jalan tutup – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Jun 2026 09:06:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jalan tutup – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beberapa jalan utama di KK ditutup sementara Ahad ini sempena KK City Fun Ride https://sabahmedia.com/2026/06/05/beberapa-jalan-utama-di-kk-ditutup-sementara-ahad-ini-sempena-kk-city-fun-ride/ https://sabahmedia.com/2026/06/05/beberapa-jalan-utama-di-kk-ditutup-sementara-ahad-ini-sempena-kk-city-fun-ride/#respond Fri, 05 Jun 2026 09:05:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97738
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Beberapa jalan di sekitar daerah Kota Kinabalu akan ditutup sementara pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada penganjuran acara KK City Fun Ride sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan itu akan dilaksanakan pada Ahad bermula jam 7 pagi melibatkan laluan yang digunakan untuk acara berbasikal sejauh 24 kilometer tersebut.

Antara jalan terlibat ialah Jalan Kota Kinabalu – Kudat; Jalan Kota Kinabalu – Sindumin; Jalan Coastal Jalan Kemajuan; Jalan Pasir; Jalan Tun Fuad Stephens; Jalan PPNS; Jalan UMS dan Jalan KK Bypass.

Menurut kenyataan itu, penutupan yang dilaksanakan adalah melibatkan satu lorong jalan di sepanjang laluan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran program serta keselamatan para peserta.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.

“Orang awam dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh penutupan,” menurut kenyataan itu.

JKR turut meminta kerjasama semua pengguna jalan raya agar mematuhi arahan petugas yang bertugas di lokasi bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan semua pihak.

Acara KK City Fun Ride merupakan antara program yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu dan dijangka menarik penyertaan ramai penggemar aktiviti berbasikal dari seluruh negeri. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/05/beberapa-jalan-utama-di-kk-ditutup-sementara-ahad-ini-sempena-kk-city-fun-ride/feed/ 0 97738
Beberapa laluan utama sekitar KK ditutup Sabtu ini https://sabahmedia.com/2026/04/23/beberapa-laluan-utama-sekitar-kk-ditutup-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2026/04/23/beberapa-laluan-utama-sekitar-kk-ditutup-sabtu-ini/#respond Thu, 23 Apr 2026 09:52:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95404
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Beberapa laluan utama di sekitar Bandar raya akan ditutup bagi sambutan Hari Etnik Sabah 6.0 yang diadakan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sabtu ini. 

Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Khazrul Shah Annuar Ahmad berkata, langkah tersebut bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan orang ramai sepanjang program berlangsung.

“Laluan utama yang terlibat dengan penutupan dan lencongan ialah laluan di Bulatan Kapital (Bandaran) hingga ke Lampu Isyarat JQ, termasuk jalan menuju Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah  (SICC) serta Bulatan Istiadat.

“Selain itu, penutupan jalan bagi raptai penuh akan dilaksanakan pada 24 April bermula jam 2.30 petang, manakala pada 25 April penutupan akan bermula seawal jam 4 petang.

“Seramai empat pegawai kanan polis bersama kira-kira 30 orang anggota akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang Hari Etnik 6.0 tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temu bual radio bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini pada Rabu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang program berlangsung.

“Orang ramai juga disaran menggunakan laluan alternatif yang disyorkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mengelakkan parkir di bahu jalan utama kerana ia boleh menjejaskan aliran trafik.

“Kami turut berharap orang ramai dapat mematuhi arahan anggota polis dan petugas trafik yang ditempatkan di lokasi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang sambutan ini,” jelasnya.

