Jauteh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Oct 2025 12:09:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jauteh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 10,1 00 pegawai dan anggota polis digerakkan hadapi PRN Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/22/101-00-pegawai-dan-anggota-polis-digerakkan-hadapi-prn-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/101-00-pegawai-dan-anggota-polis-digerakkan-hadapi-prn-sabah/#respond Wed, 22 Oct 2025 12:08:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83926
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Seramai 10,100 pegawai dan anggota polis akan digerakkan di seluruh negeri sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, melibatkan 8,900 anggota dari Kontinjen Sabah serta 1,200 anggota tambahan daripada Bukit Aman dan Kontinjen Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata persiapan rapi telah dibuat bagi memastikan perjalanan PRN berjalan lancar dengan tahap kesiapsiagaan keselamatan dan logistik yang terbaik.

“Kita telah membuat persiapan yang cukup rapi untuk memastikan perjalanan PRN ke-17 ini berjalan lancar. Seramai lebih kurang 8,900 pegawai dan anggota akan bertugas, dengan bantuan tambahan daripada Bukit Aman serta Kontinjen Sarawak,” katanya pada sidang media di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis Sabah turut mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pelbagai agensi termasuk pengangkutan dan vendor bagi menyelaras urusan keselamatan serta logistik sepanjang tempoh pilihan raya.

“Insya-Allah kita berharap perjalanan PRN ini berjalan dengan lancar. Kita juga mengambil kira keadaan cuaca kerana dari November hingga awal tahun depan merupakan musim monsun timur laut,” katanya.

Jauteh berkata, pihak polis juga bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam yang mungkin berlaku sepanjang tempoh PRN.

Dalam perkembangan sama, semasa ditanya sekiranya ada keperluan untuk mendapatkan permit untuk berkempen, Jauteh menjelaskan bahawa sebarang pertemuan atau perjumpaan atas kapasiti parti politik tidak memerlukan kebenaran khas daripada pihak berkuasa, selagi ia dijalankan mengikut garis panduan ditetapkan oleh SPR.

“Sekarang ini untuk mengadakan sesuatu perjumpaan atau pertemuan, mereka tidak perlu lagi memohon kebenaran daripada pihak berkuasa. Jadi, perjumpaan yang diadakan itu adalah atas kapasiti parti masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/101-00-pegawai-dan-anggota-polis-digerakkan-hadapi-prn-sabah/feed/ 0 83926
Jauteh sah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu https://sabahmedia.com/2023/05/02/jauteh-sah-sebagai-pesuruhjaya-polis-sabah-yang-baharu/ https://sabahmedia.com/2023/05/02/jauteh-sah-sebagai-pesuruhjaya-polis-sabah-yang-baharu/#respond Tue, 02 May 2023 11:13:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33722
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Datuk Jauteh Dikun kini sah sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuat kuasa pada hari ini (2 Mei).

Jauteh, 57, sebelum ini mengambil alih jawatan pemangku ketua polis Sabah daripada Datuk Idris Abdullah, bekas pesuruhjaya polis negeri, yang bersara 31 Mac lalu.

Jauteh juga dinaikkan ke pangkat Pesuruhjaya Polis Sabah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyempurnakan Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Jauteh dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Shahurinain Jais di Dewan Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, pengalaman Jauteh dalam bidang kepolisan diyakini akan dapat memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman di Sabah terus terpelihara dan terkawal dengan baik, sekali gus mendorong kepada perkembangan kegiatan ekonomi lebih pantas.

“Sabah adalah negeri yang penuh dengan daya tarikan kepada pelancong bukan sahaja dari dalam negeri bahkan luar negara.

“Sebagai antara negeri destinasi pelancongan utama, pihak polis sangat menitikberatkan tahap keselamatan di Sabah, baik dari segi keselamatan berkaitan ancaman jenayah atau ancaman daripada aktiviti yang boleh mendatangkan kegusaran orang ramai,” katanya.

Beliau juga yakin pengalaman dimiliki Shahurinain akan dapat membantu Jauteh dalam mentadbir serta mengendalikan urusan kepolisan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/02/jauteh-sah-sebagai-pesuruhjaya-polis-sabah-yang-baharu/feed/ 0 33722
Jauteh dilantik pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah https://sabahmedia.com/2023/03/30/jauteh-dilantik-pemangku-pesuruhjaya-polis-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/03/30/jauteh-dilantik-pemangku-pesuruhjaya-polis-sabah/#respond Thu, 30 Mar 2023 06:38:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31776
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Datuk Jauteh Dikun dilantik sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa hari ini bagi mengambil alih tugas daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang akan bersara wajib esok.

Majlis Serah Tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Idris menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah selama setahun enam bulan bermula 2 September 2021 bagi menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Dalam pada itu, turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Sabah antara isteri Idris, Datin Suraya Zainal kepada isteri Jauteh, Datin Norhayatie Farhana Abdullah, sebagai pemangku tugas berkenaan.

Acryl berkata, beliau mewakili Kerajaan Malaysia dan Polis diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Idris yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan Polis dengan perkhidmatan yang terbaik.

“Diucapkan selamat bersara kepada Datuk Idris,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis berkenaan.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau yakin dengan kemampuan Jauteh sebagai pemangku tugas Pesuruhjaya Polis Sabah akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjaga keselamatan di negeri ini.

“Jauteh, saya percaya pengalaman yang telah beliau perolehi selama ini amat luas dalam pelbagai tugas bidang yang beliau telah lalui saya percaya dan yakin negeri sabah ini berada di tangan yang betul untuk dikendalikan, daripada aspek keselamatan, aspek keharmonian sosial kesejahteraan rakyat Sabah yang penuh dengan cabaran di negeri ini.

“Dan dengan kemampuan yang ada pada beliau, beliau mampu didokong dengan semangat kerja yang mantap daripada seluruh anggota kontinjen polis negeri Sabah.

“Saya percaya tidak lama lagi PDRM Sabah akan mengumumkan pelantikan rasmi jawatan Pesuruhjaya Sabah,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/30/jauteh-dilantik-pemangku-pesuruhjaya-polis-sabah/feed/ 0 31776