JAMBATAN GANTUNG – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 07 Mar 2025 06:21:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JAMBATAN GANTUNG – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ruslan sangkal dakwaan pembangkang, pembangunan infrastruktur terus jadi keutamaan https://sabahmedia.com/2025/03/07/ruslan-sangkal-dakwaan-pembangkang-pembangunan-infrastruktur-terus-jadi-keutamaan/ https://sabahmedia.com/2025/03/07/ruslan-sangkal-dakwaan-pembangkang-pembangunan-infrastruktur-terus-jadi-keutamaan/#respond Fri, 07 Mar 2025 06:10:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69937
Read Time:1 Minute, 33 Second

Beaufort : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam menyangkal dakwaan pemimpin Parti Warisan mengenai jambatan gantung di Kampung Galila Jaya, Padas Damit di sini yang telah uzur dan tidak diberi perhatian sewajarnya.

Katanya, perancangan bagi membaik pulih jambatan gantung itu telah dimasukkan di dalam peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Februari tahun ini.

Menurutnya, peruntukkan itu kini dalam proses dan menunggu kelulusan yang dijangka selesai pertengahan bulan ini.

“Saya amat menghargai usaha dan inisiatif penduduk kampung yang bergotong-royong membaiki jambatan gantung berkenaan sebagai laluan tambahan bagi memudahkan pergerakan ke rumah berkenaan.

“Sikap tolong-menolong seperti ini mencerminkan semangat kebersamaan yang kuat dalam masyarakat.

“Kita juga mempunyai perancangan untuk membaik pulih jambatan gantung berkenaan yang kini telah pun kita masukkan dalam peruntukan ADUN pada Februari lalu dan kini ianya dalam proses menunggu kelulusan yang dijangka selesai Mac 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua Bahagian Warisan Sipitang, Abd. Aziz Taip yang melihat kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan berkenaan tidak peka terhadap permasalahan penduduk kampung.

Ruslan yang Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, jambatan itu merupakan laluan kedua yang digunakan penduduk, khususnya bagi menghadiri majlis perkahwinan, ziarah keluarga dan aktiviti sosial.

Katanya, pembangunan infrastruktur merupakan satu proses berterusan yang memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang tersusun.

“Oleh itu, sebarang keperluan mendesak akan terus diperhalusi mengikut keutamaan demi kesejahteraan rakyat.

“Saya sentiasa komited untuk memastikan keperluan rakyat terjaga dan akan terus mencari jalan terbaik bagi memastikan prasarana yang lebih selamat dan selesa untuk masyarakat di Kampung Galila Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, pihaknya turut meningkatkan infrastruktur di kampung berkenaan sebelum ini, termasuk penaburan batu di laluan menuju ke rumah penduduk berkenaan serta jalan-jalan sekitar kampung pada tahun 2023.

“Sebagaimana dalam dakwaan bahawa tiada jalan ke rumah penduduk berkenaan selain jambatan, ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/07/ruslan-sangkal-dakwaan-pembangkang-pembangunan-infrastruktur-terus-jadi-keutamaan/feed/ 0 69937
Kerajaan Persekutuan setuju bina semula jambatan gantung di Penampang, Tuaran https://sabahmedia.com/2024/07/21/kerajaan-persekutuan-setuju-bina-semula-jambatan-gantung-di-penampang-tuaran/ https://sabahmedia.com/2024/07/21/kerajaan-persekutuan-setuju-bina-semula-jambatan-gantung-di-penampang-tuaran/#respond Sun, 21 Jul 2024 08:54:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57833
Read Time:2 Minute, 19 Second

Sandakan : Kerajaan Persekutuan setuju membina semula jambatan gantung di daerah Penampang dan Tuaran yang rosak akibat banjir melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). 

Katanya, langkah segera itu merupakan tindakan proaktif susulan bencana banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah bermula 30 Jun lalu.

“Berdasarkan perincian laporan yang diterima, kejadian itu telah menjejaskan kehidupan 485 mangsa di kedua-dua daerah dan Putatan. 

