Jalan Kota Klias – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Sep 2026 07:06:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jalan Kota Klias – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Remaja maut motosikal terbabas di Jalan Kota Klias https://sabahmedia.com/2026/09/07/remaja-maut-motosikal-terbabas-di-jalan-kota-klias/ https://sabahmedia.com/2026/09/07/remaja-maut-motosikal-terbabas-di-jalan-kota-klias/#respond Mon, 07 Sep 2026 07:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102976
Read Time:1 Minute, 18 Second

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Kota Klias–Kampung Betandok, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.14 malam, 6 September 2026.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang remaja lelaki tempatan menunggang motosikal dari arah Kampung Betandok menuju ke Kampung Kota Klias.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh sebelum terbabas ke tepi jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Beaufort,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Champin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Shazree Hashim di talian 010-2531451 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu atau menunggang, khususnya ketika melalui kawasan jalan berselekoh dan lokasi yang gelap.

“Faktor keadaan jalan dan kawasan yang gelap perlu diberi perhatian oleh semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Dalam minggu ini sahaja, sudah dua mangsa menjadi korban kemalangan jalan raya di kawasan Beaufort,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik serta mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/07/remaja-maut-motosikal-terbabas-di-jalan-kota-klias/feed/ 0 102976