Menurutnya, komitmen pihak polis adalah untuk memastikan orang ramai dapat menghadiri sambutan Hari Etnik dengan selamat dan selesa tanpa gangguan trafik yang serius.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/23/beberapa-laluan-utama-sekitar-kk-ditutup-sabtu-ini/feed/ 0 95404
Beberapa jalan utama ditutup sempena istiadat perbarisan Isnin depan https://sabahmedia.com/2026/03/27/beberapa-jalan-utama-ditutup-sempena-istiadat-perbarisan-isnin-depan/ https://sabahmedia.com/2026/03/27/beberapa-jalan-utama-ditutup-sempena-istiadat-perbarisan-isnin-depan/#respond Fri, 27 Mar 2026 03:31:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93859
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Beberapa jalan utama di sekitar ibu negeri akan ditutup untuk memberi laluan kepada Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, pada Isnin depan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, uperinténden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, penutupan jalan berkenaan melibatkan Jalan Tun Fuad Stephen, Jalan Bandaran, Jalan Gaya dan Jalan Padang. 

“Lokasi utama Istiadat Perbarisan ini akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu dan beberapa jalan utama yang terlibat di sekitar kawasan tersebut akan ditutup. 

“Penutupan jalan dan tapisan kenderaan awam akan bermula seawal jam 5 pagi pada 30 Mac ini di Jalan Padang, Dewan, Simpang Bukit Bendera dan Bulatan Bunga Raya. 

“Selain itu, penutupan jalan dan lencongan akan dijalankan secara berperingkat bertujuan memastikan kelancaran perbarisan dan keselamatan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi temu bual radio bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini pada Khamis.

Menurut beliau, dianggarkan 70 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertugas bagi memastikan aliran trafik pada hari berkenaan berjalan lancar. 

“Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku kerana acara ini berlangsung semasa cuti sekolah dan pihak PDRM bersiap sedia untuk memastikan kelancaran trafik,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggalakkan pengguna jalan raya menggunakan jalan alternatif, menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/27/beberapa-jalan-utama-ditutup-sempena-istiadat-perbarisan-isnin-depan/feed/ 0 93859
Jalan Tugu ditutup sementara sempena ulang tahun ke-26 bandaraya Kota Kinabalu esok https://sabahmedia.com/2026/02/01/jalan-tugu-ditutup-sementara-sempena-ulang-tahun-ke-26-bandaraya-kota-kinabalu-esok/ https://sabahmedia.com/2026/02/01/jalan-tugu-ditutup-sementara-sempena-ulang-tahun-ke-26-bandaraya-kota-kinabalu-esok/#respond Sun, 01 Feb 2026 05:54:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90783
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di Jalan Tugu secara berkala pada Isnin.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu adalah bersempena upacara menaikkan bendera ulang tahun ke-26 bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2026.

“Penutupan tempat letak kereta di Jalan Tugu akan dilaksanakan bermula jam 1 pagi hingga 1 tengah hari pada Isnin.

“Manakala penutupan jalan pula akan dibuat secara berkala bermula jam 7 pagi hingga 1 tengah hari bagi memberi laluan kepada kelancaran penganjuran upacara tersebut,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah berkenaan diambil bagi memastikan aspek keselamatan, kelancaran trafik serta perjalanan majlis rasmi berjalan dengan teratur.

Sehubungan itu, DBKK menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas serta menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan dilaksanakan.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan orang awam sepanjang berlangsungnya upacara ini,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/01/jalan-tugu-ditutup-sementara-sempena-ulang-tahun-ke-26-bandaraya-kota-kinabalu-esok/feed/ 0 90783
Penutupan sementara Jalan Tuaran bagi kerja perobohan jejantas https://sabahmedia.com/2026/01/25/penutupan-sementara-jalan-tuaran-bagi-kerja-perobohan-jejantas/ https://sabahmedia.com/2026/01/25/penutupan-sementara-jalan-tuaran-bagi-kerja-perobohan-jejantas/#respond Sun, 25 Jan 2026 01:22:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90356
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Orang awam khususnya pengguna kenderaan dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif berikutan penutupan jalan sementara di Jalan Tuaran selama tiga hari bermula 31 Januari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan itu adalah bagi memberi ruang kepada kerja-kerja perobohan jejantas pejalan kaki yang sedia ada di hadapan Likas Vue.

