Japlin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Jun 2025 00:33:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Japlin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bertembung Salleh bukan masalah besar, santuni rakyat paling utama – Japlin https://sabahmedia.com/2025/06/22/bertembung-salleh-bukan-masalah-besar-santuni-rakyat-paling-utama-japlin/ https://sabahmedia.com/2025/06/22/bertembung-salleh-bukan-masalah-besar-santuni-rakyat-paling-utama-japlin/#respond Sun, 22 Jun 2025 00:33:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75937
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Usukan, Datuk Japlin Akim bersedia dan tidak gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja jika diberi mandat untuk mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan.

Mengakui semua itu terletak di tangan pucuk pimpinan, Japlin berkata beliau bersedia menggalas tanggungjawab itu walaupun berdepan dengan Datuk Seri Salleh Said daripada Barisan Nasional (BN).

“Insya-Allah jika diberi peluang jadi calon untuk kawasan Usukan, saya bersedia. Kita sentiasa bekerja keras bersama rakyat… turun padang ke akar umbi bersama mereka.

“Sebenarnya, pada saya siapa yang kita bertembung bukan masalah dan cabaran utama. Cabaran sebenar bagaimana kita berusaha menyantuni rakyat di kawasan… memenangi hati mereka supaya mereka memberi sokongan kepada kita. Soal siapa kita bertembung itu bukan masalahnya,” katanya.

Beliau berkata semasa ditemui pemberita di sini semalam.

Japlin berkata, DUN Usukan boleh ditingkatkan dengan memperhebat sektor pertanian yang mampu membantu menjana pendapatan penduduk setempat.

Ditanya sama ada GRS perlu bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 ini, Japlin menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan.

Bagaimanapun beliau berpandangan, jika terpaksa, GRS cukup kuat untuk bergerak secara solo dan hanya akan mengumumkan kerjasama selepas keputusan pilihan raya.

“Saya tengok GRS dari segi penerimaan sudah diterima rakyat. Malah ahli keluarga dalam GRS ini besar ada lapan parti didalamnya. Kita yakin dan percaya setiap parti komponen mempunyai kelebihan tersendiri selain kita boleh gerak solo jika terpaksa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/22/bertembung-salleh-bukan-masalah-besar-santuni-rakyat-paling-utama-japlin/feed/ 0 75937
Rumah Mesra SMJ inisiatif kerajaan bantu rakyat dapatkan kediaman selesa – Japlin https://sabahmedia.com/2024/10/27/rumah-mesra-smj-inisiatif-kerajaan-bantu-rakyat-dapatkan-kediaman-selesa-japlin/ https://sabahmedia.com/2024/10/27/rumah-mesra-smj-inisiatif-kerajaan-bantu-rakyat-dapatkan-kediaman-selesa-japlin/#respond Sun, 27 Oct 2024 10:22:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62895
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan kerajaan Sabah merupakan satu usaha bagi membantu rakyat memperoleh kediaman yang lebih selesa.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Usukan, Datuk Japlin Akim berkata, pembinaan itu juga merupakan salah satu usaha kerajaan bagi membasmi miskin tegar.

Beliau berkata isu perumahan sememangnya merupakan satu isu yang menjadi perhatian umum.

“Pembinaan Rumah Mesra SMJ adalah salah satu inisiatif oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah perumahan rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40”, katanya.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

Japlin berkata demikian selepas penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ di Kampung (Kg) Pirasan dan beberapa buah kampung di Kg. Kulambai Dundau, Kg. Ambong, Kg. Lantiggi, Kg. Kulambai, Kg. Kulambai Kupang dan Kg. Kuala Abai, Kg. Kota Belud dan Kg. Suang Pungur, Kota Belud pada Ahad.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan peruntukan pembinaan Rumah Mesra SMJ melibatkan kos sebanyak RM250 juta untuk tahun hadapan.

Peruntukan tersebut digunakan untuk membina 3,000 buah rumah lagi melalui Program Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/27/rumah-mesra-smj-inisiatif-kerajaan-bantu-rakyat-dapatkan-kediaman-selesa-japlin/feed/ 0 62895