jantung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Oct 2026 06:40:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jantung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 HQE II laksana ‘pacemaker’ tanpa wayar pertama di Malaysia Timur https://sabahmedia.com/2026/10/07/hqe-ii-laksana-pacemaker-tanpa-wayar-pertama-di-malaysia-timur/ https://sabahmedia.com/2026/10/07/hqe-ii-laksana-pacemaker-tanpa-wayar-pertama-di-malaysia-timur/#respond Wed, 07 Oct 2026 06:39:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104964
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pusat Rawatan Jantung Sabah, Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) mencipta sejarah apabila berjaya melaksanakan prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar (leadless pacemaker) jenis Aveir VR, yang pertama seumpamanya di Malaysia Timur.

HQE II menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, kejayaan itu dicapai pada 10 September 2026 menerusi pasukan Jabatan Kardiologi HQE II, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam bidang kardiologi berteknologi tinggi di Sabah.

Hospital itu turut diiktiraf sebagai antara tiga pusat bertauliah di Malaysia yang mempunyai pakar perubatan sah untuk menjalankan prosedur kardiologi berteknologi tinggi berkenaan.

Prosedur tersebut diketuai Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Datuk Dr Liew Houng Bang bersama Pakar Kardiologi, Dr Foo Jhi Hui, dengan sokongan seluruh warga Jabatan Kardiologi HQE II.

Turut memberikan bimbingan dan khidmat nasihat sebagai proktor sepanjang prosedur ialah Pakar Perunding Kanan Kardiologi dan Elektrofisiologi, Dr Saravanan Krishinan.

Perentak jantung Aveir VR keluaran Abbott merupakan peranti bersaiz kecil yang direka untuk memberikan rangsangan elektrik kepada jantung tanpa memerlukan wayar transvenous seperti sistem perentak jantung konvensional.

Peranti berkenaan dimasukkan terus ke dalam jantung melalui prosedur invasif minimum dan tidak memerlukan pembedahan atau insisi pada bahagian dada pesakit.

Teknologi berkenaan turut menawarkan kelebihan dari segi saiz peranti yang lebih kecil, jangka hayat bateri serta potensi mengurangkan beberapa komplikasi berkaitan sistem perentak jantung konvensional yang menggunakan wayar.

Kejayaan melaksanakan prosedur itu hasil kolaborasi antara Pusat Rawatan Jantung Sabah dan pasukan Abbott Cardiac Rhythm Management.

Pencapaian berkenaan bukan sahaja memperkukuh keupayaan HQE II dalam bidang elektrofisiologi dan kardiologi berteknologi tinggi, malah membuka ruang kepada penggunaan teknologi perubatan invasif minimum yang lebih maju di Sabah dan rantau Borneo.

Ia sekali gus memberi pilihan rawatan lebih moden kepada pesakit yang memerlukan perentak jantung, selain mengurangkan keperluan pesakit mendapatkan rawatan sedemikian di luar Sabah. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/07/hqe-ii-laksana-pacemaker-tanpa-wayar-pertama-di-malaysia-timur/feed/ 0 104964
SOS Heart Fund Berjaya Kutip RM57,283 Bantu Pesakit Terima Rawatan https://sabahmedia.com/2021/12/20/sos-heart-fund-berjaya-kutip-rm57283-bantu-pesakit-terima-rawatan/ https://sabahmedia.com/2021/12/20/sos-heart-fund-berjaya-kutip-rm57283-bantu-pesakit-terima-rawatan/#respond Mon, 20 Dec 2021 09:49:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10136
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU:  Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOS Heart Fund) berjaya mengutip dana sebanyak RM57,283 dalam satu program khas yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Dana itu akan digunakan bagi menampung kos rawatan pembedahan jantung tiga orang kanak-kanak dari keluarga tidak berkemampuan.

Presiden SOS Heart Fund Datuk Eva Susau berkata, pihaknya berharap lebih ramai orang akan tampil untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban para pesakit.

“Pihak kita mensasarkan sejumlah RM150,000 untuk menampung kos pembedahan Herlena,8 dan Hisyam,9 bulan serta Faizal.

“Faizal semalam (19 Disember) telah tiba di sini selepas berjaya mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, diharapkan sempena dengan sambutan Hari Natal 2021, sumbangan orang awam adalah hadiah terbaik kepada kanak-kanak ini.

Katanya, pada 6 Disember lalu, SOS Heart Fund telah dimaklumkan oleh doktor pakar dan Unit Kebajikan dari hospital di sini mengenai keadaan Faizal yang semakin serius.

“Penerbangan dan keperluan rawatan disediakan pada 8 Disember kerana memerlukan pembedahan segera untuk meneruskan kehidupan.

“Faizal dan ibunya bimbang tetapi sangat berterima kasih kerana SOS Heart Fund tampil ke hadapan untuk menaja segala perbelanjaan pembedahan itu sepenuhnya,” katanya.

Katanya, Faizal pada 8 Disember kemudian diterbangkan ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pembedahan itu kerana jantungnya semakin lemah setiap hari.

Menurutnya, selepas rawatan itu, Faizal semakin pulih dan diterbangkan balik di sini bagi mendapatkan rawatan susulan dan penjagaan rapi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada para penderma sangat murah hati yang menonton sambutan ulang tahun SOS Heart Fund secara langsung menerusi Facebook kelmarin,” katanya.

Mereka yang bermurah hati boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank persatuan menerusi CIMB 8005716221 atau Maybank 5101 4311 2262.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/20/sos-heart-fund-berjaya-kutip-rm57283-bantu-pesakit-terima-rawatan/feed/ 0 10136
PPJS Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-40 https://sabahmedia.com/2021/12/07/ppjs-anjur-sambutan-ulang-tahun-ke-40/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/ppjs-anjur-sambutan-ulang-tahun-ke-40/#respond Tue, 07 Dec 2021 02:00:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9431
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pesakit Jantung Sabah (PPJS) akan mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 pada 18 Disember ini.

Presidennya Datuk Eva Susau berkata, sambutan itu bakal diadakan secara maya bermula jam 7 malam.

“Persatuan ini ditubuhkan sejak Ogos 1981 dan sehingga kini telah menghantar seramai 699 pesakit untuk menjalani pembedahan jantung.

“Kami berharap mempunyai pusat jantung kanak-kanak di Sabah bagi memudahkan operasi dan pembedahan yang tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur.

“Di samping itu, kami juga berhasrat membina Rumah Transit untuk pesakit kanak-kanak dan pengiring agar mempunyai tempat berehat apabila tiba dari Kuala Lumpur atau semasa mendapatkan rawatan perubatan di Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin  di Istana Seri Kinabalu, disini semalam. 

Tujuan kunjungan diadakan adalah untuk menjemput  Tun Juhar dan  isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni untuk menghadiri majlis berkenaan. 

Pada kunjungan itu, Toh Puan Norlidah turut menyempurnakan Pelancaran ‘Go Red For Women’ iaitu platform komprehensif bagi meningkatkan kesedaran kesihatan jantung dan pemangkin perubahan kualiti kehidupan wanita di seluruh dunia./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/ppjs-anjur-sambutan-ulang-tahun-ke-40/feed/ 0 9431