Jadual – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Nov 2021 12:20:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jadual – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Mitigasi Banjir Penampang Dijalankan Mengikut Jadual https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/ https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/#respond Fri, 05 Nov 2021 08:46:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8199
Read Time:1 Minute, 10 Second

PENAMPANG: Kerajaan akan memastikan projek mitigasi banjir untuk daerah Penampang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan akan memastikan projek mitigasi itu akan disiapkan selain dua daripada tiga pakej mitigasi banjir telah pun siap dilaksanakan.

Sementara itu, Hajiji telah menggesa kesiapsiagaan menghadapi bencana di seluruh negeri pada jangkaan musim monsun Timur Laut bulan ini.

“Saya telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan untuk meletakkan persediaan logistik bersiap sedia termasuk tempat pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir yang terjejas pada September lalu di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, pada Jumaat.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) khususnya dalam penyaluran bantuan kewangan dan peruntukan sekiranya berlaku bencana pada musim tengkujuh.

“Kerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka,selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia”, yang menggariskan tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).,” katanya.

“Semoga bantuan kewangan daripada kerajaan dapat meringankan beban mereka yang terjejas,” katanya.

Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) daripada 937 KIR menerima bantuan tunai RM1,000 pada hari ini.

Selebihnya rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh daerah pada September lalu akan menerima bantuan dalam masa dua minggu.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/05/projek-mitigasi-banjir-penampang-dijalankan-mengikut-jadual/feed/ 0 8199
Mohon pastikan bekalan vaksin sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/#respond Thu, 05 Aug 2021 15:08:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4125
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Peningkatan kes di Sabah beberapa hari ini membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan.

“Kita sudah dengar pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk berikan tambahan bekalan dan prioriti kepada Sabah. Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan menerusi lama Facebooknya.

“Mohon supaya pastikan bekalan tersebut sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.

“Jika perlu, sediakan pelan alternatif untuk mengatasi sebarang kelewatan bekalan vaksin. Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” kata Salleh yang juga Ahli Undangan Negeri Usukan.

Terdahulu, Kerajaan Sabah berharap bekalan vaksin yang dijadualkan pada bulan Ogos untuk negeri ini akan tiba tepat pada waktunya.

Jurucakap Sabah COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri ini hanya menerima kenaikan dos vaksin sejumlah 374,214 dos sejak 21 Julai hingga 31 Julai 2021.

Manakala jumlah dos harian tertinggi adalah 48,300 pada hari Sabtu, 31 Julai lalu.

Beliau berharap akan dapat lebih banyak bekalan seperti yang telah dipersetujui, sesuai dengan waktu yang dijadualkan bulan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/mohon-pastikan-bekalan-vaksin-sampai-mengikut-jadual-dan-dalam-kuantiti-yang-dijanjikan-salleh/feed/ 0 4125