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana, saya telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menempatkan tiga set jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) sepanjang 39 meter dan mampu menampung beban seberat 50 tan pada satu-satu masa.

“Kemudahan ini adalah langkah persediaan sekiranya wujud keperluan segera bagi menggantikan jambatan runtuh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ketika menghadiri sesi taklimat kejadian bencana dan laporan kewangan di Sabah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk melakukan kajian di kawasan tanah runtuh berdekatan kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundasang berikutan hujan lebat berterusan pada  23 Jun lalu.

Katanya, tindakan itu akan turut diselaraskan oleh pihak NADMA bagi mengenal pasti tindakan berkaitan yang perlu diambil. 

“Selain itu, JMG turut diarah meletakkan pengesan atau ‘sensor’ pergerakan di cerun-cerun kaki Gunung Kinabalu serta kawasan-kawasan tumpuan penduduk dan pelancong. 

“Jabatan Kerja Raya (JKR) turut disaran melaksanakan pemeriksaan dengan lebih kerap dan mengenal pasti jalan-jalan yang terputus hubungan. 

“Pada masa sama, Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM10 juta untuk menangani kesan cuaca kemarau di seluruh negara dan Sabah adalah antara negeri terjejas,” katanya.

Kemarau dilaporkan mula melanda pada pertengahan Mac dan berakhir pertengahan Mei lalu, sekali gus menyebabkan berlaku kekurangan bekalan air bersih di beberapa buah kampung. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kerajaan amat prihatin terhadap nasib yang menimpa golongan petani di negeri ini apabila tanaman masing-masing tidak mengeluarkan hasil yang sepatutnya akibat kesan cuaca panas.

Berikutan itu katanya, Kerajaan Persekutuan telah menggerakkan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Sabah pada akhir Mac lalu.

“Langkah itu merupakan antara usaha bersepadu Kerajaan bagi mengurangkan impak cuaca panas di kawasan terjejas manakala OPA kedua akan dilaksanakan sekiranya keadaan didapati belum pulih sepenuhnya.  

“Kerajaan Persekutuan berharap segala usaha ini berkesan dalam membantu dan melancarkan kelangsungan hidup rakyat negeri Sabah mendepani situasi banjir dan kesan cuaca kemarau pada masa akan datang.

“Segala langkah dan tindakan difikir wajar akan diambil mengikut keperluan kerana kesejahteraan rakyat di Negeri Sabah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/21/kerajaan-persekutuan-setuju-bina-semula-jambatan-gantung-di-penampang-tuaran/feed/ 0 57833
278 penduduk Kg Linapasan terima manfaat jambatan gantung baharu https://sabahmedia.com/2024/05/11/278-penduduk-kg-linapasan-terima-manfaat-jambatan-gantung-baharu/ https://sabahmedia.com/2024/05/11/278-penduduk-kg-linapasan-terima-manfaat-jambatan-gantung-baharu/#respond Sat, 11 May 2024 05:12:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54255
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Kira- kira 278 orang penduduk kampung Linapasan di sini mendapat manfaat daripada jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Malinsau telah siap dibina dan dirasmikan pada Khamis lalu.

Perasmian jambatan gantung tersebut disempurnakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Kemudahan tersebut memberi manfaat kepada penduduk kampung yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian selain memudahkan urusan seharian mereka.

Turut hadir Setiausaha Politik KKTP, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kundasang, Dounis Bolo; Pemaju Mukim, Ratimin Kononut; Wakil Ketua Anak Negeri, penduduk sekitar kampung dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang.

Dalam pada itu, Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang diiringi Ketua Kampung Linapasan, Rudi Barani turut menyampaikan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada empat penerima.

Dr Joachim ( empat kanan) menyampaikan replika kunci
Rumah Mesra SMJ kepada penerima di Kg Linapasan, Kundasang pada Khamis.

“Bagi DUN Kundasang, Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak 20 unit rumah SMJ bagi mereka yang sangat memerlukan pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun ini.

“Sekiranya kerajaan GRS masih memerintah, program ini akan diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatannya bertemu rakyat di kampung itu.

Selain itu, beliau turut menyempurnakan perasmian gelanggang bola tampar baharu dan menyaksikan perlawanan antara penduduk kampung di situ.

