japen – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Sep 2026 07:01:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png japen – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Borak dan Busking JAPEN Sabah meriahkan Pantai Tanjung Aru https://sabahmedia.com/2026/09/20/borak-dan-busking-japen-sabah-meriahkan-pantai-tanjung-aru/ https://sabahmedia.com/2026/09/20/borak-dan-busking-japen-sabah-meriahkan-pantai-tanjung-aru/#respond Sun, 20 Sep 2026 07:01:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103799
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Program Borak dan Busking anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah bukan sahaja menghiburkan pengunjung, malah menjadi platform penyampaian maklumat secara santai sambil menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru, di sini.

Pengarah JAPEN Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, pemilihan Pantai Tanjung Aru sebagai lokasi program kali ini antara lain bertujuan mempromosikan kawasan berkenaan sebagai antara lokasi menarik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia.

Katanya, JAPEN Sabah sentiasa memperkasakan kaedah penyampaian maklumat kepada masyarakat menerusi pendekatan lebih santai dan interaktif, termasuk konsep infotainment yang menggabungkan penyampaian informasi dengan hiburan.

“JAPEN Sabah sentiasa memperkasakan kaedah penyampaian maklumat kepada masyarakat, antaranya melalui konsep infotainment, di mana kita berkongsi maklumat dan informasi dalam suasana yang santai, namun pada masa sama pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada PENTARAMA JAPEN Sabah.

“Pada program kali ini, kami menjemput wakil Tanjung Aru Eco Development untuk menyampaikan perkongsian mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Borak dan Busking Bersama PENTARAMA JAPEN Sabah di Pantai Tanjung Aru, di sini, pada Sabtu.

Menurut Jainisah, pendekatan penyampaian maklumat menerusi program berkenaan turut mengambil kira kehadiran pengunjung tempatan dan pelancong dari pelbagai latar belakang.

Katanya, lagu dan penyampaian maklumat disampaikan dalam pelbagai bahasa bagi memastikan mesej yang dibawa dapat difahami oleh lebih ramai pengunjung.

“Program ini diadakan di lokasi tumpuan pelancong, jadi lagu dan penyampaian maklumat turut disampaikan melalui pelbagai bahasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata program berkenaan turut mendapat kerjasama rakan strategik di bawah Kementerian Komunikasi, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pos Malaysia dan TM Unified Business.

Katanya, agensi berkenaan turut membuka kaunter perkhidmatan masing-masing bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat serta perkhidmatan secara terus di lokasi program.

Jainisah berkata, kerjasama dan sokongan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta agensi-agensi pelancongan negeri turut membantu memperluaskan keberkesanan penyampaian maklumat kepada masyarakat melalui pelbagai platform.

“Sambutan yang positif pada hari ini, selain dua lokasi sebelum ini, menunjukkan pendekatan seperti ini mendapat penerimaan masyarakat.

“JAPEN Sabah akan merancang untuk mengadakan pendekatan yang serupa di lokasi tumpuan awam lain pada masa akan datang,” katanya. – JAPEN SABAH / FOTO SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/20/borak-dan-busking-japen-sabah-meriahkan-pantai-tanjung-aru/feed/ 0 103799
Program JIWA@Kelab Malaysiaku perkasa kesedaran belia sejak di bangku sekolah https://sabahmedia.com/2026/06/26/program-jiwakelab-malaysiaku-perkasa-kesedaran-belia-sejak-di-bangku-sekolah/ https://sabahmedia.com/2026/06/26/program-jiwakelab-malaysiaku-perkasa-kesedaran-belia-sejak-di-bangku-sekolah/#respond Fri, 26 Jun 2026 03:16:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98908
Read Time:1 Minute, 48 Second

KUALA PENYU: Usaha memperkukuh kefahaman mengenai peranan belia perlu diterapkan sejak di bangku sekolah bagi melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berwawasan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat serta negara.

Hasrat itu dizahirkan menerusi penganjuran Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA)@Kelab Malaysiaku yang menghimpunkan kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelajar aliran perdana, pelajar tingkatan enam serta guru di Bilik Pendidikan Islam, SMK Pekan Kuala Penyu, di sini.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS Sabah) Daerah Kuala Penyu serta SMK Pekan Kuala Penyu.

