Jawatankuasa Khas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Jul 2026 10:42:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jawatankuasa Khas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah cadang tubuh jawatankuasa khas banteras penyeludupan, import makanan https://sabahmedia.com/2026/07/19/sabah-cadang-tubuh-jawatankuasa-khas-banteras-penyeludupan-import-makanan/ https://sabahmedia.com/2026/07/19/sabah-cadang-tubuh-jawatankuasa-khas-banteras-penyeludupan-import-makanan/#respond Sun, 19 Jul 2026 10:42:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100153
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa dicadang ditubuhkan bagi memperkukuh pemantauan dan tindakan terhadap penyeludupan serta pengimportan makanan yang tidak mematuhi peraturan ke negeri ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata,  cadangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet Negeri dalam masa terdekat bagi mendapatkan mandat untuk menubuhkan jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu dicadang menghimpunkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi penguat kuasa berkaitan.

“Saya akan mengemukakan laporan ini kepada pihak Kabinet dalam sedikit masa lagi dan saya akan memohon mandat untuk mengadakan satu jawatankuasa khas melibatkan kementerian, AKPS, JKDM, pihak polis serta semua agensi yang berkaitan.

“Tujuannya adalah untuk memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara bersepadu, termasuk aspek pelupusan barangan rampasan secara lebih teratur dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau rampasan 12 kontena yang mengandungi makanan sejuk beku dalam Ops Ribat Sepanggar 1/2026 di Pelabuhan Sepanggar di sini pada Ahad.

Jamawi berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting bagi memastikan setiap agensi dapat menyelaras tindakan dengan lebih berkesan dalam membanteras kegiatan penyeludupan makanan yang boleh mengancam keselamatan bekalan makanan dan menjejaskan keyakinan pengguna, khususnya umat Islam terhadap status halal produk di pasaran.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba membawa masuk makanan melalui kaedah yang menyalahi undang-undang atau membuat pengisytiharan palsu.

“Kita akan terus berusaha dan bekerjasama dengan AKPS, JKDM serta semua agensi penguat kuasa untuk membanteras penyeludupan makanan di Sabah. Ini bukan titik akhir, sebaliknya langkah awal bagi memperkukuh sistem pemantauan dan penguatkuasaan kita,” katanya.

Jamawi turut memuji tindakan pantas AKPS, JKDM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berjaya mengesan serta menghalang kontena-kontena berkenaan daripada memasuki pasaran.

Menurutnya, kerjasama strategik antara semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan hanya produk makanan yang mematuhi syarat import dan piawaian keselamatan dibenarkan memasuki negeri ini, sekali gus melindungi kepentingan pengguna serta industri makanan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/19/sabah-cadang-tubuh-jawatankuasa-khas-banteras-penyeludupan-import-makanan/feed/ 0 100153
Kabinet tubuh jawatankuasa khas tangani lambakan produk asing, lindungi PMKS tempatan https://sabahmedia.com/2026/02/07/kabinet-tubuh-jawatankuasa-khas-tangani-lambakan-produk-asing-lindungi-pmks-tempatan/ https://sabahmedia.com/2026/02/07/kabinet-tubuh-jawatankuasa-khas-tangani-lambakan-produk-asing-lindungi-pmks-tempatan/#respond Sat, 07 Feb 2026 08:09:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91180
Read Time:3 Minute, 33 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas antara kementerian bagi menangani isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial serta risiko lambakan produk asing dalam pasaran tempatan, termasuk yang dijual secara dalam talian dan terbuka.

Keputusan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, semalam (6 Feb) selepas kebimbangan tersebut dibangkitkan secara rasmi oleh badan-badan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jawatankuasa khas itu akan diselaraskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dengan penglibatan antaranya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta KPDN.

“Isu asal yang dibawa oleh PMKS ialah penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial bagi tujuan bekerja dan menjalankan perniagaan, khususnya melibatkan pelabur dan syarikat tertentu dari luar negara yang mengambil pekerja asing secara tidak sah dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan.

“Selain itu, KPDN turut mencadangkan supaya terma rujukan jawatankuasa ini diperluaskan untuk melihat kebimbangan PMKS berhubung lambakan produk asing yang semakin ketara,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan 52 unit kedai dua tingkat, Pasar Raya Everrise & Gim Level-Up 24 Jam di Kinarut Palm Avenue di sini, hari ini.

Armizan berkata, kemasukan produk luar yang tidak terkawal, sama ada melalui platform e-dagang oleh pengguna atau diimport oleh pelabur tempatan dan asing untuk kegunaan projek, berisiko menjejaskan pasaran produk tempatan.

“Kerajaan menggalakkan penggunaan barangan tempatan, namun kecenderungan membeli produk import yang lebih murah boleh memberi kesan serius kepada kelangsungan perniagaan PMKS.

“Isu ini bukan hanya soal harga, tetapi turut melibatkan aspek keselamatan, kualiti dan pematuhan standard produk yang masuk ke negara kita,” katanya.

Beliau menjelaskan, antara contoh produk yang dibimbangi termasuk barangan pengguna yang dijual secara dalam talian tanpa kawalan menyeluruh, selain bahan dan peralatan pembinaan, termasuk peralatan kecil yang sebenarnya turut dihasilkan oleh industri tempatan.

“Kita bimbang jika pasaran dikuasai sepenuhnya oleh produk luar, industri tempatan akan terpaksa menutup operasi dalam jangka panjang,” katanya.

Mengulas konteks Sabah, Armizan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia meneliti secara mendalam penglibatan pelabur asing dalam sektor pelancongan, khususnya di Semporna.