Beliau turut memaklumkan beberapa jalan raya sedang dalam pembinaan di DUN Kundasang antaranya jalan raya dari simpang Terawas menuju ke Kg. Kaingaran dan dari simpang Bongkud ke Mini Estet Sejahtera (Mesej) di Kampung Mansalu.

“Setakat ini, ini adalah projek pembinaan jalan raya terbesar di sini melibatkan kos berjumlah lebih RM240 juta,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut dalam proses permohonan kepada Kerajaan bagi jalan-jalan kampung seperti jalan ke Nalumad dan ada beberapa projek jalan raya pertanian untuk dinaik taraf dalam tempoh dua hingga tiga tahun, dijangka melibatkan kos sebanyak RM40 juta.

“Pihak kita bersama Pejabat Daerah juga akan mengenal pasti apa keutamaan lain yang diperlukan di DUN Kundasang yang mempunyai 68,000 penduduk,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/11/278-penduduk-kg-linapasan-terima-manfaat-jambatan-gantung-baharu/feed/ 0 54255
Jambatan Gantung Tamparuli Kini ‘Bercahaya’ https://sabahmedia.com/2022/03/03/jambatan-gantung-tamparuli-kini-bercahaya/ https://sabahmedia.com/2022/03/03/jambatan-gantung-tamparuli-kini-bercahaya/#respond Thu, 03 Mar 2022 09:13:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12682
Read Time:1 Minute, 37 Second

TAMPARULI: Jambatan gantung Tamparuli yang sering menjadi tarikan pengunjung kini lebih ‘bercahaya’ pada waktu malam selepas lampu solar dipasang di jambatan berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, pemasangan lampu solar itu juga menjadi satu lagi nilai tambah kepada kemudahan sedia di jambatan tersebut.

“Dengan adanya lampu solar ini, sudah tentu ianya akan lebih selamat untuk dikunjungi oleh orang awam khususnya pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini hari ini.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, dengan adanya lampu itu juga akan menambah seri dengan lukisan mural cantik bercorak tempatan (Linangkit dan Lelawangan).

Katanya, di kedua-dua hujung jambatan gantung berkenaan turut mempunyai tarikan tersendiri.

“Salah satunya adalah pertunjukan kebudayaan alat muzik berasaskan bambu, oleh kumpulan kebudayaan tempatan, sambil mengenakan busana tradisi Sabah.

“Sungai dan Bukit Ruhiang (Bukit Perahu), yang menjadi latar belakang jambatan gantung itu juga sudah tentu menjadi tarikan pelancong,” katanya.

Katanya, di seberang berhampiran pasar kering Tamparuli pula, terdapat ‘The Wall Of Tamparuli’, yang menyaksikan lukisan mengenai legenda ‘Solungkoi’, seorang wanita yang telah dikorbankan ketika membina Jambatan Tamparuli (jambatan besi zaman British) yang lebih kukuh, juga menarik untuk dikunjungi.

Untuk rekod, jambatan itu dahulunya dalam keadaan gelap gelita dan belum selamat untuk dilalui pada waktu malam.

Namun atas usaha Jahid bersama kepimpinan di peringkat daerah, di samping mengambil kira keselamatan penduduk dan pengunjungnya, maka lampu tersebut akhirnya dipasang.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging, berkata, selain lampu solar, turut dipasang adalah lampu berwarna-warni bagi menambah seri kawasan jambatan tersebut pada waktu malam.

Justeru, beliau memohon kepada semua penduduk dan pengunjung agar sentiasa menjaga kemudahan yang disediakan itu dengan baik, di samping menjaga kebersihan kawasan berkenaan, dan menjaga keselamatan diri semasa berkunjung pada waktu malam.

“Bagi penduduk di sini terutamanya para peniaga di sekitar jambatan gantung dan Pekan Tamparuli pula, sudah tentulah kehadiran pelancong ke jambatan itu nanti akan lebih memeriahkan lagi kawasan itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/03/jambatan-gantung-tamparuli-kini-bercahaya/feed/ 0 12682