Pada program berkenaan, Pegawai Pengelola KBS Sabah Daerah Kuala Penyu, Jailani Ag Damit berkongsi pelbagai peluang pembangunan belia yang ditawarkan oleh kementerian kepada golongan muda.

Beliau turut menggalakkan pelajar yang aktif dalam bidang sukan supaya terus meningkatkan prestasi masing-masing dan tampil berhubung dengan pihak KBS Sabah bagi membuka peluang mewakili Kuala Penyu pada pemilihan temasya Sukan Sabah (SAGA).

Selain itu, Jailani mengingatkan pelajar tingkatan enam mengenai tanggungjawab mereka sebagai bakal pengundi serta kepentingan memahami hak dan peranan sebagai warganegara dalam sistem demokrasi negara apabila layak mengundi pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, JaPen Daerah Kuala Penyu turut menganjurkan Bengkel Asas Pengacaraan Majlis yang dikendalikan oleh Penyelaras Kelab Malaysiaku Kuala Penyu, Mohamad Amirul Dait.

Turut diadakan ialah sesi perkongsian mengenai komunikasi berkesan yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kuala Penyu, selain pameran mini yang memberi fokus kepada kempen bebas pengaruh vape dan rokok serta memaparkan koleksi gambar nostalgia Kuala Penyu sekitar tahun 1962 dan 1971.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Pekan Kuala Penyu,  Sabtu Madan yang mewakili Pengetua sekolah.

Beliau merakamkan penghargaan kepada JaPen dan KBS Sabah atas penganjuran program yang disifatkan bertepatan dengan keperluan golongan belia, khususnya pelajar tingkatan enam yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan memasuki alam masyarakat.

Katanya, ilmu serta maklumat yang dikongsikan sepanjang program mampu membantu pelajar memperkasa kemahiran komunikasi, kepimpinan dan jati diri dalam menghadapi cabaran masa depan.

Program JIWA@Kelab Malaysiaku bertujuan melahirkan generasi muda yang cintakan negara, berdaya saing serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, di samping memperkukuh kefahaman terhadap aspirasi negara, dasar kerajaan dan penghayatan Rukun Negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/26/program-jiwakelab-malaysiaku-perkasa-kesedaran-belia-sejak-di-bangku-sekolah/feed/ 0 98908
Kolaborasi JaPEN, JIM Sabah mudahkan hebahan maklumat https://sabahmedia.com/2022/03/24/kolaborasi-japen-jim-sabah-mudahkan-hebahan-maklumat/ https://sabahmedia.com/2022/03/24/kolaborasi-japen-jim-sabah-mudahkan-hebahan-maklumat/#respond Thu, 24 Mar 2022 09:41:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13451
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Kolaborasi strategik Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah memudahkan hebahan maklumat kepada masyarakat.

Pengarah Japen Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, melalui kerjasama itu, JIM Sabah dapat berkongsi dengan masyarakat mengenai program serta aktiviti yang dilaksanakan.

Menurutnya, program terdekat yang akan dihebahkan melalui Unit Bergerak Info On Wheels (IOW) Pejabat Penerangan Daerah ialah hebahan di kawasan Pegalungan.

“Program terdekat dan dijangka mula beroperasi Mei ini ialah pas menyeberang sempadan di Pegalungan yang mana masyarakat boleh terus mendapatkan pas tersebut tanpa perlu ke Keningau.

“Selain itu, kita juga memperkenalkan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) yang beroperasi di setiap daerah sebagai medium penyampaian maklumat penting JIM Sabah kepada masyarakat, di samping perkongsian di media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook yang menjadi saluran maklumat semasa pada masa kini,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber Geraldine Voo Yee Wen, wakil Japen Sabah serta pegawai-pegawai Jabatan Imigresen negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/24/kolaborasi-japen-jim-sabah-mudahkan-hebahan-maklumat/feed/ 0 13451
Kerjasama JaPen Sabah, KSTI Jayakan SMJ https://sabahmedia.com/2022/03/04/kerjasama-japen-sabah-ksti-jayakan-smj/ https://sabahmedia.com/2022/03/04/kerjasama-japen-sabah-ksti-jayakan-smj/#respond Fri, 04 Mar 2022 08:19:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12697
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU :  Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah akan bekerjasama dengan Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah (KSTI) dalam menjayakan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pengarahnya, Nadzerah Abdullah berkata, jabatan itu akan memperhebat kaedah penyampaian maklumat kepada masyarakat akar umbi khususnya mengenai dasar serta hala tuju kerajaan Sabah untuk merealisasikan SMJ.

