jalan runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Mar 2025 05:58:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jalan runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penutupan Jalan Keningau – Kimanis akibat cerun runtuh dilanjutkan sehingga Rabu https://sabahmedia.com/2025/03/02/penutupan-jalan-keningau-kimanis-akibat-cerun-runtuh-dilanjutkan-sehingga-rabu/ https://sabahmedia.com/2025/03/02/penutupan-jalan-keningau-kimanis-akibat-cerun-runtuh-dilanjutkan-sehingga-rabu/#respond Sun, 02 Mar 2025 05:57:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69674
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu: Jalan menghubungkan Keningau – Kimanis di kilometer 14.300 yang ditutup satu lorong hari ini susulan kejadian cerun runtuh di kawasan berkenaan pada Jumaat dilanjutkan sehingga Rabu ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan berikutan itu jalan berkenaan  ditutup sementara atas faktor keselamatan pengguna jalan raya yang disebabkan tanah runtuh beserta batu yang masih aktif.

Menurut JKR,  pemantauan berterusan dan kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan. 

“Setakat ini, penutupan jalan (1 lorong) dilanjutkan sehingga 5 Mac ini. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan di lokasi.

“Sekiranya cuaca masih tidak mengizinkan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan (1 lorong) terpaksa dilanjutkan sehingga keadaan selamat untuk pengguna melalui jalan tersebut,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, jalan tersebut akan ditutup sepenuhnya semula  jika hujan lebat berterusan kerana dikhuatiri runtuhan tanah beserta batu akan menjejaskan keselamatan di lokasi tersebut. 

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif di Jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom dan Jalan Sipitang Tenom.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/02/penutupan-jalan-keningau-kimanis-akibat-cerun-runtuh-dilanjutkan-sehingga-rabu/feed/ 0 69674
Satu lorong dibuka untuk laluan sementara Penampang – Keningau https://sabahmedia.com/2024/05/25/satu-lorong-dibuka-untuk-laluan-sementara-penampang-keningau/ https://sabahmedia.com/2024/05/25/satu-lorong-dibuka-untuk-laluan-sementara-penampang-keningau/#respond Sat, 25 May 2024 15:44:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55007
Read Time:27 Second

Kota Kinabalu : Satu lorong jalan menghubungkan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom telah dibuka untuk laluan sementara susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon Penampang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan, laluan itu dibuka sementara kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan.

Petang tadi jalan berkenaan tidak dapat dilalui susulan kejadian cerun runtuh akibat hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan petang tadi.

Kenyataan itu memaklumkan setakat ini tiada jalan alternatif dapat digunakan.

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/25/satu-lorong-dibuka-untuk-laluan-sementara-penampang-keningau/feed/ 0 55007
Jalan runtuh di Kg Badukan, pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati https://sabahmedia.com/2023/01/29/jalan-runtuh-di-kg-badukan-pengguna-dinasihatkan-lebih-berhati-hati/ https://sabahmedia.com/2023/01/29/jalan-runtuh-di-kg-badukan-pengguna-dinasihatkan-lebih-berhati-hati/#respond Sun, 29 Jan 2023 09:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28704
Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Penduduk kampung khususnya pengguna jalan raya di Kg Badukan di daerah ini dinasihatkan lebih berhati-hati apabila melalui jalan konkrit yang kini terjejas akibat hakisan tanah dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keadaan bertambah buruk sejak musim hujan yang berterusan di seluruh negeri sejak akhir-akhir ini di mana air yang mengalir dari lereng bukit menyebabkan struktur tanah menjadi lemah.

Ketua Jabatan Kerja Raya Ranau, Alvonna Farhanah Jammy berkata, jalan di Kg Badukan, kira-kira 5 kilometer dari Pekan Ranau, terletak berhampiran Kg Kigiok dan Kg Sumaang bukan di bawah bidang kuasa JKR Ranau.

Manakala Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani telah mengesahkan jalan kampung itu di bawah jagaan Pejabat Daerah, dan kakitangan jabatan itu telah membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

Jumain berkata, papan tanda amaran sudah diletakkan di kawasan terbabit dan kita minta penduduk berhati-hati ketika melalui jalan itu. Kita harap keadaan tidak bertambah buruk.

