Jbpm pokok tumbang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Sep 2024 01:14:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jbpm pokok tumbang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JBPM Sabah terima 17 kes berkaitan pokok tumbang https://sabahmedia.com/2024/09/14/jbpm-sabah-terima-17-kes-berkaitan-pokok-tumbang/ https://sabahmedia.com/2024/09/14/jbpm-sabah-terima-17-kes-berkaitan-pokok-tumbang/#respond Sat, 14 Sep 2024 01:14:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60615
Read Time:46 Second

Kota Kinabalu: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang berlaku di beberapa buah daerah di Sabah sejak semalam telah mengakibatkan berlaku kejadian pokok tumbang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, JBPM telah menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang yang bermula jam 12.07 tengah hari semalam sehingga jam 7 pagi tadi.

Menurut JBPM, sebaik menerima panggilan kecemasan, pihaknya segera menggerakkan anggota ke kawasan terlibat.

“Setakat ini sebanyak 17 kes operasi dilaksanakan pihak bomba selepas menerima panggilan kecemasan seawal jam 12.07 tengah hari semalam sehingga jam 7 pagi tadi

“Kes terbabit adalah melibatkan lima kes bagi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu; BBP Kudat empat kes dan BBP Kota Belud dua kes.

“Manakala bagi BBP Tuaran; BBP Penampang; BBP Kota Marudu; BBP Kuala Penyu; BBP Putatan dan BBP Tuaran masing-masing menerima satu panggilan kecemasan,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/14/jbpm-sabah-terima-17-kes-berkaitan-pokok-tumbang/feed/ 0 60615