Jalin Kerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Feb 2024 08:14:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jalin Kerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK, PDRM jalin kerjasama rapat benteras kegiatan jenayah di bandaraya https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/#respond Tue, 20 Feb 2024 08:14:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49770
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tahap keselamatan orang ramai terutama pelancong dapat dipertingkatkan dalam tempoh terdekat.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ini susulan beberapa kejadian jenayah membabitkan seorang pekerja sebuah bank berdepan detik cemas apabila dipukul sebelum disamun dalam kejadian berhampiran sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, 16 Februari lalu.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan kayu.

“Kita akan bekerjasama rapat bersama dengan Polis Daerah Kota Kinabalu, agar kejadian seumpama ini dapat ditangani segera sekali gus bagi memastikan keselamatan pelancong serta orang ramai sentiasa terjamin.

“Kita sangat menekankan soal keselamatan orang ramai yang datang berkunjung di Bandaraya Kota Kinabalu terutama di hujung minggu ketika melawat Pasar Malam Jalan Gaya serta kawasan yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Sabin mengulas kejadian yang tular baru-baru ini mendapati mangsa sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerjanya.

“Bagaimanapun katanya, mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan dipukul menggunakan kayu dari arah belakang.

“Mangsa cuba mempertahankan diri namun suspek bertindak memukul mangsa beberapa kali.

“Suspek kemudiannya menarik beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri,” jelas Dr Sabin.

Menurutnya, DBKK memberi jaminan kejadian seumpama ini akan berjaya ditangani segera dengan hasil kerjasama rapat membabitkan Polis Daerah Kota Kinabalu.

“Kita menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam,” ujar Dr Sabin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/dbkk-pdrm-jalin-kerjasama-rapat-benteras-kegiatan-jenayah-di-bandaraya/feed/ 0 49770
Taman-Taman Sabah jalin kerjasama dengan Korea National Park Service, urus Global Geopark https://sabahmedia.com/2023/11/29/taman-taman-sabah-jalin-kerjasama-dengan-korea-national-park-service-urus-global-geopark/ https://sabahmedia.com/2023/11/29/taman-taman-sabah-jalin-kerjasama-dengan-korea-national-park-service-urus-global-geopark/#respond Wed, 29 Nov 2023 08:21:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45855
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Taman-Taman Sabah telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Korea National Park Service untuk menjalin kerjasama dalam pengurusan Global Geopark di antara kedua-dua negara dalam tempoh 5 tahun.

Menterinya Datuk Christina Liew memaklumkan perkara itu kepada sidang Dewan bagi merujuk cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong agar satu penyelarasan kerjasama dilakukan di antara kawasan Geopark Sabah dengan kawasan Geopark di Korea dan China.

Jelas Christina, Taman-Taman Sabah juga telah mula mengadakan perbincangan awal dengan pihak People’s Government of Shen nong jia Forestry District, China yang merupakan agensi bertanggungjawab mengurus kawasan Global Geopark Shennongjia di China untuk menjalinkan kerjasama pengurusan Geopark.

“Kementerian yakin dengan kerjasama yang terjalin ini akan mengukuhkan lagi pengurusan Kinabalu Global Geopark secara mampan dan lestari,” jelasnya dalam ucapan penggulungannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai dengan saranan ADUN Sulabayan berhubung dengan pengenalan cukai tempatan dalam sektor pelancongan.

Christina berkata, bahawa industri pelancongan terletak di bawah senarai Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia. Namun, kementeriannya akan cuba mengkaji perkara ini dengan lebih teliti bersama dengan
Kementerian Kewangan.

“Pada masa sama, kementerian juga
mengalu-alukan sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan boleh melihat perkara ini agar dapat dikuatkuasakan dalam enakmen sedia ada.

“Manakala berhubung dengan hasil cukai pelancongan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi, sememangnya kementerian saya telahpun memanjangkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Saya yakin juga bahawa Kementerian Kewangan Negeri telah menyuarakan perkara ini kepada Kementerian Kewangan Malaysia,” jelas Christina lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/29/taman-taman-sabah-jalin-kerjasama-dengan-korea-national-park-service-urus-global-geopark/feed/ 0 45855