JALUR GEMILANG – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 26 Aug 2025 05:48:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JALUR GEMILANG – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hari Kebangsaan wadah penyatuan, bukan perpecahan – Razali https://sabahmedia.com/2025/08/26/hari-kebangsaan-wadah-penyatuan-bukan-perpecahan-razali/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/hari-kebangsaan-wadah-penyatuan-bukan-perpecahan-razali/#respond Tue, 26 Aug 2025 05:48:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80062
Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Rakyat di negeri ini menjadi antara contoh terbaik kepada Malaysia dengan keunikan hidup bersama dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau, Datuk Mohammed Razali Razi berkata, keunikan itu tidak membiarkan perbezaan menjadi punca kepada perpecahan.

“Orang Sabah ialah rakyat Malaysia sejati. Kita ramai terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, tetapi cara hidup di Sabah berbeza. 

“Orang Sabah fokus kepada keharmonian, dan inilah kekuatan kita. Kalau kita hormat kepelbagaian, kita mampu capai perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program pengagihan Jalur Gemilang di pekan Manggatal, di sini pada Selasa.

Razali berkata, budaya toleransi dan semangat perpaduan yang sekian lama diamalkan di Sabah wajar dijadikan teladan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, ia bagi membolehkan makna kemerdekaan tidak dicemari dengan perselisihan yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa sambutan Hari Kebangsaan perlu dijadikan wadah penyatuan rakyat, bukannya medan perpecahan meskipun berdepan dengan pelbagai isu yang dibangkitkan masyarakat, termasuk slogan “No Justice, No Merdeka” yang kini hangat diperkatakan.

Katanya, walaupun isu keadilan yang digemakan rakyat tidak boleh dipandang remeh, namun semangat kebersamaan pada Hari Kebangsaan mesti tetap dipelihara.

“Kita faham ada isu-isu besar yang sedang dibincangkan, tetapi jangan sampai kita lupa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. 

“Hari Kebangsaan adalah hari penting untuk kebersamaan, jangan kita alih fokus sehingga hilang erti sebenar kemerdekaan,” katanya. – SABAH MEDIA  

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/hari-kebangsaan-wadah-penyatuan-bukan-perpecahan-razali/feed/ 0 80062
Hentikan perbuatan curi, rosakkan bendera – DBKK https://sabahmedia.com/2025/08/24/hentikan-perbuatan-curi-rosakkan-bendera-dbkk/ https://sabahmedia.com/2025/08/24/hentikan-perbuatan-curi-rosakkan-bendera-dbkk/#respond Sat, 23 Aug 2025 19:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79902
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Dewan Bandaya Kota Kinabalu (DBKK) mengesahkan tiada isu membabitkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Sebaliknya Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, isu kecurian bendera sering berlaku apabila apabila ada bendera hilang selepas dipasang di kawasan tertentu.

Katanya, setakat ini tiada laporan rasmi berhubung kejadian tersebut dan jika berlaku, ia mungkin tidak disengajakan.

“Isu Jalur Gemilang terbalik tidak berlaku di Kota Kinabalu. Jika ada pun, ia lebih kepada kesilapan teknikal, bukan disengajakan.

“Malah, Jabatan Penerangan turut membantu memberi panduan cara pemasangan bendera dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui media selepas pelancaran program itu di Dataran Bandaraya di sini pada Sabtu.

Sabin mengakui pihak DBKK berdepan cabaran lain iaitu kes kecurian bendera yang dipasang lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan, peniaga dan penduduk kampung.

“Ada premis dan bangunan komersial yang sudah memasang bendera tetapi keesokan paginya hilang. 

“Kita berharap masyarakat tidak mengambil kesempatan untuk merosakkan atau mencuri bendera yang telah dipasang,” katanya.

Dalam pada itu, Sabin berkata, DBKK telah mengedarkan bendera kepada para peniaga di sekitar bandar raya bagi menyemarakkan semangat patriotik.

“Kita yakin aktiviti pemasangan bendera akan semakin meningkat menjelang Hari Kebangsaan. 

