Jawatankuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Jan 2026 12:39:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jawatankuasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jawatankuasa baharu ditubuh, menilai projek kerjasama awam-swasta dan konsesi Negeri https://sabahmedia.com/2026/01/21/jawatankuasa-baharu-ditubuh-menilai-projek-kerjasama-awam-swasta-dan-konsesi-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/01/21/jawatankuasa-baharu-ditubuh-menilai-projek-kerjasama-awam-swasta-dan-konsesi-negeri/#respond Wed, 21 Jan 2026 12:39:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90120
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri hari ini meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Awam-Swasta dan Pengurusan Projek Konsesi Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, jawatankuasa baharu itu akan menggantikan Jawatankuasa Penswastaan Negeri yang ditubuhkan pada tahun 1991.

“Jawatankuasa baharu ini akan menilai tiga kategori projek berbanding jawatankuasa sebelum ini yang hanya menilai projek dari perspektif penswastaan,” katanya.

Beliau berkata, sebarang cadangan projek kerjasama awam-swasta kini akan dimulakan oleh kementerian berkaitan dan dirujuk kepada jawatankuasa teknikal di bawah jawatankuasa baharu itu yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Setelah sesuatu projek didapati berdaya maju, ia akan dibawa ke Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Setiausaha Negeri untuk penelitian lanjut sebelum dibentangkan kepada Kabinet bagi kelulusan muktamad.

Ini bagi memastikan, antara lain, ketepatan skop projek yang melibatkan Kerajaan Negeri dan sektor swasta seperti konsesi air dan jalan raya atau projek perumahan, katanya.

“Semua usaha sama yang melibatkan Kerajaan Negeri kini perlu melalui proses penilaian jawatankuasa ini,” katanya.

Mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pertama Jabatan Ketua Menteri selepas pembentukan kerajaan baharu di Menara Kinabalu dekat sini hari ini, Ketua Menteri berkata Kabinet Negeri turut meluluskan kriteria tambahan serta penambahbaikan kepada inisiatif Rumah Mesra SMJ bagi tahun ini.

Beliau berkata, kos bagi satu unit Rumah SMJ bertiang telah dinaikkan kepada RM95,000, manakala kos Rumah SMJ tidak bertiang kini berjumlah RM85,000 seunit.

Kenaikan tersebut adalah bagi menampung kos tambahan seperti pengangkutan bahan binaan, penambakan tanah di tapak rumah serta pemasangan tiang elektrik dan paip air.

Hajiji turut mengumumkan bahawa Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 (2026-2030) akan dilancarkan pada 30 Januari sempena Majlis Amanat Ketua Menteri kepada pejawat awam negeri, warga syarikat berkaitan kerajaan serta badan berkanun.

Lebih 7,000 pejawat awam dijangka menghadiri majlis berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/21/jawatankuasa-baharu-ditubuh-menilai-projek-kerjasama-awam-swasta-dan-konsesi-negeri/feed/ 0 90120
Barisan Jawatankuasa Baharu dilantik untuk Kelab Penyokong Rasmi MU Malaysia https://sabahmedia.com/2025/06/22/barisan-jawatankuasa-baharu-dilantik-untuk-kelab-penyokong-rasmi-mu-malaysia/ https://sabahmedia.com/2025/06/22/barisan-jawatankuasa-baharu-dilantik-untuk-kelab-penyokong-rasmi-mu-malaysia/#respond Sun, 22 Jun 2025 12:14:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75980
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: United Malaysia, kelab penyokong rasmi Manchester United di negara ini, telah melantik barisan jawatankuasa baharu selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada Sabtu (21 Jun).

EGM yang berlangsung di sebuah hotel di Penampang, berhampiran sini, turut menyaksikan Batholomew Jingulam dipilih semula tanpa bertanding sebagai Presiden untuk penggal kelima berturut-turut, sekali gus memperkukuh keyakinan dan kepercayaan ahli terhadap kepimpinannya.

Mesyuarat itu turut menyaksikan pemilihan wajah-wajah baharu serta ahli jawatankuasa yang kembali berkhidmat.

