Jati – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Jun 2021 09:31:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jati – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak Jati Kota Marudu Sangkal Dakwaan Bahawa Daerah Kelahirannya Mundur https://sabahmedia.com/2021/06/29/anak-jati-kota-marudu-sangkal-dakwaan-bahawa-daerah-kelahirannya-mundur/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/anak-jati-kota-marudu-sangkal-dakwaan-bahawa-daerah-kelahirannya-mundur/#comments Tue, 29 Jun 2021 09:31:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2208
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Mengkritik orang lain lebih mudah daripada dikritik, itulah teguran yang diberikan Christoper Mandut terhadap kenyataan Ketua Bahagian PKR Kota Marudu, Sazalye Donol.

“Selain itu, mereka perlu mencerminkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain,” tambahnya sambil menegaskan bahawa Sazalye hanya pandai mengata dan mengkritik tetapi lupa kepada kelemahan parti dan pemimpinnya sendiri.

Christoper mempersoalkan Sazalye mengenai sumbangan PKR, dan dirinya sendiri terhadap pembangunan Sabah, khususnya di daerah Kota Marudu.

“Sebenarnya, saya percaya kemiskinan bertambah teruk sewaktu mereka berkuasa selama dua tahun, dan hampir tidak ada pembangunan di Kota Marudu sepanjang tempoh tersebut, yang boleh mereka banggakan,” kata Christoper.

Christoper yang merupakan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, menasihati Sazalye untuk berhenti menjadi boneka dan digunakan untuk mengkritik dan menuding jari bagi menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka sendiri.

“Sebagai seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Kota Marudu, saya percaya bahawa saya adalah orang terbaik yang mengatakan bahawa daerah ini telah berkembang pesat. Kota Marudu adalah sebuah bandar yang berkembang, dan mampu mengejar bandar-bandar maju di Sabah, dan sebenarnya, jauh lebih baik daripada beberapa kawasan di negeri ini.

“Ya, kami tidak akan malu untuk mengakui bahawa masih ada ruang untuk penambahbaikan, tetapi Kota Marudu berkembang secara progresif.

“Jurang kemiskinan sememangnya ketara di kawasan perbukitan seperti di Sonsogon, Gana dan Magandai tetapi kawasan tanah rata tetapi kita dapat bersaing dengan daerah lain seperti Penampang dan Papar.

” Di Kota Marudu berkembang maju dengan mempunyai lebih kurang 50,000 ekar kelapa sawit, pertanian, dan tanaman padi kami adalah yang kedua terbesar di Sabah, selepas Kota Belud, “katanya.

Dalam pada itu, Christoper turut mempersoalkan Sazalye mengenai sumbangan PKR sepanjang tempoh dua tahun mereka menjadi kerajaan, sedangkan zink untuk pembaikan rumah tidak pernah diberikan kepada masyarakat di Kota Marudu.

“Saya percaya, Ahli Parlimen kita telah melakukan pelbagai perkara untuk Kota Marudu. Di Matunggong sahaja, sejumlah 22 rumah panjang telah dibina, dan dua buah lagi akan dibina.

“Oleh itu, jangan salahkan orang lain jika mereka tidak dapat menunjukkan sumbangan parti itu terhadap pembangunan di Kota Marudu,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/anak-jati-kota-marudu-sangkal-dakwaan-bahawa-daerah-kelahirannya-mundur/feed/ 1 2208