Jahid – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Nov 2025 12:14:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jahid – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jahid sokong penuh calon baharu teruskan legasi GRS di Tamparuli https://sabahmedia.com/2025/11/17/jahid-sokong-penuh-calon-baharu-teruskan-legasi-grs-di-tamparuli/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/jahid-sokong-penuh-calon-baharu-teruskan-legasi-grs-di-tamparuli/#respond Mon, 17 Nov 2025 12:14:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86199
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Raul G.

TAMPARULI: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim menyokong sepenuhnya calon baharu, Dr Bonaventure Boniface meneruskan legasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Jahid berkata, beliau menghargai nilai persahabatan, keikhlasan serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon GRS berkenaan yang turut mewakili komponen Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli.

“Dengan kekuatan jentera, kesatuan hati dan iltizam seluruh ahli, saya yakin PBS bersama GRS mampu menggalas amanah besar ini demi masa depan rakyat Tamparuli,

“Untuk hari ini, memadai saya katakan Dr. (Dr Bonaventure Boniface) kaulah harapan, kaulah penyambung (harapan wakil rakyat),” katanya di sini.

Jahid dilihat mengikuti beberapa kempen bagi menyatakan sokongan terhadap calon GRS, Dr Bonaventure bagi DUN Tamparuli sebaik penamaan calon diumumkan pada Sabtu lalu.

Jahid menambah, semangat kebersamaan menjadi asas kekuatan mereka untuk terus berjuang demi kepentingan rakyat dan pembangunan bagi kawasan Tamparuli.

Sementara itu, Dr Bonaventure dalam kenyataan terbaru di akaun Facebook miliknya, menyatakan sebahagian penduduk bertanyakan mengenai daerah kelahirannya.

“Ya.. benar, saya dilahirkan di Kuala Penyu. Namun, isu kepimpinan bukan tentang di mana saya memulakan hidup. Tetapi di mana saya memilih untuk mendedikasikan khidmat saya”.

“Hati dan fokus saya sudah lama tertumpu di sini (Tamparuli) dan terdapat rekod khidmat bakti kepada komuniti Tamparuli dan Kiulu,” katanya.

Menurut beliau yang juga bekas Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya, sejak tahun 2021 melalui Mitatabang Komuniti, beliau antara individu yang kerap menganjurkan pelbagai kursus untuk memperkasa usahawan dan belia tani.

“Antara program pernah dilaksanakan, beberapa siri kursus secara atas talian merangkumi latihan perniagaan dan pemasaran digital.

“Selain menjalankan kerja amal ketika pandemik Covid-19 dan banjir, saya juga mendengar rintihan penduduk dan menjadi suara untuk memperjuangkan isu pencemaran sungai yang dihadapi penduduk di Kampung Kauluan,

Malah, tugasan kerja saya sebagai ahli akademik UMS banyak tertumpu di sini, seperti membantu membangunkan potensi Tamparuli sebagai hab agropelancongan di Kiulu dan Tuaran.

“Saya bukan dilahirkan di Tamparuli tetapi saya memilih untuk berada di sini, berkhidmat di sini dan menabur bakti di sini,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/jahid-sokong-penuh-calon-baharu-teruskan-legasi-grs-di-tamparuli/feed/ 0 86199
Jahid Tinjau Keadaan Sekolah Kebangsaan Bawang, Kerap Dilanda Banjir https://sabahmedia.com/2021/11/02/jahid-tinjau-keadaan-sekolah-kebangsaan-bawang-kerap-dilanda-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/11/02/jahid-tinjau-keadaan-sekolah-kebangsaan-bawang-kerap-dilanda-banjir/#respond Tue, 02 Nov 2021 10:02:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8130
Read Time:1 Minute, 2 Second

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim telah melawat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang, dekat sini, hari ini.

Lawatan dibuat bagi meninjau keadaan perkarangan bangunan sekolah yang kerap dilanda banjir.

Kehadiran beliau disambut Guru Besar SK Bawang, Zainun @ Nurainun Lain, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Senny Jimin, dan para kakitangan sekolah.

Menurut Zainun, lawatan Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli memberi harapan agar permasalahan yang dihadapi mereka mendapat perhatian pihak yang berkaitan.

Menurutnya, perhatian dan tindakan segera pihak kerajaan mengenai permasalahan itu, terutamanya keadaan banjir yang melanda sekolah setiap kali hujan lebat berlaku amat diharapkan.

Sementara itu, Jahid yang turun padang bagi meninjau sendiri kawasan sekolah tersebut, berkata, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan jabatan berkaitan untuk tindakan susulan.

Antaranya ialah Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Tuaran, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran dan Jurutera Pejabat Daerah Kecil Tamparuli.