“Orang awam adalah dimaklumkan bahawa penutupan jalan sementara di Jalan Tuaran akan dilaksanakan pada 31 Januari 2026 sehingga 02 Februari 2026 pada jam 10 malam 4.30 pagi.

“Perobohan itu adalah bagi memberi ruang kepada kerja-kerja perobohan jejantas pejalan kaki yang sedia ada di hadapan Likas Vue.

“Orang awam dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan setiap papan tanda lalu lintas yang di pasang di sekitar kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/25/penutupan-sementara-jalan-tuaran-bagi-kerja-perobohan-jejantas/feed/ 0 90356
Sembilan jalan utama di Kota Kinabalu ditutup Ahad ini https://sabahmedia.com/2025/08/29/sembilan-jalan-utama-di-kota-kinabalu-ditutup-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2025/08/29/sembilan-jalan-utama-di-kota-kinabalu-ditutup-ahad-ini/#respond Thu, 28 Aug 2025 22:34:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80262
Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak sembilan buah jalan akam ditutup Ahad ini sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 Peringkat Negeri Sabah dan Sambutan Hari Sabah 2025.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata, daripada jumlah itu, lima daripadanya adalah di Dataran Bandaraya dan selebihnya di Padang Merdeka.

“Bagi sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 Peringkat Negeri Sabah, jalan akan mula ditutup seawal jam 5 pagi hingga jam 1 petang.

“Antara laluan yang akan ditutup adalah laluan jalan Sutera Harbour bermula daripada lampu isyarat ditutup satu lorong hingga ke Jalan Mentari untuk kontinjen perarakan.

“Kemudian, Jalan Mentari hingga Bulatan Millenium, daripada Bulatan Millenium hingga lampu isyarat 20 dan laluan lampu Centre Point ditutup sepenuhnya seterusnya susur jalan Centre Point iaitu antara Api-api dan Centre Point bagi keutamaan untuk pergerakan perarakan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi temubual bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, pada Khamis.

Kasim berkata, bagi sambutan di Padang Merdeka, antara jalan yang akan ditutup adalah Jalan KK Bypass menuju Bulatan Bunga Raya, Bulatan Bunga Raya ke Bulatan Capital, Jalan Istana iaitu Simpang Bukit Bendera ke Padang Merdeka dan Simpang Jalan Bandaran ke Padang Merdeka.

“Penutupan jalan di kawasan ini bermula jam 4 petang sehingga jam 12 tengah malam,” katanya

Kasim berkata, seramai 327 anggota digerakkan bagi sambutan di Dataran Bandaraya manakala 303 anggota ditugaskan untuk Sambutan Hari Sabah di Padang Merdeka termasuk bantuan daripada Pasukan Gerakan Am.

“Bagi memastikan kelancaran lalu lintas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merancang dengan teliti bagi melancarkan program ini.

“Saya nasihatkan orang awam supaya dapatkan info yang tepat mengenai penutupan jalan ini melalui saluran yang betul antaranya daripada laman sosial Ibu Pejabat Kontinjen sendiri dan patuhlah kepada arahan daripada anggota yang bertugas nanti,” katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya juga telah bersedia dengan kemungkinan akan ada perhimpunan lain yang akan diadakan pada hari berkenaan.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/29/sembilan-jalan-utama-di-kota-kinabalu-ditutup-ahad-ini/feed/ 0 80262
Beberapa jalan utama di KK ditutup sementara bermula hari ini https://sabahmedia.com/2025/08/26/beberapa-jalan-utama-di-kk-ditutup-sementara-bermula-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/beberapa-jalan-utama-di-kk-ditutup-sementara-bermula-hari-ini/#respond Mon, 25 Aug 2025 18:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80029
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Beberapa jalan utama di pusat bandar Kota Kinabalu akan ditutup secara sementara bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada penganjuran Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataan memaklumkan, penutupan itu melibatkan persiapan kawasan acara, sesi raptai serta hari kemuncak sambutan pada 31 Ogos.

