jabatan alam sekitar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Dec 2025 05:53:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jabatan alam sekitar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Asap hitam, bunyi bising antara kesalahan dikesan dalam Ops Gerak Kebangsaan di Sabah https://sabahmedia.com/2025/12/08/asap-hitam-bunyi-bising-antara-kesalahan-dikesan-dalam-ops-gerak-kebangsaan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/12/08/asap-hitam-bunyi-bising-antara-kesalahan-dikesan-dalam-ops-gerak-kebangsaan-di-sabah/#respond Mon, 08 Dec 2025 05:48:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87936
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 40 kenderaan diesel dan 56 buah motosikal telah diperiksa dalam Operasi Gerak Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Ozon 2025 Peringkat Negeri Sabah yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa di sini.

Operasi bersepadu itu melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang bertujuan memastikan pematuhan terhadap tahap pelepasan asap, bunyi bising dan pengendalian bahan yang memusnahkan lapisan ozon.

Pengarah JAS Sabah Nor Rashidah Mohd Ghazali berkata, pemeriksaan kenderaan diesel yang melibatkan kenderaan syarikat perdagangan dan persendirian itu mendapati sebanyak empat buah kenderaan gagal mematuhi tahap pelepasan asap dibenarkan, manakala enam buah motosikal pula gagal mematuhi piawaian bunyi bising.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, tujuh kompaun dan lima notis arahan telah dikeluarkan oleh JAS kepada pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Ops Gerak Kebangsaan di Taman Awam Teluk Likas di sini pada Isnin.

Rashidah berkata, sebanyak 23 kompaun turut dikeluarkan oleh pihak polis atas pelbagai kesalahan lalu lintas, manakala JPJ turut mengeluarkan sebanyak 80 notis terhadap kenderaan yang melakukan pelanggaran peraturan jalan raya.

Katanya, sebanyak 30 pemeriksaan saringan turut  dilakukan pihak AADK ke atas pemandu, dan kesemuanya disahkan lulus tanpa sebarang kes positif penyalahgunaan dadah.

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada Operasi Gerak Nasional Hari Ozon 2025 yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latif Wan Jaffar, pada 4 Disember lalu di Kuching, Sarawak. 

“Di Sabah, operasi bermula pada 5 Disember di sekitar Jalan UMS, Likas, sebelum diteruskan pada 8 Disember di Jalan Tun Fuad Stephens, Taman Awam Likas.

“Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan alam sekitar khususnya berkaitan pelepasan asap, kawalan bunyi bising dan pengurusan bahan perosak ozon dalam usaha melindungi kualiti udara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua pemilik kenderaan diesel, syarikat pengangkutan awam serta persendirian supaya menyelenggara enjin secara berkala, menggunakan minyak pelincir berkualiti serta memastikan sistem ekzos, catalytic converter dan komponen lain berada dalam keadaan baik.

“Orang awam juga digalakkan menyalurkan aduan berkaitan kenderaan yang mengeluarkan asap hitam dengan mengemukakan nombor pendaftaran kenderaan kepada JAS untuk tindakan lanjut,” tambahnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/08/asap-hitam-bunyi-bising-antara-kesalahan-dikesan-dalam-ops-gerak-kebangsaan-di-sabah/feed/ 0 87936
Kilang kelapa sawit perlu lesen, patuhi AKAS 1974 https://sabahmedia.com/2023/06/22/kilang-kelapa-sawit-perlu-lesen-patuhi-akas-1974/ https://sabahmedia.com/2023/06/22/kilang-kelapa-sawit-perlu-lesen-patuhi-akas-1974/#respond Thu, 22 Jun 2023 09:11:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36827
Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kilang kelapa sawit (KKS) perlu dilesenkan di bawah Seksyen 18(1) Akta Alam Sekitar (AKAS) 1974 dan tertakluk untuk mematuhi syarat-syarat Seksyen 16(1) akta yang sama.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, Amirul Aripin berkata, terdapat insiden-insiden pencemaran melibatkan KKS seperti benteng kolam rawatan efluen mengalami kebocoran atau limpahan di kawasan pelupusan atas tanah yang memasuki alur air.

“Selain itu, terdapat juga kilang gagal menyelenggarakan unit proses di sistem pengolahan efluen sehingga menyebabkan had pelepasan gagal dipatuhi dan kegagalan alat kawalan pencemaran udara yang menjejaskan kualiti udara sekitar.

“Disebabkan ketidakpatuhan yang dilakukan ini, JAS tiada pilihan dan perlu mengambil tindakan perundangan sewajarnya berdasarkan AKAS 1974,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pemantapan Industri Sawit Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar 2023 di sini, kelmarin.

Seminar disertai 200 peserta industri sawit itu melibatkan lima segmen pembentangan berkaitan pengurusan sisa pepejal, pengurusan buangan terjadual, pematuhan kepada Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan kawalan pencemaran udara serta efluen.

Amirul turut menzahirkan hasrat JAS agar semua KKS dapat memahami syarat lesen dengan baik seterusnya mematuhi serta melaksanakannya dengan berkesan.

“JAS ibu pejabat sedang dalam proses meminda AKAS 1974 termasuklah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977 dan pihak industri perlu bersedia sekiranya akta serta peraturan baru ini digazetkan,” katanya.

Amirul turut memaklumkan JAS pernah membawa beberapa KKS ke mahkamah dan telah dijatuhi hukuman sewajarnya mengikut tahap kesalahan di samping menggantung lesen operasi untuk memastikan tindakan penambahbaikan sebelum lesen diberikan semula.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/22/kilang-kelapa-sawit-perlu-lesen-patuhi-akas-1974/feed/ 0 36827