Jangan panik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 05 Oct 2023 09:01:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jangan panik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Jangan panik, bekalan beras putih import bersubsidi mencukupi’ – Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/05/jangan-panik-bekalan-beras-putih-import-bersubsidi-mencukupi-pengarah-kawalselia-padi-dan-beras-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/05/jangan-panik-bekalan-beras-putih-import-bersubsidi-mencukupi-pengarah-kawalselia-padi-dan-beras-sabah/#respond Thu, 05 Oct 2023 07:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43100
Read Time:2 Minute, 24 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya rakyat di negeri Sabah ini dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik ketika ingin mendapatkan bekalan beras di pasar raya atau kedai-kedai runcit, kata Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Negeri Sabah, Ab Alim Multazam.

Ini adalah berikutan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan subsidi sebanyak RM950 satu tan beras putih import (BPI) kepada Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober ini.

Ab Alim berkata, kerajaan telah memutuskan agar harga BPI diserap oleh kerajaan mulai 5 Oktober 2023 bagi membolehkan BPI diperolehi dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram.

Oleh yang demikian, dengan berita baik ini, beliau menasihatkan kepada rakyat di negeri ini supaya tidak melakukan pembelian panik khususnya bagi mendapatkan bekalan beras kerana bekalan beras bersubsidi ini mencukupi untuk rakyat Sabah.

“Kita dapati ada berlaku pembelian panik melebihi iaitu tiga hingga lima kampit beras, kita nasihatkan supaya jangan berlaku pembelian panik kerana beras akan masuk pada pasaran seperti biasa, jadi beli dalam keadaan biasa, satu dua kampit cukup untuk kegunaan harian.

“Pihak kita akan sentiasa memantau bekalan beras dan kita akan pastikan beras bersubsidi ini masuk ke pasaran dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita semasa membuat tinjauan harga dan bekalan beras bersubsidi di beberapa pasar raya besar sekitar Kota Kinabalu hari ini.

Beliau turut menasihatkan kepada peniaga boleh menghadkan setiap pembelian BPI bersubsidi untuk sementara waktu, sehingga semuanya berjalan lancar.

“Kita juga nasihatkan para peniaga boleh hadkan untuk sementara waktu iaitu bagi pembelian dua kampit setiap keluarga untuk kita mengelakkan gangguan pada bekalan itu, jadi tiada masalah by law ia tidak menjadi masalah. Cuma saya nasihatkan jangan panik, bekalan mencukupi dengan harga yang bersubsidi bagi Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Tinjuan mendapati hari pertama, hari ini, beras bersubsidi dijual dengan harga kurang RM31 setiap 10kg iaitu serendah RM28.50 di salah satu pasar raya sekitar Kota Kinabalu.

Ab Alim berkata, beliau berpuashati semasa membuat tinjuan itu kerana pasar raya berkenaan menjual beras bersubsidi mengikut harga yang disarankan oleh kerajaan.

“Harga ditetapkan RM31 setiap 10kg namun ia boleh kurang mengikut keadaan dari segi kos pengangkutan dan sebagainya bagaimanapun ia tidak boleh lebih dari harga RM31,”jelasnya.

Hadir sama semasa tinjauan itu ialah wakil daripada syarikat Sazarice Sdn Bhd dan TKC.

Sementara itu, pengguna Mohd Iskandar Abdul Kamal, 55, dari Kinarut juga turut mengingatkan kepada pengguna lain supaya tidak membuat pembelian panik terhadap bekalan beras bersubsidi tersebut.

“Alhamdulillah, harga beraspun sudah turun dan saya nasihatkan kepada pengguna lain supaya tidak membuat pembelian panik kerana saya difahamkan bekalan mencukupi, terima kasih kepada kerajaan kerana meringankan beban kami sebagai pengguna,”katanya.

Manakala suri rumah, Laina Teawa, 39, dari Putatan berkata, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan kerana sebelum ini memang berasa terbeban dengan harga beras yang tinggi.