“Harapan saya, pemilik bangunan, syarikat, agensi kerajaan dan orang ramai terus bekerjasama menghiasi Kota Kinabalu dengan Jalur Gemilang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/24/hentikan-perbuatan-curi-rosakkan-bendera-dbkk/feed/ 0 79902
Tegur kesilapan Jalur Gemilang secara berhemah https://sabahmedia.com/2025/08/22/tegur-kesilapan-jalur-gemilang-secara-berhemah/ https://sabahmedia.com/2025/08/22/tegur-kesilapan-jalur-gemilang-secara-berhemah/#respond Fri, 22 Aug 2025 06:50:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79811
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Masyarakat diingatkan supaya menegur secara berhemah sekiranya berlaku kesilapan berkaitan protokol penggunaan Jalur Gemilang.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin berkata, sekiranya berlaku kesilapan ketika mengibarkan Jalur Gemilang atau bendera negeri, ia wajar ditegur secara berhemah dan bukan diperbesar-besarkan.

“Kesilapan seperti cara memegang bendera atau kedudukan Jalur Gemilang mungkin bukanlah sesuatu yang disengajakan. Sebab itu, teguran mesti dibuat dengan berlandaskan kesopanan dan kesusilaan, salah satu prinsip Rukun Negara.

”Jangan sampai ia dijadikan isu untuk membuli atau mencetuskan ketegangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Sekolah Menengah Kian Kok, di sini pada Jumaat.

Foong Hin berkata, sebarang tindakan provokasi yang cuba menimbulkan kebencian atau perpecahan dalam kalangan rakyat tidak boleh diterima.

“Kalau ada pihak cuba membuat provokasi sehingga menimbulkan ketidakselesaan masyarakat, kita tidak boleh setuju.

“Tiada siapa yang mengatasi undang-undang kerana kedaulatan undang-undang adalah prinsip asas dalam negara ini,” katanya.

Beliau berkata, penghayatan Rukun Negara perlu kembali dipupuk agar rakyat lebih memahami semangat sebenar patriotisme.

“Rukun Negara adalah asas pembentukan negara bangsa. Apa juga latar belakang, kita tetap perlu bersatu membina negara,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri 1,000 murid sekolah berkenaan.

Beliau menyifatkan pemilihan SM Kian Kok sebagai lokasi persinggahan konvoi amat signifikan kerana penubuhannya pada tahun 1963 adalah sebahagian daripada perjalanan pembinaan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/22/tegur-kesilapan-jalur-gemilang-secara-berhemah/feed/ 0 79811
Kecacatan Jalur Gemilang bangkitkan nasionalisme rakyat https://sabahmedia.com/2025/04/19/kecacatan-jalur-gemilang-bangkitkan-nasionalisme-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/04/19/kecacatan-jalur-gemilang-bangkitkan-nasionalisme-rakyat/#respond Sat, 19 Apr 2025 04:51:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72250
Read Time:2 Minute, 31 Second

Oleh J.EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Insiden paparan imej Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit pada muka depan sebuah akhbar tempatan bulan lalu menimbulkan kekecewaan mendalam dalam kalangan rakyat yang cintakan tanah air.

Seorang warga Sabah yang berada di Melbourne, Australia, Nia Hamri, menyifatkan insiden itu amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi insiden ini melibatkan sebuah syarikat akhbar yang sepatutnya lebih peka dalam banyak hal. Ini kesilapan serius,” ujar Nia ketika dihubungi Sabah Media.

Menurut Nia, sepanjang berada di perantauan, rakyat Malaysia di sekitarnya sentiasa berhati-hati dalam setiap aktiviti yang melibatkan simbol dan identiti negara.

“Sebab bagi kami hal-hal yang berkaitan dengan identiti negara perlu diberi perhatian supaya tidak mengundang kecaman ataupun menjatuhkan nama baik negara Malaysia.

“Kami akan saling semak dan bertanya pendapat sebelum buat apa-apa. Kami sedar, satu kesilapan kecil walaupun berpunca daripada terlepas pandang atau masalah teknikal boleh mencetuskan salah faham besar. Bagi saya, ini adalah cerminan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya penuh semangat.

Bekas Ketua Pengarang sebuah akhbar tempatan di Sabah, Mohd Amin Muin, menyeru agar insiden ini ditangani dengan tegas dan penuh tanggungjawab.

Mohd Amin

“Memandangkan isu ini masih dalam siasatan, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada kecuaian itu disengajakan atau tidak. Namun, pihak akhbar wajar tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap organisasi media, cetak atau elektronik, perlu lebih peka terhadap elemen nasional serta menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum.

“Sebagai manusia, ada kalanya kesilapan dan kecuaian berlaku tanpa disedari. Tapi ini bukan kesilapan biasa yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Ini menyentuh soal simbol negara.

