jahid jahim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 25 Mar 2022 08:18:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jahid jahim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Masyarakat diseru beri kerjasama bantu PDRM jaga keselamatan rakyat, kedaulatan negara https://sabahmedia.com/2022/03/25/masyarakat-diseru-beri-kerjasama-bantu-pdrm-jaga-keselamatan-rakyat-kedaulatan-negara/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/masyarakat-diseru-beri-kerjasama-bantu-pdrm-jaga-keselamatan-rakyat-kedaulatan-negara/#respond Fri, 25 Mar 2022 08:18:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13475
Read Time:1 Minute, 20 Second

TUARAN: Masyarakat diseru untuk terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mereka menjalankan tugasan menjaga keselamatan rakyat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, slogan `Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ perlu terus diadaptasikan bagi memperkukuhkan hubungan pihak polis dengan segenap lapisan masyarakat.

“Sama ada dari segi penyaluran maklumat, bantuan fizikal, bantuan aset, mahu pun sumbangan lain yang diperlukan dari semasa ke semasa, bagi membolehkan pihak polis menjalankan tugas dengan lebih cekap dan lebih bersemangat kerana rakyat sentiasa bersama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215, di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim.

Jahid berkata, banyak cabaran baharu dari segi pertambahan tugasan dihadapi pihak polis khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19 selain menjadi petugas barisan hadapan (frontliners).

“Pihak polis telah menjalankan tugasan dengan cemerlang dan tentu sekali bagi pihak kerajaan, kita sangat menghargainya.

“Justeru, bagi pihak kerajaan negeri, saya turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak polis kerana telah memastikan keselamatan negeri dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara bagi membolehkan rakyat hidup dalam keadaan selesa, tenang dan damai,” katanya.

Beliau berharap anggota polis di seluruh negara, khususnya di Sabah dan Daerah Tuaran dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada negara dalam keadaan terpelihara daripada COVID-19 serta ancaman-ancaman lain ketika menjalankan tugasan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, membacakan perutusan Ketua Polis Negara sebelum menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada beberapa agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat membantu Ibu Pejabat Polis  Daerah Tuaran selama ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/masyarakat-diseru-beri-kerjasama-bantu-pdrm-jaga-keselamatan-rakyat-kedaulatan-negara/feed/ 0 13475
DUN Sabah : Usaha penambahbaikan pastikan bayaran elaun JPKK diselesaikan https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-usaha-penambahbaikan-pastikan-bayaran-elaun-jpkk-diselesaikan/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-usaha-penambahbaikan-pastikan-bayaran-elaun-jpkk-diselesaikan/#respond Wed, 23 Mar 2022 10:49:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13407
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Usaha penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan bayaran elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diselesaikan tepat pada masanya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, pihaknya sedia maklum terdapat masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh Sabah.

“Berhubung kelewatan bayaran elaun JPKK, mohon maklum bahawa Kementerian saya sedar, terdapat masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh Sabah.

“Usaha-usaha penambahbaikan sedang dibuat dengan serius. Insya Allah, isu-isu yang timbul akan diminimakan dan diselesaikan seterusnya bayaran akan dapat dibuat tepat pada masa yang ditetapkan apabila sistem yang dirancang dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ruslan Muharam (PBS-Lumadan) pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam pada itu, Jahid berkata. KPLB Sabah akan terus memperkasa dan memantapkan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan di luar bandar.

Katanya, pelaksanaan itu adalah melalui program-program pembangunan sedia ada di kementeriannya.

“Seiring dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk mencapai miskin tegar sifar, pada tahun 2025 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kementerian saya menyambut baik usaha tersebut.

“Sebagai pelengkap kepada usaha-usaha untuk mencapai sasaran tersebut, selain menambah baik program yang ada, Kementerian saya akan fokus kepada mempelbagaikan program untuk meneroka inisiatif baharu,”katanya.

Katanya, antara program yang dilaksanakan adalah pembinaan dan memperkasakan aktiviti penternakan burung walit yang merupakan Program Usahawan Luar Bandar serta Aktiviti Ekonomi Tambahan.

Menurunya, di samping itu, aktiviti tanaman sacha inchi juga akan digalakkan kerana ianya merupakan bidang pertanian amat mudah tanpa memerlukan kos tinggi dan kepakaran khusus.

