jejantas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Jan 2025 00:55:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jejantas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Enggan Guna Jejantas: Pejalan kaki dan penunggang motosikal maut di Jalan UMS https://sabahmedia.com/2025/01/10/enggan-guna-jejantas-pejalan-kaki-dan-penunggang-motosikal-maut-di-jalan-ums/ https://sabahmedia.com/2025/01/10/enggan-guna-jejantas-pejalan-kaki-dan-penunggang-motosikal-maut-di-jalan-ums/#respond Fri, 10 Jan 2025 00:55:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66717
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Alam Mesra, Jalan UMS/One Borneo di sini malam tadi.

Insiden itu turut menyebabkan pembonceng motosikal cedera ringan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.30 malam, melibatkan sebuah motosikal Yamaha LC dan seorang pejalan kaki yang dipercayai melintas jalan secara tergesa-gesa menuju ke rumah sewanya di Kg Penampang Laut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 20-an bersama pemboncengnya sedang dalam perjalanan dari Sepanggar menuju pusat bandar sebelum melanggar mangsa.

“Penunggang tidak sempat mengelak apabila pejalan kaki, seorang lelaki lingkungan umur 40-an, tiba-tiba melintas dari arah kiri ke kanan jalan. Perlanggaran itu menyebabkan penunggang, pembonceng, dan motosikal terbabas sejauh tujuh meter,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Kasim, penunggang motosikal dan pejalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pembonceng motosikal pula mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati kecuaian pejalan kaki yang tidak menggunakan jejantas berhampiran yang telah disediakan menjadi punca utama kemalangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas.

“Orang awam, khususnya pejalan kaki, juga diingatkan agar menggunakan jejantas atau laluan khas yang disediakan bagi mengelakkan tragedi seumpama ini,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/10/enggan-guna-jejantas-pejalan-kaki-dan-penunggang-motosikal-maut-di-jalan-ums/feed/ 0 66717
Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/11/22/tambah-baik-jejantas-petagas-bakal-tingkat-keselamatan-penduduk-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/tambah-baik-jejantas-petagas-bakal-tingkat-keselamatan-penduduk-shahelmey/#respond Fri, 22 Nov 2024 11:08:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64220
Read Time:1 Minute, 16 Second

PUTATAN: Pembinaan dan penambahbaikan jejantas pejalan kaki di Petagas, dekat sini, bakal memberi impak terhadap peningkatan keselamatan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, perancangan berkaitan pembinaan jejantas itu telah bermula tahun lalu dengan ianya kini diberikan keutamaan.

Jelasnya, pembinaan jejantas itu merupakan penambahan struktur sedia ada.

“Dalam bajet Negeri Sabah tahun 2025 yang telah diluluskan baru-baru ini telah dimasukkan perancangan untuk membina jejantas di kawasan tersebut.

“Saya minta keutamaan diberikan kepada pembinaan jejantas ini dalam waktu yang terdekat” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya itu berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi ahli keluarga mangsa kemalangan keretapi di Kampung Muhibbah, Putatan, pada Jumaat.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata lawatan tersebut adalah sebagai tanda prihatin beliau di atas apa yang telah berlaku terhadap musibah yang menimpa keluarga mangsa.

“Tujuan kita untuk mengadakan ziarah adalah untuk berjumpa dengan ahli keluarga mangsa serta melihat dan mendengar keadaan salah satu mangsa yang terlibat” jelasnya.

Difahamkan mangsa yang cedera masih menerima rawatan di hospital.

Selain Shahelmey, turut hadir memberi sumbangan semasa ziarah tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia; Datuk Che Murad Sayang, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah; Ir. Mohd Safri Abdul Habi, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah; Jais Asri dan wakil daripada Jabatan Penerangan Sabah, Nordin Seman.

Untuk rekod, kejadian kemalangan membabitkan keretapi dari arah Beaufort ke Kota Kinabalu dan pejalan kaki di Putatan pada Selasa lalu yang telah mengorbankan nyawa seorang wanita berusia 41 tahun, manakala anak lelakinya yang parah masih menerima rawatan di hospital.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/tambah-baik-jejantas-petagas-bakal-tingkat-keselamatan-penduduk-shahelmey/feed/ 0 64220
Jejantas Skybridge Mula Dibuka Kepada Awam Bermula Semalam https://sabahmedia.com/2021/09/10/jejantas-skybridge-mula-dibuka-kepada-awam-bermula-semalam/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/jejantas-skybridge-mula-dibuka-kepada-awam-bermula-semalam/#respond Fri, 10 Sep 2021 01:44:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6090
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Jejantas Skybridge kini boleh mula digunakan orang awam khususnya di sekitar Kota Kinabalu selepas ia dibuka kepada umum bermula semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata, jejantas sepanjang 400 meter ini adalah sebahagian daripada projek ‘Skybridge Pedestrian Linkages and Traffic Improvement Works’bernilai RM31.5 juta.

Katanya, jejantas itu merangkumi beberapa komponen termasuk jejantas yang dilengkapi dengan 20 kiosk niaga berhawa dingin, escalator dan lif untuk golongan kelainan upaya; lintasan pejalan kaki;laluan pejalan kaki berbumbung dan beberapa komponen lain.

“Jejantas Skybridge ini menghubungkan beberapa pusat komersial seperti Api-Api; Centre Point; Warisan Square dan Oceanus Waterfront melalui enam pintu masuk yang disediakan.

“Sementara itu pintu masuk ke-tujuh iaitu pintu masuk ke Centre Point belum lagi dibuka kerana pihak pengurusan pusat membeli belah itu telah menyatakan hasrat untuk membina sendiri tangga dan laluan masuk dalam tempoh enam bulan selepas pembinaan Skybridge siap keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Noorliza berkata, pihak Centre Point juga menyatakan mereka akan menanggung sendiri kos pembinaan berkaitan.

Katanya, secara keseluruhan, jejantas Skybridge dilengkapi dengan beberapa kemudahan termasuk jejantas berbumbung; escalator; dua lif untuk golongan kelainan upaya; 20 kiosk perniagaan berhawa dingin dan kamera litar tertutup bagi tujuan keselamatan.

“Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berharap jejantas ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna tetapi juga membantu menyediakan kemudahan perniagaan untuk mereka yang berminat.

“Borang tawarab untuk menyewa lot-lot berkaitan akan diedarkan dalam masa terdekat.  Pihak kami juga berharap agar para pengguna sentiasa menjaga kebersihan serta tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/jejantas-skybridge-mula-dibuka-kepada-awam-bermula-semalam/feed/ 0 6090