Menurut DBKK, penutupan bermula 26 hingga 29 Ogos dari jam 5 pagi hingga 1 tengah hari, melibatkan Jalan Tun Fuad Stephens (dari Bulatan SEDCO dan Wawasan Plaza hingga lampu isyarat Centre Point Sabah).

Pada 30 Ogos, penutupan akan bermula jam 10 malam hingga 1 tengah hari keesokan harinya (31 Ogos).

“Penutupan itu adalah melibatkan laluan Jalan Utama Sutera Harbour (bahagian kiri keluar ke Jalan Coastal; Jalan Coastal; Jalan Mentari (Lorong sebelah kanan); Tempat letak kereta bertingkat KK Sentral; Tempat letak kereta A Square dan Stesen Perhentian Bas Zon Selatan, Jalan Tun Fuad Stephens,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa bertugas sepanjang tempoh tersebut dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan serta kelancaran trafik.

Kerjasama pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kelancaran acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/beberapa-jalan-utama-di-kk-ditutup-sementara-bermula-hari-ini/feed/ 0 80029
Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini https://sabahmedia.com/2024/12/28/laluan-berhampiran-menara-kinabalu-ditutup-sebahagian-31-disember-ini/ https://sabahmedia.com/2024/12/28/laluan-berhampiran-menara-kinabalu-ditutup-sebahagian-31-disember-ini/#respond Fri, 27 Dec 2024 16:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66056
Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Beberapa laluan berhampiran Menara Kinabalu akan ditutup sebahagian sempena Karnival Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) pada 31 Disember ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, dua laluan terlibat dengan penutupan sementara itu adalah Jalan PPNS dan Jalan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Orang awam adalah dimaklumkan bahawa sebahagian Jalan PPNS dan Jalan Utama Dewan Undangan Negeri akan ditutup bermula pada jam 9 malam pada 30 Disember sehingga 11.59 malam 31 Disember 2024 untuk penganjuran Program Karnival UPPM. 

“Laluan keluar dan masuk ke Menara Kinabalu akan dikawal oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), manakala laluan keluar dan masuk ke Menara Tun Mustapha (Bangunan Yayasan Sabah) dan Wisma Innoprise akan menggunakan laluan alternatif seperti peta di bawah,” menurut kenyataan itu di sini.

Tambah kenyataan itu lagi, orang awam dinasihatkan mematuhi arahan PDRM yang akan mengawal lalu lintas di lokasi tersebut.

Karnival yang diadakan pada 31 Disember itu akan bermula jam 10 pagi dengan pelbagai aktiviti akan diadakan.

Antaranya termasuklah jualan rahmah; kempen derma darah; pameran agensi; autoshow dan pelbagai aktiviti lain.

Turut diadakan pertandingan Autoshow Motorsikal. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/28/laluan-berhampiran-menara-kinabalu-ditutup-sebahagian-31-disember-ini/feed/ 0 66056
Beberapa laluan utama bandaraya KK ditutup sempena sambutan Maulidur Rasul, Hari Malaysia https://sabahmedia.com/2024/09/12/beberapa-laluan-utama-bandaraya-kk-ditutup-sempena-sambutan-maulidur-rasul-hari-malaysia/ https://sabahmedia.com/2024/09/12/beberapa-laluan-utama-bandaraya-kk-ditutup-sempena-sambutan-maulidur-rasul-hari-malaysia/#respond Thu, 12 Sep 2024 07:49:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60506
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Beberapa laluan utama sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup seawal jam 5 pagi sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asistem Komisioner Kasim Muda berkata, sempena dua sambutan tersebut, pihak polis akan menjalankan beberapa penugasan bagi memastikan semua berjalan lancar.

“Kita ditugaskan dari segi keselamatan dan aliran trafik, itu tugas pada sebelah pagi untuk sambutan Maulidur Rasul. Kita bermula pada jam 5 pagi dan bagi program kedua bermula pada 2 petang di Padang Merdeka, itu sambutan Hari Malaysia peringkat nasional.

“Untuk program Maulidur  Rasul, kita akan bermula pada 6 pagi untuk menguruskan ataupun menyediakan pasukan perbarisan. 

