jambatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Aug 2026 03:30:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jambatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jambatan sementara di Jalan Tun Fuad Stephen dibuka semula hari ini https://sabahmedia.com/2026/08/21/jambatan-sementara-di-jalan-tun-fuad-stephen-dibuka-semula-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/08/21/jambatan-sementara-di-jalan-tun-fuad-stephen-dibuka-semula-hari-ini/#respond Fri, 21 Aug 2026 03:29:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102025
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Jambatan sementara di KM 2.850 Jalan Tun Fuad Stephen yang menjadi laluan penting di ibu negeri akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula jam 12 tengah hari ini, pada Jumaat.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pemasangan jambatan sementara di lokasi berkenaan telah siap sepenuhnya dan kini selamat digunakan oleh orang ramai.

Menurut JKR Sabah, pembukaan semula jambatan itu dijangka membantu melancarkan aliran trafik serta memudahkan pergerakan pengguna yang sebelum ini terjejas akibat kerja-kerja pemasangan dan pembinaan infrastruktur sementara di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa sekatan telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna dan integriti struktur jambatan sementara itu.

Kenderaan berat seperti treler, lori kontena, bas persiaran serta mana-mana kenderaan yang melebihi berat lima tan dan mempunyai ketinggian melebihi 2.5 meter tidak dibenarkan melalui jambatan tersebut.

Pengguna kenderaan yang tidak memenuhi syarat ditetapkan diminta menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kesesakan lalu lintas.

JKR Sabah turut memaklumkan bahawa pemasangan palang had ketinggian akan dilaksanakan di lokasi berkenaan bagi mengawal kemasukan kenderaan yang melebihi had ketinggian yang dibenarkan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi papan tanda amaran, arahan lalu lintas serta peraturan yang dipasang di kawasan jambatan bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

JKR Sabah dalam kenyataannya turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dialami oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja berkaitan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/21/jambatan-sementara-di-jalan-tun-fuad-stephen-dibuka-semula-hari-ini/feed/ 0 102025
‘Bailey Bridge’ di Tanjung Lipat siap dalam tempoh dua hingga tiga minggu – Joachim https://sabahmedia.com/2026/08/05/bailey-bridge-di-tanjung-lipat-siap-dalam-tempoh-dua-hingga-tiga-minggu-joachim/ https://sabahmedia.com/2026/08/05/bailey-bridge-di-tanjung-lipat-siap-dalam-tempoh-dua-hingga-tiga-minggu-joachim/#respond Wed, 05 Aug 2026 03:53:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100991
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil langkah segera bagi melaksanakan pemasangan jambatan sementara jenis ‘Bailey’ di lokasi jambatan yang rosak di Kilometer 2.85, Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran Tanjung Lipat, bagi memulihkan semula laluan berkenaan. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, pemasangan jambatan sementara itu merupakan langkah segera kerajaan bagi memastikan pergerakan pengguna jalan raya kembali lancar sementara penyelesaian jangka panjang dilaksanakan.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan bertujuan meningkatkan keberkesanan aliran trafik selain menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna yang melalui laluan tersebut.

“Berdasarkan perkembangan semasa di tapak, proses pemasangan ‘Bailey Bridge’ dijangka mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk disiapkan, tertakluk kepada keadaan cuaca dan faktor teknikal di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, kementeriannya melalui JKR Sabah komited untuk menyiapkan kerja-kerja berkenaan secepat mungkin demi kepentingan orang ramai serta memastikan laluan itu dapat digunakan semula dengan selamat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya terus bersabar sepanjang tempoh pelaksanaan projek selain mematuhi semua arahan petugas dan papan tanda keselamatan yang disediakan di kawasan berkenaan.

Katanya, kerjasama daripada pengguna jalan raya amat penting bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pemasangan serta keselamatan semua pihak di lokasi.

