JDT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Dec 2021 12:45:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JDT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Irfan, Stuart Wilkin & 5 Pemain Muda Bersama Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/12/11/irfan-stuart-wilkin-5-pemain-muda-bersama-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/12/11/irfan-stuart-wilkin-5-pemain-muda-bersama-sabah-fc/#respond Sat, 11 Dec 2021 12:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9766
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC mengumumkan tujuh lagi pemain baharu bagi membantu skuad Badak mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Ia termasuklah dua pemain yang dipinjamkan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Irfan Fazail dan Stuart John Wilkin.

Kedua-dua pemain itu akan menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee secara pinjaman selama setahun.

Irfan sebelum ini merupakan antara pemain yang turut sama memenangi Pingat Emas Sukan SEA 2011 bersama pasukan Kebangsaan yang ketika itu dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee.

Beliau bertindak selaku ‘Playmaker’ dan pernah menarik perhatian Kelab berpengkalan di Slovakia iaitu FC Vion dan sempat melakukan beberapa penampilan.

Manakala pemain muda berdarah kacukan Malaysia dan England, Stuart Wilkin menandatangani kontrak bersama pasukan JDT untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sepanjang musim ini, beliau beraksi sangat konsisten bersama pasukan JDT II dan beraksi di posisi sayap dan merupakan produk daripada akademi Southampton FC.

Sementara itu, lima lagi pemain muda yang diumumkan seterusnya mengikat kontrak bersama Sabah FC iaitu Gerald Gadit; Abdul Hanafie Tokyo Abdul Hasim; Mohammad Ramzi Mustakim; Mohamad Sahrizan Saidin dan Mohd Nureizkhan Isa Japar yang sebelum ini bermain bersama pasukan Piala Presiden B22 Sabah FC.

Turut diumumkan pemain muda Harith Naem Jaineh yang sebelum ini bermain dengan pasukan Selangor FC U19.

Kesemua mereka diumumkan melalui laman Facebook Rasmi Sabah FC baru-baru ini.

Sebelum ini, Sabah FC turut mengumumkan bekas kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC Baddrol Bakhtiar dan pemain kebangsaan Dominic Tan.

Turut disenaraikan dua lagi pemain antaranya bekas pemain UiTM FC Dirga Surgi dan pemain kelahiran Labuan Mohd Afiq Yunus @ Apeng.

Skuad Badak turut mengikat Rawilson Batuil dan Nazirul Naim Che Hashim selain penyerang Sabah FC Mohd Amri Yahyah dan N Thanabalan yang turut disambung kontrak bagi musim depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/11/irfan-stuart-wilkin-5-pemain-muda-bersama-sabah-fc/feed/ 0 9766
Sabah FC Turunkan Pemain Muda Hadapi Baki Saingan Piala Malaysia https://sabahmedia.com/2021/11/01/sabah-fc-turunkan-pemain-muda-hadapi-baki-saingan-piala-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/11/01/sabah-fc-turunkan-pemain-muda-hadapi-baki-saingan-piala-malaysia/#respond Sun, 31 Oct 2021 22:39:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8087
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC akan mempertaruhkan barisan pemain-pemain muda untuk menghadapi baki saingan Piala Malaysia 2021.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata para pemain muda perlu bersedia menggalas tugas selaku pemain utama jika diberikan peluang beraksi kelak.

Katanya beberapa pemain utama masih mengalami kecederaan yang dialami semasa perlawanan terdahulu dan sudah tentu posisi mereka akan diisi pemain-pemain muda sebagai kesebelasan utama.

“Mereka (pemain muda) harus bersedia mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu serta pengalaman bagi menghadapi persiapan perlawanan akan datang.

“Secara keseluruhan kita sangat berpuas hati dengan mutu persembahan yang ditunjukkan para pemain muda ketika aksi perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu. Mereka telah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam.

Kim Swee berkata dalam saingan baki perlawanan Piala Malaysia ini nanti sudah tentu tempat kesebelahan utama menjadi rebutan mereka.

“Rebut peluang dengan mempamerkan aksi terbaik mereka. Secara keseluruhan  pemain-pemain muda yang ada sekarang dalam Sabah FC mempunyai potensi besar menjadi tumpuan pasukan lain termasuk boleh bermain dalam pasukan kebangsaan kelak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/01/sabah-fc-turunkan-pemain-muda-hadapi-baki-saingan-piala-malaysia/feed/ 0 8087
Sokongan Penonton Kekuatan Sabah FC Menentang JDT Jumaat ini – Kim Swee https://sabahmedia.com/2021/10/27/sokongan-penonton-kekuatan-sabah-fc-menentang-jdt-jumaat-ini-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/sokongan-penonton-kekuatan-sabah-fc-menentang-jdt-jumaat-ini-kim-swee/#respond Wed, 27 Oct 2021 10:24:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7983
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU:  Sabah FC menghadapi cabaran cukup besar bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu apabila saingan TM Piala Malaysia 2021 bersambung semula 29 Oktober ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata ini merupakan perlawanan pertama beliau mengendalikan Sabah FC selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih bermula 1 Oktober lalu dan berharap persiapan rapi selama sebulan ini dapat diterjemahkan oleh anak-anak buahnya dengan keputusan yang positif.

Katanya dalam setiap perlawanan pasti ada kelemahan serta kekuatan namun semua pemain perlu fokus agar dapat menyaingi kekuatn pasukan JDT.

Kim Swee mengakui pasukannya mempunyai banyak kelemahan dan ada juga kekuatan.

