jabatan pengangkutan jalan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Sep 2023 02:57:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jabatan pengangkutan jalan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 NPI Siri M__M rekod kutipan hasil RM20,091,970 https://sabahmedia.com/2023/09/08/npi-siri-m__m-rekod-kutipan-hasil-rm20091970/ https://sabahmedia.com/2023/09/08/npi-siri-m__m-rekod-kutipan-hasil-rm20091970/#respond Fri, 08 Sep 2023 02:57:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41438
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M___M yang dibuka sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 telah berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20,091,970.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, NPI bagi M1M merupakan nombor yang telah dibida dengan harga paling tinggi, iaitu RM622,000. 

“Manakala M5M berada ditempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000. Selanjutnya, M8M dengan nilai RM450,000, M9M dengan nilai RM402,004 dan M6M dengan nilai RM350,000.

“Siri M__M ini juga telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida. Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 25,033 orang dan sebanyak 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

JPJ menambah, lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M seramai 39 orang pembida, M155M seramai 33 pembida, M51M seramai 32 pembida, diikuti dengan M313M seramai 31 pembida dan seterusnya M39M sebanyak 28 orang pembida. 

Menurut kenyataan itu lagi, hasil  pembidaan  siri  M___M  ini  yang  membawa  maksud ‘Malaysia Merdeka’ telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023. 

“JPJ ingin mengucapkan tahniah kepada para pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September 2023. 

“Terima kasih juga kepada semua pengguna yang telah menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, JPJ berkata, bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.  

Menurut kenyataan itu lagi, JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.  – SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/09/08/npi-siri-m__m-rekod-kutipan-hasil-rm20091970/feed/ 0 41438 Op Bersepadu JPJ sempena perayaan Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April https://sabahmedia.com/2023/04/12/op-bersepadu-jpj-sempena-perayaan-aidilfitri-bermula-18-hingga-27-april/ https://sabahmedia.com/2023/04/12/op-bersepadu-jpj-sempena-perayaan-aidilfitri-bermula-18-hingga-27-april/#respond Wed, 12 Apr 2023 01:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32572
Read Time:1 Minute, 47 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Bentong: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula dari 18 hingga 27 April ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata sebanyak 231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau “hotspot” yang mana pemantauan akan ditingkatkan di kawasan terlibat.

“Kalau kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan biasanya pendekatan yang digunakan adalah menempatkan kereta peronda untuk mengadakan rondaan supaya dengan kehadiran pegawai penguat kuasa pemandu akan lebih berhati-hati.

Saya harap pengguna patuh kepada peraturan jalan raya terutama di kawasan Pahang kerana ia merupakan laluan utama ke Pantai Timur dari Lembah Klang dan sudah tentu berjuta kenderaan akan lalu. Selain itu, kita juga akan laksanakan larangan kepada kenderaan berat seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat Baharu JPJ Bentong, di Jalan Chamang, di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim.

Sementara itu, Loke memaklumkan selain di daerah ini dua lagi bangunan baharu JPJ sedang dibina iaitu masing-masing di Sarikei, Sarawak dan Muar, Johor.

Menyentuh mengenai pembinaan cawangan baharu JPJ Bentong, Loke ketika berucap berkata ia bertujuan menggantikan pejabat sedia ada yang terletak di Taman Datuk Shah Bandar Hussin, di sini yang telah beroperasi sejak 1983.

Katanya pejabat yang berada di bangunan kedai kini telah daif dan tidak dapat menampung kunjungan orang awam iaitu seramai 180 pelanggan setiap hari atau 50,000 pelanggan setahun.

Justeru, beliau berkata kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan berkonsepkan pejabat pintar di tapak berkeluasan kira-kira 0.6474 hektar dengan peruntukan RM10.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan ia dijangka siap pada April 2025.

Hanya terletak kira-kira satu kilometer dari pusat bandar Bentong, pejabat baru yang mudah diakses dapat memanfaatkan hampir 120,000 penduduk daerah ini dan masyarakat sekitar selain kakitangan JPJ sendiri.

“Kerajaan sedar bagi memastikan JPJ boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, di samping memperkasakan aspek digital, infrastruktur sewajarnya harus disediakan agar tadbir urus JPJ kekal mantap dan relevan,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/12/op-bersepadu-jpj-sempena-perayaan-aidilfitri-bermula-18-hingga-27-april/feed/ 0 32572