jemaah haji – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 May 2026 08:38:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jemaah haji – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Menabunglah seawal mungkin, giliran haji bukan singkat’ – Jemaah haji warga emas https://sabahmedia.com/2026/05/14/menabunglah-seawal-mungkin-giliran-haji-bukan-singkat-jemaah-haji-warga-emas/ https://sabahmedia.com/2026/05/14/menabunglah-seawal-mungkin-giliran-haji-bukan-singkat-jemaah-haji-warga-emas/#respond Thu, 14 May 2026 08:38:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96651
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: “Menabunglah seawal mungkin kerana menunggu giliran untuk menunaikan haji bukanlah dalam tempoh yang singkat,” kata Jasinah @Rosnah Abdul Rahman,72.

Bakal jemaah haji dari Kampung Raganan, Tuaran itu akan menunaikan Rukun Islam kelima bersama suaminya Amin @ Ahman Lausa @ Soley,75, selepas menunggu selama 16 tahun.

Jasinah berkata, kesabaran dan disiplin dalam menabung amat penting bagi memastikan impian menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat direalisasikan.

Menurutnya, beliau mula mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada penghujung tahun 2010 selepas berjaya mengumpul simpanan yang mencukupi untuk memenuhi syarat pendaftaran.

Jasinah @Rosnah Abdul Rahman ketika ditemui di KKIA – Foto Alexter Rosalia

“Saya menabung sedikit demi sedikit sehingga cukup jumlah yang diperlukan, kemudian terus membuka akaun dan mendaftar haji.

“Alhamdulillah, selepas 16 tahun menunggu, saya akhirnya menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama suami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan meneruskan perjalanan ke Jeddah pada 12.25 pagi pada Khamis.

Jasinah bersama suaminya merupakan antara 142 jemaah haji Sabah yang berlepas menggunakan penerbangan KT84 pada Rabu.

Bekas pengusaha kantin sekolah itu berkata, simpanan haji dibuat hasil daripada pendapatan perniagaan yang turut digunakan untuk membiayai persekolahan lima orang anaknya sebelum ini.

Katanya, walaupun suaminya hanya bekerja tidak tetap ketika itu, mereka tetap berusaha menyimpan sedikit demi sedikit demi merealisasikan impian menunaikan ibadah haji bersama.

“Kalau ada lebihan, kami simpan. Yang penting istiqamah dan jangan putus asa,” katanya.

Beliau yang kini mempunyai 13 cucu dan empat cicit mengakui sangat terharu apabila menerima tawaran daripada TH pada penghujung November tahun lalu.

“Saya sujud syukur apabila mendapat berita itu. Setiap kali selepas solat, saya sentiasa berdoa agar diberikan peluang menjadi tetamu Allah,” katanya.

Beliau turut memuji perkhidmatan TH yang disifatkannya sangat memuaskan, khususnya dalam memberi maklumat dan panduan secara berterusan kepada bakal jemaah.

Katanya, petugas TH juga sering mengingatkannya agar menjaga kesihatan memandangkan faktor usia.

Susulan itu, beliau turut mengamalkan rutin berjalan kaki dan bersenam lima kali seminggu sebagai persediaan fizikal sebelum berangkat ke Tanah Suci. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/14/menabunglah-seawal-mungkin-giliran-haji-bukan-singkat-jemaah-haji-warga-emas/feed/ 0 96651
Impian lebih dua dekad pasangan guru tunai haji bersama seluruh keluarga tercapai https://sabahmedia.com/2026/05/12/impian-lebih-dua-dekad-pasangan-guru-tunai-haji-bersama-seluruh-keluarga-tercapai/ https://sabahmedia.com/2026/05/12/impian-lebih-dua-dekad-pasangan-guru-tunai-haji-bersama-seluruh-keluarga-tercapai/#respond Tue, 12 May 2026 01:12:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96526
Read Time:2 Minute, 35 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

TAMPARULI: Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah haji bersama seluruh ahli keluarga akhirnya menjadi kenyataan selepas lebih dua dekad menabung secara konsisten melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Pasangan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, Wasili Idang,57, dan isterinya Jumainah Jaafar,55, bakal ke Tanah Suci bersama enam orang anak serta seorang menantu mereka, sekali gus merealisasikan impian yang disimpan sejak 1998.

