James ratib – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Apr 2026 14:49:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png James ratib – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SK Simpangan Paitan dipindah ke lokasi baharu https://sabahmedia.com/2026/04/16/sk-simpangan-paitan-dipindah-ke-lokasi-baharu/ https://sabahmedia.com/2026/04/16/sk-simpangan-paitan-dipindah-ke-lokasi-baharu/#respond Thu, 16 Apr 2026 10:59:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95004
Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan Paitan yang rosak teruk akibat banjir sebelum ini akan dipindahkan ke lokasi baharu.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, ketika ini, sesi persekolahan dipindahkan sementara di Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan.

“SK Simpangan ini setiap tahun dilanda banjir dan baru-baru ini merupakan banjir yang paling besar menyebabkan hampir 90 peratus sekolah berkenaan tidak dapat diguna pakai.

Sebahagian bangunan SK Simpangan Paitan, Beluran yang rosak akibat banjir – Foto Ihsan Guru SK Simpangan Paitan, Beluran

“Dengan itu, kita telah pun memindahkan mereka ke Dewan Terbuka SMK Simpangan. Saya telah pun berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya kita menempatkan pelajar-pelajar ini di tempat yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

Sekolah berkenaan tular di media sosial selepas dilaporkan sekumpulan pelajar mengikuti sesi pembelajaran dalam persekitaran yang tidak selesa dan tidak kondusif.

Para pelajar dilihat belajar di ruang terbuka yang hanya dilindungi dengan jaring hitam dibawah atap zink sebagai teduhan. 

Dalam cuaca panas, situasi ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah boleh memberi kesan kepada tumpuan dan kesihatan murid.

James berkata, usaha sedang dijalankan untuk mencari penyelesaian jangka panjang termasuk cadangan memindahkan sekolah ke kawasan yang lebih selamat daripada risiko banjir.

“Pelajar sekolah berkenaan semua ditempatkan tempat yang selamat. Kita tengah berurusan dengan pihak JPN bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini dengan segera. InsyaAllah kita akan bina baru,” katanya.

Sekolah berkenaan mempunyai 194 orang pelajar; 15 guru dan enam Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/16/sk-simpangan-paitan-dipindah-ke-lokasi-baharu/feed/ 0 95004
JPKN dijenama semula, perkukuh agenda transformasi digital Sabah https://sabahmedia.com/2026/04/10/jpkn-dijenama-semula-perkukuh-agenda-transformasi-digital-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/04/10/jpkn-dijenama-semula-perkukuh-agenda-transformasi-digital-sabah/#respond Fri, 10 Apr 2026 03:13:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94615
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda transformasi digital apabila Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) secara rasmi dijenamakan semula sebagai Jabatan Teknologi Digital dan Inovasi Negeri, bersempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, penjenamaan semula itu mencerminkan peranan baharu jabatan berkenaan sebagai peneraju transformasi digital kerajaan negeri serta pemangkin pembangunan inovasi teknologi di Sabah.

Beliau berkata, sepanjang lima dekad penubuhannya, jabatan tersebut memainkan peranan penting sebagai tulang belakang pembangunan sistem dan teknologi maklumat kerajaan negeri — bermula daripada era pengkomputeran asas hingga kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif digital dalam perkhidmatan awam.

“Usaha berterusan ini telah membantu memperkukuhkan kecekapan pentadbiran kerajaan, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong pelbagai agenda pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran nama baharu jabatan tersebut dalam satu majlis pada Khamis.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan dunia kini bergerak pantas ke arah ekonomi digital, inovasi teknologi dan masyarakat berasaskan data, justeru kerajaan perlu bertindak sebagai pemacu utama transformasi tersebut.

Seiring aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, James berkata, teknologi digital dan inovasi dikenal pasti sebagai antara enjin utama bagi mempercepat pembangunan negeri merangkumi sektor ekonomi digital, pendidikan, perkhidmatan awam, industri kreatif serta pembangunan masyarakat.

Dalam konteks itu katanya, jabatan berkenaan akan memainkan peranan strategik dalam mempercepatkan transformasi digital perkhidmatan kerajaan, memperkukuh ekosistem inovasi negeri, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta menyokong pertumbuhan ekonomi digital Sabah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan terdahulu serta seluruh warga jabatan atas komitmen dan sumbangan sepanjang 50 tahun penubuhannya.

