JBPM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Sep 2026 12:58:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JBPM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JBPM Sabah perkukuh kerjasama strategik bersama kerajaan negeri https://sabahmedia.com/2026/09/04/jbpm-sabah-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2026/09/04/jbpm-sabah-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-kerajaan-negeri/#respond Fri, 04 Sep 2026 12:53:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102817
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah terus memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Sabah menerusi kunjungan hormat Pengarah JBPM Negeri Sabah, Pisar Aziz, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN), Datuk Zainudin Aman, di Menara Kinabalu, hari ini.

Kunjungan hormat yang berlangsung pada jam 4.00 petang itu antara lain bertujuan mempererat hubungan antara JBPM Sabah dan kerajaan negeri, khususnya dalam aspek keselamatan, pencegahan dan kesiapsiagaan kebakaran, operasi penyelamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi memperkenalkan barisan kepimpinan JBPM Negeri Sabah selain membincangkan dan bertukar pandangan mengenai pengurusan keselamatan, kebombaan dan penyelamatan di negeri ini.

Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak turut memberi penekanan terhadap kepentingan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi pelbagai bentuk kecemasan dan bencana bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah sentiasa menjadi keutamaan.

Kerjasama erat antara JBPM Sabah dan kerajaan negeri dilihat penting dalam memastikan sistem pengurusan keselamatan dan tindak balas kecemasan di negeri ini terus diperkasa, khususnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/04/jbpm-sabah-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-kerajaan-negeri/feed/ 0 102817
JBPM Sabah laksana Task Force Ops Trigger 2026, 34 hotel ditawar kompaun https://sabahmedia.com/2026/09/03/jbpm-sabah-laksana-task-force-ops-trigger-2026-34-hotel-ditawar-kompaun/ https://sabahmedia.com/2026/09/03/jbpm-sabah-laksana-task-force-ops-trigger-2026-34-hotel-ditawar-kompaun/#respond Thu, 03 Sep 2026 09:41:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102726
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah melaksanakan Task Force Ops Trigger 2026 secara serentak di seluruh negeri bagi mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis hotel yang didapati sengaja menyahaktifkan (isolate/bypass) atau mematikan fungsi sistem penggera kebakaran tanpa alasan teknikal yang sah, mengikut Seksyen 55, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Operasi yang dilaksanakan pada Rabu (2 Sept) dari jam 10 pagi hingga 3 petang itu melibatkan pemeriksaan terhadap premis hotel di kawasan jagaan zon dan balai JBPM di seluruh negeri.

Tindakan menyahaktifkan atau mematikan sistem penggera kebakaran secara sengaja boleh menjejaskan fungsi sistem berkenaan dalam memberikan amaran awal sekiranya berlaku kebakaran, sekali gus meningkatkan risiko terhadap keselamatan penghuni dan tetamu.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 76 premis hotel diperiksa di seluruh Sabah. Daripada jumlah itu, 34 tawaran kompaun dikeluarkan atas kesalahan yang dikesan, melibatkan jumlah keseluruhan RM4,600.

Pengarah JBPM Negeri Sabah, Mohd Pisar Aziz, berkata pelaksanaan operasi berkenaan bukan semata-mata bertujuan mengeluarkan kompaun, sebaliknya bagi memastikan pengurusan premis hotel mengambil serius aspek keselamatan kebakaran serta memastikan sistem penggera kebakaran sentiasa berada dalam keadaan berfungsi.

“Keselamatan penghuni dan tetamu premis adalah keutamaan. Sistem penggera kebakaran merupakan salah satu komponen penting dalam memberikan amaran awal sekiranya berlaku kecemasan dan tidak seharusnya dinyahaktifkan tanpa alasan teknikal yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JBPM Negeri Sabah memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan akibat kegagalan fungsi sistem keselamatan kebakaran kerana keadaan itu berpotensi mengancam nyawa penghuni, khususnya di premis penginapan yang mempunyai kapasiti penghuni tinggi atau berdepan risiko ketika penghuni sedang tidur (sleeping risk).

Katanya, JBPM Negeri Sabah akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan bagi memastikan tahap pematuhan keselamatan kebakaran di premis berisiko, khususnya sektor perhotelan, sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan demi menjamin persekitaran yang selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/03/jbpm-sabah-laksana-task-force-ops-trigger-2026-34-hotel-ditawar-kompaun/feed/ 0 102726