Jayakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 27 Jan 2022 06:49:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jayakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pusat Produk IKS Bantu Jayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/27/pusat-produk-iks-bantu-jayakan-kempen-belilah-barangan-buatan-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/27/pusat-produk-iks-bantu-jayakan-kempen-belilah-barangan-buatan-sabah/#respond Thu, 27 Jan 2022 06:49:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11606
Read Time:2 Minute, 59 Second

RANAU: Kerajaan akan membuka empat lagi Pusat Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Pusat Produk IKS pada tahun ini, bagi membantu mempromosi serta menjual produk keluaran tempatan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata empat Pusat Produk IKS itu akan dibuka di Tawau, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran manakala satu lagi pusat yang sama di Papar kini sedang dibangunkan dan dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat ini.

Pemilik Gerai Kimlin Besiau, memberikan Cenderamata kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika melawat gerai jualan sempena perasmian kempen Belilah Barangan Buatan Sabah Di perkarangan Plaza Kiaburi, Ranau, pada Khamis.
Pemilik Gerai Kimlin Besiau, memberikan Cenderamata kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika melawat gerai jualan sempena perasmian kempen Belilah Barangan Buatan Sabah Di perkarangan Plaza Kiaburi, Ranau, pada Khamis. – Foto ihsan JKM.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong memerhati barangan yang dipamerkan di Kedai IKS Mart sempena perasmian Kempen Belilah Barangan buatan Sabah Di perkarangan Plaza Kiaburi, Ranau, pada Khamis.
– Foto ihsan JKM.

“Pembukaan empat Pusat Produk IKS ini adalah antara dua inisiatif yang diambil kerajaan bagi membantu usahawan IKS mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka.

“Dalam Belanjawan 2022, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) diperuntukkan sebanyak RM5.76 juta di bawah perbelanjaan perbekalan bagi menubuhkan empat lagi Pusat Produk IKS pada tahun ini.

“Saya berharap pembukaan lebih banyak Pusat Produk IKS ini akan membantu menjayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah sekali gus memberi impak yang besar kepada sektor peruncitan tempatan,” katanya ketika merasmikan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah di Kiaburi Plaza, di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin.

Buat masa ini, tiga Pusat Produk IKS sudah beroperasi iaitu di Wisma Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu dan di Beaufort serta terbaharu di daerah ini.

Mengulas lanjut Hajiji berkata, satu lagi inisiatif yang dilaksanakan ialah Program Pemasaran Produk IKS Sabah di pasaraya tempatan di negeri ini, yang mana DIDR bekerjasama dengan Pasaraya Bataras memasarkan produk keluaran Sabah ke seluruh cawangan pasar raya berkenaan.

“Selain di Bataras, produk IKS juga dipasarkan di seluruh Kedai Mesra di Sabah dan Labuan dengan berkolaborasi bersama PETRONAS Dagangan Bhd, khususnya produk makanan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu usahawan IKS yang terjejas akibat pandemik COVID- 19,” katanya.

Beliau berkata, Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah ini adalah salah satu inisiatif yang disenaraikan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya bagi tahun 2021.

“Syabas saya ucapkan kepada MID dan agensi di bawahnya kerana telah berjaya melaksanakan satu lagi inisiatif Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya pada tahun 2021 dengan jayanya,” katanya.

Hajiji berkata, penganjuran Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah ini tepat pada masanya bagi membantu merancakkan semula ekonomi domestik dan membantu usahawan IKS mempromosikan barangan buatan tempatan Sabah.

“Saya berharap kempen ini menjadi satu titik permulaan kepada usaha bersama di antara kerajaan, industri dan juga rakyat dalam memastikan kejayaan kita memulihkan ekonomi dapat diteruskan dengan kejayaan merancakkan semula ekonomi negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap usahawan dan peniaga di Sabah tidak hanya memfokuskan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan sahaja, sebaliknya menggunakan sepenuhnya platform e-dagang yang kini menjadi pilihan ramai.

“Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kebanyakan komuniti perniagaan beralih kepada penggunaan teknologi digital secara meluas.Saya yakin barangan buatan Sabah mempunyai potensi dan kualiti untuk bersaing dengan produk dari luar negara,” katanya sambil berharap 12 syarikat dari Sabah yang menyertai World Dubai Expo 2020 pada Disember lalu, dapat menyebarluaskan lagi perniagaan mereka di peringkat antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/27/pusat-produk-iks-bantu-jayakan-kempen-belilah-barangan-buatan-sabah/feed/ 0 11606
Kibar Jalur Gemilang, Bersatu Jayakan PICK https://sabahmedia.com/2021/08/27/kibar-jalur-gemilang-bersatu-jayakan-pick/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/kibar-jalur-gemilang-bersatu-jayakan-pick/#respond Fri, 27 Aug 2021 08:23:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5348
Read Time:1 Minute, 34 Second

TENOM: Selain mengibarkan Jalur Gemilang, masyarakat disaran bersatu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 (PICK).