Selain itu, Nadzerah juga memaklumkan jabatan berkenaan komited membantu KSTI dalam mempromosi dan menyebarkan maklumat berkaitan sains dan inovasi agar menjadi aspirasi kepada rakyat terutama di kawasan pedalaman.

Beliau ditemui media selepas mengetuai rombongan jabatan terbabit dalam kunjungan ke pejabat Pembantu Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Seri Dr Ruddy Awah di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Harun Maddasa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu Busmin Brahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber Geraldine Voo Yee Wen. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Sulia Ak Gihang dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual Dan Senireka Razif Che Hashim.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/04/kerjasama-japen-sabah-ksti-jayakan-smj/feed/ 0 12697
Kelab Sahabat Penerangan Perkasa Penyampaian Maklumat https://sabahmedia.com/2021/11/01/kelab-sahabat-penerangan-perkasa-penyampaian-maklumat/ https://sabahmedia.com/2021/11/01/kelab-sahabat-penerangan-perkasa-penyampaian-maklumat/#respond Sun, 31 Oct 2021 22:48:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8090
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) disaran menubuhkan sebuah Kelab Sahabat Penerangan dalam memperkasakan lagi penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, generasi muda masa kini antara nadi penyebaran maklumat. 

“Justeru, kita menyarankan pertubuhan kelab ini untuk anak-anak muda yang mana, mereka ini akan diberikan kursus serta penerangan dari semasa ke semasa mengenai isu-isu terkini.

“Melalui kaedah ini, penyampaian maklumat kepada generasi muda yang mampu membentuk hala tuju negara dapat disampaikan dengan lebih efektif,” katanya dalam Majlis Amanat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Warga Jabatan Penerangan Sabah di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah atas usaha JaPen yang giat melaksanakan Info On Wheels (IOW) dalam membantu masyarakat memahami langkah pencegahan dan penularan wabak Covid-19 seterusnya mengenai kepentingan pengambilan vaksin. 

Tambah Zahidi, JaPen bersama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan barisan hadapan kementerian yang juga antara penyumbang pencapaian imuniti berkelompok Covid-19 atas usaha penyebaran maklumat meski dalam fasa pandemik melanda negara.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, sebanyak 75 Program Sepakat@Komuniti dilaksanakan di seluruh negeri dalam usaha menyampaikan dasar-dasar kerajaan ke peringkat akar umbi.

“Selain itu, JaPen turut membantu menjayakan 521 Program Jangkauan Luar Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) yang dianjurkan bersama CITF negeri dan daerah. Pada program tersebut, sebanyak 270 483 orang berjaya didaftarkan bagi mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Hadir sama, isteri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datik Nooraine Ahmad, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, wakil Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Cyril Simon, wakil Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Izham Johari serta pegawai-pegawai kanan dan warga JaPen Sabah./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/01/kelab-sahabat-penerangan-perkasa-penyampaian-maklumat/feed/ 0 8090
Budaya Sukan Perlu Diperkasa Dalam Kalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/10/18/budaya-sukan-perlu-diperkasa-dalam-kalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/10/18/budaya-sukan-perlu-diperkasa-dalam-kalangan-masyarakat/#respond Mon, 18 Oct 2021 01:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7612
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Budaya sukan perlu diperkasakan sejajar dengan objektif Dasar Sukan Negara.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara sukan, masyarakat di semua peringkat digalakkan menyertai aktiviti sukan yang merupakan perkara penting dan perlu dilakukan secara bersama.

“Sejajar dengan fungsi jabatan dalam memasarkan dasar dan kempen kerajaan kepada rakyat, Cawangan PENTARAMA mengambil inisiatif melaksanakan program PENTARAMA Fit Dance 2021 sebagai salah satu usaha menggalakkan rakyat bergiat aktif dalam sukan.

