Jadikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Oct 2023 01:44:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jadikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kekalkan integrasi sosial, jadikan Sabah sebagai negeri contoh https://sabahmedia.com/2023/10/01/kekalkan-integrasi-sosial-jadikan-sabah-sebagai-negeri-contoh/ https://sabahmedia.com/2023/10/01/kekalkan-integrasi-sosial-jadikan-sabah-sebagai-negeri-contoh/#respond Sun, 01 Oct 2023 01:44:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42868
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Semua masyarakat diseru untuk mengekalkan integrasi sosial dan perpaduan negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang terus dicontohi dan dikuti sebagai ikon perpaduan.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata amalan perpaduan kaum di negeri Sabah telah wujud sekian lama dan generasi semasa perlu terus memegang peranan untuk mengekalkannya.

“Kita sedar bahawa perpaduan kaum amat penting bagi kita di Sabah khasnya kerana kita terdiri daripada pelbagai suku kaum dan anutan agama.

“Untuk mengekalkan keharmonian dan integriti sosial yang kita ada ini, perkara terpenting adalah elakkan segala insiden yang boleh mencemarkan perpaduan serta mengusik sentimen yang akan menimbulkan isu rasis.

“Kita perlu terus pegang tanggungjawab untuk memastikan integriti sosial yang positif ini terus dikekalkan dan sentiasa ingat bahawa Sabah adalah negeri contoh dan tauladan kepada negetri lain di Malaysia, dalam aspek perpaduan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Persidangan Gagasan Rakyat Bahagian Likas 2023 yang berlangsung di sini pada Sabtu.

Menurut Mohammad Bahrin lagi, selain daripada mengekalkan perpaduan, masyarakat perlu mencintai ilmu dan menguasai pelbagai bahasa.

“Penguasaan pelbagai bahasa adalah antara langkah untuk kita menjayakan diri dan menonjol ke depan khasnya di peringkat global.

“Penguasaan pelbagai bahasa juga mampu menjadi pengikat kepada keharmonian bangsa, sekaligus mengukuhkan jalinan perpaduan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Likas, Halijah Din semasa ucapan beliau berkata perlaksanaan sesebuah aktiviti khasnya bagi menyampaikan wadah perjuangan parti adalah akan lebih berkesan jika dilaksanakan secara kerja berpasukan.

“Kita jangan jadikan kekangan dari segi jumlah atau bilangan yang sedikit, tetapi kita jadikan bilangan kita, yang ada dalam kumpulan kita ini, saling bekerjasama dan bergerak sebagai sebuah pasukan kerana perjuangan kita kepada akar umbi pasti akan lebih bermakna jika kita bergerak seiringan,” katanya.

Persidangan tahunan tersebut merupakan persidangan kali pertama bagi Gagasan Rakyat sejak ditubuhkan pada Mac 2023.

Dalam persidangan yang berlangsung selama sehari itu, hampir 300 ahli Gagasan Rakyat Bahagian Likas serta rakan-rakan Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api dan perwakilan negeri.

Hadir sama dalam persidangan Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Datuk Faisyal Yusof Hamdain Deigo, Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah merangkap Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Emmie Martin Idang, Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Johann Joseph Diego, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Salmi Sarinoh, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api Syahrul Safwan Najwan Faisyal, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas Muammar Julkarnain, Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas Dr. Awang Faisal Awang Rahim, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Likas Syahmee Mohd Ron dan Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Likas Noor Azie Asngari.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/01/kekalkan-integrasi-sosial-jadikan-sabah-sebagai-negeri-contoh/feed/ 0 42868
Syarikat Penerbangan Dipelawa Jadikan Sabah Sebagai Hab Operasi https://sabahmedia.com/2022/03/05/syarikat-penerbangan-dipelawa-jadikan-sabah-sebagai-hab-operasi/ https://sabahmedia.com/2022/03/05/syarikat-penerbangan-dipelawa-jadikan-sabah-sebagai-hab-operasi/#respond Sat, 05 Mar 2022 06:31:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12717
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sabah mempelawa syarikat penerbangan untuk menjadikan negeri itu sebagai pangkalan operasi mereka lebih-lebih lagi apabila sempadan negara dijangka buka tidak lama lagi.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, potensi dan rekod prestasi Sabah harus dijadikan semangat pembakar bagi semua pihak berkepentingan untuk terus bekerjasama bagi mengenal pasti dan merebut peluang baharu untuk menggiatkan semula industri pelancongan antarabangsa.

“Sebelum pandemik Covid-19, Sabah boleh diakses melalui penerbangan terus dari 20 bandar antarabangsa utama dengan lebih 220 penerbangan setiap minggu, terutamanya dari rantau Asia Utara.

