jafry arifin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 02 Apr 2022 11:44:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jafry arifin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perbaiki diri, banyakkan amalan di bulan Ramadan – Jafry https://sabahmedia.com/2022/04/02/perbaiki-diri-banyakkan-amalan-di-bulan-ramadan-jafry/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/perbaiki-diri-banyakkan-amalan-di-bulan-ramadan-jafry/#respond Sat, 02 Apr 2022 11:44:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13807
Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Sebanyak 207 buah masjid dan surau sekitar Sandakan dan Kinabatangan disini menerima sumbangan berupa wang tunai bagi melaksanakan pelbagai program sepanjang Ramadan.

Dari jumlah itu, sebanyak 108 buah masjid dan 99 surau masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM1,000 dan RM500.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Jafry Arifin berkata, sumbangan tahunan itu disalurkan pihaknya bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag.

Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, sumbangan itu juga diyakini mengimarahkan lagi masjid dan surau pada Ramadan selepas hampir dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, pada tahun ini kita diberi ruang untuk melaksanakan ibadah puasa dengan baik selain dapat menunaikan solat terawih secara berjemaah dalam bulan Ramadan berbanding tahun-tahun yang lalu.

“Meskipun jumlah agihan yang diberikan mungkin tidak seberapa, ia sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan masjid dan surau di kawasan ini untuk membuat persiapan menjelang Ramadan,” katanya.

Katanya, kemeriahan bulan puasa kali ini pastinya cukup berbeza berbanding dua tahun sebelum ini kerana negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk itu, beliau menyeru kepada seluruh umat Islam agar mengambil kesempatan terhadap peralihan kepada fasa endemik pada bulan Ramadan untuk memperbaiki diri dan perbanyak amalan ibadah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/perbaiki-diri-banyakkan-amalan-di-bulan-ramadan-jafry/feed/ 0 13807
Pengusaha Industri Pelancongan Di Sabah Disaran Bersedia Terima Pelancong Luar https://sabahmedia.com/2022/03/09/pengusaha-industri-pelancongan-di-sabah-disaran-bersedia-terima-pelancong-luar/ https://sabahmedia.com/2022/03/09/pengusaha-industri-pelancongan-di-sabah-disaran-bersedia-terima-pelancong-luar/#respond Wed, 09 Mar 2022 09:35:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12830
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Semua pengusaha industri pelancongan di negeri ini disaran untuk melakukan persediaan awal bagi menerima pelancong luar negara apabila sempadan negara dibuka serentak bermula 1 April ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, persediaan itu juga perlu dilaksanakan bersama dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Bagi pihak kementerian, kita menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembukaan semula sempadan negara pada 1 April ini.

“Pengumuman pembukaan itu juga selaras dengan situasi negara yang memasuki fasa peralihan ke endemik pada tarikh sama,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, ia merupakan satu berita gembira buat pengusaha industri pelancongan serta seluruh rantaiannya dalam merancakkan semula sektor pelancongan selepas dua tahun dilanda pandemik COVID-19.

Katanya, kementerian bersama semua agensi terlibat juga akan terus mempergiat promosi dalam memasarkan produk dan lokasi pelancongan Sabah di peringkat antarabangsa.

“Kementerian juga akan terus memberi kerjasama dan menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan dalam menjayakan pembukaan semula sempadan mulai 1 April depan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/09/pengusaha-industri-pelancongan-di-sabah-disaran-bersedia-terima-pelancong-luar/feed/ 0 12830
KePKAS Optimis Sektor Pelancongan Sabah Terus Berkembang https://sabahmedia.com/2021/11/22/kepkas-optimis-sektor-pelancongan-sabah-terus-berkembang/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/kepkas-optimis-sektor-pelancongan-sabah-terus-berkembang/#respond Mon, 22 Nov 2021 10:55:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8741
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kebenaran rentas negeri ke Sabah yang mula dikuatkuasakan awal bulan ini diyakini akan mampu membantu memulihkan sektor pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya turut optimis masa depan sektor ini juga akan terus berkembang apabila kerajaan negeri turut melonggarkan syarat kemasukkan ke Sabah.

“Saya optimis dan yakin dengan masa depan aktiviti pelancongan negeri Sabah yang akan kembali pulih terutama selepas kebenaran rentas negeri dikuatkuasakan awal bulan ini.

“Selain itu, kelonggaran yang diberi kepada pelawat yang masuk ke negeri ini tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Disember depan juga akan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diatas  kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan baru-baru ini.

Jafry berkata, pihak industri dan masyarakat perlu bersama-sama kerajaan bagi menggerakan kembali industri pelancongan di negeri ini.

“Masyarakat, pemain industri dan kerajan sentiasa berkaitrapat dan berperanan membangunkan semula industri  pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Antara langkah yang kini giat dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) adalah termasuk pengiklanan promosi penawaran pakej percutian kepada orang awam,” katanya.

Katanya, langkah proaktif ini dilihat berjaya  membantu sektor pelancongan kembali bersinar.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pemain industri sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/kepkas-optimis-sektor-pelancongan-sabah-terus-berkembang/feed/ 0 8741