“Hari ini kita telah melawat kawasan SK Bawang, dan kita maklum mengenai keadaan dan permasalahan yang berlaku, sememangnya memerlukan perhatian dan tindakan segera,” kata Jahid.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Jilias Lintar, Setiausaha Sulit Menteri, William Ugau, Setiausaha Perhubungan Awam KPLBS, Romeo Sindeh, Ketua Kampung Kg Bawang, KK Petrus Kinsui, dan beberapa pemimpin masyarakat lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/02/jahid-tinjau-keadaan-sekolah-kebangsaan-bawang-kerap-dilanda-banjir/feed/ 0 8130
Jahid Bertemu Penduduk Pitas https://sabahmedia.com/2021/10/30/jahid-bertemu-penduduk-pitas/ https://sabahmedia.com/2021/10/30/jahid-bertemu-penduduk-pitas/#respond Sat, 30 Oct 2021 09:22:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8071
Read Time:58 Second

PITAS: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim bersama rombongan, telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Sejahtera Kobon, dekat sini, pada Jumaat.

Program diadakan sempena Lawatan Kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ke Daerah Pitas yang bermula sejak Khamis.

Kehadiran Jahid serta rombongan disambut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kobon, Amlin Sa, Ketua Kampung Kobon, Mitun Marundok dan para penduduk kampung.

Dalam ucapan beliau, Jahid memuji penduduk di kampung tersebut yang telah menyahut saranan kerajaan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19.

“Syabas dan tahniah kerana kita difahamkan oleh Pengerusi JPKK bahawa 100 peratus penduduk di Kampung Kobon sudah divaksinasi, dan sejak PKP sehingga hari ini, kampung ini masih kekal dalam Zon Hijau,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi JPKK, Amlin Sa merayu kepada pihak kerajaan agar memberi perhatian khusus keadaan jalan raya dan bekalan elektrik yang menjadi keperluan utama di kampung tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, yang juga Adun Pitas, Dato’ Sri Dr Ruddy Awah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Harun Durabi, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Datuk Faimin Kamin dan Pegawai Daerah Pitas, Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/30/jahid-bertemu-penduduk-pitas/feed/ 0 8071
PBS Parlimen Tuaran Laksana Perancangan Hadapi PRU-15 https://sabahmedia.com/2021/09/09/pbs-parlimen-tuaran-laksana-perancangan-hadapi-pru-15/ https://sabahmedia.com/2021/09/09/pbs-parlimen-tuaran-laksana-perancangan-hadapi-pru-15/#respond Thu, 09 Sep 2021 03:48:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6042
Read Time:45 Second

TAMPARULI: Parti Bersatu Sabah (PBS) melaksanakan perancangan dan persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU-15).

Ia termasuklah mengadakan mesyuarat gabungan yang dihadiri pemimpin tertinggi PBS peringkat bahagian di Parlimen Tuaran.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim dan turut dihadiri Setiausaha Agung PBS Datuk Joniston Bangkuai.

Jahid berkata, antara kepimpinan bahagian yang hadir membabitkan PBS Bahagian Tamparuli; Bahagian Kiulu; Bahagian Sulaman dan Bahagian Dalit.

“Kehadiran mesyuarat kali ini terpaksa dihadkan bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya melibatkan pemimpin tertinggi di bahagian masing-masing.

“Mesyuarat ini adalah bagi menyusun rundingan bagi membina struktur di peringkat Parlimen Tuaran. Ini termasuklah penubuhan jawatankuasa yang akan berbincang mengenai persiapan pilihan raya Parlimen nanti,” katanya.

Selain Joniston, turut hadir Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan beberapa pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan keempat-empat Bahagian parti tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/09/pbs-parlimen-tuaran-laksana-perancangan-hadapi-pru-15/feed/ 0 6042
JPKK Perlu Bersikap Adil, Prihatin & Ikhlas Memimpin Kampung https://sabahmedia.com/2021/08/30/jpkk-perlu-bersikap-adil-prihatin-ikhlas-memimpin-kampung/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/jpkk-perlu-bersikap-adil-prihatin-ikhlas-memimpin-kampung/#respond Mon, 30 Aug 2021 08:01:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5534
Read Time:2 Minute, 2 Second

TAMPARULI: Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar bersikap adil, prihatin dan ikhlas dalam menjalankan tugas memimpin kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, para pemimpin JPKK perlu menyimpan niat di dalam hati untuk jujur, prihatin, adil, dan ikhlas menjalankan amanah serta tugasan yang diberi.