“Ia perlu dipandang serius, dan dijadikan pengajaran bukan saja kepada organisasi media tetapi kepada setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia kita harus peka dengan perkara sensitif seperti ini dan menanamkan semangat cintakan negara,” katanya.

Pada 15 April 2025, Syarikat akhbar berkenaan menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.

Insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Dalam suatu kenyataan rasmi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius dan amat kesal dengan perkara itu dan telah memanggil pihak Syarikat akhbar berkenaan bagi tujuan siasatan.

KDN menegaskan bahawa perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit adalah satu pelanggaran serius kepada Akta Lambang dan Nama serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

“Jalur Gemilang bukan sekadar simbol; ia adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan identiti nasional negara ini yang wajib dihormati serta dimartabatkan oleh semua pihak.

“Mana-mana pihak yang gagal mematuhi spesifikasi rasmi bendera seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414], boleh dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang semasa yang berkuatkuasa,” menurut kenyataan itu.

Akhbar berkenaan telah tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/19/kecacatan-jalur-gemilang-bangkitkan-nasionalisme-rakyat/feed/ 0 72250
Kibar Jalur Gemilang, bendera Sabah semarakkan Bulan Kebangsaan https://sabahmedia.com/2024/08/23/kibar-jalur-gemilang-bendera-sabah-semarakkan-bulan-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2024/08/23/kibar-jalur-gemilang-bendera-sabah-semarakkan-bulan-kebangsaan/#respond Fri, 23 Aug 2024 05:08:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59519
Read Time:1 Minute, 51 Second

Tuaran: Rakyat di negeri ini diajak untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah bagi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat perlu mengambil bahagian dalam Inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’, yang memberi peluang kepada semua untuk menunjukkan rasa cinta dan penghargaan kepada negara.

“Dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di setiap rumah, kita bukan sahaja memeriahkan suasana Hari Kemerdekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pada perasmian Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Daerah Tuaran di Dewan Masyarakat Pekan Tenghilan di sini hari ini

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim.

Hajiji berkata, tahun ini merupakan tahun yang istimewa khas buat rakyat Sabah kerana buat kali pertama Hari Kebangsaan dan Hari Sabah disambut serentak secara rasmi, selepas Hari Sabah diwartakan secara rasmi pada 05 Jun yang lalu.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah penting bagi Sabah kerana ia adalah masa bagi rakyat menghayati erti kebebasan daripada belenggu penjajahan selama berpuluh tahun.

Tambahnya lagi, Merdeka bukan sekadar kata keramat yang mengandungi tujuh huruf dan memiliki tiga suku kata. Merdeka adalah hasil dari azam kukuh untuk menebus maruah bangsa, ia adalah hasil dari perjuangan suci untuk membela tanah pusaka.

“Merdeka adalah puncak pencapaian satu perjuangan untuk memulakan perjuangan baru. Merdeka terbina atas tiang sejarah, untuk membina sejarah baru. Merdeka adalah milik berharga negara bangsa,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, usaha mewarna dan mencorak masa depan negara terletak pada iltizam dan kesungguhan generasi muda kerana di bahu merekalah letaknya harapan agar negara terus bersatu dan berpadu.

“Di bahu warga muda akan kita galaskan amanah agar negara terus makmur dan sejahtera. Kepada mereka akan kita wariskan tanggungjawab untuk terus memajukan negara.

“Tuhan telah melimpahkan bumi ini dengan kekayaan dan pelbagai peluang, justeru warga muda wajib merebut peluang yang terbentang luas ini dengan membina keupayaan dan mencipta kejayaan lebih cemerlang dan gemilang supaya negara menjadi terbilang,” katanya.

Beliau berkata, Program KMJG bukan sekadar acara tahunan, tetapi adalah simbol perpaduan, kebanggaan dan kesyukuran kita sebagai rakyat Malaysia.

“Ia mengingatkan kita akan pengorbanan dan usaha gigih para pahlawan negara yang telah berjuang demi kebebasan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/23/kibar-jalur-gemilang-bendera-sabah-semarakkan-bulan-kebangsaan/feed/ 0 59519
Semua agensi, jabatan digesa kibar Jalur Gemilang – Mohd Fuad https://sabahmedia.com/2024/08/10/semua-agensi-jabatan-digesa-kibar-jalur-gemilang-mohd-fuad/ https://sabahmedia.com/2024/08/10/semua-agensi-jabatan-digesa-kibar-jalur-gemilang-mohd-fuad/#respond Fri, 09 Aug 2024 23:30:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58805
Read Time:1 Minute, 6 Second

Papar: Semua agensi serta jabatan negeri dan persekutuan digesa mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah sepanjang Bulan Kebangsaan ini.