“PENTARAMA merupakan salah satu cawangan di jabatan ini untuk mempertingkatkan lagi kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat atas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan,” katanya.

Nadzerah berkata demikian semasa berucap merasmikan Program PENTARAMA Fit Dance 2021 peringkat Negeri Sabah di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, disini semalam

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan dan Ketua Unit PENTARAMA, Mohd Mujahid halpi./Penerangan –

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/18/budaya-sukan-perlu-diperkasa-dalam-kalangan-masyarakat/feed/ 0 7612
Lebih 90 Etnik Di Sabah Bakal Dihimpunkan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/ https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/#comments Mon, 27 Sep 2021 10:36:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6906
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 90 etnik di Sabah akan dihimpunkan untuk diketengahkan pada Sambutan Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, ia merupakan antara pembaharuan dalam sambutan tahun ini selain beberapa acara lain akan turut dilaksanakan.

“Buat julung kalinya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS)  mengilhamkan satu acara sambutan hari etnik yang melibatkan lebih 90 persatuan etnik di Sabah.

“Selain itu beberapa acara lain akan turut dilaksanakan antaranya Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran diikuti Majlis Santapan Negeri serta Majlis Bacaan Doa Selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Hadir sama , Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri dan Pengurus Besar LKNS, Mackey Apison.

Dr Joachim berkata, sambutan hari etnik itu bertujuan agar semua etnik di Sabah masih dapat mengenali atau memahami pertuturan dalam bahasa masing-masing.

Katanya, sambutan secara hibrid itu dijangka akan diadakan pada 23 Oktober depan dengan penyampaian dua anugerah iaitu Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah dan Anugerah Utama Tokoh Penggiat Bahasa Sabah 2021.

“Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah terbahagi kepada dua kategori yang merangkumi Anugerah Penggiat Bahasa (Persatuan) dan Anugerah Guru Bahasa (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah),”katanya. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/27/lebih-90-etnik-di-sabah-bakal-dihimpunkan-sempena-sambutan-hari-jadi-tyt/feed/ 2 6906
Sepakat@Komuniti Kiulu Medium Pendedahan Keperluan Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/09/24/sepakatkomuniti-kiulu-medium-pendedahan-keperluan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/09/24/sepakatkomuniti-kiulu-medium-pendedahan-keperluan-masyarakat/#respond Fri, 24 Sep 2021 10:54:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6806
Read Time:55 Second

TUARAN: Program Sepakat@Komuniti Kiulu anjuran Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) menjadi medium pendedahan keperluan masyarakat. 

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, program yang turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Zulkapli Mohamed kali ini membolehkan keperluan infrastruktur di kawasan itu dapat dibentangkan. 

“Selain menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk, kami berkesempatan melawat empat buah kampung dan melihat sendiri gambaran infrastruktur yang diperlukan penduduk.

“Sebagai contoh, penambahan dan pembaikan jalan desa, keperluan air bersih, keperluan bekalan elektrik ke rumah-rumah serta menaik taraf dewan-dewan terbuka yang kelihatan daif seperti di Dewan Kampung Lokub,” katanya ketika ditemui media dalam program tersebut, pada Jumaat.

Pada program itu, sebanyak 50 kotak sumbangan makanan dan minuman daripada PSUPS dan 50 lagi dari JaPen Daerah Tuaran diagihkan kepada penduduk Kampung Tulung Mantob, Kg Lokub, Kg Poturidong dan Kg Nawoi. 

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Hamizi Halim dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/24/sepakatkomuniti-kiulu-medium-pendedahan-keperluan-masyarakat/feed/ 0 6806
Program Merdeka@Komuniti Kg Dato Semarak Jiwa Patriotisme https://sabahmedia.com/2021/09/18/program-merdekakomuniti-kg-dato-semarak-jiwa-patriotisme/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/program-merdekakomuniti-kg-dato-semarak-jiwa-patriotisme/#respond Sat, 18 Sep 2021 00:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6497
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Program Merdeka @ Komuniti Kampung Dato menyemarakkan jiwa patriotisme sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-58. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Datuk William Majinbon berkata, meskipun sambutan tidak dapat dilaksanakan seperti sebelum ini, semangat kemerdekaan perlu terus disematkan dalam diri masyarakat. 