Pegawai Daerah Tenom, Sungkim Rumangun berkata, selain mengibar Jalur Gemilang, semangat cinta negara itu juga boleh dizahirkan dengan sokongan kepada usaha-usaha kerajaan dalam membendung wabak Covid-19 dengan cara mendaftar dan menerima vaksinasi.

“Masyarakat perlu bersatu dan menghayati rasa cinta kepada negara terutama dalam situasi pandemik ketika ini.

“Justeru, saya menyarankan kepada masyarakat di daerah ini untuk bersama-sama menyahut seruan kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah, kenderaan ataupun di pejabat sempena bulan kebangsaan.

“Pada zaman dahulu, perjuangan kita adalah menentang musuh bagi mendapatkan kemerdekaan tetapi pada masa ini kita diminta kerjasama berjuang melawan musuh utama yang tidak kelihatan iaitu pandemik Covid-19.

“Dengan itu, kerjasama daripada semua masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di lokasi yang disediakan oleh kerajaan adalah amat penting,” ujar beliau selepas menerima Jalur Gemilang sebagai simbolik Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang daripada Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah.

Simbolik itu diadakan selepas lawatan Program Outreach Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di Dewan Serbaguna, Kampung Masanoi, kelmarin.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong, Yuesri Ismail Yusof, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Francesca Primus Chew, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.43 Kemabong, Sabili Ahunang dan Pegawai Penerangan Daerah, Sahiman Rahman.

Dalam pada itu, Nadzerah menjelaskan program serentak imunisasi Covid-19 dan penyerahan Jalur Gemilang tersebut bertujuan untuk menguar-uarkan kempen Jalur Gemilang, di samping menyemarakkan semangat patriotisme penduduk di daerah berkenaan.

“Menjalankan program ini dengan serampang dua mata bermaksud selain menyedarkan orang ramai bahawa suntikan vaksin merupakan satu-satunya cara yang boleh memutuskan wabak pandemik ini dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat khususnya di daerah Tenom.

“Dengan tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2021 iaitu “Malaysia Prihatin” di situlah terhimpun unsur-unsur kebaikan, kasih sayang dan peduli kepada seluruh rakyat dan juga kerajaan demi untuk negara,” kata beliau. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/kibar-jalur-gemilang-bersatu-jayakan-pick/feed/ 0 5348
MOTAC -KEPKAS Bekerjasama Jayakan Program Vaksinasi Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/30/motac-kepkas-bekerjasama-jayakan-program-vaksinasi-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/30/motac-kepkas-bekerjasama-jayakan-program-vaksinasi-sabah/#respond Wed, 30 Jun 2021 07:52:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2299
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KEPKAS) dalam usaha menjayakan program Vaksinasi seiring dengan Pelan Pemulihan Pelancongan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dalam satu perbincangan khas bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Guandee Kohoi pagi tadi berkenaan dengan program vaksinasi di negeri Sabah untuk sektor pelancongan.

Kata Jafry, sehingga kini, MOTAC Sabah telah menerima lebih 3 ribu permohonan daripada pengusaha industri pelancongan dari seluruh daerah dan sesi libat urus antara MOTAC dan KEPKAS berhubung penggunaan fasiliti bersesuaian yang dapat dijadikan Pusat Pemberian Vaksin.

“Inisiatif ini akan menjadi pemangkin bagi industri pelancongan untuk kembali bangkit, seterusnya membantu kerajaan negeri dalam mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi.

“Pemain industri pelancongan adalah juga merupakan petugas barisan hadapan bagi sektor pelancongan dan seharusnya mereka juga turut diberi keutamaan,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan agar pihak MOTAC mengeluarkan satu “tagging” khas “saya sudah divaksin” untuk pengusaha industri pelancongan termasuk pekerja atau staf di sesebuah pusat pelancongan.

Ia bagi memberi keyakinan kepada pengunjung yang datang sekaligus menjadi harapan buat sektor pelancongan negeri Sabah untuk kembali rancak.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua penggiat industri pelancongan untuk segera tampil mendaftar dengan MOTAC bagi memastikan Pelan Pemulihan Pelancongan berjalan dengan lancar seterusnya mampu mencapai sasaran 80% imuniti kelompok negara menjelang Oktober depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/30/motac-kepkas-bekerjasama-jayakan-program-vaksinasi-sabah/feed/ 0 2299