“Jadilah pemimpin yang berdedikasi, menjadi sebahagian daripada penyelesai masalah dan sebagai contoh kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JPKK Kawasan N.14 Tamparuli di Bilik Mesyuarat Kelab Tamparuli Sabah (KTS) disini hari ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Madin Anak, Penolong Pegawai (Pembangunan) Tamparuli Jefferson Jonathan, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Jilias Lintar, Pegawai Kerja Pejabat Daerah Kecil Tamparuli Joana Sinteh dan pemimpin masyarakat Tamparuli.

Katanya, pemimpin yang diberi kepercayaan seharusnya bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dalam tugasan mereka sebagai Pengerusi JPKK dan bijak untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Malah katanya, Pengerusi JPKK sepatutnya menjadi orang terawal yang lebih tahu apa sahaja permasalahan di kampung masing-masing.

Justeru, kerjasama antara Pengerusi JPKK dan Ketua Kampung, turut memainkan peranan kejayaan pengurusan dan pelaksanaan apa sahaja program yang dirancang.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, menegaskan bahawa, tiada unsur pilih kasih kepada mana-mana penduduk yang layak mendapat sesuatu bantuan di kampung, dan tidak seharusnya memandang mereka dari sudut fahaman politik.

“Politik memainkan peranan paling akhir dalam soal pemilihan seseorang dari segi bantuan kerajaan, dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa badan JPKK untuk menyediakan laporan bilangan penduduk yang sudah divaksinasi, dan mereka yang belum menerima suntikan vaksin di kampung masing-masing.

Katanya, ini bagi memudahkan pihak kepimpinan mengenal pasti penduduk yang perlu dibantu untuk menerima suntikan vaksin.

“Sediakan laporan dalam bentuk bilangan, berapa ramai penduduk sudah mendapat dos pertama, kedua dan mereka yang belum divaksinasi, kerana data yang paling tepat adalah daripada pihak JPKK sendiri,” katanya.

“Peranan kita adalah untuk memerangi penyakit ini, bagaimana kita memerangi, adalah dengan memastikan setiap penduduk divaksinasi dan terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” tambah Jahid.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, menyeru kepada pemimpin JPKK untuk membantu dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan, sesuai slogan ‘Sabah Maju Jaya’.

“Anda merupakan mata dan telinga, serta jentera kerajaan di peringkat akar umbi bagi memastikan pembangunan di kampung masing-masing dapat dilaksanakan dengan jaya,” katanya.

Seramai 16 orang Pengerusi JPKK baharu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli yang hadir menerima watikah tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/jpkk-perlu-bersikap-adil-prihatin-ikhlas-memimpin-kampung/feed/ 0 5534
Kekal Keamanan Dan Silaturrahim Dalam Komuniti – Jahid https://sabahmedia.com/2021/08/21/kekal-keamanan-dan-silaturrahim-dalam-komuniti-jahid/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/kekal-keamanan-dan-silaturrahim-dalam-komuniti-jahid/#respond Sat, 21 Aug 2021 06:15:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4998
Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMPARULI: Masyarakat diseru agar mengekalkan keamanan dan silaturrahim dalam komuniti setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kunci utama perpaduan adalah sikap toleransi kaum dan agama di samping semangat bekerjasama di antara ahli komuniti tersebut.

“Bila kita bersatu dan sentiasa bertolak ansur di dalam semua perkara, sudah tentu semua yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Dan Program RT Cares Bakul Makanan Penduduk Taman Wirajaya 1, disini kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan Pemaju Mukim Tamparuli, James Sinail.

Katanya, semangat patriotisme rasa cinta kepada negara juga diperlihatkan dari sudut kesepakatan dan permuafakatan penduduknya.

“Jika kampung kita sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera, sudah pasti rakyat serta kawasan sekelilingnya juga selamat dan tidak terancam,” katanya.

Jahid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, mengharapkan agar semangat merdeka seluruh masyarakat tidak pudar sungguh pun dalam keadaan norma baharu, di mana mereka terpaksa berhadapan dengan Pandemik COVID-19.

Beliau turut menasihati mana-mana penduduk yang belum menerima suntikan vaksin agar mendaftar segera bagi mendapatkan peluang divaksinasi, demi kebaikan semua pihak.

Pada program tersebut, Jahid turut meluluskan permohonan sumbangan pakaian rasmi oleh KRT Taman Wira Jaya 1, dan memuji usaha murni mereka mengadakan program tersebut.

Terdahulu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Wira Jaya 1, Beannes Gundarong, berkata, sebanyak 60 bungkusan akan diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan itu, selain bendera Jalur Gemilang kepada penduduk.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/kekal-keamanan-dan-silaturrahim-dalam-komuniti-jahid/feed/ 0 4998