peruntukan Persekutuan untuk dilaksanakan dalam RMK13.

“Selain merancang dan membina fasiliti bekalan air untuk jangka panjang dan berimpak tinggi, JANS juga melaksanakan projek-projek bagi meluaskan liputan bekalan air di kawasan-kawasan luar bandar seluruh Sabah dibawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Negeri Sabah melalui Peruntukan Geran Persekutuan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Pelaksanaan projek-projek dibawah program ini dijangka dapat mencapai sasaran 90 peratus liputan bekalan air terawat bagi kawasan Luar Bandar di seluruh Sabah menjelang tahun 2035,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/10/dun-sabah-perancangan-pembangunan-bekalan-air-terus-dilaksanakan/feed/ 0 57322
JANS giat laksana operasi pemotongan sambungan haram https://sabahmedia.com/2024/05/24/jans-giat-laksana-operasi-pemotongan-sambungan-haram/ https://sabahmedia.com/2024/05/24/jans-giat-laksana-operasi-pemotongan-sambungan-haram/#respond Fri, 24 May 2024 02:25:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54905
Read Time:1 Minute, 11 Second

Ranau: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) terus giat melaksanakan operasi pemotongan khususnya yang melibatkan sambungan bekalan air secara haram.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, operasi ini perlu dibuat secara berterusan berikutan aktiviti berkenaan semakin giat dilaksanakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Aktiviti penyambungan haram ini dilihat telah mempengaruhi bekalan untuk sampai ke tangki simpanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi disalurkan ke kawasan berhampiran.  Kita juga telah menerima laporan mengenai gangguan bekalan air di UMS.

“Pada tahun ini sahaja, JANS telah melakukan operasi memotong sambungan haram di sekitar Sepanggar sebanyak tiga kali, ini sebenarnya agak menguji kita kerana operasi pemotongan ini perlu dibuat secara berterusan.

“Kegiatan sambungan haram ini juga dilihat telah menjadi-jadi dan sudah tentu akan mempengaruhi bekalan air ke tangki simpanan di UMS dan juga kawasan berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Ranau di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, bagaimanapun Kerajaan Sabah melalui Kabinet negeri telah meluluskan skim vendor bagi membekalkan air di empat kawasan di sekitar Sepanggar.

“Buat masa ini satu sudah dalam proses pelaksanaan iaitu di Kampung Brunei dan taiga lagi akan kita laksanakan dengan tujuan apabola skim ini dilaksanakan sepenuhnya maka ketirisan air itu akan dapat dikurangkan.

“Jadi jumlah air yang sepatutnya sampai ke dalam sistem dapat kita kembalikan, itu yang kita harapkan, kalau tidak Air Tidak Terhasil (NRW) kita akan sentiasa tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/24/jans-giat-laksana-operasi-pemotongan-sambungan-haram/feed/ 0 54905
Jabatan Air Perlu Segera Selesai Masalah Bekalan Air di Sipitang https://sabahmedia.com/2022/12/06/jabatan-air-perlu-segera-selesai-masalah-bekalan-air-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2022/12/06/jabatan-air-perlu-segera-selesai-masalah-bekalan-air-di-sipitang/#respond Tue, 06 Dec 2022 06:31:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25881
Read Time:1 Minute, 57 Second

SIPITANG: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi oleh hampir 16 ribu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sindumin, Sani Miasin berkata, masalah gangguan bekalan air telah berlaku sejak 30 Nomember 2022 disebabkan oleh kerosakan pada pam air di Loji Rawatan Air Kampung Ulau.

“Setelah tujuh hari berlalu dan sehingga kini masalah bekalan air gagal diselesaikan oleh JANS sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang terjejas.

“Ini kerana ketiadaan bekalan air bersih amat menyusahkan kehidupan harian penduduk kampung. Perniagaan khususnya gerai-gerai makan dan kedai kopi juga turut terjejas.

