Jalan banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Sep 2025 07:36:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jalan banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beberapa laluan utama di Beaufort terjejas akibat banjir https://sabahmedia.com/2025/09/09/beberapa-laluan-utama-di-beaufort-terjejas-akibat-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/09/09/beberapa-laluan-utama-di-beaufort-terjejas-akibat-banjir/#respond Tue, 09 Sep 2025 07:36:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80868
Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT : Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir dengan paras air sungai meningkat selain turut menjejaskan laluan utama.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataannya memaklumkan, beberapa laluan di Jalan Beaufort – Menumbok dilaporkan dinaiki air, sekali gus mengehadkan pergerakan kenderaan.

Lokasi lain yang turut terjejas ialah Bulatan Limbawang yang hanya boleh dilalui satu lorong.

Turut terjejas adalah laluan Kampung Bingkul (CH/KM: CH1.000) yang kini hanya boleh dilalui satu lorong.

Selain itu turut dilaporkan terjejas adalah laluan berhampiran Kolej Komuniti Beaufort dan Kedai Coto Makassar (CH/KM: CH1.200 – CH1.700) yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan tinggi.

Manakala di laluan 99 Speedmart (CH/KM: CH3.800) turut hanya boleh dilalui satu lorong serta Jabatan Air Beaufort (CH/KM: CH0.100 – CH1.000) – hanya boleh dilalui oleh kenderaan tinggi.

Sebagai langkah sementara, JKR telah memasang papan tanda amaran (TMP) di lokasi terlibat. 

Orang ramai turut dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Bingkul Bypass bagi mengelakkan kesesakan serta risiko keselamatan.

JKR Sabah menegaskan bahawa status jalan berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air sungai.

Orang awam diingatkan agar lebih berwaspada, mengutamakan keselamatan dan tidak memaksa kenderaan melalui laluan banjir yang boleh mengundang bahaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/09/beberapa-laluan-utama-di-beaufort-terjejas-akibat-banjir/feed/ 0 80868
Ambil tindakan segera laluan digenangi air – Dr Yusof https://sabahmedia.com/2025/03/09/ambil-tindakan-segera-laluan-digenangi-air-dr-yusof/ https://sabahmedia.com/2025/03/09/ambil-tindakan-segera-laluan-digenangi-air-dr-yusof/#respond Sun, 09 Mar 2025 06:11:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70066
Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mahu pihak terlibat mengambil tindakan segera untuk memperbaiki laluan jalan raya dari Kampung Bukau ke Ai Zhen (Batu 5) yang tidak dapat dilalui akibat banjir.

Katanya, ia termasuklah mengorek laluan bagi membolehkan aliran air keluar dengan cepat yang kini ‘termenung’ menyebabkan kenderaan sukar untuk melaluinya.

“Pada tengah hari ini saya melihat kawasan banjir di jalan di antara Beaufort menghala ke Sipitang dan kawasan ini yang dalam dan menyukarkan kenderaan untuk lalu kerana air bertakung. Sekarang ini boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda dan juga lori. Tapi kenderaan kecil masih belum lepas.

“Tadi saya menghadiri mesyuarat di bilik gerakan di Beaufort dan kita cadangkan supaya sebolehnya ada laluan air yang perlu dikorek sebelah kanan supaya aliran air yang tersekat cepat turun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kawasan jalan raya yang terjejas banjir tengah hari tadi.

Yusof berkata, meskipun kawasan itu terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan namun ianya telah menjejaskan penduduk Sipitang untuk berurusan di Beaufort mahupun Kota Kinabalu.

“Ramai yang menghubungi saya, terutama sekali orang-orang Sipitang yang ingin berurusan ke Kota Kinabalu dan juga mereka yang datang daripada Sarawak, Brunei dan juga Kalimantan yang lalu jalan ini. Sama ada pergi ke Kota Kinabalu ataupun sebaliknya untuk pulang.

“Jadi kita berharap ia dapat diselesaikan dan kita minta tadi Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat melihat perkara ini untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. 

“Kita berharap tidak lagi hujan turun dan air di sini turun dengan cepat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/09/ambil-tindakan-segera-laluan-digenangi-air-dr-yusof/feed/ 0 70066