Beliau berkata, laporan awal menunjukkan terdapat sekitar 81 resort, chalet dan penginapan yang diusahakan sama ada melalui usaha sama atau sepenuhnya oleh syarikat luar.

“Kita mengalu-alukan pelaburan asing, namun perlu dilihat sama ada PMKS tempatan mendapat bahagian yang adil dalam rantaian perniagaan, selain peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Menurut Armizan, jawatankuasa khas itu akan memberi tumpuan kepada penyelarasan aspek undang-undang, dasar, penguatkuasaan dan pemantauan bagi memastikan pasaran tempatan kekal mampan serta melindungi kepentingan industri tempatan.

“KPDN akan memainkan peranan dalam memastikan kesihatan pasaran domestik dan memperkukuh agenda mengutamakan barangan tempatan,” katanya.

Beliau menegaskan, dapatan penuh akan dibentangkan selepas setiap kementerian yang terlibat mengemukakan laporan masing-masing dalam jawatankuasa khas berkenaan.

Mengulas mengenai Kinarut Palm Avenue , Armizan berkata ia adalah satu lagi projek mercu tanda pembangunan di kawasan Kinarut, sekali gus melengkapkan ekosistem bandar baharu yang dibangunkan oleh pemaju tempatan WSG Group di daerah ini.

Armizan (tengah) bersama Pengarah Urusan WSG Group, Datuk Susan Wong Siew Guen (empat dari kiri) dan tetamu jemputan lain semasa perasmian 52 unit kedai dua tingkat, Pasar Raya Everrise & Gim Level-Up 24 Jam di Kinarut Palm Avenue di sini, hari ini.

Projek berkenaan merupakan kesinambungan kepada pembangunan Kinarut Palm City dan Kinarut Palm Square, dengan komponen komersial merangkumi 52 unit kedai dua tingkat, Pasar Raya Everrise serta Gym Level-Up 24 Jam. Turut dirancang ialah pembangunan ballroom dan pawagam 10Star Cinema.

Jelas Armizan lagi, pembangunan itu dijangka memperkukuh potensi Kinarut sebagai pusat pertumbuhan baharu di Papar, selain membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada PMKS serta peluang pekerjaan, khususnya kepada golongan belia tempatan.

“WSG Group antara pemaju yang berjaya memacu transformasi perbandaran di Papar, dengan pelaksanaan projek yang progresif dan lancar sejak peringkat awal pembangunan.

“Seiring perkembangan pesat itu, kerjasama rapat antara pemaju, kerajaan negeri dan agensi berkaitan akan terus diperkukuh bagi memastikan keperluan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan utiliti lain dilaksanakan secara selari.

“Dengan siapnya Kinarut Palm City dijangka hujung tahun ini dan Kinarut Palm Avenue pada tahun hadapan, Papar diyakini akan terus berkembang sebagai kawasan bandar baharu moden yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/07/kabinet-tubuh-jawatankuasa-khas-tangani-lambakan-produk-asing-lindungi-pmks-tempatan/feed/ 0 91180
Jeffrey Kitingan Dilantik Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Pekerja Asing https://sabahmedia.com/2022/02/17/jeffrey-kitingan-dilantik-sebagai-pengerusi-jawatankuasa-khas-mengenai-pekerja-asing/ https://sabahmedia.com/2022/02/17/jeffrey-kitingan-dilantik-sebagai-pengerusi-jawatankuasa-khas-mengenai-pekerja-asing/#respond Thu, 17 Feb 2022 10:22:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12319
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersetuju melantik Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan sebagai pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Pekerja Asing Tanpa Dokumen dan Warga Asing di Sabah.

Jawatankuasa itu telah ditugaskan untuk mengumpul input daripada penguatkuasa undang-undang, pemain industri, pemimpin politik dan pemimpin masyarakat tentang cara terbaik menangani isu pekerja asing tanpa izin dan tanggungan mereka di Sabah.

“Kedua-dua kerajaan Sabah dan persekutuan bersetuju bahawa pendatang tanpa izin mesti didakwa dan dihantar pulang serta-merta.

“Kita kini dibanjiri dengan kehadiran pendatang tanpa izin mengambil pekerjaan yang mana rakyat kita tidak mahu pekerjaan tersebut.

“Kita tidak tahu di mana mereka berada, siapa mereka, atau apa yang mereka lakukan. Jika kita tidak dimaklumkan mengenai aktiviti mereka, kita akan mendedahkan raky seeat kita kepada ancaman keselamatan serta bahaya kesihatan,” kata Jeffrey dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey berkata, sebagai pengerusi jawatankuasa itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua pasukan penguatkuasa undang-undang, majikan yang mengambil pekerja asing dan pemimpin politik dari kedua-dua belah pihak dan pemimpin masyarakat, dalam perintah itu.

Selepas siri mesyuarat ini selesai dan data telah dikumpul, jawatankuasanya akan membentangkan kertas kerja kepada kabinet untuk dibincangkan dengan lebih lanjut dan diharapkan akan menemui penyelesaian kepada masalah itu.

“Saya percaya kita akan dapat mencari penyelesaian terbaik untuk situasi ini selepas perbincangan meluas dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan. Saya telah menetapkan tarikh akhir untuk membentangkan kertas kabinet ini dalam tempoh tiga bulan dari hari ini. Saya harap keputusan itu dapat diterima oleh semua orang, terutama rakyat Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/17/jeffrey-kitingan-dilantik-sebagai-pengerusi-jawatankuasa-khas-mengenai-pekerja-asing/feed/ 0 12319