“Tapi kelemahan paling ketara apabila dibolosi begitu banyak gol dalam saingan Liga Super lalu.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan dan kelemahan yang ada ketika bertemu JDT nanti dan percaya banyak perkara telah diperbaiki sepanjang tempoh rehat sebulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan skuad badak di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Kim Swee berkata ketika ini Sabah FC boleh meletakkan sasaran yang positif sekaligus tidak boleh membenarkan JDT untuk menguasai perlawanan jumaat nanti.

“Kita perlu yakin bahawa bermain di laman sendiri merupakan salah satu kekuatan yang kita ada disamping sokongan daripada para penyokong selepas dibenarkan hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 bermula Jumaat ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/sokongan-penonton-kekuatan-sabah-fc-menentang-jdt-jumaat-ini-kim-swee/feed/ 0 7983
Sabah FC Berdepan Laluan Sukar Hadapi Saingan Piala Malaysia https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-fc-berdepan-laluan-sukar-hadapi-saingan-piala-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-fc-berdepan-laluan-sukar-hadapi-saingan-piala-malaysia/#respond Wed, 15 Sep 2021 07:37:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6348
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC dijangka melalui laluan sukar peringkat kumpulan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia selepas ia diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan Piala Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT).

Turut diundi bersama dalam Kumpulan D adalah PJ City FC dan pasukan tangga keempat Liga Perdana dalam majlis undian hari ini.

JDT yang baru menjulang trofi Liga Super buat kali kelapan berturut-turut Ahad lalu tampak berdepan laluan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan kejohanan itu musim ini.

Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA) juga dijangka tidak berdepan masalah besar untuk mara ke peringkat seterusnya apabila diundi dalam Kumpulan C bersama Melaka United, juara Liga Perdana sama ada Negeri Sembilan atau Sarawak United dan pasukan tangga kelima Liga Perdana.

Saingan sengit dijangka membabitkan Kumpulan A dan B selepas masing-masing dibarisi tiga pasukan Liga Super dan satu wakil Liga Perdana.

Pasukan tangga ketiga Liga Super, Penang FC bakal berdepan tugas sukar dalam Kumpulan A apabila terpaksa berdepan KL City FC, Sri Pahang FC dan naib juara Liga Perdana musim ini sama ada Sarawak United atau Negeri Sembilan FC.

Kumpulan B mungkin boleh dianggap sebagai ‘kumpulan maut’ dengan perebutan tiket ke peringkat kalah mati akan menemukan Terengganu FC, Selangor FC, Perak FC dan pasukan tangga ketiga Liga Perdana.

Sepak mula saingan Piala Malaysia yang memasuki ulang tahun ke-100 musim ini akan bermula pada 25 September ini.

Kumpulan A – Penang FC, KL City FC, Sri Pahang FC, Naib Juara Liga Perdana (LP)

Kumpulan B – TFC, Selangor FC, Perak FC, Tangga Ketiga LP

Kumpulan C – KDA FC, Melaka United, Juara LP, Tempat Kelima LP

Kumpulan D – JDT, PJ City FC, Sabah FC, Tempat Keempat LP

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-fc-berdepan-laluan-sukar-hadapi-saingan-piala-malaysia/feed/ 0 6348
Sabah FC Hadapi Cabaran Besar Bertemu JDT Tanpa Kehadiran 2 Pemain Import https://sabahmedia.com/2021/08/07/sukan-sabah-fc-hadapi-cabaran-besar-bertemu-jdt-tanpa-kehadiran-2-pemain-import/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/sukan-sabah-fc-hadapi-cabaran-besar-bertemu-jdt-tanpa-kehadiran-2-pemain-import/#respond Sat, 07 Aug 2021 05:06:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4200
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC menghadapi cabaran besar selepas dua pemain importnya tidak dapat beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok (Ahad).

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata pemain tengah import dari Korea, Park Taesu serta penyerang Croatia, Josip Ivancic disahkan masih berada dalam senarai kecederaan.

Katanya JDT merupakan satu pasukan unggul dengan serba serbi lengkap tentunya memberi cabaran yang tersendiri untuk skuad ‘The Rhinos’.

“Kita tahu JDT team yang kuat. Di Stadium Likas kita ditewaskan 4-1. Kemudian team kami juga belum dapat diperkuat sepenuhnya.

“Jadi kami harus menggunakan sebaik mungkin tenaga pemain sedia ada dengan jadual perlawanan yang sangat padat ini. Tentunya kita harus berfikir bagaimanakah “rotation” permain dan  taktikal yang akan digunakan untuk menghadapi JDT malam esok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu hari ini.

Kurniawan berkata paling penting pemain diturunkan nanti adalah yan mempunyai tahap kecergasan 100 peratus serta fokus kepada perlawanan yang dianggap sangat berat.

Menyentuh mengenai perangkap ‘Offside’ yang dilakukan Amri Yahya ketika menentang Terengganu FC & Kuala Lumpur City FC, Kurniawan berkata ia merupakan inisiatif daripada Amri sendiri.

“Dia (Amri) adalah pemain yang berpengalaman tentunya mengerti keadaan atau situasi di dalam padang….Jadi saya katakan bahawa Amri seorang pemain yang sangat pintar.

“Jadi dia tahu apa yang harus dilakukan baik saat attack mahupun ketika bertahan dan salah satunya adalah ‘offiside trap’ yang dilakukan oleh Amri atas inisiatifnya sendiri,” katanya.

Kurniawan berkata Sabah FC memang masih memerlukan Levy Madinda berikutan dia merupakan seorang pemain yang kuat dengan bola.

“Dia (Levy) bisa control game atau di midfield area kemudian bola dengan dia juga tidak cepat hilang dan yang paling penting adalah vision dan killer pass dia saat attack,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/sukan-sabah-fc-hadapi-cabaran-besar-bertemu-jdt-tanpa-kehadiran-2-pemain-import/feed/ 0 4200