“Walaupun JANS ada menghantar air menggunakan sebuah lori tangki air bersih dari Beaufort, dan sebuah lagi lori tangki Majlis Daerah Sipitang, namun ianya tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengguna yang ramai.

“Tambahan pula lokasi kampung-kampung yang terjejas berjauhan menyebabkan penggunaan dua lori tangki menghantar air tidak mencukupi untuk kegunaan pengguna.

“Justeru JANS perlu menghantar air menggunakan lebih banyak lori tangki air bersih ke kampung-kampung yang terjejas, memandangkan masih belum ada tanda kerosakan pam air dapat dibaiki dalam tempoh terdekat”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Sani mengulas aduan dan kemarahan penduduk kampung di media sosial berikutan masalah gangguan bekalan air yang tiada kesudahan setelah masuk hari ke tujuh.

Beliau berkata, berdasarkan data yang dia terimanya, gangguan bekalan air berlaku di sebanyak 25 buah kampung daripada Mukim Sindumin dan Mukim Mesapol.

Mukim Mesapol melibatkan Kampung Melalia, Kg Sungai Tiga, Kg. Pasir Putih, Kg.Merambai, Kg Ulu Sipitang, Kg.Kalamauh, Kg Guruh-Guruh, Kg.Buang Sayang, Kg.Menengah, Kg.Aru Sembilan, Kg.Muhibbah, Kg.Pelakat, Kg.Pelakat Skim, Kg.Merintaman, Kg.Naparan dan Kg.Padang Berampah.

Sementara kampung dalam Mukim Sindumin yang terjejas ialah Kampung Bangsal, Kg.Lubang Buaya, Kg.Pantai, Kg.Tanjung Nipis, Kg.Ranau-Ranau, Kg.Bahagia, Kg.Seri Menanti, Kg. Kawang Lama dan Kg. Skim Sindumin.

Sani menegaskan JANS perlu mempunyai perancangan jangka panjang menyelesaikan masalah air di DUN Sindumin, termasuk menggantikan pam air yang baharu pada loji-loji rawatan air sedia ada.

Pada masa yang sama katanya, Kerajaan perlu percepatkan pembinaan loji rawatan air yang baharu memandangkan loji sedia ada tidak mampu menampung permintaan air semakin meningkat.

“Masalah air dalam DUN Sindumin telah berlaku sejak sekian lama dan tidak ada penyelesaian yang tuntas oleh JANS. Rakyat berharap masalah tu dapat diselesaikan oleh Kerajaan secara menyeluruh”, tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/06/jabatan-air-perlu-segera-selesai-masalah-bekalan-air-di-sipitang/feed/ 0 25881
Penduduk Mula ‘Naik Angin’, Gesa Pengarah JANS Letak Jawatan https://sabahmedia.com/2021/11/18/penduduk-mula-naik-angin-gesa-pengarah-jans-letak-jawatan/ https://sabahmedia.com/2021/11/18/penduduk-mula-naik-angin-gesa-pengarah-jans-letak-jawatan/#comments Thu, 18 Nov 2021 07:31:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8574
Read Time:3 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Isu bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan khususnya di sekitar Parlimen Sepanggar terus berlarutan mengakibatkan penduduk mula ‘naik angin’ dengan isu yang tidak ada jalan penyelesaian segera.

Pengguna air di kawasan Sepanggar turut menggesa agar Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)  Edwad Lingkapo meletakkan jawatan atau diganti dengan Pengarah JANS yang lebih berkemampuan untuk menyelesaikan isu bekalan air.

Malah penduduk di beberapa kawasan perumahan di kawasan itu juga tidak menerima bekalan air hampir lebih lima hari berturut-turut malah ada yang berminggu.

Difahamkan, pengguna air telah melakukan pelbagai platform bagi mendapat perhatian pihak berkaitan bagi memastikan isu bekalan air ini dapat diatasi dengan lebih segera.

