Jabatan penyiaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 03 Feb 2026 11:08:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jabatan penyiaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri jalin kerjasama strategik dengan Jabatan Penyiaran https://sabahmedia.com/2026/02/03/kerajaan-negeri-jalin-kerjasama-strategik-dengan-jabatan-penyiaran/ https://sabahmedia.com/2026/02/03/kerajaan-negeri-jalin-kerjasama-strategik-dengan-jabatan-penyiaran/#respond Tue, 03 Feb 2026 11:08:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90931
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah tahun ini.

Perkara itu dibincangkan ketika delegasi jabatan itu, diketuai Pengarahnya Mohd Yusni Mohamed Ali, membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Kerjasama strategik itu merangkumi temu bual naratif khas bersama Ketua Menteri yang menggariskan hala tuju dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk negeri dan rakyat.

Mohd Yusni turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program TV dan radio untuk mempromosikan Sabah seperti Sabah Berselawat, Bintang Sandakan, dan Sabah Vfm Songs Award, yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (Rancangan Radio) Artika Matbee, Penolong Pengarah (Penerbitan TV) Effa Dian Ali, Penolong Pengarah (Berita Ehwal Semasa) Sugiman Rafai serta Penolong Pengarah (Cawangan Khidmat Pengurusan) Sarinah Abdul Hamid.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/03/kerajaan-negeri-jalin-kerjasama-strategik-dengan-jabatan-penyiaran/feed/ 0 90931