Antara yang dipilih ialah Bryan Faurillo sebagai Timbalan Presiden, manakala sembilan individu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa iaitu Adrian Sibangun, Anita Dingkawan, Dora Limus, Daniel Roman, Durie Rainer Fong, Darrell Ho, Daniel Liew, Pauline Lee dan Tony Henry Lojungin.

Lindsay Michael dilantik semula sebagai Setiausaha dengan Michelle Faurillo sebagai Penolong Setiausaha, manakala Fynn Floyd Wong dinamakan sebagai Bendahari bersama Jillianne Flair Bonnie sebagai Penolong Bendahari.

Presiden turut melantik Simon Peter dan Fazrilan Rusulan sebagai Pegawai Khas.

Dalam laporannya sebelum itu, Setiausaha kelab menekankan pelbagai aktiviti berjaya yang telah dianjurkan sepanjang tahun lalu termasuk United Malaysia Football Carnival, majlis makan malam tahunan, serta lawatan ahli ke Old Trafford, gelanggang rasmi Manchester United.

Batholomew turut merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa terdahulu atas dedikasi mereka, dan mengalu-alukan pasukan baharu.

“Terima kasih kepada semua yang telah berkhidmat tanpa jemu dan membantu membina United Malaysia sebagai sebuah keluarga penyokong yang kukuh.

“Kepada jawatankuasa baharu. Tahniah… Marilah kita bekerjasama dengan semangat dan kesatuan untuk membawa kelab ke tahap yang lebih cemerlang dan meraih lebih banyak pencapaian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/22/barisan-jawatankuasa-baharu-dilantik-untuk-kelab-penyokong-rasmi-mu-malaysia/feed/ 0 75980
Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Diaktifkan – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/29/semua-jawatankuasa-pengurusan-bencana-diaktifkan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/semua-jawatankuasa-pengurusan-bencana-diaktifkan-hajiji/#respond Wed, 29 Dec 2021 11:18:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10447
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah memanggil semua agar jawatankuasa pengurusan bencana di negeri ini diaktifkan bagi menjangkakan cuaca buruk di pantai timur dan bahagian utara negeri seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Saya telah bercakap dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untung untuk memberi arahan semua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah untuk segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana mereka dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan, terutamanya angin ribut, banjir dan tanah runtuh.

“Saya mahu pihak berkuasa tempatan terus membersihkan semua laluan air dan longkang bagi memastikan tiada tersumbat sekiranya hujan berterusan,” kata Hajiji.

Beliau menggesa orang ramai supaya mengambil perhatian terhadap amaran cuaca MetMalaysia dan menjaga keselamatan pada setiap masa.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/semua-jawatankuasa-pengurusan-bencana-diaktifkan-hajiji/feed/ 0 10447
PBS Beri Cadangan Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesai Isu Pendatang Tanpa Izin Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/24/pbs-beri-cadangan-tubuh-jawatankuasa-khas-untuk-selesai-isu-pendatang-tanpa-izin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/24/pbs-beri-cadangan-tubuh-jawatankuasa-khas-untuk-selesai-isu-pendatang-tanpa-izin-di-sabah/#respond Fri, 24 Dec 2021 12:08:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10266
Read Time:3 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) memberi cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas antara parti di bawah Dewan Undangan Negeri bagi mencari penyelesaian jangka panjang kepada isu berterusan melibatkan pendatang tanpa izin dan tanggungjawab mereka yang menetap di Sabah.

Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, partinya menolak cadangan yang ditimbulkan semula untuk mengeluarkan pas sementara khas untuk pendatang tanpa izin di negara ini.

Maximus menegaskan sekiranya cadangan itu diluluskan, ia akan membawa masalah lebih besar kepada isu yang belum diselesaikan. Beliau juga percaya kaedah yang lebih berkesan adalah membentuk jawatankuasa khas antara parti.

“Adalah penting pendekatan tersebut mematuhi undang-undang, sama ada di negeri atau negara. Ia mesti telus dan semua input daripada penggubal undang-undang Sabah perlu diambil kira. Ini adalah pendirian PBS,” katanya ketika menjawab gesaan bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh baru-baru ini mengenai pengeluaran pas sementara khas untuk pendatang tanpa izin, walaupun ia ditolak pada pilihan raya kecil Kimanis pada 2020.