Pegawai Daerah Papar Mohd Fuad Abdullah berkata, gesaan itu dibuat khususnya kepada 40 jabatan serta agensi di daerah berkenaan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam jiwa masyarakat Madani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di Dewan Masyarakat Papar di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru warga Papar agar mengambil bahagian dalam Inisiatif ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’ bagi menunjukkan rasa cinta dan penghargaan kepada negara.

Katanya, dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, masyarakat bukan sahaja memeriahkan suasana Hari Kemerdekaan dan Hari Sabah tetapi juga memperkukuhkan ikatan sebagai rakyat Malaysia.

Tambah Mohd Fuad, setiap langkah kecil yang di ambil untuk menunjukkan cinta kepada negara akan memberikan impak yang besar dalam konteks kempen mengibar Jalur Gemilang.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa yang juga Ketua Konvoi; Setiausaha Sulit Kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Rosli Ibrahim; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun dan Ana Maria Bernadus; UPPM Kawang, Fahzean Mohiddin dan PPM Pantai Manis, Rahman Latip.

Turut berlangsung, penyampaian watikah kepada sembilan Komuniti Madani (KM) iaitu masing-masing tiga komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau, DUN Kawang dan DUN Pantai Manis.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/10/semua-agensi-jabatan-digesa-kibar-jalur-gemilang-mohd-fuad/feed/ 0 58805
Kibar Jalur Gemilang Semarak Jiwa Merdeka https://sabahmedia.com/2021/09/13/kibar-jalur-gemilang-semarak-jiwa-merdeka/ https://sabahmedia.com/2021/09/13/kibar-jalur-gemilang-semarak-jiwa-merdeka/#respond Mon, 13 Sep 2021 10:27:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6269
Read Time:53 Second

PAPAR: Penduduk daerah Papar digesa mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing bagi menyemarakkan jiwa kemerdekaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.29 Pantai Manis, Mohd Tamin Zainal berkata, ia merupakan salah satu cara memperingati hari bersejarah negara kita.

“Sambutan yang biasanya disambut meriah tidak lagi dapat dilaksanakan semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita.

“Oleh yang demikian, saya meminta agar penduduk daerah ini mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing bagi menzahirkan semangat patriotisme meski berada dalam fasa yang mencabar ini,” katanya dalam Program Merdeka @ Komuniti di Dewan Kg Kelanahan, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menyatakan penghargaan kepada Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah yang tidak pernah jemu mengadakan program seumpamanya setiap tahun.

Pada program berkenaan, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa hadir mengagihkan bendera kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) lima buah kampung (Kg) iaitu Kg Kelanahan, Kg Takis, Kg Kelanahan Rimba, Kg Takis Tabasan dan Kg Andus.

Turut disampaikan adalah 50 buah bakul makanan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Manis serta Jabatan Penerangan Daerah Papar. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/13/kibar-jalur-gemilang-semarak-jiwa-merdeka/feed/ 0 6269
250 Jalur Gemilang, Bendera Sabah Diagih https://sabahmedia.com/2021/09/07/250-jalur-gemilang-bendera-sabah-diagih/ https://sabahmedia.com/2021/09/07/250-jalur-gemilang-bendera-sabah-diagih/#respond Tue, 07 Sep 2021 06:56:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5961
Read Time:42 Second

SEMPORNA: Sebanyak 250 helai Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah diagih oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Semporna hingga hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Semporna, Mohammad Sarah Bulindan berkata, pengagihan Jalur Gemilang diedarkan kepada orang awam, penduduk kampung, jabatan serta agensi negeri dan persekutuan di daerah ini sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2021.

“Pada hari ini juga, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah hadir mengagihkan bendera sebagai simbolik Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Semporna melalui Program Info On Wheels (IOW) kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di tiga buah kampung.

“Kampung yang terlibat ialah Kg. Labuan Senang Hati, Kg. Sungai Gajah Darat dan Kg. Tampi-Tampi.

