jambatan sungai damit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Oct 2023 00:11:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jambatan sungai damit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jambatan Pekan Tuaran – Sungai Damit tidak selamat, bakal diroboh dan dibina semula https://sabahmedia.com/2023/10/12/jambatan-pekan-tuaran-sungai-damit-tidak-selamat-bakal-diroboh-dan-dibina-semula/ https://sabahmedia.com/2023/10/12/jambatan-pekan-tuaran-sungai-damit-tidak-selamat-bakal-diroboh-dan-dibina-semula/#respond Thu, 12 Oct 2023 00:11:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43474
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kuala Lumpur : Jambatan Pekan Tuaran ke Sungai Damit yang terletak di daerah Tuaran akan dirobohkan selepas kajian yang dibuat mendapati strukturnya tidak selamat untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib memaklumkan sebuah jambatan baharu akan dibina di lokasi yang sama bagi menggantikan jambatan tersebut.

“Penemuan kajian ‘Independent Checker Engineer’ yang dilantik Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada 28 Februari 2022 mendapati struktur jambatan tidak selamat digunakan dan disyor untuk ditutup daripada penggunaan orang awam.

“Jawatankuasa ‘Task Force Damit’ yang ditubuhkan pada September 2022 kemudian menyarankan supaya jambatan baharu dibina di lokasi yang sama setelah jambatan sedia ada dirobohkan berdasarkan justifikasi ‘value for money’, ketahanan (durability) struktur serta keselamatan pengguna,” katanya.

Hanifah berkata demikian ketika menjawab persoalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) berhubung status jambatan tersebut pada sesi ucapan kamar khas persidangan parlimen Dewan Rakyat, di sini baru-baru ini.

Hanifah berkata, Kementerian Ekonomi sedia maklum dan prihatin akan keperluan jambatan ini bagi semua penduduk di pekan Tuaran dan juga kampung-kampung sekitar.

“Kementerian Ekonomi komited untuk mempercepatkan proses yang diperlukan untuk memastikan kemudahan disediakan.

“Dalam hal ini, sebarang keputusan yang diambil oleh Kementerian Ekonomi berkenaan hala tuju projek jambatan ini akan mengambil kira faktor kepentingan rakyat setempat,” katanya.

Untuk rekod, Projek Pembinaan Jambatan Pekan Tuaran – Sungai Damit merupakan projek yang diluluskan Kerajaan Persekutuan pada 24 Mac 2017 di bawah ‘Rolling Plan’ Kedua Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dengan peruntukan sebanyak RM18 juta.

Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan diselia SEDIA yang pada ketika itu berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (kini di bawah Kementerian Ekonomi).

Pembinaan jambatan yang dimulakan pada 20 April 2018 sepatutnya siap pada 19 Oktober 2019.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/12/jambatan-pekan-tuaran-sungai-damit-tidak-selamat-bakal-diroboh-dan-dibina-semula/feed/ 0 43474
Jambatan Sungai Damit Diperingkat Akhir Penyiapan https://sabahmedia.com/2021/12/01/jambatan-sungai-damit-diperingkat-akhir-penyiapan/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/jambatan-sungai-damit-diperingkat-akhir-penyiapan/#respond Wed, 01 Dec 2021 13:21:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9161
Read Time:1 Minute, 23 Second

TAMPARULI: Jambatan Sawah – Sungai Damit yang merentasi Sungai Tuaran menghubungkan Pekan Tuaran dengan Sungai Damit disini masih berada di peringkat akhir penyiapan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, jambatan berkenaan  dijangka akan dibuka kepada pengguna apabila semakan akhir selesai dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab.

“Saya telah dimaklumkan oleh jurutera yang terlibat bahawa kerja-keja bagi menyiapkan jambatan ini sudah berada di peringkat akhir.

JAHID Bersama Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Herman Tunggiging, PPM Tamparuli, Madin Anak dan beberapa pemimpin masyarakat lain, meninjau keadaan terkini Jambatan Sungai Damit.

“Selain itu saya juga dimaklumkan, sekiranya tiada halangan cuaca dan selepas dilawati oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), barulah akan diketahui perkembangan selanjutnya nanti, bila jambatan tersebut boleh digunakan oleh orang awam,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan bagi melihat perkembangan terkini di jambatan berkenaan selepas mengadakan tinjauan pertama pada 10 September lalu.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, dan beberapa pemimpin masyarakat lain.

Jahid diberi taklimat ringkas berhubung status semasa jambatan itu oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Jambatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Petrocelli Joseph, dan turut dibantu Jurutera Daerah Tuaran, Farini Awang.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, pihaknya berharap agar jambatan itu dapat digunakan oleh penduduk setempat dengan secepat mungkin.

Jambatan sepanjang 104 meter itu bermula pada April 2019 dengan kos RM18 juta dan sepatutnya siap tahun lalu.

Bagaimanapun, proses penyiapan tergendala disebabkan struktur yang dikesan melentur sedikit di bahagian tengah.

Jambatan tersebut bakal memberi manfaat kepada kira-kira 7,000 penduduk kampung berdekatan seperti Kampung Sawah, Sungai Damit, Bintangor, Pitas, Bantayan, Damat, Bontoi dan Tamparuli.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/jambatan-sungai-damit-diperingkat-akhir-penyiapan/feed/ 0 9161