“Dengan pengalaman dan legasi yang kukuh, saya yakin jabatan ini mampu terus memacu perubahan lebih besar serta memperkukuhkan keupayaan digital kerajaan demi manfaat rakyat Sabah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga jabatan atas penjenamaan semula tersebut dan berharap ia terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/10/jpkn-dijenama-semula-perkukuh-agenda-transformasi-digital-sabah/feed/ 0 94615
Sabah perlu selaras pembangunan buruh dengan pendidikan dan teknologi https://sabahmedia.com/2026/03/09/sabah-perlu-selaras-pembangunan-buruh-dengan-pendidikan-dan-teknologi/ https://sabahmedia.com/2026/03/09/sabah-perlu-selaras-pembangunan-buruh-dengan-pendidikan-dan-teknologi/#respond Mon, 09 Mar 2026 00:02:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92886
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Sabah perlu menyelaraskan pembangunan pasaran buruh dengan kemajuan pendidikan, teknologi dan inovasi bagi memastikan negeri ini mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. James Ratib berkata, pengukuhan pasaran buruh tidak boleh dilihat semata-mata sebagai isu pekerjaan, sebaliknya perlu digerakkan secara menyeluruh melalui pembangunan bakat, penguasaan teknologi serta sistem pendidikan yang responsif terhadap keperluan industri.

“Jika pendidikan, teknologi dan strategi pasaran buruh digerakkan secara selari, Sabah bukan sahaja mampu memperkukuh pasaran buruhnya, malah berpotensi muncul sebagai hab bakat dan inovasi di wilayah Borneo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Pelan Tindakan Pengukuhan Pasaran Buruh Negeri Sabah 2026 yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, pembangunan ekosistem bakat yang kukuh memerlukan kerjasama strategik antara kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, institusi pendidikan serta pihak industri bagi memastikan setiap dasar dan program pembangunan bakat dapat diselaraskan secara bersepadu.

Dalam hal itu, katanya Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah memberi penekanan kepada pengukuhan latihan teknologi tinggi, pembangunan inovasi serta peluasan capaian internet dan infrastruktur digital, khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau turut menyifatkan pendekatan perancangan pasaran buruh berasaskan data melalui platform MYFutureJobs sebagai langkah tepat dalam membantu memperkukuh analisis pasaran kerja serta meningkatkan padanan peluang pekerjaan.

“Penyelarasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan keperluan industri, program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) serta penglibatan aktif majikan dalam pembangunan latihan merupakan antara langkah penting bagi memastikan graduan Sabah memiliki kemahiran teknologi yang relevan dengan kehendak pasaran,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang menyampaikan ucapan penutup bengkel berkenaan.

Hadir sama Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO, Datuk Asri Abdul Rahman.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/09/sabah-perlu-selaras-pembangunan-buruh-dengan-pendidikan-dan-teknologi/feed/ 0 92886
Sabah sokong peperiksaan darjah 4, prasekolah bermula usia 5 tahun https://sabahmedia.com/2026/01/20/sabah-sokong-peperiksaan-darjah-4-prasekolah-bermula-usia-5-tahun/ https://sabahmedia.com/2026/01/20/sabah-sokong-peperiksaan-darjah-4-prasekolah-bermula-usia-5-tahun/#respond Tue, 20 Jan 2026 07:32:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90034
Read Time:1 Minute, 13 Second

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4 sebagai sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara dilihat amat wajar dan cukup baik.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, anak-anak pada masa kini dilihat lebih matang khususnya dari segi pembelajaran.

“Ya, bagi saya memang itu cukup bagus.
Kerana daripada segi pembelajaran anak-anak kita ini lebih matang pada hari ini.

“Sebab kalau kita bagi mereka ujian daripada darjah 4 itu memang cukup bagus bagi saya, untuk menyesuaikan minda mereka sebelum mereka ke sekolah menengah,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4, Perdana Menteri turut mengumumkan perubahan kepada struktur kemasukan pendidikan awal kanak-kanak, dengan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia 5 tahun, manakala kemasukan ke Darjah 1 ditetapkan pada usia enam tahun mulai tahun 2027.