“Selain itu, terdapat lebih 400 penerbangan domestik yang menghubungkan 10 destinasi di Malaysia. Memandangkan banyak negara membuka sempadan mereka mulai Mac, kami percaya Malaysia akan turut serta tidak lama lagi.

“Dalam hal ini, saya menjemput semua syarikat penerbangan untuk menjadikan Sabah sebagai hab operasi,” katanya pada majlis makan malam bersama Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC) yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini, pada Jumaat.

Joniston, yang mempengerusikan STB, menyatakan keyakinan bahawa industri pelancongan antarabangsa akan pulih, walaupun tidak sama seperti sebelum ini.

Tambah beliau, penyertaan dan sokongan syarikat penerbangan adalah penting untuk membantu mempromosikan negeri ini dan mewujudkan semula kerjasama bagi akses baharu ke Sabah.

Sementara itu, Pengerusi AOC, Mohamad Azri Mohammad Rashad berkata, penerbangan Air Asia, Malindo Air, dan MAS bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu mencatatkan muatan pesawat yang tinggi.

“Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mempunyai 70-80 peratus muatan. Ia adalah angka yang agak tinggi.

“Malah bagi Sabah, terdapat tiga hingga empat penerbangan dalam sehari berbanding Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu dan Terengganu. Jadi, saya berasa berbesar hati berada di sini, dan pada masa sama, kami mahu terus merangsang ekonomi,” katanya.

Mohamad turut berkata bahawa sempadan negara dijangka dibuka tidak lama lagi, sambil menambah pasukan AOC telah terlibat dalam merancang dan melaksanakan prosedur operasi standard dengan bantuan pihak Malaysia Airports, Tourism Malaysia, dan Kementerian Kesihatan pada 26 Februari lalu.

Ini adalah lawatan kedua pihak AOC ke Sabah, yang pada mulanya dijadualkan pada 2020 tetapi ditangguhkan akibat pandemik.

Turut hadir dalam majlis makan malam itu adalah wakil daripada syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/05/syarikat-penerbangan-dipelawa-jadikan-sabah-sebagai-hab-operasi/feed/ 0 12717
KPLB Jadikan Premis & Tabika KEMAS Pusat Sehenti Semakan Kelayakan Bantuan Pembaikan Rumah Pasca Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/#respond Fri, 07 Jan 2022 11:39:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10850
Read Time:1 Minute, 43 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menjadikan premis dan Tabika KEMAS sebagai Pusat Sehenti semakan kelayakan bantuan pembaikan rumah pasca banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bancian jumlah rumah yang perlu dibaiki dan dibina semula sedang dilakukan dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan sebaik data bancian lengkap.

“KPLB memutuskan untuk menjadikan premis dan Tabika KEMAS di lokasi banjir sebagai pusat sehenti mulai Selasa depan untuk memudahkan semakan dan pendaftaran kelayakan.

‘Sebagai permulaan KPLB akan berada di Tabika KEMAS Bukit Changgang, Banting Selangor selama tiga hari bermula Selasa ini untuk mengemas kini dan menyemak data pemohon yang layak untuk bantuan pembaikan rumah pasca banjir.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurut Mahdzir, semua permohonan Ketua Isi rumah (KIR) untuk pembaikan rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB Daerah dan Pejabat Daerah sebelum disah dan didaftarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU, Jabatan Perdana Menteri.

KPLB juga menggerakkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi membantu mengumpul data penduduk yang terkesan dengan bencana banjir untuk diserahkan kepada PKOB daerah.

“Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana, manakala bagi pembinaan semula rumah tempoh masa yang diambil adalah antara tiga hingga empat bulan bergantung kepada kesediaan tapak”.

Tambah beliau, di bawah Program Bantuan Rumah KPLB, peruntukan sebanyak RM15 ribu disediakan untuk baik pulih rumah dan RM56 ribu untuk bina baharu rumah di Semenanjung Malaysia.

Manakala RM68 ribu bagi wilayah Sabah dan Sarawak untuk bina baharu rumah.

“Untuk program pembaikan rumah mangsa banjir, saya dimaklumkan bahawa hari ini KPLB telah memulakan penilaian kerosakan, dijangka kerja-kerja pembaikan akan bermula esok membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang dan Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan”.

Pada masa sama, KPLB juga kata Mahdzir, menjemput Kementerian dan agensi lain yang terlibat dengan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi memudahkan proses menyalurkan bantuan pasca banjir di Pusat Sehenti premis dan Tabika Kemas yang disediakan KPLB.

Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KPLB, media sosial rasmi dan Bilik Gerakan Bencana KPLB di talian 03-88915827.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/kplb-jadikan-premis-tabika-kemas-pusat-sehenti-semakan-kelayakan-bantuan-pembaikan-rumah-pasca-banjir/feed/ 0 10850