Jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Dec 2025 05:38:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemandu diingatkan utamakan keselamatan ketika musim perayaan – Joachim https://sabahmedia.com/2025/12/23/pemandu-diingatkan-utamakan-keselamatan-ketika-musim-perayaan-joachim/ https://sabahmedia.com/2025/12/23/pemandu-diingatkan-utamakan-keselamatan-ketika-musim-perayaan-joachim/#respond Tue, 23 Dec 2025 05:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88732
Read Time:1 Minute, 16 Second

KUNDASANG : Pengguna jalan raya diingatkan supaya meningkatkan tahap keselamatan dan berhati-hati ketika memandu pada musim perayaan, berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya terutama di laluan utama seluruh negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, pemandu khususnya dinasihatkan agar tidak memandu selepas mengambil minuman beralkohol, terutamanya ketika sambutan perayaan seperti Krismas.

“Jika sudah berasa ‘tipsy’ atau mengambil sedikit minuman (beralkohol), sebaiknya jangan memandu.

“Keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain harus diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Natal 2025 peringkat Negeri Sabah di Pekan Kundasang di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memeriksa keadaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan, termasuk sistem brek, lampu dan tayar, bagi mengelakkan risiko kemalangan ketika perjalanan jauh.

Selain itu katanya, pemandu digesa supaya memandu secara berhemah, mematuhi had laju dan semua peraturan lalu lintas, serta berhenti berehat sekiranya berasa mengantuk atau letih ketika memandu.

“Bagi perjalanan jauh seperti dari Kota Kinabalu ke Sandakan atau Tawau, disarankan supaya pemandu mempunyai pemandu kedua untuk bergilir-gilir memandu, atau berhenti rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

Tambah beliau, keselamatan jalan raya bukan hanya tanggungjawab pihak penguat kuasa, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama semua pengguna jalan raya bagi memastikan perjalanan sempena musim perayaan berlangsung dengan selamat dan lancar.

Menurutnya lagi, kempen keselamatan jalan raya akan terus dilaksanakan sebagai usaha mendidik masyarakat dan mengurangkan risiko kemalangan, khususnya ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan trafik di jalan raya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/23/pemandu-diingatkan-utamakan-keselamatan-ketika-musim-perayaan-joachim/feed/ 0 88732
Kerja baik pulih Jalan BDC dilaksana sehari selepas aduan, bukti kecekapan sistem — Robert Chong https://sabahmedia.com/2025/11/05/kerja-baik-pulih-jalan-bdc-dilaksana-sehari-selepas-aduan-bukti-kecekapan-sistem-robert-chong/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/kerja-baik-pulih-jalan-bdc-dilaksana-sehari-selepas-aduan-bukti-kecekapan-sistem-robert-chong/#respond Wed, 05 Nov 2025 04:34:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85013
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN : Kerja-kerja membaiki jalan rosak di sepanjang Jalan BDC giat dijalankan hanya sehari selepas masalah itu dilaporkan secara rasmi, menandakan tindak balas pantas pihak berkuasa dalam menangani isu infrastruktur awam.

Ahli Majlis Perbandaran Sandakan Robert Chong Thien Ming, berkata tindakan segera itu menunjukkan keberkesanan sistem penyampaian sedia ada, hasil kerjasama rapat antara pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Chong memaklumkan beliau melaporkan masalah berkenaan kepada kontraktor dilantik pada Isnin, dan kerja pembaikan telah dimulakan pada Selasa.

“Ini menunjukkan kecekapan sistem sedia ada dalam menangani masalah kerosakan infrastruktur awam. Ia juga membuktikan bahawa aduan masyarakat tidak diabaikan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak kerja hari ini.

Menurut beliau yang juga Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited melaksanakan projek baik pulih jalan raya di seluruh daerah, termasuk kawasan perumahan, zon komersial serta laluan utama yang digunakan penduduk setempat.

