Jatuh Laut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jun 2023 15:50:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jatuh Laut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Insiden kru kapal jatuh laut, mayat mangsa ditemui https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/ https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/#respond Fri, 23 Jun 2023 15:50:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36982
Read Time:1 Minute, 25 Second

LABUAN: Mayat seorang kru kapal tunda yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika kapal sedang bersauh di perairan Pulau Papan dekat sini telah ditemui pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT sekitar jam 9.40 malam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian dari Pusat Operasi Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Kenneth Anak Saing, 33 tahun, yang bekerja diatas kapal tunda tempatan, Tanjung Biru 1 dilaporkan hilang setelah gagal dikesan oleh rakan mangsa.

“Kali terakhir mangsa dilihat adalah pada jam 6 petang hari yang sama. Kesemua barang peribadi mangsa masih lagi berada di atas kapal. Kapal dikatakan sedang bersauh sebelum meneruskan perlayaran menuju ke Miri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nudin berkata, sejurus operasi CARILAMAT diaktifkan, bot peronda Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa.

“Operasi turut melibatkan bantuan asset dan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurut Nudin, mayat mangsa berjaya ditemui sekitar jam 7.45 pagi tadi (23 Jun) oleh pasukan mencari di kedudukan sekitar 20 meter selatan Jeti Feri Labuan.

“Mayat telah diserahkan kepada Unit Forensik PDRM untuk siasatan lanjut. Op CARILAMAT ditamatkan pada jam 8.35 pagi,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, MRSC merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta orang awam yang turut sama membantu dalam operasi ini.

“Maritim Malaysia mengingatkan orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/23/insiden-kru-kapal-jatuh-laut-mayat-mangsa-ditemui/feed/ 0 36982
Seorang Lelaki Dikhuatiri Jatuh Laut SemasaMemancing https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/#respond Wed, 09 Feb 2022 03:37:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12027
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi CARILAMAT bagi mengesan seorang lelaki yang hilang semasa memancing di kawasan perairan Pulau Tiga dan Pulau Mengalum.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, isteri mangsa telah membuat laporan kepada Maritim Malaysia setelah gagal menghubungi suaminya sejak 7 Februari.

“Mangsa, Lauren Alipiin, 33, warga Filipina dilaporkan telah keluar ke laut menggunakan bot pam berwarna kuning hijau dengan nombor pendaftaran JN9099/2/R.

“Berikutan itu, Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah mengatur gerak satu aset masing-masing ke lokasi bagi melaksanakan pencarian awal. Pasukan CARILAMAT telah menemui satu tong ikan terapung di posisi lebih kurang 12 batu nautika utara Pulau Tiga dan disahkan milik mangsa oleh isteri beliau,” katanya.

Operasi CARILAMAT mangsa diteruskan lagi pada pagi ini.

Maritim Malaysia menyeru kepada orang awam yang mempunyai petunjuk berkaitan kes untuk disalurkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/seorang-lelaki-dikhuatiri-jatuh-laut-semasamemancing/feed/ 0 12027