Ia termasuklah membuat rayuan, membuat hebahan menerusi media cetak dan media elektronik, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang menyeluuruh diterima dari pihak JANS.

Berikutan itu, pengguna di kawasan berkenaan meluahkan rasa ketidakpuasan hati menerusi laman sosial selain ada yang menubuhkan ‘Group Telegram’ bagi menyuarakan masalah yang dihadapi mereka.

Bagi seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Hazaidi berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Telibong  yang mengalami kerosakan bukan alasan untuk JANS mengabaikan keperluan pengguna sehingga lebih seminggu.

“Air ini merupakan keperluan asas semua pihak, jika LRA Telibong mengalami kerosakan, pihak JANS perlu mencari jalan penyelesaian lain.

“Ya, memang ada dibekalkan penghantaran air melalui lori, namun itu tidak mencukupi bagi keperluan harian kami sebagai pengguna, lebih-lebih lagi kami yang tidak di kawasan perumahan yang diurus oleh pihak pengurusan swasta.

“Selain JANS, pihak pengurusan perumahan juga perlu mengambil jalan penyelesaian dengan menyediakan lebih banyak tangki dan membuat persediaan lebih baik agar semua pengguna tidak rugi membayar bil air setiap bulan,” katanya.

Bagi pengguna di sebuah kawasan perumahan bertaraf ‘Kondominium’, Farizah turut meluahkan perasaan sama apabila hampir setiap hari menerima ‘angin’ apabila membuka paip di rumahnya.

Katanya, setiap hari dia terpaksa mengangkat air yang dibawa dari luar dan diambil di kawasan yang mempunyai bekalan air untuk dibawa pulang ke rumah.

“Selain mencari bekalan air dari luar, saya juga terpaksa membeli air mineral bagi menampung keperluan harian saya di rumah, ini juga akan menambah kos perbelanjaan harian saya selain membayar bil air bulanan namun hanya ‘angin’ kami terima.

“Situasi ini agak menyukarkan saya kerana terpaksa mengangkat air ke tingkat atas berikutan perumahan saya tidak menyediakan perkhidmatan lif, bayangkan jika seorang ibu mengandung atau mereka yang orang kurang upaya (OKU), sudah pasti ini amat menyukarkan.

“Justeru itu, saya berharap agar pihak pengurusan perumahan dapat lebih bijak dalam menyelesaikan masalah air di kawasan perumahan ini selain JANS juga perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih pantas, agar semua pengguna dapat menikmati kemudahan dengan baik,” katanya.

Berbeza bagi penduduk di kawasan perumahan sama yang mahu dikenali sebagai Mustaqim menyeru agar Pengarah JANS bertanggungjawab dengan isu bekalan air yang tidak berkesudahan sehingga kini.

“Kepada tuan Pengarah JANS, sila letak jawatan jika tidak mampu memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air khususnya di kawasan Sepanggar ini.

“Saya difahamkan kerosakan LRA Telibong akan diselenggara dan siap dalam beberapa minggu dan ada LRA yang akan siap dalam beberapa tahun lalu,  tetapi bekalan air ini diperlukan setiap hari.

“Perkara ini bukan baru, ia telah lama berlaku, selain JANS, pihak pengurusan rumah juga perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan,”katanya.

Terdahulu, masalah bekalan air di kawasan ini memang sudah wujud sejak bertahun-tahun, namun ia semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Untuk mengatasi masalah bekalan air ini, kebanyakkan mereka sanggup membeli berkarton-karton air mineral untuk disimpan di rumah, mahupun menumpang di rumah kawan atau menyewa bilik hotel.

Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada JANS, alasan yang mereka terima seolah-olah pihak jabatan lepas tangan dengan masalah yang tidak berkesudahan itu.

Antara alasan yang sering diberi oleh jabatan itu adalah ‘Juruteknik akan membuat pemeriksaan’ atau ‘penyelenggaraan akan dilakukan’.

