JAS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Oct 2026 23:42:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JAS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JAS Sabah keluarkan enam ‘Field Citation’ dalam operasi premis barang lusuh https://sabahmedia.com/2026/10/21/jas-sabah-keluarkan-enam-field-citation-dalam-operasi-premis-barang-lusuh/ https://sabahmedia.com/2026/10/21/jas-sabah-keluarkan-enam-field-citation-dalam-operasi-premis-barang-lusuh/#respond Tue, 20 Oct 2026 23:41:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105670
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah mengeluarkan enam ‘Field Citation’ (FC) terhadap enam premis kitar semula dan barang lusuh yang diperiksa menerusi Operasi Bersepadu (Op) Lusuh Khas-Inter di sini.

Operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai agensi bagi memastikan premis terbabit mematuhi peraturan alam sekitar yang ditetapkan.

JAS Sabah dalam kenyataannya berkata, kesemua enam premis yang diperiksa dikenakan FC dengan syor tindakan kompaun dan Notis Arahan (NA).

Tindakan itu bagi memastikan pematuhan premis yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, termasuk perintah dan peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah akta berkenaan.

Operasi itu turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis kitar semula dan barang lusuh yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan kecurian kabel, vandalisme serta kecurian peralatan dan komponen pencawang telekomunikasi di sekitar Kota Kinabalu.

Selain JAS Sabah dan Polis, operasi berkenaan turut disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Digital Negara (JDN), Majlis Daerah Penampang (MDPP), Majlis Daerah Putatan (MDP), Majlis Daerah Tuaran (MDT) dan Sabah Electricity (SE).

Turut terlibat ialah beberapa syarikat telekomunikasi serta Polis Bantuan.

JAS Sabah mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Menurutnya, ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang berkenaan boleh menyebabkan pihak terbabit dikenakan tindakan dan dibawa ke mahkamah.

JAS Sabah turut menegaskan pihaknya akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti yang berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar dapat dikawal dan dibendung.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pencemaran alam sekitar boleh membuat aduan kepada JAS menerusi talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Sistem e-Aduan JAS.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/21/jas-sabah-keluarkan-enam-field-citation-dalam-operasi-premis-barang-lusuh/feed/ 0 105670