“Disamping itu, sebanyak 15 buah bakul bantuan juga diagihkan kepada golongan yang memerlukan  di tiga buah kampung tersebut,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Sabtu. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/07/250-jalur-gemilang-bendera-sabah-diagih/feed/ 0 5961
JaPen Agih 100 Jalur Gemilang Di Tenom https://sabahmedia.com/2021/08/28/japen-agih-100-jalur-gemilang-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/japen-agih-100-jalur-gemilang-di-tenom/#respond Sat, 28 Aug 2021 10:01:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5419
Read Time:33 Second

TENOM : Seratus helai Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah diagih Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Tenom, hari ini.

Pengagihan Jalur Gemilang meliputi 13 buah kampung dalam kawasan N.42 Melalap dan N.43 Kemabong sempena sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.

Penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah sebagai simbolik Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Tenom kepada Ketua Kampung Baru Jumpa, Edward Besar, sejurus selepas lawatan ke Program Outreach Vaksinasi Covid-19 CITF di Dewan Gereja, Kampung Baru.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Yuesri Ismail Yusof, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.43 Kemabong, Sabili Ahunang, dan Pegawai Penerangan Daerah, Sahiman Rahman. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/japen-agih-100-jalur-gemilang-di-tenom/feed/ 0 5419
Pandemik COVID-19 Bukan Penghalang Semarak Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2021/08/28/pandemik-covid-19-bukan-penghalang-semarak-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/pandemik-covid-19-bukan-penghalang-semarak-hari-kebangsaan/#respond Sat, 28 Aug 2021 03:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5389
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Pandemik COVID-19 bukan penghalang bagi para penjaja Pasar Inanam Point menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan menghias gerai menggunakan Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

Pengerusi Pasar Inanam Point, Ajimin Awang, 56, berkata, aktiviti berkenaan adalah amalan yang diterapkan sejak lapan tahun lalu.

“Terdapat beberapa orang pemilik gerai yang mengalami kekangan menghias gerai mereka kerana kawasan perumahan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Namun ia tidak menjadi penghalang kerana mereka tetap berbesar hati menyumbang perbelanjaan membeli Jalur Gemilang dan bendera Sabah agar sepuluh ahli jawatankuasa Tamu Inanam Point dapat menghias gerai mereka. 

“Hal ini juga secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penjaja, pelanggan dan masyarakat di sekitar kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata kepada media dalam Program Info On Wheels (IOW) Kempen Nasional Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu di sini, kelmarin.

Bagi seorang penjaja yang popular dengan jualan ‘Kuih Bulan’, Mariani Mussidi, 37 pula berpendapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan rasa cinta akan negara.

“Walaupun keadaan pada masa ini tidak mengizinkan kita untuk melakukan banyak aktiviti kemerdekaan, tetapi kita masih boleh meraikannya dengan cara lain seperti memakai baju bermotifkan corak Jalur Gemilang atau berkongsi gambar berlatarbelakangkan kemerdekaan di laman media sosial,” katanya.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata itu juga, pasar itu mempunyai satu tempat istimewa di hati kerana menjadi sumber pertama rezeki sehingga berjaya membuka perniagaan lain. 

“Selain pendapatan yang menguntungkan, saya juga rasa sayang untuk meninggalkan tempat ini kerana hubungan yang erat dan kerjasama yang baik sesama peniaga termasuklah dalam menjayakan sambutan bulan kebangsaan setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pasar Inanam Point, Rozinah Joniaas, 36, berkata, walaupun kita tidak terlibat dalam usaha memerdekakan negara dari penjajah, kita harus meneruskan perjuangan nenek moyang kita dengan cara mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki.

“Dalam keadaan sekarang, antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan semangat kemerdekaan adalah meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang sekeliling dalam memerangi COVID-19.

“Ia dapat dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mendapatkan suntikan vaksin agar kita kembali ‘Merdeka’ untuk melakukan aktiviti harian seperti dahulu.

“Jadikan semangat perjuangan nenek moyang kita dalam memerangi penjajah sebagai iktibar dan inspirasi untuk generasi kita memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini,” katanya.

Tambahnya, Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia sekali gus mencetuskan solidariti dalam mendepani cabaran yang mendatang termasuklah pandemik COVID-19.

Rozinah turut menyeru agar orang ramai menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengibarkan bendera atau pakaian bermotifkan kemerdekaan untuk sama-sama memeriahkan bulan kebangsaan./PENERANGAN.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/pandemik-covid-19-bukan-penghalang-semarak-hari-kebangsaan/feed/ 0 5389