Chong turut menasihati semua pihak agar tidak mempolitikkan isu keadaan jalan raya di Sandakan. Katanya, kerja penyelenggaraan dan pembaikan dijalankan secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan membuahkan hasil yang nyata.

“Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat palsu yang disebarkan pihak pembangkang semata-mata untuk meraih publisiti menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17,” katanya lagi.

Beliau memberi jaminan bahawa GRS akan terus memantau keadaan jalan di seluruh Sandakan bagi memastikan setiap projek pembaikan disiapkan mengikut piawaian demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/kerja-baik-pulih-jalan-bdc-dilaksana-sehari-selepas-aduan-bukti-kecekapan-sistem-robert-chong/feed/ 0 85013
Lorong Jalan Bantayan Damat Sawah ditutup, pengguna diminta berhati-hati https://sabahmedia.com/2025/09/17/lorong-jalan-bantayan-damat-sawah-ditutup-pengguna-diminta-berhati-hati/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/lorong-jalan-bantayan-damat-sawah-ditutup-pengguna-diminta-berhati-hati/#respond Wed, 17 Sep 2025 14:48:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81486
Read Time:48 Second

TUARAN : Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati susulan penutupan sementara satu lorong di Jalan Bantayan Damat Sawah, KM0.090, Tamparuli bermula jam 8 malam pada Rabu sehingga dimaklumkan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan lorong kiri jalan itu dibuat selepas berlaku mendapan serius serta rekahan besar pada permukaan jalan akibat hakisan tebing sungai di bawah tambakan jalan.

“Langkah penutupan segera diambil demi keselamatan pengguna jalan raya. Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil risiko melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Pengguna kenderaan kecil disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan KK-Kudat Lama – Jalan Rimbai Mangkalaodoi – Jalan Bantayan Damat Sawah sepanjang tempoh penutupan ini.

JKR turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi papan tanda keselamatan, arahan pihak berkuasa di lokasi serta merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Segala kesulitan amat dikesali. Keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami,” tambah kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA / FOTO JKR SABAH 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/lorong-jalan-bantayan-damat-sawah-ditutup-pengguna-diminta-berhati-hati/feed/ 0 81486
Kelemahan pengurusan trafik di laluan bertingkat Tebobon jejaskan keselamatan penduduk https://sabahmedia.com/2025/08/22/kelemahan-pengurusan-trafik-di-laluan-bertingkat-tebobon-jejaskan-keselamatan-penduduk/ https://sabahmedia.com/2025/08/22/kelemahan-pengurusan-trafik-di-laluan-bertingkat-tebobon-jejaskan-keselamatan-penduduk/#respond Thu, 21 Aug 2025 21:44:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79795
Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Pihak kontraktor yang mengendalikan projek pembinaan laluan bertingkat di Tebobon, Sepanggar di sini digesa agar segera memperbaiki pelan pengurusan trafik susulan rungutan berterusan daripada penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan itu.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau, Datuk Mohammed Razali Razi berkata, kelemahan pengurusan trafik yang berlaku sepanjang pembinaan projek tersebut telah menyebabkan kesesakan luar biasa dan meningkatkan risiko kemalangan, termasuk di kawasan yang pernah merekodkan insiden maut.

“Jalan bukan sahaja sesak pada waktu puncak, tetapi hampir sepanjang hari. Pusingan U pula terlalu jauh dan tidak sistematik selain papan tanda tidak jelas dan membingungkan.

“Kawasan ini juga melibatkan empat buah sekolah, perkampungan dan perumahan padat di mana kesibukan yang berterusan, boleh melambatkan segala urusan penting selain jalan yang amat membahayakan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Razali Razi

Razali berkata, punca utama kesesakan tidak hanya disebabkan pembinaan laluan bertingkat semata-mata, tetapi turut berpunca daripada kelewatan kerja-kerja penurapan jalan di kawasan Bandar Sierra yang mengakibatkan lorong jalan menjadi kecil dan sempit.