“Pada hari ini, kita menerima tepukan gemuruh dan laungan terima kasih daripada petugas dan penerima vaksin selepas nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan. 

“Sambutan sederhana tetapi bermakna pada hari ini membuktikan masyarakat merindui suasana sambutan yang meriah yang tiap tahun dilaksanakan di pelbagai peringkat. 

“Justeru itu, dalam kesempatan ini saya menyeru orang ramai yang belum mendapatkan suntikan vaksin untuk tampil menerima suntikan di mana-mana pusat pemberian vaksin agar komuniti kelompok dapat dicapai seterusnya kita dapat beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara,” katanya ketika ditemui media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kampung Dato, disini baru-baru ini.

Dalam pada itu, William merakamkan penghargaan atas usaha Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat setempat.

“Khususnya Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) yang memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat berkenaan Covid-19 dan dasar-dasar kerajaan, malahan secara tidak langsung menyemai semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat. 

Tambah beliau, sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu, dia bersama kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN N.18 Inanam memakai pakaian tradisional mengikut suku kaum masing-masing sebagai simbolik Satu Keluarga Malaysia.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karodda berkata, bermula awal bulan Ogos, PPDKK giat melaksanakan program Info On Wheels (IOW) Merdeka pada setiap hari melalui hebahan unit bergerak. 

“Selain itu, edaran bahan penerbitan serta Jalur Gemilang turut diagihkan kepada orang awam di Parlimen KK dan Sepanggar melibatkan enam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya. 

Menurut Hasmawati, IOW akan digiatkan lagi sebagai usaha menyampaikan maklumat terkini berkaitan Pembudayaan Norma Baharu, Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, Kempen Imunisasi Kebangsaan Vaksin Covid-19 serta Program Sepakat@Komuniti di beberapa kawasan lagi akan dilaksanakan./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/program-merdekakomuniti-kg-dato-semarak-jiwa-patriotisme/feed/ 0 6497
Program Jalinan Kasih Rai Anak Yatim Al Ehsan https://sabahmedia.com/2021/09/16/program-jalinan-kasih-rai-anak-yatim-al-ehsan/ https://sabahmedia.com/2021/09/16/program-jalinan-kasih-rai-anak-yatim-al-ehsan/#respond Thu, 16 Sep 2021 00:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6383
Read Time:1 Minute, 12 Second

BELURAN: Program Jalinan Kasih anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menerusi Pejabat Penerangan Beluran meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Al Ehsan sempena Program Merdeka@Komuniti. 

Pegawai Penerangan Beluran, Melanie Marcellina J Kinjawan berkata, ia merupakan kali pertama program seumpamanya diadakan di rumah anak yatim tersebut. 

“Kami berharap, program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk ini sedikit sebanyak dapat menyuntik rasa sayang dan cinta mereka kepada negara sempena sambutan Hari Malaysia 2021 pada 16 September ini,” katanya. 

Sementara itu, Pemimpin UPPM DUN Labuk, Rafael Lindan memuji usaha yang dilaksanakan oleh jabatan berkenaan untuk menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme di peringkat akar umbi sekali gus menggelorakan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Program sebegini merupakan satu usaha yang baik untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara,” katanya.

Tambah beliau, permuafakatan antara agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri tetapi secara tidak langsung juga hubungan dengan komuniti setempat.

Selain menyantuni penghuni rumah Anak Yatim Al-Ehsan, Pejabat Penerangan Daerah Beluran bersama Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kolapis akan mengadakan Pertandingan Menyanyi Patriotik Merdeka @ Komuniti, Pertandingan Mewarna Hari Malaysia Kanak-Kanak Tabika Kemas, Kempen Derma Darah Hari Malaysia, dan Konvoi Hari Malaysia. 

Bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan program-program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Beluran, orang ramai boleh melayari Facebook Pusat Maklumat Rakyat Beluran./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/16/program-jalinan-kasih-rai-anak-yatim-al-ehsan/feed/ 0 6383