“Kami mempunyai keluarga yang besar jadi dengan adanya subsidi beras dari kerajaan ini meringankan beban dan dapatlah membeli barang keperluan makanan lain selain beras,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/05/jangan-panik-bekalan-beras-putih-import-bersubsidi-mencukupi-pengarah-kawalselia-padi-dan-beras-sabah/feed/ 0 43100
Jangan panik, matikan punca kebakaran sekiranya berlaku kebakaran – Johari https://sabahmedia.com/2023/06/28/jangan-panik-matikan-punca-kebakaran-sekiranya-berlaku-kebakaran-johari/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/jangan-panik-matikan-punca-kebakaran-sekiranya-berlaku-kebakaran-johari/#respond Wed, 28 Jun 2023 02:29:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37295
Read Time:4 Minute, 13 Second

Laporan Khas Oleh Jabatan Penerangan Sabah

“BERTENANG! Matikan valve gas, cabut kepala gas (gas regulator) dan tutup suis elektrik yang tidak digunakan, sekiranya terbau gas atau pun berlakunya kebakaran dapur!”

Itu nasihat Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Penguasa Kanan Bomba I, Johari Dzulkiflie kepada penulis.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba I, Johari Dzulkiflie.

Menurut Johari, perasaan panik merupakan antara punca kebakaran api kecil boleh merebak dan menyebabkan kemusnahan kepada sesebuah rumah.

“Mangsa dinasihatkan untuk mematikan punca kebakaran dan tidak cemas sekiranya berlaku kebakaran dan pastikan semua ahli keluarga atau mereka yang mendiami rumah keluar dengan segera dan berkumpul di kawasan yang lebih selamat serta bawa bersama dokumen penting.

“Selain itu, setiap rumah juga disarankan untuk mempunyai alat pemadam api jenis ABC yang boleh membantu memadamkan kebakaran kecil dan mengelak daripada merebak ke kawasan lain,” katanya.

Johari (kiri) mendengar penerangan daripada pegawai kimia bahagian berkenaan.

PUNCA KEBAKARAN

Tambah Johari, sepanjang tahun 2022, sebanyak 641 kes kebakaran telah disiasat oleh bahagian berkenaan melibatkan kebakaran struktur bangunan dan kenderaan.

“Sebanyak 489 kes adalah kebakaran jenis struktur dan 152 adalah kebakaran kenderaan di mana punca kebakaran akibat kemalangan (bukan sengaja) adalah 471 kes dan 18 kes adalah sengaja dibakar.

“Kebiasannya, bagi kes-kes sengaja dibakar ini kami akan buat siasatan, dapatkan bukti dan kemudian laporan akan dihantar kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pelaku.

Salah seorang pegawai sedang membuat penyelidikan bahan bukti kebakaran.

“Dari pada 641 kes kebakaran ini, 56 peratus punca kebakaran disebabkan masalah elektrik, peralatan dapur gas sebanyak 25 peratus dan 19 peratus daripada lain-lain punca.

“Kebakaran elektrik secara amnya disebabkan oleh spark atau litar pintas, tiada penyelenggaraan kabel elektrik, pemasangan kabel elektrik dilakukan oleh mereka yang tidak kompeten, penggunaan peralatan rosak, penggunaan tenaga elektrik tanpa pengawasan, tidak mematikan suis peralatan elektrik pada kadar tempoh yang agak lama dan lain-lain lagi.

“Manakala, kebakaran di dapur selalunya disebabkan kelalaian mangsa, lupa atau leka serta tiada pengetahuan dalam tindakan semasa berlakunya kebakaran.

“Antara penyebab utama kepada kebakaran kenderaan adalah pengubahsuaian kenderaan yang berlebihan yang boleh menyebabkan litar pintas,” kata beliau.