Katanya, kontraktor sepatutnya menyediakan kontinjensi plan sebelum memulakan projek, dan memastikan pelaksanaannya dipantau dengan kerap, bukannya membiarkan rakyat menanggung kesusahan setiap hari.

Tambahnya,  kontraktor yang menerima bayaran lumayan diingatkan agar tidak bersikap sambil lewa dalam menguruskan projek infrastruktur penting yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Kalau di Kuala Lumpur, bandaraya besar dengan projek mega pun boleh mengatur sistem pengurusan trafik dengan baik, mengapa kita di bandar Kota Kinabalu tidak mampu?.

” Ini bukan soal teknikal semata-mata, tetapi soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Razali menggesa kontraktor dan pihak konsesi segera menyemak semula pelan pengurusan trafik, menambah papan tanda sementara yang jelas, menyediakan laluan alternatif yang lebih efisien serta melaksanakan pemantauan berjadual agar kelemahan sedia ada dapat diatasi segera.

Tambah beliau lagi, pihak di peringkat kerajaan sudah berusaha menaik taraf jalan raya di negeri ini, namun rakyat tidak wajar menjadi mangsa kelemahan pengurusan kontraktor.

“Infrastruktur seharusnya memudahkan rakyat, bukan menyusahkan. Masa yang hilang, minyak yang terbazir dan tekanan emosi pengguna jalan raya adalah satu bentuk ketidakadilan sosial yang tidak boleh dibiarkan,” tambahnya lagi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/22/kelemahan-pengurusan-trafik-di-laluan-bertingkat-tebobon-jejaskan-keselamatan-penduduk/feed/ 0 79795
Jalan Lintas perlu dinaik taraf segera – ADUN Luyang https://sabahmedia.com/2025/06/09/jalan-lintas-perlu-dinaik-taraf-segera-adun-luyang/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/jalan-lintas-perlu-dinaik-taraf-segera-adun-luyang/#respond Mon, 09 Jun 2025 02:00:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75235
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan digesa untuk segera menaik taraf Jalan Lintas yang kini menjadi antara lokasi kerap kemalangan selain tidak selamat digunakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang berkata, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, jalan tersebut dilihat tidak mampu menampung pertumbuhan pesat kawasan seperti Luyang, Sembulan, Kolombong dan Lintas.

Katanya, ia turut menyaksikan banyak laluan keluar masuk dan pusingan ‘U’ tidak terkawal sehingga meningkatkan risiko kemalangan.

Laluan di Jalan Lintas yang sering berlaku kemalangan – Foto Tangkap Layar Sin Chew Daily

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan turut menekankan keperluan mendesak untuk menaik taraf jalan itu dan mahu projek tersebut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menurutnya, walaupun dibina mengikut piawaian lebuh raya, jalan itu kini sesak teruk terutama waktu puncak dan reka bentuk sedia ada dengan terlalu banyak lampu isyarat dan pusingan ‘U’ menjejaskan kelancaran trafik.

Antara lokasi berisiko tinggi yang sering disebut sebagai “pusingan U maut” termasuk berhampiran Khidmat dan Starbucks Iramanis, susulan kekerapan kemalangan yang turut tular dalam media sosial.

Katanya, kali terakhir projek penaiktarafan besar dilakukan ialah 10 tahun lalu di bawah RMK11, namun sejak itu jumlah penduduk dan kenderaan telah berganda.

Justeru, beliau mencadangkan pembinaan jejambat baharu, lorong ekspres dari jejambat Inanam ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, serta reka bentuk semula aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan.

Beliau telah berhubung dengan agensi berkaitan dan menggesa JKR Sabah membawa cadangan tersebut ke peringkat tertinggi dengan justifikasi kukuh agar diberi keutamaan.

Phoong turut menegaskan bahawa naik taraf jalan ini perlu seiring dengan perancangan sistem pengangkutan awam demi pembangunan mampan Kota Kinabalu.