Pada masa sama, beliau turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/05/bailey-bridge-di-tanjung-lipat-siap-dalam-tempoh-dua-hingga-tiga-minggu-joachim/feed/ 0 100991
Jambatan di Jalan Tun Fuad Stephen ditutup akibat kerosakan struktur https://sabahmedia.com/2026/07/31/jambatan-di-jalan-tun-fuad-stephen-ditutup-akibat-kerosakan-struktur/ https://sabahmedia.com/2026/07/31/jambatan-di-jalan-tun-fuad-stephen-ditutup-akibat-kerosakan-struktur/#respond Fri, 31 Jul 2026 04:53:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100835
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Jambatan di Kilometer (KM) 2.850, Jalan Tun Fuad Stephen ditutup serta-merta bermula jam 12 tengah hari pada Jumaat selepas pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan struktur yang serius pada lantai konkrit jambatan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan menutup jambatan itu dibuat sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pengguna jalan raya daripada sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan teknikal yang dijalankan mendapati struktur lantai konkrit jambatan mengalami kerosakan serius dan memerlukan tindakan segera.

“Penutupan jambatan terpaksa dilakukan serta-merta bermula jam 12 tengah hari ini (31 Julai 2026) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, penutupan tersebut hanya melibatkan laluan dari Bandaraya Kota Kinabalu menuju ke Teluk Likas, manakala laluan bertentangan tidak dinyatakan terjejas.

JKR Sabah memaklumkan laluan berkenaan akan dibuka semula selepas kerja pembinaan lencongan sementara berjaya disiapkan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/31/jambatan-di-jalan-tun-fuad-stephen-ditutup-akibat-kerosakan-struktur/feed/ 0 100835
Jambatan Tamparuli ditutup sehingga tiga bulan https://sabahmedia.com/2026/01/08/jambatan-tamparuli-ditutup-sehingga-tiga-bulan/ https://sabahmedia.com/2026/01/08/jambatan-tamparuli-ditutup-sehingga-tiga-bulan/#respond Thu, 08 Jan 2026 00:50:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89373
Read Time:1 Minute, 14 Second

TAMPARULI : Jambatan ‘Low Level Crossing’ (LLC) Tamparuli akan ditutup sementara selama dua hingga tiga bulan bagi kerja pengukuhan, susulan keadaan jambatan yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, kerja pengukuhan akan dilaksanakan oleh syarikat konsesi dilantik dengan menggunakan peruntukan sedia ada. 

Katanya, selepas pembukaan semula, hanya kenderaan berat di bawah 5 tan dibenarkan melintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, penutupan sementara itu adalah langkah keselamatan penting bagi membolehkan kerja-kerja pengukuhan dijalankan dengan lancar dan tanpa sebarang risiko kemalangan.

“Keselamatan pengguna dan kelancaran perhubungan adalah keutamaan, dan segala perkembangan projek akan dipantau serta dibawa ke perhatian Jawatankuasa Daerah untuk tindakan susulan.

” Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengambil laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Rabu.

Terdahulu, Setiausaha Politik beliau Dr. Bonaventure Boniface hadir ke jambatan berkenaan bagi meninjau keadaan Jambatan LLC.

Joachim berkata, sebuah jambatan baharu akan dibina setelah mendapat kelulusan peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada tahun lalu.

Katanya, kerja-kerja penyediaan spesifikasi dan reka bentuk jambatan sedang dijalankan, dengan tender dijangka dibuka pada Oktober 2026

” Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029, melibatkan pembinaan jambatan berkembar yang kekal dan lebih tinggi daripada jambatan sedia ada.