Wasili berkata, dia bersama isteri mula membuka akaun simpanan TH pada 1998 untuk mereka dan diikuti setiap anak sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Wasili

“Kami mula menabung sejak anak pertama lahir pada tahun 1998. Apabila anak kedua lahir pada tahun 2000, kami buka akaun untuknya dan begitu juga untuk setiap anak yang seterusnya.

“Setiap bulan kami membuat potongan gaji secara berjadual. Selain itu, duit raya yang diterima anak-anak daripada saudara-mara turut disimpan ke dalam akaun Tabung Haji masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media pada majlis mengucapkan selamat berangkat kepada jemaah haji Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.

Jumainah

Majlis pelepasan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Wasili berkata, hasrat untuk menunaikan haji bersama seluruh keluarga semakin kukuh selepas pihak TH mengadakan pameran di sekolah beliau bertugas sekitar tahun 2009.

Beliau berkata, pada ketika itu, pihak TH mendapati beberapa akaun anak mereka telah melebihi jumlah minimum simpanan dan mencadangkan agar keluarga tersebut segera mendaftar untuk haji.

“Sebelum itu kami sangka apabila menabung, pendaftaran haji berlaku secara automatik. Rupanya menabung dan pendaftaran haji adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.

Pasangan itu kemudian mendaftar pada Oktober 2009.

Sementara itu, Wasili berkata, sebaik menerima tawaran haji, hanya lima ahli keluarga menerima tawaran menunaikan haji bagi musim tahun ini. 

Namun, beliau berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk membuat rayuan kepada TH agar tiga lagi anak mereka turut dipertimbangkan.

“Alhamdulillah, rayuan kami diluluskan. Kebetulan simpanan mereka juga telah mencukupi, sekali gus memudahkan urusan,” katanya.

Beliau berkata peluang menunaikan rukun Islam kelima bersama isteri dan anak-anak merupakan nikmat yang amat besar dan disyukuri.

“Sudah tentu kami sangat bersyukur. Peluang untuk menunaikan haji bersama-sama seluruh keluarga adalah satu rezeki yang tidak ternilai,” katanya.

Enam anak pasangan itu terdiri daripada mereka yang telah bekerja, seorang guru, pelajar universit, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan seorang lagi yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz di Negeri Pahang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mula menabung seawal mungkin dan melakukannya secara konsisten.

“Berdasarkan pengalaman kami, menabung secara konsisten amat penting. Mudah-mudahan apabila tiba rezeki, kita berpeluang menunaikan haji,” katanya.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tabung Haji, Yayasan Sabah serta institusi pendidikan anak-anak mereka yang membantu melancarkan persiapan ibadah tersebut.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang mempermudahkan urusan kami sekeluarga untuk menunaikan haji bersama,” katanya.

Selain Wasili dan isterinya, enam lagi anaknya Anis Maisara 28,Aina Mardhiah,26, Alya Maizah,24,Alysa Marina,20,Amira Mastura,18 dan Muhamad Azmel,16 serta suami kepada Anis iaitu Muhammad Aslam Jubair,30. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/12/impian-lebih-dua-dekad-pasangan-guru-tunai-haji-bersama-seluruh-keluarga-tercapai/feed/ 0 96526
142 bakal jemaah haji Sabah berlepas ke Tanah Suci https://sabahmedia.com/2026/05/11/142-bakal-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/ https://sabahmedia.com/2026/05/11/142-bakal-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/#respond Mon, 11 May 2026 13:09:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96506
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Seramai 142 bakal jemaah haji daripada Sabah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan KT77 malam ini.

Bakal jemaah haji itu merupakan kumpulan pertama daripada Sabah yang akan bertolak ke Tanah Suci pada jam 4.45 pagi pada Selasa menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines.

Majlis pelepasan bakal jemaah haji itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Pengarah Eksekutif Pengalaman Pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Mohamed Ameen S.M.A Abdul Wahab.

Hadir sama pada majlis pelepasan itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nurlaila Said.

Terdahulu, Mohamed Ameen ketika berucap berkata, penerbangan bakal haji hari ini merupakan penerbangan ke-77 daripada keseluruhan 100 penerbangan sewa khas haji yang disediakan untuk membawa seramai 31,600 bakal haji seluruh Malaysia pada tahun ini.

