JBPM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 16 Jan 2025 10:31:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JBPM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Utamakan keselamatan sepanjang musim perayaan – JBPM https://sabahmedia.com/2025/01/16/utamakan-keselamatan-sepanjang-musim-perayaan-jbpm/ https://sabahmedia.com/2025/01/16/utamakan-keselamatan-sepanjang-musim-perayaan-jbpm/#respond Thu, 16 Jan 2025 10:31:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67023
Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan orang ramai untuk tidak alpa terhadap aspek keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sepanjang tempoh musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah JBPM Sabah Jainal @ Zainal Madasin berkata, musim perayaan sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kebakaran dan kemalangan.

Katanya, seluruh masyarakat diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan perayaan ini berlangsung dengan selamat dan harmoni.

“Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2025, JBPM Sabah mengambil kesempatan untuk memberikan peringatan kepada semua masyarakat berkaitan dengan keselamatan kebakaran serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

“Kempen ini juga bertujuan untuk memupuk budaya keselamatan di kalangan masyarakat, serta menjalin kerjasama antara pihak berkuasa, badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat dalam usaha mencegah dan mengurangkan risiko kebakaran.

“Aktiviti memasak merupakan aktiviti yang kerap dilakukan semasa menyambut perayaan bagi menyediakan juadah untuk keluarga tersayang. Kecuaian semasa memasak merupakan salah satu punca yang menyebabkan kebakaran.

“Oeh itu, diingatkan setiap aktiviti di dapur perlu diawasi dan sentiasa elakkan gejala 3L iaitu lupa, lalai dan leka. jangan lupa menutup suis elektrik dan jangan lupa matikan api selepas memasak dan jangan leka dengan bermain telefon pintar dan membiarkan masakan didapur tanpa pengawasan,” katanya.

Zainal berkata, masyarakat juga digesa untuk memastikan tahap keselamatan kebakaran di rumah berada dalam keadaan baik melalui amalan ‘good housekeeping’dengan memastikan susun atur peralatan dirumah sentiasa kemas.

Selain itu katanya, masyarakat juga perlu memastikan perkakas elektrik dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan serta memastikan tiada penyambungan wayar elektrik yang berlebihan bagi mengelakan litar pintas.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan statistik panggilan kebakaran sempena musim perayaan Tahun Baru Cina dari Januari hingga Februari 2024, sebanyak 773 panggilan kebakaran melibatkan kebakaran struktur dan sebanyak 781 panggilan melibatkan kemalangan kenderaan.

“Daripada statistik panggilan kebakaran tersebut  dua kematian dicatatkan dan lima orang telah dicatatkan mengalami kecederaan akibat kebakaran. Bagi mengelak tragedi yang tidak diingini, jabatan ini juga menyarankan agar setiap penghuni kediaman meyediakan alat pemadam api di rumah masing-masing sebagai langkah pencegahan awal,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/16/utamakan-keselamatan-sepanjang-musim-perayaan-jbpm/feed/ 0 67023
KPKT, JBPM lancar Perkhidmatan Khas Ambulan Udara yang pertama di Malaysia https://sabahmedia.com/2023/04/15/jbpm-lancar-perkhidmatan-khas-ambulan-udara-yang-pertama-di-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/04/15/jbpm-lancar-perkhidmatan-khas-ambulan-udara-yang-pertama-di-malaysia/#respond Sat, 15 Apr 2023 07:51:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32798
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Yusof Mohamad

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Perkhidmatan Khas Ambulan Udara (EMARS) yang pertama di Malaysia di sini pada Sabtu.

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Khas Ambulan Udara (EMARS).

Menteri KPKT, Nga Kor Ming Menteri telah menyempurnakan Majlis Pelancaran EMARS dan Kempen Keselamatan Musim
Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa.

Kor Ming berkata, ini pertama kali dalam sejarah di Malaysia KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses
menerusi jalan darat.

“Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun,” katanya.

Menurut Kor Ming, selain digunakan untuk membawa doktor, pegawai, peralatan dan bekalan perubatan dengan menggunakan pesawat sedia ada yang diubahsuai, EMARS juga menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan efektif bagi operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa yang memerlukan rawatan perubatan dengan kadar segera termasuklah penyelamatan yang melibatkan kemalangan di lebuhraya.

Kor Ming berkata, buat masa ini perkhidmatan EMARS meliputi di Semenanjung dahulu namun akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak sekiranya mempunyai peruntukan lebih.