Tambah Johari, semasa berlakunya kebakaran atau kebocoran gas, tabung gas tidak akan meletup kerana tabung yang penuh mempunyai tekanan yang stabil kecuali sekiranya tabung berkenaan mengalami bahang api yang melampau, udara dalam tabung mengembang atau terdapat kawasan yang lemah pada tabung ketika waktu itu yang boleh mencetus kepada letupan.

PELAN TINDAKAN KEBAKARAN

Johari turut menasihatkan masyarakat untuk sentiasa mengingatkan ahli keluarga dan rakan setugas mengenai pelan keselamatan sekiranya berlaku kebakaran.

“Kenal pasti lokasi berkumpul sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dan maklumkan kepada ahli keluarga atau rakan setugas yang lain.

“Ketua keluarga atau ketua pejabat juga perlu mengingatkan ahli keluarga dan mereka yang tinggal di dalam rumah atau berada dalam sesebuah premis untuk sentiasa membuat persediaan terutamanya menyediakan beg khas dokumen penting agar ia dapat diselamatkan sekiranya bencana berlaku.

“Bagi memudahkan proses menyelamat diri sendiri atau pihak penyelamat, kami ingin menasihati kepada orang awam yang ingin memasang jeriji supaya menggunakan jeriji yang boleh dan mudah dibuka dari dalam rumah.

“Pastikan juga mangga dan kunci grill kerap diselenggara bagi mengelak daripada berkarat dan sebagainya. Selain itu, anak kunci perlu disangkut berdekatan dengan tingkap atau pintu agar mudah untuk dilihat dan diambil apabila berlaku kebakaran,” tegas Johari.

Nombor Talian Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah

KEMAHIRAN TINGGI

Sementara itu, Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 1, JBPM Sabah, Nur Sahidatul Hafizah Selag, menjelaskan bertugas sebagai anggota penyiasat dalam bidang Forensik Kebakaran memerlukan komitmen tinggi dan perlu bersiap siaga sepanjang masa.

Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Zon 1, JBPM Sabah, Nur Sahidatul Hafizah Selag.

“Siasatan terperinci mengenai sesuatu kebakaran struktur atau kenderaan perlu dilakukan untuk menentukan punca samada disengajakan atau disebabkan kemalangan.

“Selain kemahiran menjalankan siasatan, pegawai penyiasat juga perlu mahir mempraktik komunikasi berkesan bagi memudahkan pegawai mendapat maklumat daripada saksi kejadian.

“Kami perlu sentiasa bersiap sedia tanpa mengira masa untuk turun ke lapangan sekiranya berlaku sebarang kebakaran di Zon Kota Kinabalu yang melibatkan daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Tuaran.

“Anggota penyiasat kebakaran perlu sentiasa peka dengan persekitaran semasa, antaranya memahami struktur bangunan, menganalisa kesan, corak akibat kebakaran dan sebagainya dalam menentukan punca-punca sebenar kebakaran,” dedahnya.

MEMANTAPKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Nur Shahidatul Hafizah mengakui sebagai pakar forensik kebakaran, seseorang pegawai itu perlu menyertai pelbagai kursus dan latihan demi memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam tugasan.

Antara ahli pasukan Bahagian Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

“Adalah menjadi tanggungjawab pegawai penyiasat untuk memastikan data dan dapatan maklumat adalah tepat dan sahih untuk dijadikan bahan bukti utama dalam sesuatu kes yang meragukan atau digunakan untuk membuat tuntutan insurans.

“Sebagai pegawai baru, saya perlu menghadiri pelbagai kursus selain sering bertanya dan mendapat tunjuk ajar daripada rakan sekerja dan alhamdulillah kini saya dapat bertugas dengan lebih efektif dan pantas,” tambah beliau.

Nur Shahidatul Hafizah, mula berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam Bahagian Latihan di Ibu Pejabat di Putrajaya sebelum berpindah ke Pejabat Zon Kota Kinabalu, JBPM dan ditempatkan di bahagian Forensik Kebakaran./PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/jangan-panik-matikan-punca-kebakaran-sekiranya-berlaku-kebakaran-johari/feed/ 0 37295