Jari tersepit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Sep 2026 10:19:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jari tersepit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekerja lelaki cedera, jari tersepit mesin pengisar ikan https://sabahmedia.com/2026/09/07/jari-tersepit-mesin-pengisar-ikan-lelaki-cedera/ https://sabahmedia.com/2026/09/07/jari-tersepit-mesin-pengisar-ikan-lelaki-cedera/#respond Mon, 07 Sep 2026 10:05:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102993
Read Time:54 Second

SANDAKAN: Seorang pekerja lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan pada jari tangan kanan selepas tersepit dalam mesin pengisar ikan di sebuah kilang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 2.11 petang itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikejarkan ke lokasi.

Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada jam 2.14 petang, kira-kira tiga minit selepas menerima panggilan, dengan jarak lokasi sekitar dua kilometer dari balai.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Syamzari Ganih berkata, mangsa didapati mengalami kecederaan selepas jari tangannya tersepit di dalam mesin pengisar ikan.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi melepaskan jari mangsa yang tersepit.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian jari tangan kanan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 3.25 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/07/jari-tersepit-mesin-pengisar-ikan-lelaki-cedera/feed/ 0 102993