“Kita mencadangkan agar jambatan LLC sedia ada dikekalkan sebagai tarikan pelancongan, manakala tapak jambatan baharu dibina bersebelahan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/08/jambatan-tamparuli-ditutup-sehingga-tiga-bulan/feed/ 0 89373
Jambatan LLC Tamparuli ditutup sementara https://sabahmedia.com/2026/01/06/jambatan-llc-tamparuli-ditutup-sementara/ https://sabahmedia.com/2026/01/06/jambatan-llc-tamparuli-ditutup-sementara/#respond Tue, 06 Jan 2026 11:05:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89325
Read Time:1 Minute, 4 Second

TUARAN: Jambatan ‘Low Level Crossing’ (LLC) di kilometer satu Jalan Tamparuli Lama ditutup bermula hari ini bagi memberi laluan kepada pemeriksaan struktur jambatan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu adalah langkah keselamatan bagi memastikan keadaan jambatan sentiasa berada pada tahap selamat untuk pengguna jalan raya.

“Untuk makluman, jambatan LLC di KM 1 di Jalan Tamparuli Lama ditutup pada hari ini bermula jam 6 petang tadi sehingga dimaklumkan kelak.

“Penutupan ini dilakukan adalah untuk memberi laluan kepada pemeriksaan struktur jambatan tersebut,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi semua arahan dan papan tanda keselamatan yang dipasang bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sebagai langkah alternatif, JKR menasihatkan pemandu untuk menggunakan Jalan Bontoi-Tamparuli atau Jalan Kota Kinabalu-Kudat sebagai laluan sementara bagi meneruskan perjalanan mereka.

“Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penutupan jambatan ini amat dikesali dan pihak JKR Tuaran memohon kerjasama semua pihak untuk berhati-hati semasa melalui kawasan berdekatan,” tambah kenyataan itu lagi.

Jambatan berkenaan berfungsi sebagai laluan alternatif utama kepada penduduk kampung, peniaga dan pengguna jalan raya terutama ketika banjir atau ketika jalan utama lain mengalami kesesakan atau gangguan.

Walaupun ada jambatan gantung atau jambatan alternatif yang dibina, LLC tetap penting sebagai akses harian bagi kenderaan ringan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/06/jambatan-llc-tamparuli-ditutup-sementara/feed/ 0 89325
Sabah bakal kemuka semula permohonan bina jambatan Labuan-Menumbok – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/11/06/sabah-bakal-kemuka-semula-permohonan-bina-jambatan-labuan-menumbok-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/11/06/sabah-bakal-kemuka-semula-permohonan-bina-jambatan-labuan-menumbok-hajiji/#respond Thu, 06 Nov 2025 09:23:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85107
Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh Rhea Dharmin

KUALA PENYU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya akan mengemukakan semula permohonan untuk membina jambatan yang menghubungkan Labuan dan Sabah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah berkata perkara itu bakal memberi manfaat kepada negeri ini khususnya daerah Kuala Penyu sekiranya direalisasikan.

“Kita ulang balik permohonan ini kepada kerajaan Persekutuan supaya membina jambatan yang menghubungkan Pulau Labuan dan juga tanah besar negeri Sabah.

“Kalau (jambatan) itu dibina, saya ingat Kuala Penyu dan Menumbok ini akan mendapat kemudahan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategi Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok bertempat di
Tapak Tamu Pekan Menumbok, di sini, hari ini.

Sementara itu, penyandang kerusi DUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury menyatakan harapan dapat dilaksanakan.

“Saya ingat (isu berkaitan pembinaan jambatan Menumbok-Labuan) sudah begitu lama untuk dilaksanakan tetapi kerajaan bertukar-tukar.

“Berharap kerajaan yang ada sekarang ini termasuklah kerajaan MADANI dan GRS dikekalkan supaya segala perancangan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kontrak kajian teknikal bagi projek jambatan menghubungkan Labuan ke Sabah telah diberikan (kepada sebuah syarikat) pada Mei lepas dan dijangka siap November tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/06/sabah-bakal-kemuka-semula-permohonan-bina-jambatan-labuan-menumbok-hajiji/feed/ 0 85107
MPS Diarah Baiki Jambatan Gantung Usang – Bung https://sabahmedia.com/2022/01/12/mps-diarah-baiki-jambatan-gantung-usang-bung/ https://sabahmedia.com/2022/01/12/mps-diarah-baiki-jambatan-gantung-usang-bung/#respond Wed, 12 Jan 2022 02:05:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11016
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) diarah segera membaiki jambatan gantung usang yang menjadi laluan murid dan pelajar di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan untuk ke sekolah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ,beliau sudah mengarahkan MPS menyegerakan pembaikan jambatan gantung itu demi keselamatan murid dan pelajar sejurus dimaklumkan mengenai keadaan infrastruktur itu.