Sebelum ini juga, Sabah Media pernah melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan turut meminta Pengarah JANS meletak jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

Katanya, isu bekalan air yang sentiasa mengalami masalah sejak sekian lama memberi kesan buruk kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Masalah bekalan air di kawasan Sepanggar sudah semakin meruncing, sudah beberapa kali perbincangan dan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

“Namun sehingga kini masalah ini tetap berlaku dan berterusan, rakyat terus marahkan saya kononnya gagal untuk menyelesaikan namun ini memerlukan tindakan serius dan segera  JANS untuk menyelesaikan permasalahan penyaluran bekalan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/18/penduduk-mula-naik-angin-gesa-pengarah-jans-letak-jawatan/feed/ 1 8574
Penduduk Gesa Jabatan Air Tangani Masalah Air Paip Keruh Di Kuala Penyu & Menumbok https://sabahmedia.com/2021/09/30/penduduk-gesa-jabatan-air-tangani-masalah-air-paip-keruh-di-kuala-penyu-menumbok/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/penduduk-gesa-jabatan-air-tangani-masalah-air-paip-keruh-di-kuala-penyu-menumbok/#respond Thu, 30 Sep 2021 06:11:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7019
Read Time:1 Minute, 41 Second

BEAUFORT: Penduduk di kawasan Kuala Penyu dan Menumbok terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air paip sangat keruh sejak kebelakangan ini.

Ketua Umno Bahagian Beaufort, Ag Aslee Lakat menggesa Jabatan Air Daerah Beaufort dan Kuala Penyu supaya mengambil tindakan segera menangani masalah bekalan air paip yang sangat keruh dihadapi penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, keadaan air yang berwarna coklat seperti air milo itu terpaksa dihadapi penduduk untuk kegunaan harian mereka kerana tidak ada pilihan lain.

“Air keruh yang mengalir dalam paip penduduk sangat menyedihkan dan Jabatan Air perlu mengambil tindakan segera untuk menanganinya,” katanya dalam satu hantaran di akaun facebooknya hari ini.

Menurut beliau, jabatan terbabit perlu memberi penjelasan kepada penduduk kenapa bekalan air ke Kuala Penyu dan Menumbok sangat keruh dalam beberapa minggu ini.

Ag Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif Umno Sabah, berkata jabatan berkenaan seharusnya tampil memberi penjelasan munasabah supaya penduduk tidak terlalu kecewa dan mempersoalkan peranan pegawai-pegawainya dalam menjalankan tugas mereka

Tambah beliau, pihaknya berkeyakinan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mengizinkan situasi sedemikian terpaksa dihadapi rakyat khususnya di Kuala Penyu dan Menumbok.

“Justeru, kakitangan Jabatan Air patut melakukan sesuatu yang sesuai dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka,” ujar Ag Aslee.

Sementara itu, ribuan penduduk yang terlibat yang secara kebetulan baru sahaja memperolehi bekalan air di paip-paip di rumah masing-masing berasa terkejut dengan keadaan bekalan air yang sangat keruh itu.

Seorang penduduk, Matussin Latip mendakwa, pihaknya terkejut apabila mendapati air paip keruh berwarna coklat yang terpaksa digunakan untuk mandi dan minum.

Katanya, keadaan air keruh itu masih berlarutan dan ia rata-rata dihadapi penduduk yang terpaksa menggunakannya untuk keperluan harian.

Mohd Ariffin, seorang lagi penduduk yang kecewa dengan masalah bekalan air itu meminta pihak berkuasa berkaitan segera tampil menyelesaikan masalah itu.

“Kami terlalu kecewa dengan bekalan air seperti ini. Sebelum ini kami menghadapi masalah air bersih sejak beberapa bulan namun apabila air paip sudah mengalir, begini pula warnanya, memang sangat sedih,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/penduduk-gesa-jabatan-air-tangani-masalah-air-paip-keruh-di-kuala-penyu-menumbok/feed/ 0 7019