“Turapan konkrit ini dibuat tahun lalu menggunakan peruntukan Ahli Parlimen, Datuk Jonathan Yasin. Susulan insiden terbaru ini, kita tiada pilihan selain memohon kerja-kerja pembaikan di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jumain, Pejabat Daerah Ranau telah melakukan pemeriksaan teknikal di kawasan terbabit dan akan meneruskan langkah seterusnya.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan perkara itu, menggesa tindakan daripada pihak berkuasa yang berkaitan sebelum keseluruhan jalan runtuh dan memutuskan hubungan jalan raya kepada kira-kira ratusan pengguna yang melalui jalan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/29/jalan-runtuh-di-kg-badukan-pengguna-dinasihatkan-lebih-berhati-hati/feed/ 0 28704
Jalan Raya Terjejas & Tanah Runtuh Akan Dibaiki Segera – Bung https://sabahmedia.com/2021/09/04/jalan-raya-terjejas-tanah-runtuh-akan-dibaiki-segera-bung/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/jalan-raya-terjejas-tanah-runtuh-akan-dibaiki-segera-bung/#respond Sat, 04 Sep 2021 09:55:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5792
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya telah diarah untuk mengambil tindakan segera bagi membaiki jalan yang terjejas dan kejadian tanah runtuh di beberapa buah daerah di negeri ini ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kebanyakan jalan berturap yang runtuh dalam kejadian kelmarin adalah dibawah kendalian pihak konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan.

“Kita telah meminta pihak konsesi yang terlibat untuk memantau dan memperbaiki segera jalan raya yang rosak selain membuat jalan alternative agar pengguna tidak terkesan dengan kejadian ini.

“Bagi jalanraya Kota Kinabalu ke Keningau CH 103 dan CH 107  ianya merupakan jalan persekutuan dibawah konsesi Lintasan Resources Sdn Bhd yang kini sedang diperbaiki dan jalan  altternatif juga turut disediakan kepada  pengguna di laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya turut menerima aduan berhubung kerosakan jalan raya di beberapa buah daerah yang mengalami kerosakan dan berlubang.

Katanya, terdapat juga aduan mengenai jalan raya yang dinaiki banjir khususnya yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya Pan Borneo dan pihak kontraktor turut diarah bagi memantau keadaan bagi melaksanakan penyelenggaraan.

“Bagi cerun dan jalan yang runtuh dibawah kendalian JKR tidak melibatkan kos yang tinggi untuk pembaikan, kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung berkata, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini beliau telah meminta semua jurutera JKR di setiap daerah memantau situasi jalan yang berisiko runtuh agar tahap keselamatan pengguna terkawal.

“Kementerian sentiasa mengambil berat kepada isu-isu seperti ini dan akan mengambil tindakan susulan kepada setiap laporan yang dikemukakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/jalan-raya-terjejas-tanah-runtuh-akan-dibaiki-segera-bung/feed/ 0 5792
Usaha Baik Pulih Jambatan Runtuh Di Laluan Long Mio Dan Long Pasia Dipergiat https://sabahmedia.com/2021/06/09/usaha-baik-pulih-jambatan-runtuh-di-laluan-long-mio-dan-long-pasia-dipergiat/ https://sabahmedia.com/2021/06/09/usaha-baik-pulih-jambatan-runtuh-di-laluan-long-mio-dan-long-pasia-dipergiat/#respond Wed, 09 Jun 2021 06:09:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=843
Read Time:1 Minute, 14 Second

SIPITANG : penduduk di Laluan Long Mio Dan Long Pasia boleh menarik nafas lega apabila jambatan runtuh yang merupakan satu-satunya laluan keluar yang dilaporkan runtuh baru-baru ini kini sudahpun mencapai 60 % pembaikan .

Laluan yang menjejaskan  Lebih 1,000 penduduk di Kampung Long Pasia dan Long Mio di Sipitang  itu kini di dalam usaha pembaikan di mana dijangkakan ianya bakal mencapai status 80% siap di dalam jangka masa terdekat.

Dilaporkan kenderaan berpacuan 4 roda kini sudahpun boleh melalui laluan terbabit dengan bantuan syarikat konsesi selenggara jalan yang turut  membantu mempercepatkan lagi usaha untuk menyiapkan jambatan runtuh berkenaan.

Berikut antara gambar ekslusif yang diberikan kepada kami:

jentera berat sedang menyediakan laluan sementara di laluan berkenaan
jentera berat sedang menyediakan laluan sementara di laluan berkenaan
Kenderaan pacuan 4 roda yang dibantu jentera berat melalui laluan berkenaan bagi membolehkan penduduk membawa pesakit ke Hospital Sipitang

Kami sebelum ni melaporkan Jambatan yang menghubungkan kampung Long Mio dan kampung Long Pasia di Sipitang Sabah yang runtuh ekoran hujan lebat serta banjir  baru-baru ini,  akhirnya berjaya disambungkan semula dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sementara menantikan satu jambatan konkrit yang kekal dapat dibina di lokasi berkenaan oleh syarikat konsesi terabit.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di dua kampung berkenaan tidak dapat keluar ke pekan Sipitang bagi mendapatkan bekalan keperluan harian atau ke Hospital Sipitang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setiap minggu.

Jarak Kampung Long Pasia dan Long Mio dari pekan Sipitang adalah kira-kira 128km.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/09/usaha-baik-pulih-jambatan-runtuh-di-laluan-long-mio-dan-long-pasia-dipergiat/feed/ 0 843