“Jika kewangan tambah baik dapat peroleh lagi helikopter supaya perkhidmatan itu dapat digunakan seluruh negara,” ujarnya.

Tambah beliau, setakat ini kita ada enam juruterbang sentiasa bersiap sedia (menyelamat) dan harap dapat perluaskan pasukan ini pada tahun hadapan.

Sementara itu, menyentuh mengenai Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 yang dilaksanakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, Kor Ming menegaskan JBPM sentiasa komited dalam mempertingkatkan kesedaran awam kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda.

“Usaha melahirkan masyarakat yang cakna akan keselamatan bukan sahaja dapat meminimumkan kehilangan nyawa dan harta benda, malah ia juga memberi impak kepada penurunan kepada nilai kerugian sosio-ekonomi yang dialami negara.

“Justeru, hanya 20 peratus daripada keseluruhan keanggotaan bomba dari seluruh negara mendapat cuti raya, manakala 80 peratus anggota lain bergilir-gilir bertugas mengikut syif di 334 buah balai bomba seluruh Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/15/jbpm-lancar-perkhidmatan-khas-ambulan-udara-yang-pertama-di-malaysia/feed/ 0 32798
JBPM sedia jalin kolaborasi, cegah kebakaran lebih teruk https://sabahmedia.com/2022/04/07/jbpm-sedia-jalin-kolaborasi-cegah-kebakaran-lebih-teruk/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/jbpm-sedia-jalin-kolaborasi-cegah-kebakaran-lebih-teruk/#respond Wed, 06 Apr 2022 23:52:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13997
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia menjalin kolaborasi dengan mana-mana syarikat besar khususnya di negeri ini bagi membantu mencegah kebakaran lebih teruk.

Pengarah JBPM Negeri Sabah, Mohd Abdul Razak Muda berkata, JBPM mempunyai peralatan serta kemahiran yang boleh melatih masyarakat dengan asas kebombaan.

“Kami boleh melatih masyarakat asas-asas kebombaan bagi membantu mereka melakukan sesuatu yang betul bagi mencegah kejadian lebih teruk sekiranya terjadi kebakaran.

“Namun, kita kekurangan dana untuk melaksanakan agenda tersebut dan sebab itu perlunya ada kolaborasi dengan syarikat-syarikat besar dan ahli politik yang boleh memberikan kita dana bagi melaksanakan latihan asas kebombaan sekaligus mempromosikan Bomba Komuniti,” katanya.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini kelmarin.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/jbpm-sedia-jalin-kolaborasi-cegah-kebakaran-lebih-teruk/feed/ 0 13997
Hajiji Terima Kunjungan Pengarah JBPM Sabah Baharu https://sabahmedia.com/2022/02/24/hajiji-terima-kunjungan-pengarah-jbpm-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/02/24/hajiji-terima-kunjungan-pengarah-jbpm-sabah-baharu/#respond Thu, 24 Feb 2022 08:46:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12494
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah yang baharu, Abdul Razak Muda di Menara Kinabalu disini hari ini.

Abdul Razak menggantikan Mohd Ali Ismail yang memegang jawatan baharu sebagai Pengarah Latihan JBPM di Putrajaya.

Hadir sama Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan.

Pada pertemuan itu, Hajiji telah diberi taklimat mengenai usaha-usaha yang telah dan bakal dilaksanakan oleh JBPM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

“Sesi pertemuan ini memberi ruang untuk kami membincangkan secara terperinci mengenai isu-isu melibatkan pengurusan keselamatan negeri Sabah.

“Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga JBPM Sabah di atas komitmen dan kerjasama berterusan khususnya dalam pengurusan bencana alam dan krisis pandemik COVID-19,” katanya.

Hajiji turut berharap pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Kerajaan Negeri Sabah dan JBPM Sabah dalam menjamin keselamatan negeri dan rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/24/hajiji-terima-kunjungan-pengarah-jbpm-sabah-baharu/feed/ 0 12494
JBPM Sabah Catat Penurunan Angka Kes Kebakaran Dalam Tempoh Dua Tahun https://sabahmedia.com/2022/01/26/jbpm-sabah-catat-penurunan-angka-kes-kebakaran-dalam-tempoh-dua-tahun/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/jbpm-sabah-catat-penurunan-angka-kes-kebakaran-dalam-tempoh-dua-tahun/#respond Wed, 26 Jan 2022 03:41:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11561
Read Time:1 Minute, 28 Second

KUDAT : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya merekodkan penurunan angka kes kebakaran bangunan dalam tempoh dua tahun sejak tahun 2020.

Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata, insiden kebakaran bangunan menunjukkan sedikit pengurangan pada 2021 berbanding tahun 2020 sebanyak 27.73 peratus.

Katanya, penurunan insiden kebakaran melibatkan bangunan pada tahun lalu menunjukkan sesuatu yang positif kepada jabatan.

“Walau bagaimanapun, jika dilihat pada seminggu sebelum dan seminggu selepas dimana perayaan ini dirayakan, rekod menunjukkan jumlah insiden kebakaran pada tahun 2020 sebanyak 147 kes kebakaran telah menurun sebanyak 98 kepada 49 kes kebakaran pada 2021.

“Bulan perayaan menjadi fokus kerana perayaan besar ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menggandakan lebih banyak aktiviti rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pelancaraan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2022 disini semalam.

Farhan berkata, kemalangan kenderaan juga merupakan insiden yang perlu diberi perhatian oleh semua masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

Katanya, pengguna jalan raya juga diminta agar lebih berhati-hati selain memandu dengan bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta lebih bertimbangrasa.

“Ini adalah elemen-elemen asas untuk memandu dengan selamat selain mengutamakan kecerdasan dan kesihatan. Jika penat, ambilah masa berehat dan menyambung semula perjalanan apabila bertenaga semula.

“Dari segi statistik kemalangan kenderaan untuk perbandingan dua tahun (1 minggu sebelum dan 1 minggu selepas), sebanyak 13 kes kemalangan kenderaan direkodkan pada tahun 2020 dan sembilan kemalangan dicatatkan pada tahun lalu,” katanya.

Justeru, Farhan berkatam pihaknya turut menasihati pengguna jalan raya untuk terus meningkatkan kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya.

“Salah satu punca utama peningkatan kemalangan maut disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.

“Sebanyak 90 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri seperti tidak sabar dan memandu secara rakus sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/jbpm-sabah-catat-penurunan-angka-kes-kebakaran-dalam-tempoh-dua-tahun/feed/ 0 11561
Sembilan Pasukan Bomba Komuniti Ditubuhkan https://sabahmedia.com/2021/11/17/sembilan-pasukan-bomba-komuniti-ditubuhkan/ https://sabahmedia.com/2021/11/17/sembilan-pasukan-bomba-komuniti-ditubuhkan/#respond Wed, 17 Nov 2021 02:21:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8538
Read Time:1 Minute, 17 Second

PAPAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menubuhkan sebanyak sembilan Pasukan Bomba Komuniti membabitkan keahlian seramai 170 orang dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Pengarah JBPM Sabah Mohd Ali Ismail berkata, pasukan itu kini telah mempunuyai 411 Pasukan Bomba Komuniti membabitkan keahlian seramai 6065 peserta sepanjang tahun 2014 sehingga 2021.

“Pada hari ini (semalam) sebanyak sembilan pasukan Bomba Komuniti telah ditubuhkan dengan keahlian seramai 170 orang.

“Program kali ini melibatkan empat daerah iaitu daerah Tuaran, Papar, Beaufort dan Sipitang yang telah berlangsung dari 27 Oktober sehingga 5 November lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Pentauliahan Pasukan Bomba Komuniti (CERT) di Toboon Minansar Eco-Tourism Centre Ulu Kimanis Papar disini semalam.

Mohd Ali berkata, antara syarat pentauliahan seorang ahli Bomba Komuniti hendaklah dengan jayanya menamatkan modul latihan selama 8 jam yang telah ditetapkan oleh JBPM yang merangkumi latihan teori dan praktikal.

Katanya, program itu merupakan program kedua yang dilaksanakan yang memfokuskan kepada masyarakat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keselamatan kebakatan.

“Jabatan berharap kerjasama ini tidak berakhir di sini dan aka nada kesinambungan untuk siri-siri dan pemilihan lokasi yang berbeza pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata, program itu mempunyai tiga objektif utama iaitu Afektik; Kognitif dan Psikomotor.

Katanya, ia bagi memastikan masyarakat dapat menimba sebanyak mungkin ilmu kebombaan dan penyelamat yang disampaikan oleh JBPM dan PETRONAS.

“Selain itu, program itu juga akan mempertingkatkan lagi kredibiliti dan keyakinan dalam menghadapi sebarang kemerbahayaan kebakaran.

“Menggunakan segala pengetahuan dan juga kemahiran dalam menghadapi sebarang kecemasan yang tidak dijangka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/17/sembilan-pasukan-bomba-komuniti-ditubuhkan/feed/ 0 8538