“Saya sudah mengarahkan pihak MPS untuk mengambil tindakan segera terhadap perkara ini. Kerajaan amat mengambil berat perkara seumpama ini, lebih-lebih lagi yang membabitkan keselamatan murid dan pelajar sekolah,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar memaparkan seorang murid sekolah sedang melalui jambatan gantung usang yang membahayakan keselamatan di Kampung Nelayan Tengah, Sandakan ketika hari pertama sesi persekolahan penggal tiga 2021 / 2022, semalam.

Gambar yang dirakam jurugambar Bernama itu menunjukkan keadaan jambatan gantung terbabit yang usang dengan bahagian lantainya sudah hilang, manakala sebahagian jaring besi turut berlubang.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata walaupun jambatan gantung terbabit bukan kemudahan infrastruktur dalam bidang kuasa kementeriannya, namun aspek keselamatan murid amat penting diberi perhatian.

“Kemudahan infrastruktur itu adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT). Oleh itu, saya mengarahkan pihak MPS untuk bertindak segera membaiki kemudahan itu sebelum apa-apa terjadi kepada murid sekolah di kampung berkenaan,” katanya.

Jambatan gantung menjadi penghubung penting di kawasan luar bandar Sabah bagi memudahkan penduduk menyeberangi sungai termasuk untuk kemudahan murid dan pelajar ke sekolah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/12/mps-diarah-baiki-jambatan-gantung-usang-bung/feed/ 0 11016
Penduduk Sanang Senang Hati Bakal Dapat Jambatan Baharu https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-sanang-senang-hati-bakal-dapat-jambatan-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-sanang-senang-hati-bakal-dapat-jambatan-baharu/#respond Mon, 02 Aug 2021 09:38:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3973
Read Time:1 Minute, 16 Second

KENINGAU : Penduduk Kampung Sanang Dalit, Sook kini mampu menarik nafas lega apabila sebuah jambatan konkrit baharu kini sedang dibina bagi memudahkan penduduk sekitar menyeberangi sungai tersebut.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, tindakan segera telah diambil bagi membolehkan penduduk kampung menggunakan jambatan tersebut sebagai laluan utama ke Pekan Sook.

“Jambatan yang dibina pada tahun 1970-an sebelum ini telah runtuh disebabkan oleh banjir kilat.  Oleh itu, penduduk terpaksa menggunakan jambatan sementara yang dibina secara bergotong-royong.

“Kerja-kerja pembinaan jambatan baharu telah bermula dan akan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Arthur yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, pembinaan jambatan konkrit itu juga akan membolehkan penduduk kampung berulang-alik menggunakan kenderaan seperti kereta dan motor.

Katanya, sebelum ini penduduk terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah selain terpaksa meninggalkan kenderaan di seberang sungai.

“Apabila siap nanti, keselamatan penduduk akan lebih terjamin terutama bagi mereka yang sering menggunakan laluan ini untuk membawa ahli keluarga mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Jambatan baharu ini dibina melalui peruntukan khas Ahli Parlimen Pensiangan,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, kerajaan sentiasa memberi tumpuan bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), kerajaan telah mewujudkan satu bab khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan.

