Jakim – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 20 Jun 2025 04:55:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jakim – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JAKIM santuni asnaf Taman Mawar menerusi program ziarah kasih https://sabahmedia.com/2025/06/20/jakim-santuni-asnaf-taman-mawar-menerusi-program-ziarah-kasih/ https://sabahmedia.com/2025/06/20/jakim-santuni-asnaf-taman-mawar-menerusi-program-ziarah-kasih/#respond Fri, 20 Jun 2025 04:55:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75868
Read Time:1 Minute, 36 Second

Sandakan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyantuni lima individu asnaf termasuk ibu tunggal, muallaf dan warga emas yang menghidap penyakit kronik menerusi Program Ziarah Kasih di Taman Mawar di sini.

Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Noordianah Alwi, berkata program itu dilaksanakan sempena Program Ukhuwah MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan bertujuan menyampaikan sumbangan dan keprihatinan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Melalui Program Ziarah Kasih, kita menyantuni lima asnaf iaitu tiga ibu tunggal, seorang muallaf dan seorang warga emas yang menghidap penyakit kronik.

“Pada masa sama, JAPEN bersama agensi lain turut mengedarkan risalah berkaitan dasar kerajaan serta perkhidmatan yang ditawarkan pelbagai agensi terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ukhuwah Komuniti MADANI di Masjid Nururrahman, Taman Mawar, di sini pada Khamis.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam program berkenaan dan berharap kerjasama itu dapat diteruskan bagi memastikan dasar kerajaan disampaikan secara meluas kepada rakyat.

“Terima kasih kepada agensi-agensi terlibat dan diharapkan agar kolaborasi ini terus diperkukuh bagi memastikan dasar dan inisiatif kerajaan dapat disebarluaskan kepada rakyat memandangkan kita masih ada 14 program lagi untuk dilaksanakan,” katanya.

Dalam program sama, turut diadakan Karnival Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.

Pengunjung, Lorena S Abidin,40, menyatakan penghargaan kepada kerajaan atas penganjuran program membolehkan beliau membeli barang keperluan harian pada harga yang lebih murah berbanding harga di pasaran luar.

“Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif Jualan Rahmah kerana jelas membantu golongan B40 yang memerlukan bantuan, ia sangat membantu kami yang mempunyai tanggungan yang besar serta anak yang ramai.

“Saya mengharapkan agar inisiatif ini diteruskan dengan perluasan jenis barangan yang boleh dibeli pada Jualan Rahmah di masa hadapan kerana saya lihat ia  terus meraih sambutan dan penghargaan masyarakat setempat dan dilihat bertepatan dengan keperluan rakyat yang berhadapan dengan cabaran peningkatan harga barangan keperluan asas,” katanya.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/20/jakim-santuni-asnaf-taman-mawar-menerusi-program-ziarah-kasih/feed/ 0 75868
SDK JAKIM Bantu 950 Asnaf & Golongan Terkesan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/12/21/sdk-jakim-bantu-950-asnaf-golongan-terkesan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/sdk-jakim-bantu-950-asnaf-golongan-terkesan-covid-19/#respond Tue, 21 Dec 2021 09:01:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10165
Read Time:1 Minute, 35 Second

TAWAU: Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyantuni 950 orang asnaf dan golongan terkesan COVID-19.

Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM Ruslan Said berkata, sumbangan itu berupa bantuan bakul makanan dengan nilai keseluruhan RM85,000.

Katanya, ia disampaikan kepada golongan asnaf dan ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Kalabakan, Merotai dan Pulau Sebatik serta Pulau Mabul Semporna.

“Selain golongan asnaf, kita juga menyumbang bantuan bakul makanan kepada pihak masjid di pulau-pulau di daerah Semporna dan  Tawau. 

“Kita berharap semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 ,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai program terbabit, Ruslan berkata, ziarah ukhwah berkenaan merupakan antara program yang dirancang di bawah Bahagian Dakwah JAKIM bagi tahun 2021 dengan kerjasama Masjid Negara dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan yang berperanan mengenal pasti bentuk bantuan dan para penerima yang layak. 

“Antara lain program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara agensi agama khususnya JAKIM dengan kerjasama Government-Linked Companies (GLCs) bersama masyarakat setempat.

“Program ini merupakan anjuran JAKIM bersama wakil-wakil tetap SKD antaranya, Lembaga Tabung Haji, Pos Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Malaysia Airlines System (MAS) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

“Program seumpama ini bersesuaian dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah melancarkan Skuad Musaadah Keluarga Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya pada 7 Disember lalu, memandangkan  negara dan rakyat masih berada dalam pandemik COVID-19 ,” katanya.

Program Ziarah Musaadah tersebut diserikan dengan pengisian rohani oleh wakil Syarikat MAS, PU Rozi  melalui slot kuliah maghrib yang disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi JAKIM, selain Imam Besar Masjid Negara,  Ehsan Mohd Hosni.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/sdk-jakim-bantu-950-asnaf-golongan-terkesan-covid-19/feed/ 0 10165