Jalur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 16 Aug 2021 08:27:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jalur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kibar Jalur Gemilang Dan Bendera Negeri Dengan Rasa Bangga Dan Patriotisme – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/#respond Mon, 16 Aug 2021 08:26:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4713
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada rakyat Malaysia di seluruh Sabah untuk mengibarkan Jalur Gemilang (bendera kebangsaan) dan bendera negeri dengan rasa bangga dan patriotisme pada bulan Kebangsaan.

“Mari kita ketepikan semua perbezaan dan bersatu untuk mengatasi semua cabaran yang dihadapi negara khususnya dalam memerangi wabak COVID-19, ”katanya semasa pelancaran bulan Kebangsaan Peringkat Negeri dan Kibar Jalur Gemilang di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) dekat sini pada Isnin.

Beliau berkata, bulan Kebangsaan harus menjadi platform bersama bagi semua rakyat Malaysia memanfaatkan kekuatan untuk negara dan Sabah maju.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan bendera kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Tan Sri T C Goh mewakili dewan Perdagangan dan Industri, Dr Rahimatsah Amat bagi pihak badan bukan kerajaan dan Kinabalu Parks Senior Park Ranger, Engelbert Panil.

Sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, Jalur Gemilang dan bendera negeri akan dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu oleh renjer taman diketuai oleh Engelbert.

Lebih daripada 20,000 bendera kebangsaan dan negari sedang diedarkan kepada orang ramai dan sektor swasta sempena bulan Kebangsaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/16/kibar-jalur-gemilang-dan-bendera-negeri-dengan-rasa-bangga-dan-patriotisme-hajiji/feed/ 0 4713
AJK MPT Kibar Jalur Gemilang Semarak Semangat Merdeka https://sabahmedia.com/2021/08/15/ajk-mpt-kibar-jalur-gemilang-semarak-semangat-merdeka/ https://sabahmedia.com/2021/08/15/ajk-mpt-kibar-jalur-gemilang-semarak-semangat-merdeka/#respond Sun, 15 Aug 2021 06:33:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4658
Read Time:1 Minute, 4 Second

PAPAR: Meskipun negara dilanda pandemik COVID-19, namun semangat Merdeka tetap membara dikalangan ahli jemaah Masjid Puncak Taqwa (MPT) pekan Kinarut dekat sini.

Meninjau semangat kemerdekaan yang ditunjukkan, para Ahli Jawatankuasa (AJK) MPT mengibarkan lebih 100 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah sebagai menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini sekaligus memeriahkan suasana perkarangan masjid tersebut.

Pengerusi MPT Prof Dr Awang Setia Musleh ketika dihubungi berkata, ini adalah berkat kerja berpasukan dan semangat kemerdekaan yang tinggi dikalangan AJK masjid, bendera Sabah dan Jalur Gemilang dipasang dan direntang rapi di perkarangan bangunan MPT bagi membakar semangat juang dikalangan jemaah dan mesyarakat sekeliling.

“Mudah-mudahan usaha ini akan menjadi contoh kepada organisasi dan mesyarakat sekeliling MPT,” katanya.

“Sejajar dengan slogan ‘Malaysia Prihatin’ yang dikekalkan sebagai tema bagi tahun ini, MPT senada dengan organisasi yang lain, di mana MPT menghargai jasa dan semangat juang barisan hadapan kita yang tidak jemu dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

“Semoga semangat juang ini dapat diterapkan dl jiwa masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat sekeliling MPT agar kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dtetapkan oleh kerajaan dalam perjuangan memerangi penularan COVID-19 seterusnya bebas dari wabak maut ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/15/ajk-mpt-kibar-jalur-gemilang-semarak-semangat-merdeka/feed/ 0 4658
Zahir Rasa Cinta Negara Melalui Kibaran Jalur Gemilang https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/#comments Sun, 08 Aug 2021 05:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4272
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai disaran menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, langkah itu sebagai pencetus semangat  patriotisme dalam kalangan masyarakat khususnya di Sabah.

“Sempena bulan kebangsaan ini, kibaran Jalur Gemilang di rumah, pejabat mahupun di premis perniagaan dan kenderaan akan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

“Bagi sambutan kempen kibar Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Sabah melalui 25 daerah akan mengagihkan bendera kepada masyarakat untuk dikibarkan.

“Di samping itu, pelbagai program juga akan dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi memupuk rasa cinta negara seperti kempen komuniti merdeka, pidato kenegaraan dan pertandingan keceriaan yang dilaksanakan sehingga bulan September ini,” jelas beliau.  

Beliau ditemui media dalam Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian 2021 di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), pada Sabtu.

Program tersebut merupakan anjuran bersama serta agensi di bawah KKMM iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ujar beliau, sepanjang sambutan bulan kebangsaan yang bermula 1 Ogos hingga 16 September, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melalui Info On Wheels (IOW) juga akan terus dilaksanakan di setiap daerah.

“Melalui IOW, JaPen bukan sahaja terlibat secara langsung dalam program jangkauan luar, malah medium ini juga akan digunakan untuk menyebarkan kempen tersebut seterusnya menanam semangat patriotisme dalam jiwa masyarakat,” katanya lagi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah (RTM), Nor’ain Bakir dan wakil-wakil agensi KKMM. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/zahir-rasa-cinta-negara-melalui-kibaran-jalur-gemilang/feed/ 1 4272