Jambatan runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Apr 2025 02:41:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jambatan runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jambatan sementara Sungai Bawang dibuka mulai hari ini – JKR Sabah https://sabahmedia.com/2025/04/29/jambatan-sementara-sungai-bawang-dibuka-mulai-hari-ini-jkr-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/jambatan-sementara-sungai-bawang-dibuka-mulai-hari-ini-jkr-sabah/#respond Tue, 29 Apr 2025 02:41:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72872
Read Time:43 Second

Tamparuli : Jambatan sementara Sungai Bawang di Jalan Tamparuli – Togop KM2.1 Tuaran telah dibuka kepada pengguna bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, jambatan tersebut dibuka kepada laluan orang ramai bermula jam 10 pagi tadi selepas kerja-kerja pembinaan sementara disiapkan mengikut jadual.

JKR Sabah turut menasihati semua pengguna jalan raya supaya mematuhi segala arahan dan papan tanda keselamatan yang disediakan di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

“Segala kesulitan yang dialami sebelum ini amat dikesali dan kami menghargai kesabaran semua pihak sepanjang tempoh kerja pembinaan dijalankan.

“Usaha ini diambil bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Pembukaan jambatan sementara ini dijangka akan melancarkan kembali aliran trafik di kawasan berkenaan, terutama kepada penduduk sekitar Tamparuli dan pengguna jalan yang menuju ke Togop. – SABAH MEDIA / FOTO JKR SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/jambatan-sementara-sungai-bawang-dibuka-mulai-hari-ini-jkr-sabah/feed/ 0 72872
Jambatan runtuh di Kampung Mohimboyon https://sabahmedia.com/2023/01/03/jambatan-runtuh-di-kampung-mohimboyon/ https://sabahmedia.com/2023/01/03/jambatan-runtuh-di-kampung-mohimboyon/#respond Mon, 02 Jan 2023 16:19:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27300
Read Time:43 Second

RANAU: Sebuah jambatan laluan utama penduduk di Kampung Mohimboyon dekat sini, telah runtuh akibat air sungai deras dalam satu kejadian pada Isnin.

Pasukam Bomba membuat pemeriksaan di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 petang pada Isnin (2 Jan 2023) mengenai kejadian itu yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau.

Katanya, setibanya pasukan Bomba di lokasi berkenaan mendapati sebuah jambatan yang merupakan laluan utama penduduk di Kampung Mohimboyon telah runtuh akibat air deras.

“Pasukan Bomba bertindak membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kejadian. Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Setelah membuat pemeriksaan kemerbahayaan di lokasi, pasukan Bomba memasang sawar-sawar bagi menutup laluan jambatan tersebut agar tidak dilalui oleh penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/03/jambatan-runtuh-di-kampung-mohimboyon/feed/ 0 27300