“Waktu untuk merancang sudah berlalu. Jika terus ditangguh, nyawa akan terus terancam dan pembangunan kota ini akan terjejas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/jalan-lintas-perlu-dinaik-taraf-segera-adun-luyang/feed/ 0 75235
Kempen keselamatan jalan raya tingkat kesedaran pengguna https://sabahmedia.com/2025/03/25/kempen-keselamatan-jalan-raya-tingkat-kesedaran-pengguna/ https://sabahmedia.com/2025/03/25/kempen-keselamatan-jalan-raya-tingkat-kesedaran-pengguna/#respond Mon, 24 Mar 2025 20:53:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71053
Read Time:1 Minute, 51 Second

Putatan: Kempen keselamatan jalan raya terus dilaksanakan secara berterusan khususnya pada musim perayaan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna terutama di laluan yang sesak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Kerajaan turut serius dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan selain mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini.

“Pada musim perayaan kali ini, laluan Lok Kawi – Kota Kinabalu dipilih kerana ia merupakan kawasan yang sibuk. Mengikut statistik, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 1,500 kes kemalangan telah direkodkan termasuk 15 kes maut. Ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian.

“Semasa musim perayaan, jumlah aliran trafik sememangnya meningkat. Oleh itu, kempen keselamatan ini diadakan bagi menyedarkan serta mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ramdan dan Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Jalan Meruntum, Putatan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya menggesa para pengguna jalan raya supaya berhati-hati di jalan raya terutamanya di jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang masih dalam fasa pembinaan.

“Di Sabah, terutamanya di jajaran Lebuhraya Pan Borneo yang masih dalam fasa pembinaan, terdapat pelbagai kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung. Papan tanda had laju serta penghadang keselamatan telah dipasang di bahu jalan. 

“Oleh itu, saya menyeru kepada pengguna jalan raya agar mematuhi papan tanda yang disediakan demi keselamatan mereka,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memeriksa tahap kesihatan diri sebelum memulakan perjalanan jauh pulang ke kampung halaman.

“Minggu ini adalah minggu terakhir Ramadan dan ramai dijangka akan mula bergerak pulang ke kampung. Oleh itu, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan sekiranya berasa penat, berehatlah seketika sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

Dalam program tersebut, beliau turut mengagihkan bakul tangan yang mengandungi kit segitiga keselamatan jalan raya,peti pertolongan cemas dan risalah keselamatan jalan raya kepada 70 pemandu kereta. 

Selain itu, sebanyak 50 topi keledar turut diberikan kepada penunggang motosikal sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan jalan raya.  

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury  dan Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/25/kempen-keselamatan-jalan-raya-tingkat-kesedaran-pengguna/feed/ 0 71053
Inisiatif diambil untuk keselamatan pengguna, nafi tidak terima bantuan Kerajaan https://sabahmedia.com/2024/11/01/inisiatif-diambil-untuk-keselamatan-pengguna-nafi-tidak-terima-bantuan-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2024/11/01/inisiatif-diambil-untuk-keselamatan-pengguna-nafi-tidak-terima-bantuan-kerajaan/#respond Fri, 01 Nov 2024 02:34:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63132
Read Time:1 Minute, 17 Second

Sepanggar : Inisiatif sebahagian penduduk Kampung Pulau Penampang di sini yang telah memulakan usaha mengutip dana bagi membaiki laluan rosak telah disalah tafsir selain dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Wakil penduduk, Spanis Gadua,62, berkata, inisiatif bagi mengutip dana itu telah dipersetujui pihak pengurusan kampung melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung.

Katanya, pihaknya turut menafikan dakwaan kononnya Kerajaan tidak memberi perhatian kepada penduduk kampung berkenaan.

Menurutnya, Kerajaan sentiasa memberikan pelbagai bantuan kepada penduduk kampung khususnya ketika menghadapi masalah.