Mengulas mengenai perkata itu, James berkata,

James berkata, pihaknya turut menyokong pengumuman itu dan dilihat amat sesuai.

“Bagi saya memang amat sesuai. Kerana budak-budak sekarang ini sudah bijak. Kadang-kadang pada umur 5 tahun sudah pandai membaca.

“Jadi amat sesuai bagi saya. Umur 6 tahun sudah darjah 1. Kadang-kadang ada juga setengah pelajar-pelajar sekarang ini yang mana mereka ini lebih cepat dewasa . Bagi saya, memang kami di Sabah ini amat sesuai,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/20/sabah-sokong-peperiksaan-darjah-4-prasekolah-bermula-usia-5-tahun/feed/ 0 90034
KPSTI, Kementerian Komunikasi jalin kerjasama laksana agenda pendigitalan pendidikan https://sabahmedia.com/2026/01/13/kpsti-kementerian-komunikasi-jalin-kerjasama-laksana-agenda-pendigitalan-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2026/01/13/kpsti-kementerian-komunikasi-jalin-kerjasama-laksana-agenda-pendigitalan-pendidikan/#respond Tue, 13 Jan 2026 05:42:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89629
Read Time:1 Minute, 5 Second

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) memberi komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi bagi melaksanakan agenda pendigitalan pendidikan secara menyeluruh dan berkesan di negeri itu.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha berterusan meningkatkan kesalinghubungan digital di Sabah, termasuk pelaksanaan inisiatif JENDELA Fasa 1 serta peruntukan lebih RM2 bilion melalui Belanjawan 2026.

“Portfolio pendidikan, sains, teknologi dan inovasi di Sabah amat bergantung kepada infrastruktur komunikasi yang stabil dan berkualiti, khususnya bagi sekolah di kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau. 

“Cabaran geografi Sabah memerlukan pendekatan dasar yang disesuaikan dan berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, di Putrajaya di sini pada Isnin 

James berkata, pihaknya turut mencadangkan agar sekolah dijadikan nod keutamaan dalam pelaksanaan JENDELA Fasa 2, termasuk penyambungan gentian optik terus ke premis sekolah serta peluasan penggunaan teknologi satelit bagi kawasan sukar dicapai. 

Selain itu katanya, kementeriannya juga sedia menjadi pemudah cara dalam urusan perolehan tanah dan kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi mempercepatkan projek infrastruktur digital.

Menurutnya lagi, kerjasama erat ini dijangka menjadi model nasional untuk pendigitalan pendidikan di negeri bergeografi mencabar, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan demi masa depan generasi muda Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/13/kpsti-kementerian-komunikasi-jalin-kerjasama-laksana-agenda-pendigitalan-pendidikan/feed/ 0 89629
James Ratib optimis pertahan Sugut, sandar prestasi dan sokongan akar umbi https://sabahmedia.com/2025/11/21/james-ratib-optimis-pertahan-sugut-sandar-prestasi-dan-sokongan-akar-umbi/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/james-ratib-optimis-pertahan-sugut-sandar-prestasi-dan-sokongan-akar-umbi/#respond Fri, 21 Nov 2025 01:17:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86576
Read Time:1 Minute, 35 Second

SUGUT :  Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut, Datuk James Ratib, optimis mampu mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Beliau berkata, keyakinan itu disokong berdasarkan rekod prestasi kukuh serta kepercayaan teguh penyokong setia.

Dalam satu temu bual podcast, James berkata keyakinannya bukan sekadar berasaskan populariti politik, tetapi atas kesetiaan penyokong yang konsisten sejak beliau memimpin Pemuda UMNO Bahagian Beluran.

“Mereka akan terus menyokong saya tidak kira di mana saya berada. Malah, jika saya menyertai mana-mana parti sekali pun, mereka tidak akan berubah,” katanya.

Antara pencapaian terbesar yang diketengahkan ialah pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan ke lokasi yang lebih selamat selepas sekolah lama kerap terjejas banjir. Usaha itu membuka ruang kepada pembelajaran lebih stabil untuk ribuan pelajar.