“Tetapi ianya memberi pulangan pendapatan dalam tempoh singkat kepada penduduk luar bandar yang menceburi dalam bidang pertanian ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-usaha-penambahbaikan-pastikan-bayaran-elaun-jpkk-diselesaikan/feed/ 0 13407
DUN Sabah : KPLB Sabah cadang kos pembinaan PPRT dikaji semula https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kplb-sabah-cadang-kos-pembinaan-pprt-dikaji-semula/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kplb-sabah-cadang-kos-pembinaan-pprt-dikaji-semula/#respond Wed, 23 Mar 2022 04:38:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13381
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mencadangkan kepada KPLB Persekutuan untuk mengkaji semula kos pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kos pembinaan PPRT itu perlu dikaji berikutan kos bahan binaan kini telah meningkat.

“Tidak dinafikan bahawa harga material sudah meningkat dan kita telah mengangkat perkara ini kepada KPLB Persekutuan untuk dikaji harganya.

“Dipihak KPLB, saya difahamkan harga itu sedang diputuskan diperingkat kabinet,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata,pihaknya akan memaklumkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tentang perkembangan seterusnya apabila nilai kos telah diputuskan.

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Harun Durabi ketika menjawab pertanyaan Mohd Arsad Bistari (BN-Tempasuk) berkata, Sabah mendapat pertambahan kouta bagi rumah PPRT sama ada bina baharu atau baikpulih.

Harun berkata, bagi program rumah PPRT bina baharu, negeri Sabah mendapat kuota sebanyak 700 unit rumah.

Katanya, manakala untuk program rumah PPRT baik pulih, negeri Sabah akan menerima kuota sebanyak 2,900 unit rumah.

“Bagi agihan Rumah PPRT bina baharu untuk tahun 2022, kementerian akan meneliti kaedah agihan tersebut berdasarkan kepada keperluan untuk setiap DUN atau daerah termasuklah daerah Kota Belud,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-kplb-sabah-cadang-kos-pembinaan-pprt-dikaji-semula/feed/ 0 13381
Terima Kasih, Saya Hargai Sumbangan Diberikan – Abdul Rahman https://sabahmedia.com/2022/03/19/terima-kasih-saya-hargai-sumbangan-diberikan-abdul-rahman/ https://sabahmedia.com/2022/03/19/terima-kasih-saya-hargai-sumbangan-diberikan-abdul-rahman/#respond Sat, 19 Mar 2022 10:45:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13200
Read Time:1 Minute, 6 Second

TAMPARULI: “Terima kasih dan saya hargai sumbangan yang diberikan sempena menjelang Ramadan ini,” kata Abdul Rahman Eki,66.

Warga emas yang tinggal bersendirian di Kampung Topokon itu berkata, sumbangan yang diberikan itu mampu meringankan sedikit bebanan yang kini sukar bergerak ekoran mengalami beberapa masalah kesihatan.

Abdul Rahman berkata demikian ketika menerima lawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim disini hari ini.

Sumbangan yang disalurkan adalah berupa bakul makanan yang disumbangkan pihak masjid dan Jabatan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli.

Jahid yang sebelum itu hadir menyempurnakan program Gotong-Royong sempena Ambang Ramadhan di Masjid Al-Hidayah disini.

“Saya meminta agar beliau (Abdul Rahman) sentiasa menjaga kesihatan dan mendoakannya agar sentiasa sihat walafiat.

“Beliau juga merupakan teman sepermainan saya semasa berada di Ladang Estet Topokon suatu ketika dahulu, dan kami membesar bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Topokon, Mary Martin berkata, warga emas tersebut menerima bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat  sebanyak RM500 sebulan.

“Dia sebenarnya ada ahli keluarga lain yang tinggal berhampiran rumahnya, tetapi difahamkan dia lebih suka untuk hidup sendirian,” kata Mary.

