jalan keningau tenom – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Mar 2025 03:23:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jalan keningau tenom – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jalan Keningau – Tenom ditutup akibat tanah runtuh https://sabahmedia.com/2025/03/08/jalan-keningau-tenom-ditutup-akibat-tanah-runtuh/ https://sabahmedia.com/2025/03/08/jalan-keningau-tenom-ditutup-akibat-tanah-runtuh/#respond Sat, 08 Mar 2025 03:23:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69995
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu: Jalan menghubungkan Keningau – Tenom di kilometer 151.950 / 142.250 ditutup sepenuhnya bermula hari ini susulan kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan berikutan itu jalan berkenaan  ditutup atas faktor keselamatan.

Menurut JKR, kerja-kerja pemantauan serta penyediaan laluan lencongan  di bahu jalan sedang giat dijalankan.

“Namun, sekiranya keadaan cuaca masih tidak mengizinkan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan terpaksa dilanjutkan sehingga laluan disahkan selamat untuk digunakan,” menurut kenyataan itu di sini.

“Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif di Jalan Tenom – Sipitang (Melalui Sipitang),” menurut kenyataan itu lagi.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama serta kesabaran semua pihak,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO JKR SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/08/jalan-keningau-tenom-ditutup-akibat-tanah-runtuh/feed/ 0 69995