Selain itu, beliau memainkan peranan penting dalam menaik taraf Daerah Kecil Paitan kepada daerah penuh, langkah strategik yang memberi impak besar kepada kehidupan penduduk.

Sebelum ini, penduduk Paitan terpaksa menempuh perjalanan jauh ke Beluran atau Pitas untuk urusan rasmi — pendaftaran kelahiran, pertukaran sekolah, permohonan tanah dan pelbagai dokumen penting.

“Kos RM300 hingga RM400 untuk menyewa kereta sangat membebankan. Ramai penduduk akhirnya tidak memiliki dokumen lengkap, dan itu menjejaskan masa depan anak-anak mereka,” jelas James.

Dengan status daerah penuh, lebih banyak jabatan kerajaan kini beroperasi di Paitan sekali gus memudahkan urusan rakyat dan mengurangkan kos perjalanan.

Tidak berhenti pada pencapaian lalu, James turut menggariskan beberapa perancangan penting untuk penggal baharu, antaranya pembinaan 200 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu keluarga kurang berkemampuan.

Selain itu katanya, pembinaan sebuah kompleks sukan sebagai pusat pembangunan belia dan aktiviti komuniti.

Dengan sokongan akar umbi yang tidak berbelah bahagi, rekod khidmat yang membuktikan keberkesanan tindakan, serta perancangan pembangunan untuk masa depan, James percaya pengundi Sugut akan sekali lagi mempercayai kepimpinannya.

“Apa yang saya lakukan, saya lakukan demi rakyat Sugut,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/james-ratib-optimis-pertahan-sugut-sandar-prestasi-dan-sokongan-akar-umbi/feed/ 0 86576
James Ratib sedia pertahan kerusi, sasar teruskan agenda pembangunan https://sabahmedia.com/2025/10/21/james-ratib-sedia-pertahan-kerusi-sasar-teruskan-agenda-pembangunan/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/james-ratib-sedia-pertahan-kerusi-sasar-teruskan-agenda-pembangunan/#respond Tue, 21 Oct 2025 03:50:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83798
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut Datuk James Ratib menegaskan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Katanya, ia adalah bagi meneruskan kesinambungan pembangunan yang memberangsangkan dibawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Insya Allah, jika diberi mandat oleh Presiden (Parti Gagasan Rakyat Sabah), saya akan terus menggalas tugas ini dengan penuh tanggungjawab.

“Saya juga yakin sesiapa sahaja yang bertanding di Sugut akan kehilangan deposit dan saya yakin sokongan rakyat kepada kita masih kukuh dan kuat di kawasan Sugut,”katanya kepada Sabah Media di sini.

Dalam tempoh lima tahun lalu, James memaklumkan bahawa pencapaian pembangunan di Sugut amat memberangsangkan, termasuk penaiktarafan daerah Paitan daripada daerah kecil kepada daerah penuh.

Katanya, ia merupakan satu sejarah besar bagi penduduk tempatan.

“Kami juga baru sahaja menerima dewan baru bernilai RM2 juta yang telah lama dinantikan, serta pembinaan asrama dan rumah guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan yang kini sedang berjalan,” ujarnya.

“Selain itu, sebanyak 200 unit rumah PPRT sedang dirancang dibina di Paitan manakala projek Paitan Smart City bakal menjadi mercu tanda baru yang membanggakan rakyat setempat,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya kesediaan beliau untuk berdepan Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee yang dijangka bertanding di kawasan itu, James berkata, beliau sedia berdepan menentang Ronald pada PRN akan datang.

“Calon yang mereka bawa bukan anak tempatan, malah saya melihatnya sebagai calon ‘ayam mati’ yang tidak akan mampu menyaingi kekuatan kami di Sugut,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/james-ratib-sedia-pertahan-kerusi-sasar-teruskan-agenda-pembangunan/feed/ 0 83798
Program VARSHA Integriti perkukuh tadbir urus, budaya antirasuah https://sabahmedia.com/2025/09/02/program-varsha-integriti-perkukuh-tadbir-urus-budaya-antirasuah/ https://sabahmedia.com/2025/09/02/program-varsha-integriti-perkukuh-tadbir-urus-budaya-antirasuah/#respond Tue, 02 Sep 2025 05:00:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80456
Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program VARSHA Integriti dilihat berupaya memperkukuh tadbir urus dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, program itu membuktikan bahawa integriti bukan sekadar slogan, sebaliknya budaya kerja yang perlu dihayati dan diamalkan di semua peringkat.