Turut hadir Pegawai Tadbir Agama JHEAINS, Suffian Kundu, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) IPD Tuaran, ASP Raji Hussin Suhodin, dan wakil Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Pekan Topokon, Dansui Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/19/terima-kasih-saya-hargai-sumbangan-diberikan-abdul-rahman/feed/ 0 13200
VSAT Kampung Rungus Terima Reaksi Positif Penduduk https://sabahmedia.com/2022/03/15/vsat-kampung-rungus-terima-reaksi-positif-penduduk/ https://sabahmedia.com/2022/03/15/vsat-kampung-rungus-terima-reaksi-positif-penduduk/#respond Tue, 15 Mar 2022 08:39:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13017
Read Time:1 Minute, 50 Second

TAMPARULI: Kemudahan internet jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan satelit teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) yang dilaksanakan di Kampung Rungus disini mendapat reaksi positif penduduk setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, internet kini merupakan antara keperluan rakyat yang sangat penting bagi melancarkan urusan harian khususnya melibatkan pelajaran anak-anak, komunikasi, perniagaan secara dalam talian dan sebagainya.

“Saya berharap menerusi teknologi ini, sekurang-kurangnya akan dapat membantu meringankan kesukaran para penduduk yang selama ini mencari akses internet untuk urusan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis gimik perasmian VSAT tersebut di Balai Muhibbah Kampung Rungus, disini kelmarin.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, kemudahan jangka pendek itu dilihat mampu membantu penduduk berkomunikasi dengan keluarga yang berada di bandar atau tempat lain.

“Pada masa sama, kerajaan akan sentiasa memikirkan cara terbaik untuk membantu penduduk luar bandar yang memerlukan bantuan, termasuklah kemudahan akses internet,” katanya.

Rata-rata pemimpin kampung dan penduduk menghargai usaha murni pemimpin tersebut bagi memastikan penduduk kampung tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi.

Ketua Kampung Rungus, KK Sibidol Misun, berkata, penduduk kampung sangat bersyukur kerana tidak lagi perlu ke kawasan lebih tinggi untuk mendapat akses internet, seperti sebelum ini.

“Biasanya penduduk dalam kalangan orang muda akan pergi ke kawasan tinggi atau keluar ke kawasan yang mempunyai liputan internet lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi syarikat Serba Dinamik, Phillistins Lajumin, berkata, kemudahan tersebut merupakan peruntukan yang dibiayai secara peribadi oleh Jahid, manakala mereka merupakan syarikat bertanggungjawab melaksanakan pemasangannya.

Seorang pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenghilan, Christiana Matius, 14 tahun, bersyukur dan menghargai sumbangan penuh makna itu.

Menurut Christiana, kemudahan itu sudah pasti dapat membantu dalam mempermudahkan kerja-kerja mereka terutamanya dalam mengulang kaji pelajaran dan mencari maklumat penting di dalam internet, selain dapat berhubung dengan guru dan kawan-kawan sekolah.

“Sebelum ini, biasanya kami terpaksa naik ke satu kawasan tinggi yang kami panggil Bukit Tir semata-mata untuk mendapatkan liputan internet yang lebih baik, tetapi dengan adanya VSAT ini, kami tidak perlu lagi memanjat bukit,” katanya gembira.

Turut hadir pada program tersebut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Perhubungan Kepada Menteri, Romeo Sindeh, dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), Nysius Lipon.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/15/vsat-kampung-rungus-terima-reaksi-positif-penduduk/feed/ 0 13017
Masyarakat Diseru Terus Pelihara Adat Terdahulu https://sabahmedia.com/2022/03/14/masyarakat-diseru-terus-pelihara-adat-terdahulu/ https://sabahmedia.com/2022/03/14/masyarakat-diseru-terus-pelihara-adat-terdahulu/#respond Mon, 14 Mar 2022 03:31:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12983
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAMPARULI: Masyarakat diseru agar terus memelihara dan meneruskan adat yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata, adat yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu, perlu di dijaga sebaik mungkin, dan tidak patut dipandang remeh.

“Semua adat yang terdahulu ada pengertiannya tersendiri, yang boleh kita jadikan sebagai panduan dan rujukan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelaksanaan Adat Poulakan Kuburan Kinopokungan Kampung Kapa/Bawang, di Balai Muhibbah Kampung Bawang, disini semalam.

Katanya, adat turun-temurun seumpama ini tidak ternilai harganya, dan perlu dikekalkan oleh generasi ke generasi.

