jemaah haji sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 May 2024 07:40:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jemaah haji sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bakal jemaah haji diingatkan jaga kesihatan ketika di Mekah https://sabahmedia.com/2024/05/25/bakal-jemaah-haji-diingatkan-jaga-kesihatan-ketika-di-mekah/ https://sabahmedia.com/2024/05/25/bakal-jemaah-haji-diingatkan-jaga-kesihatan-ketika-di-mekah/#respond Sat, 25 May 2024 07:40:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54982
Read Time:1 Minute, 4 Second

Sepanggar : Bakal jemaah haji di negeri ini khususnya dari kawasan Parlimen Sepanggar yang akan mengerjakan ibadah haji diingatkan untuk terus menjaga kesihatan diri semasa menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, bakal haji perlu saling bekerjasama, memberi motivasi dan sokongan, saling membantu dan sebagainya.

“Hari ini kita telah mengadakan satu program khusus kepada bakal jemaah haji dari Parlimen Sepanggar seramai 25 orang dan kita dimaklumkan penerbangan pertama adalah pada 31 Mei ini.

“Saya berharap agar para jemaah haji untuk sentiasa menjaga kesihatan semasa berada di tanah suci dan mengambil peluang utnuk melipat gandakan ibadah kerana bukan mudah untuk kita berada di tanah suci ini dan kemungkinan hanya sekali seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan jemaah haji Parlimen Sepanggar 2024 di Surau Al-Ikhwan Taman Kuala Manggatal di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menyerahkan sumbangan kepada 25 bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Sepanggar.

Beliau turut mendoakan agar bakal jemaah haji pada tahun ini selamat pergi dan kembali ke tanah air.

“Bila berada di tanah suci, banyak pengalaman yang akan kita perolehi dan hikmah.  Justeru sepanjang berada disana, gunakan sepenuhnya peluang ini untuk menunaikan ibadah-ibadah yang perlu,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/25/bakal-jemaah-haji-diingatkan-jaga-kesihatan-ketika-di-mekah/feed/ 0 54982
Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan fizikal https://sabahmedia.com/2024/05/04/bakal-jemaah-haji-sabah-perlu-siapkan-diri-dari-aspek-mental-kekuatan-fizikal/ https://sabahmedia.com/2024/05/04/bakal-jemaah-haji-sabah-perlu-siapkan-diri-dari-aspek-mental-kekuatan-fizikal/#respond Sat, 04 May 2024 11:55:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53929
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu:  Bakal jemaah haji khususnya dari negeri ini diminta untuk mempersiapkan diri sama ada daripada aspek mental, kekuatan fizikal dan kefahaman jelas berhubung ibadah haji yang bakal dilaksanakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bakal jemaah haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan melakukan senaman ringan dan mengambil makanan sihat.

Katanya, ini adalah bagi memastikan bakal jemaah haji terus kekal sihat sepanjang berada di tanah suci.

“Para jemaah haji Malaysia adalah antara jemaah yang berdisiplin dan sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dan juga Tabung Haji (TH).

“Saya berharap bakal jemaah haji dari negeri ini juga akan mengekalkan disiplin diri semasa berada di tanah suci nanti dan terus menjaga nama baik negara.

“Bakal haji juga diingatkan untuk tidak meninggalkan senjata yang utama sebagai seorang Muslim dan mukmin iaitu sentiasa berdoa dan meletakkan pengharapan serta kebergantungan yang penuh kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji (KPH) peringkat negeri Sabah (Zon Pantai Barat) Musim Haji 1445H / 2024M di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama, Ketua Perundangan dan Sekretarial Kumpulan Jabatan Perundangan dan Sekretarial Lembaga Tabung Haji Mohd Shuhaimi Ismail; Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said dan Pengarah TH Sabah Ysudi Nasip.

Seramai lebih 400 bakal jemaah haji menyertai kursus berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.

Hajiji berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan TH yang sentiasa peka dan mengambil berat tentang kebajikan jemaah haji dari pelbagai aspek khususnya dalam soal ibadat.

“Saya turut difahamkan pada musim ini, TH terus menambah baik inisiatif yang diperkenalkan pada musim lalu untuk memudahkan urusan bakal haji di Tanah Suci,” katanya.

Terdahulu, kursus yang diadakan itu memberi lebih fokus kepada latihan praktikal manasik haji seperti tawaf, sa’ie, berwukuf dan melontar jamrah, sekali gus memberi sedikit sebanyak gambaran suasana sebenar di tanah suci. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/04/bakal-jemaah-haji-sabah-perlu-siapkan-diri-dari-aspek-mental-kekuatan-fizikal/feed/ 0 53929
Seorang jemaah haji Sabah meninggal dunia di Tanah Suci https://sabahmedia.com/2023/07/26/seorang-jemaah-haji-sabah-meninggal-dunia-di-tanah-suci/ https://sabahmedia.com/2023/07/26/seorang-jemaah-haji-sabah-meninggal-dunia-di-tanah-suci/#respond Wed, 26 Jul 2023 00:20:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38950
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Hanya seorang jemaah haji dari negeri ini dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci ketika menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jemaah lelaki warga emas berusia 75 tahun yang berasal dari Kudat itu meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan.

“Saya difahamkan ada seorang jemaah lelaki berusia 75 tahun dari kawasan Pantai Barat Utara iaitu Kudat meninggal dunia ketika menunaikan haji. Proses pengurusan jenazah jemaah berkenaan di Tanah Suci yang dikendalikan pihak Tabung Haji (TH) berjalan dengan lancar.

“Saya juga difahamkan pihak TH Sabah ada datang ke kampung arwah untuk menziarahi keluarganya dan ikut sama bertahlil dan berdoa untuk arwah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut kepulangan kumpulan pertama dan kedua jemaah haji Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, malam tadi.

Hadir sama menyambut ketibaan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah Wilayah TH Sabah dan Sarawak Datin Nurlaila Said.

Seramai 274 jemaah daripada 1,079 jemaah haji Sabah itu tiba semalam di KKIA menerusi dua penerbangan masing-masing pada jam 7.30 malam dan 8.10 malam tadi.

Hari ini dua lagi penerbangan dijangka akan tiba pada jam 6.10 petang dan 9.10 malam nanti di KKIA, manakala dua penerbangan lain dijadualkan tiba pada 30 Julai ini pada jam 5.15 pagi dan 7.30 petang.

Dalam pada itu, Arifin berkata, pihaknya berharap agar kouta jemaah haji dari negeri ini akan dapat ditambah pada tahun hadapan.

“Saya harap pada tahun depan akan bertambahlah kouta haji untuk Sabah.  Saya mohon kepada TH agar dapat memperjuangkan kouta untuk rakyat Sabah.

“Tapi alhamdulillah pada tahun ini sudah bertambah, biasa hanya dua penerbangan dan kali ini enam penerbangan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/26/seorang-jemaah-haji-sabah-meninggal-dunia-di-tanah-suci/feed/ 0 38950