“penganjuran program ini membuktikan bahawa di bawah kepimpina Ketua Menteri Sabah, integriti bukan sekadar slogan, tetapi satu budaya kerja yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga perkhidmatan awam. 

“Rakyat bukan sahaja mahu menerima perkhidmatan, tetapi mereka mahu merasakan perkhidmatan itu disampaikan secara jujur, telus, adil dan berkesan. 

“Justeru, integriti adalah asas kepada kecekapan pentadbiran serta kunci utama membina keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program VARSHA Integriti di sini pada Selasa.

Program yang dianjurkan atas inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS).

Bertemakan ‘Setting Up the Boundaries’ atau Menetapkan Sempadan, program ini menekankan kepentingan garis panduan dalam setiap aspek pentadbiran.

James berkata, integriti bukan hanya soal rasuah, tetapi turut merangkumi perkara yang kelihatan kecil seperti “’curang tanpa niat’. 

Katanya, walaupun ia bukan jenayah rasuah secara langsung, perbuatan tersebut boleh mencalarkan imej perkhidmatan awam, mewujudkan salah laku tatakelakuan, serta membawa implikasi undangundang dan tatatertib. 

Sementara itu, James berkata, Program VARSHA Integriti menetapkan empat objektif utama iaitu memantapkan pengetahuan serta amalan nilai integriti dalam kehidupan seharian.

“Selain itu, ia juga melahirkan warga kerja yang berpegang pada nilai murni dan menghindari perbuatan menyalahi undang-undang serta meningkatkan kecekapan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan kementerian.

“Program itu juga dapat meningkatkan kesedaran warga kerja KPMKR serta agensi berkaitan tentang isu, cabaran dan usaha membanteras salah laku berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah,” katanya.

Dalam pada itu, James turut menekankan bahawa isu curang tanpa niat kini semakin mendapat perhatian dalam sektor awam. 

“Walaupun ia bukan jenayah, ia tetap mencemarkan imej perkhidmatan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“Oleh itu, sistem tadbir urus yang sistematik dan polisi yang jelas amat penting bagi memastikan keadilan serta konsistensi dalam tindakan terhadap penjawat awam,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa program kesedaran seperti VARSHA Integriti perlu diperluas supaya aspek moral, integriti, kesihatan mental dan profesionalisme dapat diperkasa dalam kalangan penjawat awam. 

“Sesungguhnya, sikap kebertanggungjawaban seorang penjawat awam adalah cerminan integriti sesebuah pentadbiran kerajaan. 

“Dengan integriti yang tinggi, pentadbiran akan lebih berkesan, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya. –SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/02/program-varsha-integriti-perkukuh-tadbir-urus-budaya-antirasuah/feed/ 0 80456
Bengkel ‘Sabah Women’s Lab’ perkasa wanita selaras hala tuju SMJ 2021-2025 https://sabahmedia.com/2025/08/09/bengkel-sabah-womens-lab-perkasa-wanita-selaras-hala-tuju-smj-2021-2025/ https://sabahmedia.com/2025/08/09/bengkel-sabah-womens-lab-perkasa-wanita-selaras-hala-tuju-smj-2021-2025/#respond Sat, 09 Aug 2025 01:14:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78839
Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran Bengkel Sabah Women’s Lab (Fasa Kedua, Incubator Lab) disifatkan sebagai platform penting bagi memperkasa golongan wanita di negeri ini selaras dengan hala tuju Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, penyertaan peserta dalam bengkel itu membuktikan komitmen tinggi untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan daya saing diri.

“Bengkel seperti ini bukan sahaja menjadi medan menimba ilmu dan berkongsi pengalaman, malah memperkukuh jaringan kerjasama, bertukar pandangan serta mencambah idea konstruktif.

“Saya berharap semua peserta dapat memanfaatkan segala input sepanjang bengkel ini berlangsung untuk melahirkan inovasi dan memberi impak positif dalam bidang masing-masing,” katanya ketika merasmikan bengkel itu, di sini, baru-baru ini.