Spanis Gadua (baju merah) bersama sebahagian penduduk di laluan yang akan diperbaiki

“Berkaitan dengan surat daripada JKKK yang tular di media sosial berhubung pungutan dana sebanyak RM100 daripada setiap keluarga untuk pembaikan jalan raya.

“Sebenarnya, ini tidak melibatkan penduduk kampung keseluruhannya, ia hanya melibatkan lebih kurang 25 buah rumah saja. Ini adalah inisiatif kita sendiri, secara sukarela untuk menaik taraf jalan raya hanya di Jalan KK Philippus Saradan dengan sejauh 70 meter sahaja,” katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Spanis berkata, kerja-kerja penyelenggaraan itu akan dilakukan secara gotong-royong esok.

Sementara itu, Ketua Kampung Kampung Pulau Penampang, Yuspensus Philippus, 42, berkata, pihaknya tidak menafikan surat berkenaan ditularkan oleh penduduk yang tidak mahu memberikan sumbangan berkenaan.

“Tetapi tidak apa, ini bukan kita paksa, kita buat secara sukarela, yang penting turun bersama-sama untuk simen jalan raya berkenaan.

“Sebelum ini, kerajaan juga telah bantu menaik taraf jalan dalam kampung ini, membuat tembok selepas kejadian tanah runtuh dan banyak lagi.

“Kita berbuat demikian kerana mahu cepat, dan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk kampung juga,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/01/inisiatif-diambil-untuk-keselamatan-pengguna-nafi-tidak-terima-bantuan-kerajaan/feed/ 0 63132
Siapkan kerja pembaikan dalam tempoh sebulan – Mustapha https://sabahmedia.com/2024/10/28/siapkan-kerja-pembaikan-dalam-tempoh-sebulan-mustapha/ https://sabahmedia.com/2024/10/28/siapkan-kerja-pembaikan-dalam-tempoh-sebulan-mustapha/#respond Mon, 28 Oct 2024 00:43:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62901
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud mahu laluan Tebobon ke Tuaran melibatkan jarak sejauh dua kilometer disiapkan dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Katanya, pihaknya telah mengarahkan pihak terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan penyelenggaraan segera selepas beliau menerima pelbagai aduan dari pengguna jalan raya.

“Saya telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan pengguna jalan raya terlibat mengatakan bahawa keadaan jalan raya ini berlubang-lubang.

“Sebelum ini kita telah arahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga kontraktor supaya tampal jalan yang berlubang untuk penyelesaian jangka pendek, namun tidak memadai kerana setiap kali hujan tampalan tersebut terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika melawat lokasi aduan pengguna di Kampung Tebobon, Jalan Tebobon-Tuaran, di sini semalam.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada JKR atas tindakan segera dan di peringkat Parlimen pihaknya akan terus memantau agar projek itu disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Beliau turut meminta agar pengguna bersabar dalam tempoh sebulan bagi pelaksanaan kerja-kerja membaiki dilaksanakan.

“Saya minta agar pengguna bersabar dengan proses pembaikan ini dan projek tambahan ini juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata, lampu jalan juga akan turut dipasang agar pencahayaan lebih baik dan jelas bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, penurapan di jalan terlibat pembinaan pakej tujuh Pan Borneo itu diputuskan selepas perbincangannya bersama wakil JKR dan kontraktor yang telah dilantik, Syarikat Kontraktor Perwira Progresif Construction.

“Dalam perbincangan itu, kami telah bersetuju untuk menggunakan dana tambahan bagi melaksanakan kerja-kerja penurapan atau baik pulih muka jalan yang terlibat sepanjang dua kilometer bermula esok.

