jaln runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 02:24:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jaln runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Laluan Pan Borneo Papar-KK ditutup akibat tanah runtuh https://sabahmedia.com/2025/09/14/laluan-pan-borneo-papar-kk-ditutup-akibat-tanah-runtuh/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/laluan-pan-borneo-papar-kk-ditutup-akibat-tanah-runtuh/#respond Sun, 14 Sep 2025 02:24:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81200
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Laluan utama Lebuhraya Pan Borneo dari Papar ke Kota Kinabalu di Jalan Donggongon-Papar Spurs terpaksa ditutup sepenuhnya hari ini berikutan kejadian cerun runtuh yang berlaku awal pagi tadi.

Insiden itu menyebabkan jalan raya dilitupi tanah runtuh dan lumpur, sekali gus menjejaskan pergerakan kenderaan di laluan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan segera telah dilaksanakan pihak konsesi dengan memasang papan tanda ‘Jalan Ditutup’ di lokasi terlibat bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, usaha pembersihan dipercepatkan dengan sebuah mesin ‘excavator’ dari Jabatan Air telah digerakkan untuk membersihkan kawasan runtuhan.

Turut digerakkan adalah ‘excavator’ kedua daripada pihak konsesi bagi mempercepat kerja-kerja pembersihan.

Sebuah lorong sementara akan dibuka secepat mungkin untuk membolehkan laluan kenderaan ringan dilalui dengan selamat.

Pihak berkuasa menasihatkan pengguna agar mengelakkan kawasan tersebut dan menggunakan laluan alternatif sehingga keadaan kembali pulih.

Orang awam turut diingatkan agar berhati-hati semasa memandu, terutamanya ketika cuaca hujan yang boleh meningkatkan risiko kejadian tanah runtuh. – SABAH MEDIA / FOTO JKR SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/laluan-pan-borneo-papar-kk-ditutup-akibat-tanah-runtuh/feed/ 0 81200