Beliau yang juga Naib Presiden KDCA, mencadangkan kepada badan adat yang ditubuhkan di kampung tersebut, untuk membuat satu buku khas mengenai upacara dan adat tersebut, sebagai panduan kepada generasi seterusnya kelak.

“Ini merupakan satu sejarah, kerana satu lagi adat kita telah terungkai dan dapat diceritakan untuk menjadi warisan generasi pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Kampung Bawang, KK Peturus Simon Kinsui, memohon kepada semua ahli keluarga untuk memberitahu dan menjelaskan kepada keluarga masing-masing mengenai pelaksanaan adat tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Jahem Biaron, memberitahu, empat tapak kuburan yang dikenal pasti ialah milik mendiang Limbawan Lampada, Lingkin Linbawan, Durim Kumbaron, dan mendiang Bontut.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), David Kinsui, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bawang, Jopirin Godos, dan pemimpin masyarakat di sekitar Tamparuli.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/14/masyarakat-diseru-terus-pelihara-adat-terdahulu/feed/ 0 12983
Guna ICT Sebaiknya Dalam Membestarikan Diri, Keluarga https://sabahmedia.com/2022/03/07/guna-ict-sebaiknya-dalam-membestarikan-diri-keluarga/ https://sabahmedia.com/2022/03/07/guna-ict-sebaiknya-dalam-membestarikan-diri-keluarga/#respond Mon, 07 Mar 2022 10:28:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12781
Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMPARULI: Masyarakat diingatkan agar memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam membestarikan diri dan keluarga masing-masing.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kemudahan ICT dan kepakaran ilmu dalam teknologi maklumat perlu diguna pakai masyarakat tanpa mengira umur ke arah perkara yang lebih positif.

“Kembangkanlah ilmu tersebut, bawa pulang dan ajar semua ahli keluarga yang masih belum berkemahiran,” katanya.

Saranan beliau itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, yang mewakili beliau merasmikan Program Kursus Mobile ICT tajaan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi di Balai Muhibbah Kampung Kionsom, dekat sini pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi JPKK Kampung Kionsom, Jamuni Mandakal, para pemimpin masyarakat Tamparuli, dan wakil perserta, Primus Kinsam.

Ketika ditemui, Jilias menambah, program seumpama itu sangat baik diadakan, dan memohon agar kawasan (Mukim) lain akan turut diambil kira untuk mengadakan kursus yang sama kelak.

Katanya, pelbagai usaha telah dilaksanakan pihak kerajaan untuk orang ramai mendapat manfaat kemudahan ICT hingga ke peringkat kampung, yang memberi gambaran betapa komitednya pihak kerajaan dalam menjayakan hasrat ini.

Terdahulu, Pengerusi Pusat e-Desa Topokon, Yatimah Razimin, yang juga penyedia latihan sepanjang dua minggu program berkenaan, menghargai komitmen yang diberi oleh semua peserta program berkenaan.

Menurutnya, kursus sebanyak 12 kelas itu diadakan sejak 20 Februari dan berakhir pada 06 Mac 2022.

Program itu merupakan anjuran bersama Pusat e-Desa Topokon, Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kionsom, dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Topokon.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/07/guna-ict-sebaiknya-dalam-membestarikan-diri-keluarga/feed/ 0 12781
Jahid Serah Sumbangan Bantu Pelajar Sekolah Dikuarantin https://sabahmedia.com/2022/02/20/jahid-serah-sumbangan-bantu-pelajar-sekolah-dikuarantin/ https://sabahmedia.com/2022/02/20/jahid-serah-sumbangan-bantu-pelajar-sekolah-dikuarantin/#respond Sun, 20 Feb 2022 02:54:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12385
Read Time:53 Second

TAMPARULI: Sekolah Menengah Advent Sabah (SASS) Tamparuli ditutup selama tujuh hari bagi mencegah penularan COVID-19 di sekolah berkenaan.

Pengetua SASS Tamparuli Alben Rotop berkata, seramai 51 orang pelajar asrama sekolah berkenaan turut diarah menjalani kuarantin kendiri di asrama sekolah itu.

“Atas nasihat dan arahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mencegah penularan COVID-19, sekolah ini terpaksa ditutup bermula 17 Februari hingga 23 Februari 2022.