Katanya, penerbangan bakal haji dari Sabah ini akan bergabung dengan bakal haji dari Kuala Lumpur seramai 142 orang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 284 orang.

“Mereka akan berlepas daripada KLIA menaiki pesawat MH8150 dan dijangka tiba di Jeddah pada jam 8.40 pagi keesokan harinya waktu Arab Suadi pada hari yang sama,” katanya.

Mohamed Ameen berkata, para jemaah haji negara dinasihat agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata, ia termasuklah peraturan-peraturan yang digariskan oleh TH yang bertujuan bagi menjamin keselamatan jemaah serta melicinkan lagi proses mengerjakan haji.

“Saya juga berharap semua jemaah akan terus mendoakan keamanan negara serta dunia, agar operasi haji dapat berjalan dengan lancar, demi kesejahteraan semua jemaah haji, Insya- Allah.

“Saya mendoakan semua jemaah haji negeri Sabah diberikan kemudahan oleh Allah Subhanahu Wata’ala, dapat melaksanakan semua rukun dan wajib haji dengan sempurna,” katanya.

Penerbangan pertama bakal haji Sabah itu merupakan antara 1,195 orang bakal-bakal haji negeri ini dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini. – SABAH MEDIA / FOTO ALEXTER ROSALIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/11/142-bakal-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/feed/ 0 96506
Sentiasa patuhi nasihat TH sepanjang di Tanah Suci – Mustapha https://sabahmedia.com/2026/05/03/sentiasa-patuhi-nasihat-th-sepanjang-di-tanah-suci-mustapha/ https://sabahmedia.com/2026/05/03/sentiasa-patuhi-nasihat-th-sepanjang-di-tanah-suci-mustapha/#respond Sun, 03 May 2026 05:14:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96004
Read Time:1 Minute, 17 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa mematuhi nasihat dan arahan pihak berkuasa khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia adalah bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi haji berjalan lancar.

“Saya nasihatkan kepada semua bakal-bakal jemaah haji supaya dapat mendengar nasihat terutama daripada TH dan arahan dari masa ke semasa daripada Kementerian Luar Negeri kita supaya mereka akan terjaga jika ada masalah.

“Mohon hubungi segera TH supaya kita boleh dapat selesaikan masalah-masalah yang berlaku semasa di Tanah Suci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji dari Parlimen Sepanggar di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengarah Tabung Haji Sabah, Yusdi Nasip.

Seramai 55 bakal jemaah haji dari kawasan itu dijadual akan berlepas ke Tanah Suci bermula 11 Mei ini.

Dalam pada itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan jemaah haji Malaysia berikutan konflik Timur Tengah yang berlaku pada ketika ini.

Menurutnya, TH  bersama pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai persiapan rapi, termasuk usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi.

“Menteri Agama juga telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran ibadah jemaah haji kita,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak gusar kerana langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi melindungi kebajikan semua jemaah.

“Alhamdulillah, insya-Allah kita telah bersedia dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan mereka,” tambahnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/03/sentiasa-patuhi-nasihat-th-sepanjang-di-tanah-suci-mustapha/feed/ 0 96004
Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah https://sabahmedia.com/2025/05/17/jemaah-haji-malaysia-meninggal-dunia-di-makkah/ https://sabahmedia.com/2025/05/17/jemaah-haji-malaysia-meninggal-dunia-di-makkah/#respond Sat, 17 May 2025 15:03:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74005
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Seorang jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pada Jumaat akibat serangan jantung.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Allahyarhamah Norizah Tambonan,47, yang berasal dari Batu Pahat Johor itu meninggal dunia di Hospital Jiwar.

“Saya difahamkan Allahyarhamah tidak sempat untuk menunaikan umrah wajib, beliau berada didalam Masjid Al-Haram diserang sakit jantung, kemudian dibawa ke klinik berdekatan dan seterusnya ke Hospital Jiwar dan telah menghempuskan nafas terakhirlah di hospital tersebut.

“Jadi saya bersama seluruh warga Tabung Haji dan kerajaan merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.  Pusat Maklumat Operasi Makkah juga telah memaklumkan kematian kepada waris di tanah air dan menguruskan segala keperluan termasuk urusan pengebumian di Tanah Suci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelepasan Jemaah Haji Sabah di Raia Hotel di sini pada Sabtu.

