Jemaah haji tabung haji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Jun 2024 09:32:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jemaah haji tabung haji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengurusan TH urus bakal jemaah haji lima bintang – Mutahar https://sabahmedia.com/2024/06/01/pengurusan-th-urus-bakal-jemaah-haji-lima-bintang-mutahar/ https://sabahmedia.com/2024/06/01/pengurusan-th-urus-bakal-jemaah-haji-lima-bintang-mutahar/#respond Sat, 01 Jun 2024 09:32:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55377
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : “Pengurusan Tabung Haji (TH) dalam menguruskan bakal jemaah haji boleh diberikan lima bintang,” kata Mutahar Abas,56.

Beliau merupakan antara 134 bakal jemaah haji kumpulan pertama dari Sabah yang berlepas pada jam 11.05 malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Penerbangan Mutahar yang ditemani isteri, Raha Mohammad Said dan ibu mertuanya Jawahil Baharom bersama bakal jemaah haji lain transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menaiki pesawat sewa khas haji untuk ke Tanah Suci yang dijadual berlepas pada hari yang sama.

“Selain apa yang disarankan, saya ingin ucapkan terima kasih pada TH sebab saya lihat apa yang mereka buat ini banyak mempermudahkan urusan kita melaksanakan haji ini.

“Pengurusan TH saya memang puas hati, saya boleh bagi lima bintang,” katanya ketika ditemui di KKIA, di sini, malam tadi.

Majlis pelepasan bakal jemaah haji kumpulan pertama itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Hadir mengucapkan selamat jalan isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Terdahulu, Mutahar mengakui bersyukur apabila terpilih menjadi antara bakal jemaah haji dari Sabah selepas menanti panggilan lebih 15 tahun.

“Saya mula mendaftar pada 2009, Alhamdulilah lebih kurang 15 tahun menunggu, tahun ini terpilih bagi menjadi tetamu Allah.

“Dalam tempoh itu, saya tidak pernah merayu dan hanya menanti untuk dipanggil dan perasaan amat gembira lebih-lebih lagi apabila dapat mengerjakan haji bersama isteri dan ibu mertua,” katanya.

Mutahar yang bekerja di sebuah bank di Beaufort berharap agar terus diberi kesihatan dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna seterusnya mendapat haji yang mabrur. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/01/pengurusan-th-urus-bakal-jemaah-haji-lima-bintang-mutahar/feed/ 0 55377