Terdahulu, pada 16 Julai lalu, Arthur bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Paul F. Isidore, telah mengadakan lawatan ke Kampung Sanang, Dalit bagi meninjau keadaan jambatan tersebut yang memerlukan pembaikan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-sanang-senang-hati-bakal-dapat-jambatan-baharu/feed/ 0 3973
Jambatan baharu bakal menggantikan ‘Jambatan Timbul Tenggelam’ https://sabahmedia.com/2021/07/24/jambatan-baharu-bakal-menggantikan-jambatan-timbul-tenggelam/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/jambatan-baharu-bakal-menggantikan-jambatan-timbul-tenggelam/#respond Sat, 24 Jul 2021 02:01:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3498
Read Time:1 Minute, 2 Second

RANAU: Penduduk dari dua buah kampung, Kg.Togop Darat dan Kg Togop Laut terletak kira-kira 58 kilometer dari pekan di sini, menarik nafas lega kerana jambatan konkrit menelan kos RM11.2 juta berukuran 90 meter panjang merentangi Sungai Kopuakan berhampiran kampung-kampung berkenaan, kini sudah 30 peratus siap.

Jambatan itu bakal menggantikan ‘Jambatan Timbul Tenggelam’ yang selama ini hanya boleh dilalui ketika musim kemarau manakala hilang dari pandangan mata (tenggelam) jika musim tengkujuh kerana banjir.

Projek ini atas inisiatif dan usaha mantan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin  kerana kesungguhannya untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Pusat bagi tujuan pembinaan jambatan  yang baharu itu untuk laluan utama penduduk  menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau.

“Permohonan  menaiktaraf jambatan ini sudah dibuat sejak puluhan tahun yang lalu namun pembinaannya baru kini dapat direalisasikan”, jelas salah seorang penduduk Lemikin Sembuting 56 dari Kg Togop Laut.

“Kami difahamkan jambatan ini dijangka siap pada Jun tahun depan (2022) meskipun pengurangan bilangan pekerjanya tinggal 20 peratus ekoran pandemik Covid-19”, kata seorang lagi penduduk Kg Togop Darat, Jefirin Sinsian.

Upacara ‘Pecah Tanah’ memulakan projek tersebut pada awal tahun ini, telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri pembangunan Perindustrian yang juga ADUN Kundasang, Dr Joachim Gunsalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/jambatan-baharu-bakal-menggantikan-jambatan-timbul-tenggelam/feed/ 0 3498
COVID-19: Penularan jangkitan Kluster Jambatan Liawan berpunca dari pergaulan golongan remaja di kampung https://sabahmedia.com/2021/07/17/covid-19-penularan-jangkitan-kluster-jambatan-liawan-berpunca-dari-pergaulan-golongan-remaja-di-kampung/ https://sabahmedia.com/2021/07/17/covid-19-penularan-jangkitan-kluster-jambatan-liawan-berpunca-dari-pergaulan-golongan-remaja-di-kampung/#respond Sat, 17 Jul 2021 13:28:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3178
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Jambatan Liawan, Keningau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau di daerah Keningau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, 26, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dalam saringan bergejala pada 14 Julai 2021 di sebuah klinik swasta di Keningau.

Katanya, saringan kontak rapat pada 15 Julai 2021 pula mendapati enam kes RTK-Ag positif iaitu satu kes di klinik swasta dan lima kes yang dilaporkan daripada Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau.

Namun, pada 16 Julai 2021, 38 lagi kes RTK-Ag positif dikesan hasil saringan kontak rapat di lapangan.

“Secara keseluruhannya, berbanding 256 kontak yang disaring, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini mencatatkan 45 kes, termasuk 38 kes baharu.

“Penularan jangkitan kluster ini juga disyaki berpunca daripada pergaulan golongan remaja di kampung dan kemudian merebak kepada ahli keluarga,”kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Walau bagaimanapun aktiviti siasatan dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 19 Julai 2021 hingga 1 Ogos 2021 iaitu Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu, Kampung Tinusa 2, Sandakan, dua Lokaliti di Tawau melibatkan QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/17/covid-19-penularan-jangkitan-kluster-jambatan-liawan-berpunca-dari-pergaulan-golongan-remaja-di-kampung/feed/ 0 3178