James berkata, program anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) itu wajar disokong kerana membawa pendekatan ke arah melahirkan pemimpin wanita yang berintegriti, berempati dan menekankan keadilan sosial.

Katanya, usaha pemerkasaan wanita juga penting bagi memastikan lebih ramai wanita berkualiti menyertai pentadbiran awam dan politik, sekaligus membentuk dasar yang lebih sensitif terhadap keperluan wanita.

“Penganjuran bengkel ini juga selari dengan prinsip inklusiviti dan kesaksamaan peluang yang menjadi antara fokus utama dalam Pelan SMJ. Ia menyasarkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan berdaya saing yang melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk wanita muda dan golongan B40,” katanya.

James berkata, program pemerkasaan wanita itu merangkumi beberapa fasa termasuk Simposium Sabah Women’s Leader yang dijadual berlangsung pada 29 Ogos ini dan bakal dirasmikan Ketua Menteri Sabah dengan kehadiran kira-kira 3,000 jemputan.

“Kesemua 75 peserta bengkel ini akan dijemput menghadiri simposium itu dan secara automatik menjadi peserta Glow@Sabah Women Leader, iaitu projek jangka masa panjang bagi pemerkasaan wanita,” katanya.

Beliau turut menyeru peserta agar menjadikan bengkel itu sebagai titik permulaan kepada perubahan positif dalam diri masing-masing.

“Gunakan segala ilmu dan pendedahan yang diperoleh selama dua hari ini sebagai bekal untuk keluar daripada zon selesa. Kemajuan diri memerlukan kesungguhan, usaha berterusan dan keberanian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/09/bengkel-sabah-womens-lab-perkasa-wanita-selaras-hala-tuju-smj-2021-2025/feed/ 0 78839
Cadang projek bina Tabung Darah Sabah diswastakan – James https://sabahmedia.com/2024/04/29/cadang-projek-bina-tabung-darah-sabah-diswastakan-james/ https://sabahmedia.com/2024/04/29/cadang-projek-bina-tabung-darah-sabah-diswastakan-james/#respond Mon, 29 Apr 2024 11:17:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53698
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib mencadangkan projek pembinaan Tabung Darah Sabah diswastakan agar kemudahan itu dapat beroperasi dan memberi perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini dengan kadar segera.

“Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek pembinaan Tabung Darah di Sabah di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) sejumlah RM86 juta.

“Jadi saya mencadangkan oleh kerana projek ini sudah diluluskan, kalau boleh kita bagi kepada swasta seperti Institut Jantung Negara (IJN) berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya fikir ini lebih baik sekiranya tabung darah ini diswastakan ia akan dapat disiapkan dengan cepat oleh kerana jika kita beri tender dan keluarkan RM86 juta itu kadang-kadang kontraktor tidak dapat menyiapkan projek itu, jadi siapa yang rugi? Rakyat rugi, kerajaan rugi dari segi duit, rakyat rugi dari segi perkhidmatan,” tegasnya pada sidang media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah di sini, hari ini.

Menurut James, Sabah sangat memerlukan kemudahan tabung darah khas dibina di negeri ini.

“Keperluan darah ini memang sangat kritikal sebab dengan adanya tabung darah ini boleh menyelamatkan banyak nyawa manusia seperti pesakit talasemia dan sebagainya, malah kita tidak payah lagi ke hospital sana sini pinjam darah, minta derma dan sebagainya kalau kita sudah ada satu tabung darah,” katanya.

Justeru itu, beliau turut memaklumkan akan berbincang dengan Pengarah Kesihatan Sabah mengenai lokasi tapak bangunan tabung darah berkenaan.

“Saya akan berbincang dengan Pengarah Kesihatan Sabah di mana tanah atau lokasi tapak untuk bangunan tabung darah ini dibina,” katanya.

Dalam pada itu, James turut memberitahu walaupun bangunan dan perkhidmatan diswastakan namun beliau yakin perkhidmatan tabung darah itu tidak akan membebankan rakyat di negeri ini kerana ia di bawah kawal selia oleh pihak KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/29/cadang-projek-bina-tabung-darah-sabah-diswastakan-james/feed/ 0 53698