“Manakala jumlah kos baik pulih jalanraya tersebut masih belum ditetapkan kerana ini adalah projek kecemasan solusinya adalah untuk buat dahulu sambil penilaian dilaksanakan, ” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/28/siapkan-kerja-pembaikan-dalam-tempoh-sebulan-mustapha/feed/ 0 62901
Aplikasi MYJalan KKR galak orang awam salur maklumat kerosakan jalan raya https://sabahmedia.com/2024/10/08/aplikasi-myjalan-kkr-galak-orang-awam-salur-maklumat-kerosakan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2024/10/08/aplikasi-myjalan-kkr-galak-orang-awam-salur-maklumat-kerosakan-jalan-raya/#respond Tue, 08 Oct 2024 05:44:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61877
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pengguna jalan raya khususnya di negeri ini diminta untuk memuat turun aplikasi MYJalan KKR yang dibangunkan Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia adalah bagi menggalakkan orang awam menyalurkan maklumat mengenai kerosakan jalan raya supaya dapat dibaik pulih dalam tempoh segera.

“Aplikasi MyJalan boleh di ‘download’ untuk semua telefon pintar. Aplikasi ini mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri, sama ada jalan kampung, semua kita ambil.

“Saya harap di negeri Sabah tolong war-warkan, tolong hebahkan kewujudan aplikasi My Jalan di bawah KKR dan kalau kita download, kita boleh masukkan segalanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah di sini semalam.

Ahmad berkata, menerusi aplikasi itu, sebarang permasalahan termasuk kerosakan akan diselesaikan dalam tempoh masa 24 jam.

“Ada saja lubang di mana-mana pun jalan persekutuan sama ada di Semenanjung, sama ada di Sabah, sama ada di Sarawak, kita janji lubang itu ditutup tidak melebihi 24 jam.

“Sebagai contoh, semua kita monitor daripada aplikasipl My Jalan termasuklah lebuh raya. Kita tidak mahu berlaku semacam ada satu jalan di Sabah ini, jalan berlubang lepas itu dia tanam pokok pisang di atas jalan itu,” katanya.

Aplikasi mobil itu ialah platform aduan setempat bagi memudahkan pengguna membuat aduan yang mana semua jenis aduan jalan diterima walaupun bukan di bawah penyelenggaraan KKR.

Aplikasi MYJalan KKR itu boleh dimuat turun pengguna Apple menerusi App Store atau Google Play untuk pengguna Andorid. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/08/aplikasi-myjalan-kkr-galak-orang-awam-salur-maklumat-kerosakan-jalan-raya/feed/ 0 61877
96 kakitangan KYS sertai ceramah keselamatan jalan raya https://sabahmedia.com/2024/09/21/96-kakitangan-kys-sertai-ceramah-keselamatan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2024/09/21/96-kakitangan-kys-sertai-ceramah-keselamatan-jalan-raya/#respond Sat, 21 Sep 2024 01:00:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60960
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Seramai 96 orang kakitangan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menghadiri Ceramah Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di sini baru-baru ini 

Program anjuran KYS itu dilaksanakan sempena Program Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 yang berlangsung di Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah. 

Antara penceramah yang memberi ceramah adalah Penolong Pegawai Penguatkuasa, Bahagian Pengujian dan Pelesenan Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah, Rajolly @ Mohd Rizal Asmari.

Dalam pengisian ceramah itu telah membawa pengisian yang menarik mengenai Pematuhan Undang-Undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta LPKP, dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor. 

Beliau turut memberi panduan yang mendalam tentang kepentingan mematuhi undang-undang demi keselamatan dan kelancaran perjalanan di jalan raya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Sabah, Madzlan Osmar menjadi penceramah kedua membincangkan Panduan Keselamatan Jalan Raya untuk pelbagai kategori termasuk kereta, motosikal, pejalan kaki, dan pengguna kenderaan mikromobiliti, serta jenis-jenis kesalahan lalu lintas.

Program ini juga menampilkan sesi demonstrasi pemakaian topi keledar motosikal dan soal jawab untuk menguji kefahaman peserta. 

Selain itu, terdapat Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile Truck yang memudahkan urusan seperti Pembaharuan Lesen Memandu, Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan semakan saman.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/21/96-kakitangan-kys-sertai-ceramah-keselamatan-jalan-raya/feed/ 0 60960