“Perbarisan bermula daripada Dewan Masyarakat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sehingga ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). 

“Jadi laluan yang akan ditutup nanti bermula daripada Bulatan Istiadat sehingga ke Bulatan Bunga Raya kita akan tutup,” katanya selepas sesi temubual di konti Sabahfm, di sini semalam.

Bagi Sambutan Hari Malaysia, Kasim berkata, laluan bulatan KFC, Bandaran sehingga ke Jalan Bunga Raya akan ditutup bermula 2 petang.

“Jalan-jalan yang ditutup kekal ini termasuk Jalan Istana dan Pintu Gerbang Istana, hadapan Hilton, daripada bulatan depan KFC sehinggalah ke Bulatan Bunga Raya,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan tidak melalui laluan jalan yang ditutup bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Juga jangan membawa senjata tajam atau senjata-senjata berbahaya semasa berlangsungnya kedua-dua program ini dan tidak menaikkan drone semasa kedua-dua program diadakan. 

“Kita sudah berbincang dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dengan unit udara kita untuk tidak membenarkan drone pada hari tersebut (16 September),” katanya.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim, Pengurus Sabahfm, Felix Lee, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi (PKPM), Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Edi Rizam Kassim.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/12/beberapa-laluan-utama-bandaraya-kk-ditutup-sempena-sambutan-maulidur-rasul-hari-malaysia/feed/ 0 60506
Beberapa laluan ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/25/beberapa-laluan-ditutup-sempena-raptai-dan-sambutan-hari-kebangsaan-hari-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/25/beberapa-laluan-ditutup-sempena-raptai-dan-sambutan-hari-kebangsaan-hari-sabah/#respond Sun, 25 Aug 2024 12:37:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59656
Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Beberapa laluan dan tempat letak kereta sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada pelaksanaan raptai dan upacara perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah bermula Selasa ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara yang terlibat ialah Jalan Coastal; Jalan Mentari; Jalan Tun Fuad Stephens; Jalan Centre Point; Lorong Api-Api 2; Lorong Wawasan Plaza dan Stesen Perhentian Bas Zon Selatan.

“DBKK akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di lokasi-lokasi yang terlibat untuk memberi laluan kepada pelaksanaan raptai dan acara sebenar upacara perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 yang akan diadakan pada 31 Ogos ini di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens.

“Bagi Jalan Coastal, ia hanya melibatkan lorong sebelah kiri bermula dari simpang keluar Sutera Harbour hingga simpang masuk ke KK Times Square dan Jalan Mentari bermula dari simpang masuk ke KK Times Square hingga ke Bulatan SEDCO Wawasan Plaza dan penutupan akan dilaksanakan bermula 27 hingga 31 Ogos bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari.

“Bagi Jalan Tun Fuad Stephens, ia melibatkan bulatan SEDCO, Wawasan Plaza hingga lampu isyarat Centre Point Sabah bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula 27 hingga 30 Ogos dan bermula 10 malam pada 30 Ogos hingga 12 tengah hari pada 31 Ogos,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK berkata, bagi Jalan Centre Point; Lorong Api-Api 2 dan Lorong Wawasan Plaza ianya akan ditutup secara berkala bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 27 hingga 31 Ogos.

Tambahnya, bagi Stesen Perhentian Bas Zon Selatan iaitu di Jalan Tun Fuad Stephens berhadapan Marina Court ianya ditutup bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari pada 27 hingga 31Ogos.

“Pada masa sama, kawasan tempat letak kereta bertingkat KK Sentral akan dibuka kepada  peserta upacara perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 tanpa dikenakan caj letak kereta mengikut masa dan tarikh penutupan jalan yang dimaklumkan.

“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota Penguatkuasa yang bertugas dan sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain dan kawasan tempat letak kereta berdekatan sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/25/beberapa-laluan-ditutup-sempena-raptai-dan-sambutan-hari-kebangsaan-hari-sabah/feed/ 0 59656