Katanya, PBS tidak akan sewenang-wenangnya bersetuju dengan gesaan Harris kerana undang-undang dan peraturan negara mesti dihormati, dan keselamatan jangka panjang rakyat Sabah, dan rakyat Malaysia di Sabah, mesti dilindungi dan terjamin.

“Di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sabah mempunyai hak ke atas imigresen, oleh itu, perkara mengenai IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci adalah di bawah Kawalan kerajaan Negeri sepenuhnya.

“Justeru, wajar bagi ahli Dewan Undangan Negeri terlibat dalam menentukan siapa yang boleh tinggal di Sabah secara tetap, atau sebaliknya.

“Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengambil tindakan serius bagi menyelesaikan isu yang telah lama berlarutan ini, tetapi perlu diingat bahawa semua tindakan mesti berpandukan undang-undang negara dan peraturan dalam kuasa Negeri.

“Tiada lagi ruang untuk permainan politik, atau penyalahgunaan undang-undang imigresen. PBS telah lama mengetengahkan isu ini dan mempertahankan bahawa Sabah adalah untuk rakyat asal Sabah dan rakyat Malaysia tulen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu mendedahkan bahawa cadangan sedemikian perlu diteliti melalui perbincangan intensif dan ditapis oleh jawatankuasa khas, terdiri daripada penggubal undang-undang Sabah

Menurut Maximus terdapat dua kategori pendatang tanpa izin di Sabah, satu dikategorikan sebagai pendatang asing yang mempunyai dokumen, manakala satu lagi pendatang tanpa izin tanpa dokumen.

“Kategori yang didokumenkan melibatkan tiga kelas – pemegang IMM13 berjumlah 51,645; kedua, pemegang Kad Burung-Burung berjumlah 36,892; dan ketiga, Sijil Banci berjumlah 47,519. Jika dijumlahkan tanggungan dan ahli keluarga, kumpulan ini dianggarkan setengah juta di Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, Maximus turut menyatakan di bawah kategori warga asing tanpa izin, mereka dianggarkan antara satu juta hingga 1.5 juta, termasuk tanggungan mereka.

Tambah beliau, terdapat warga asing yang menerima pas kerja mereka di bawah pelbagai program, seperti program pengampunan yang membolehkan mereka diambil sementara sebagai pekerja asing sama ada oleh syarikat perladangan dan pembinaan melalui agensi kerajaan berkaitan, iaitu jabatan Buruh dan Imigresen.

“Mereka yang tidak diupah atau tinggal di Sabah tanpa dokumen yang sah harus dianggap sebagai menyalahi undang-undang. Mereka seharusnya ditahan dan dihantar pulang.

“Pendirian PBS mengenai pendatang tanpa izin adalah mudah – tangkap dan hantar pulang. Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan memainkan peranan penting dalam memastikan mereka ini tidak berada di dalam negeri dan negara kita secara haram.

“Ini adalah perkara yang sangat serius dan sensitif kepada rakyat Sabah dan atas sebab itu, kami di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk melibatkan diri dengan masyarakat, dan sebarang cadangan dari mereka akan dikemukakan kepada Majlis Khas MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” tegas Maximus.

Beliau menambah bahawa di bawah Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak, yang diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri, di mana Sabah dan Sarawak diwakili timbalan ketua menteri dan peguam besar mereka, serta pegawai lain yang berkaitan akan menumpukan perhatian dan usaha untuk menangani isu berkenaan IMM13, Kad Burung -Burung dan Sijil Banci mulai tahun hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/24/pbs-beri-cadangan-tubuh-jawatankuasa-khas-untuk-selesai-isu-pendatang-tanpa-izin-di-sabah/feed/ 0 10266
Jawatankuasa Pemandu Kumpul Data Untuk Silibus Baru Mengenai MA63 https://sabahmedia.com/2021/06/29/jawatankuasa-pemandu-kumpul-data-untuk-silibus-baru-mengenai-ma63/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/jawatankuasa-pemandu-kumpul-data-untuk-silibus-baru-mengenai-ma63/#respond Tue, 29 Jun 2021 06:39:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2187
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Satu jawatankuasa pemandu telah ditubuhkan untuk mempercepatkan pengumpulan data mengenai kandungan sejarah dan aspek perundangan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Dr Maximus Ongkili berkata, Jawatankuasa Pemandu MA63 ini, yang terdiri daripada anggota Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Sabah Law Society (SLS) dan Institute for Development Studies (IDS) Sabah, akan mengumpul fakta sejarah berkaitan pembentukan Malaysia 58 tahun yang lalu.