Majlis pelepasan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nurlaila Said.

Mohd Na’im berkata, Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menziarahi keluarga Allahyarhamah di Batu Pahat pagi tadi bagi menyampaikan ucapan takziah.

Katanya, sumbangan awal sebanyak RM1,500 telah disalurkan dan ia merupakan sebahagian daripada perlindungan takaful haji yang dilanggan oleh Allahyarhamah.

Menurutnya, baki akan disalurkan setelah kelulusan pihak takaful diperoleh.

“Untuk makluman, Allahyarhamah telah melanggan dua kontrak pelan perlindungan Khairat Haji TH.  Oleh kerana beliau meninggal di Tanah Suci, maka perlindiungan dilipatgandakan.

“Waris yang dinamakan akan menerima keseluruhan manfaat khairat sebanyak RM48,000.  YH juga akan melaksanakan ibadah badal haji bagi pihak Allahyarhamah.  Ini bagi memastikan tanggungjawab ibadahnya tetap terlaksana meskipun telah dijemput Ilahi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/17/jemaah-haji-malaysia-meninggal-dunia-di-makkah/feed/ 0 74005
Kumpulan pertama 134 jemaah haji Sabah berlepas ke Tanah Suci https://sabahmedia.com/2024/05/31/kumpulan-pertama-134-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/ https://sabahmedia.com/2024/05/31/kumpulan-pertama-134-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/#respond Fri, 31 May 2024 13:25:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55355
Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Kumpulan pertama bakal jemaah haji daripada Sabah iaitu seramai 134 orang berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 11.05 malam ini.

Kumpulan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 1.40 pagi pada Sabtu dan dijadualkan bertolak ke tanah suci dengan penerbangan sewa khas haji pada hari sama.

Hadir mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan bakal haji itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Majlis pelepasan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato Setia Dr Mohd Naim Mokhtar.

Tun Juhar dalam ucapannya menasihati kesemua para tetamu Allah yang terpilih pada tahun ini untuk mengekalkan tahap disiplin yang tinggi di samping mematuhi segala arahan dan saranan daripada pihak Tabung Haji (TH).

“Umat Islam di negeri Sabah harus bersyukur, kerana TH sentiasa mengambil berat akan kebajikan para jemaah haji, dengan menganjurkan pelbagai kursus, serta menyediakan perkhidmatan dan kemudahan dengan infrastruktur yang baik, bermula di tanah air sehinggalah ke tanah suci.

“Para jemaah haji tidak perlu bimbang, ikhlaskan niat dan berlapang dada dalam melaksanakan ibadat haji dengan sempurna, selain mematuhi semua nasihat dan arahan yang diberikan oleh pihak TH,” katanya.

Sementara itu, Mohd Naim ketika berucap berkata, penerbangan bakal-bakal haji Sabah merupakan penerbangan ke-77 daripada keseluruhan 100 penerbangan sewa khas haji.

Katanya, penerbangan yang disediakan itu adalah bagi membawa seramai 31,600 orang bakal haji Malaysia bagi musim Haji 1445H/2024M.

Tambahnya, seramai lebih 22,800 orang bakal haji negara kini telah berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Beliau turut mengingatkan bakal-bakal haji untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang berada di tanah suci memandangkan pelaksanaan ibadat ini memerlukan minda dan fizikal, di samping undang- undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Saya ingin menasihati agar jemaah negara mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi mahupun peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh TH kerana semua ini bertujuan menjamin keselamatan jemaah serta melicinkan lagi proses mengerjakan haji,” katanya.

Penerbangan bakal haji dari Sabah ini akan bergabung dengan bakal haji dari Pulau Pinang seramai 142 orang, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 276 orang.

