Jalan Sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 27 Sep 2026 00:53:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jalan Sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Sepanggar https://sabahmedia.com/2026/09/27/empat-lelaki-maut-dalam-kemalangan-di-jalan-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2026/09/27/empat-lelaki-maut-dalam-kemalangan-di-jalan-sepanggar/#respond Sun, 27 Sep 2026 00:53:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104280
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Empat lelaki maut selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.37 pagi itu, keempat-empat mangsa dilaporkan tersepit di dalam kenderaan sebelum pasukan bomba berjaya mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi pada 2.59 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva yang terbabas sendiri sebelum melanggar lori berkenaan.

Operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu anggota BBP Lintas. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3.50 pagi dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Mangsa terdiri daripada empat lelaki berusia 21, 23 dan 24 tahun, manakala umur seorang lagi mangsa belum diperoleh.

Mayat semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi melibatkan sembilan anggota bomba dengan kekuatan sebuah jentera CFRT dan sebuah EMRS serta turut dibantu PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi ditamatkan pada jam 3.55 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/27/empat-lelaki-maut-dalam-kemalangan-di-jalan-sepanggar/feed/ 0 104280