“Jawatankuasa Pemandu MA63 juga akan membentuk silibus mengenai MA63 dan pembentukan Malaysia untuk rujukan sekolah, pengajian tinggi dan orang ramai.

“Dikoordinasikan oleh BHESS, SLS dan dengan input daripada IDS and Kementerian Pendidikan Malaysia, serta para cendekiawan, akan berkerjasama membentuk silibus untuk golongan sasaran,” kata Maximus.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat secara maya bersama peguam kanan dari SLS, diketuai Presidennya Roger Chin, dan ahli lembaga IDS, diketuai Pengerusinya Datuk Dr Mohd Yaakub Johari, Isnin lalu, beliau menambah tujuan jawatankuasa pemandu ini ditubuhkan adalah untuk menghasilkan satu output yang boleh diterma secara sah dan akademik.

Ianya akan membantu menghapuskan tafsiran fakta yang salah dan tidak tepat, dan sebaliknya memberikan gambaran mengenai perjalanan peristiwa serta fakta perjanjian yang sebenar.

“Terdapat banyak tafsiran berkaitan MA63, dan kami berharap melalui penghasialn silibus pelajaran ini akan membantu membetulkan fakta yang salah. Kami berharap ia akan membantu memberi penerangan yang tepat kepada orang ramai mengenai gambaran sebenar penjanjian yang amat bersejarah ini,” ulas Maximus.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/jawatankuasa-pemandu-kumpul-data-untuk-silibus-baru-mengenai-ma63/feed/ 0 2187
PBS Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Rombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/#respond Wed, 16 Jun 2021 00:08:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1340
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalu-alukan dan menyokong keputusan Kerajaan Negeri merombak Jawatankuasa Pemantauan Dasar dan Tadbir Urus Korporat seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri pada Ahad.

Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki berkata, usaha untuk mengukuh dan meningkatkan bidang pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ini merupakan inisiatif terbaharu yang dibawa oleh Kerajaan Negeri.

“Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memperkasa amalan tadbir urus yang baik dalam BBN dan GLC Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, terdapat lebih 60 BBN dan lebih 30 GLC tidak termasuk subsidiari.

“Kita berharap melalui rombakan ini Kerajaan Negeri akan dapat mengekang ketirisan dalam pengurusan dana, memberi nafas baharu kepada usaha meningkatkan integriti di kalangan penjawat atau pengurusan tertinggi serta mengoptimakan prestasi BBN dan GLC di negeri Sabah,” katanya.

Selain itu katanya, rombakan jawatankuasa tersebut akan membantu Kerajaan untuk mewujudkan BBN dan GLC yang mempunyai pengurusan korporat yang kukuh, operasi yang berkesan, prestasi kewangan yang mampan serta pengarah-pengarah ya ng berkaliber.

“Ini penting untuk menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat dan khususnya juga mencapai matlamat kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat selaras dengan visi Sabah Maju Jaya,” kata Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong.

Semasa mengumumkan rombakan tersebut pada Ahad, Hajiji berkata polisi peningkatan ini termasuklah menguatkuasakan terhadap semua ketidakpatuhan terhadap arahan-arahan kerajaan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, jawatankuasa akan dikawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk semua aspek pengurusan korporat terhadap kemungkinan salah laku termasuklah kelulusan meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru d dalam BBN dan GLC, pemantauan dan sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/pbs-sokong-keputusan-kerajaan-negeri-rombak-jawatankuasa-pemantauan-dasar-dan-tadbir-urus-korporat/feed/ 0 1340