“Atas keselamatan pelajar serta kakitangan di sini selain perlu memenuhi keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP), kita telah mengarahkan para pelajar untuk menjalani kuarantin kendiri di asrama sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim di kafeteria sekolah berkenaan disini baru-baru ini.

Sumbangan yang diserahkan itu adalah bagi membeli keperluan sekolah yang menempatkan seramai 51 pelajar asrama yang dikuarantin.

Alben berkata, sumbangan ikhlas Jahid itu sangatlah bermakna bagi menampung keperluan pelajar yang tinggal di asrama sekolah tersebut.

Turut hadir Setiausaha Eksekutif MAUM (Malaysia Adventist Union Mission), Pr Nelson G Bendah, dan dua orang tenaga pengajar, Arviana Modoldop, dan Haslina Pantau.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/20/jahid-serah-sumbangan-bantu-pelajar-sekolah-dikuarantin/feed/ 0 12385
Jaga Kemudahan Awam Untuk Kegunaan Bersama – Jahid https://sabahmedia.com/2022/02/01/jaga-kemudahan-awam-untuk-kegunaan-bersama-jahid/ https://sabahmedia.com/2022/02/01/jaga-kemudahan-awam-untuk-kegunaan-bersama-jahid/#respond Tue, 01 Feb 2022 03:49:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11801
Read Time:50 Second

TAMPARULI: Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar sentiasa menjaga kemudahan awam dengan baik, termasuklah kerusi meja untuk kegunaan bersama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, masyarakat juga perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan segala fasiliti itu dengan baik seperti milik bersama.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama menjaga kemudahan-kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis singkat penyerahan sebanyak 150 kerusi, empat buah meja dan tambahan kelulusan dua buah khemah kepada JPKK Kampung Kauluan, disini kelmarin.

Katanya, jika dijaga dengan baik, tempoh penggunaan segala kemudahan yang ada sudah pasti lebih lama, dan memberi kebaikan kepada semua penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

“Pentingnya kesedaran menjaga kemudahan awam ini diperkukuh, agar dapat digunakan dan dinikmati bersama sampai bila-bila,” katanya.

Sumbangan tersebut diterima oleh barisan kepimpinan JPKK Kampung Kauluan, diketuai Pengerusinya, Awang Ali H.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM), Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Rony Sundang, dan Ketua Kampung, KK Lisad Unoh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/01/jaga-kemudahan-awam-untuk-kegunaan-bersama-jahid/feed/ 0 11801
Jadikan Perayaan Sebagai Wadah Pupuk Semangat Muhibah, Persaudaraan Dikalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/#respond Sun, 23 Jan 2022 06:39:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11450
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sambutan perayaan yang diraikan pelbagai kaum khususnya di negeri ini mampu menjadi wadah untuk masyarakat saling mengenali dan memahami budaya kaum lain yang ada di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kesempatan menyambut Tahun Baru Cina seharusnya digunakan bagi memupuk perasaan muhibah dan persaudaraan, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Justeru, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengetepikan segala perselisihan ideologi politik yang memudaratkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri CNY Walkabout anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di Jalan Gaya, disini hari ini.

Katanya, mencampur adukkan unsur-unsur politik dengan budaya dan perayaan hanya akan memecah belahkan masyarakat.

“Politik melampau dan sempit dikhuatiri akan berterusan sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan modal ini bagi meraih perhatian dan keuntungan politik semata-mata.

“Sokongan tanpa mengira kaum, memeriahkan program sambutan perayaan yang dianjurkan seperti Tahun Baharu Cina dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim secara semulajadi antara warga Sabah yang berbeza latar belakang agama dan budaya, mahu pun ideologi politik,” katanya.

Menurutnya, perpaduan itu penting dan adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini untuk berusaha mengekalkannya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, sambutan-sambutan perayaan kini terpaksa diadakan dalam keadaan norma baharu di samping bilangan orang terlibat juga dihadkan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19.

“Namun paling penting adalah semangat perpaduan paling penting agar hubungan kekeluargaan masyarakat pelbagai kaum dan agama dikekalkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/jadikan-perayaan-sebagai-wadah-pupuk-semangat-muhibah-persaudaraan-dikalangan-masyarakat/feed/ 0 11450