Mereka akan berlepas daripada KLIA menaiki pesawat MH8152 yang dijadualkan pada 1 Jun 2024 jam 4.45 pagi dan dijangka tiba di Jeddah pada jam 8.40 pagi waktu Arab Saudi pada hari yang sama. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/31/kumpulan-pertama-134-jemaah-haji-sabah-berlepas-ke-tanah-suci/feed/ 0 55355
17 bakal jemaah haji disantuni ADUN Lumadan https://sabahmedia.com/2024/05/22/17-bakal-jemaah-haji-disantuni-adun-lumadan/ https://sabahmedia.com/2024/05/22/17-bakal-jemaah-haji-disantuni-adun-lumadan/#respond Wed, 22 May 2024 08:57:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54846
Read Time:1 Minute, 4 Second

Beaufort : Seramai 17 bakal jemaah haji sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan telah disantuni Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ruslan Muharam di sini hari ini.

Ruslan berkata, ziarah ke rumah bakal-bakal jemaah haji itu adalah antara lain bagi berkongsi pengalaman beliau yang pernah menunaikan haji pada 2005.

“Hari ini kita telah mengadakan satu program ziarah bagi menyantuni bakal-bakal jemaah haji dari kawasan DUN Lumadan iaitu seramai 17 orang. 

“Dalam program ini, kita telah datang ke rumah-rumah mereka untuk berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai jemaah haji yang sudah pernah menunaikan haji pada 2005 selain memberi sedikit kata-kata semangat kepada mereka,” katanya.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, beliau turut mendoakan agar semua bakal jemaah haji khususnya dari kawasan DUN Lumadan selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Beliau turut meminta agar bakal jemaah haji untuk sentiasa menjaga tahap kesihatan dan diberikan ketenangan selain mendapat keberkatan Allah S.W.T.

“Sudah tentu mereka sangat senang hati dan gembira kerana peluang untuk menunaikan ibadah haji ini sudah sekian lama dinantikan dan mungkin ada antara mereka sudah lebih 10 tahun menanti.

“Perasaan yang sukar digambarkan itu juga kita tidak dapat rasa namun saya yakin, inilah peluang berharga yang dinantikan para bakal jemaah haji,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/22/17-bakal-jemaah-haji-disantuni-adun-lumadan/feed/ 0 54846
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas https://sabahmedia.com/2024/05/16/jemaah-haji-digalakkan-kerap-minum-air-elak-terdedah-cuaca-panas/ https://sabahmedia.com/2024/05/16/jemaah-haji-digalakkan-kerap-minum-air-elak-terdedah-cuaca-panas/#respond Thu, 16 May 2024 04:27:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54468
Read Time:1 Minute, 47 Second

BERNAMA

Makkah: Cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 45 darjah Celcius boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan kepada jemaah haji tetapi juga petugas yang berada di Tanah Suci ketika ini.

Berikutan itu Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.

“Cuaca yang panas 35 hingga 45 darjah Celsius merupakan cabaran kepada jemaah jadi jangan terlalu terdedah.

“Minum air secukupnya supaya dapat jaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya kepada petugas media dalam sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini semalam.

Selain itu beliau yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH juga menasihati jemaah haji untuk sentiasa menjaga keselamatan berikutan penempatan hotel di Mekah berlainan daripada Madinah yang lebih hampir dengan Masjid Nabawi.

“Penempatan di Mekah adalah di keliling Masjidil Haram iaitu dengan jarak 400 hingga 900 meter dan ketika ini belum banyak lagi jemaah tiba di Mekah yang menyebabkan ada ketika suasana lewat malam dan awal subuh agak sunyi.

“Jadi saya mengharapkan jemaah agar menjaga keselamatan mereka serta jalan secara berkumpulan dan tidak sendirian kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini terhadap keselamatan mahupun barangan mereka,” katanya.

Sementara itu bagi seorang petugas TH di bahagian Pos Laju, Zulhairi Ismail, 41, mengakui keadaan cuaca panas memerlukannya mengambil beberapa langkah berhati-hati untuk mengelak daripada kesihatan terjejas bagi memastikannya dapat terus menyantuni jemaah haji.

“Sejak dari tanah air lagi hasil pembacaan dilakukan berhubung keadaan cuaca di sini. Saya telah bersedia dengan beberapa kelengkapan seperti krim pelembab untuk badan dan bibir.

“Memang diakui walaupun matahari tak nampak, tetapi keadaan agak bahang menyebabkan kulit dan bibir cepat menjadi kering. Alhamdulillah dengan persediaan dilakukan termasuk memakai pelitup muka serta memakan vitamin, saya dapat mengurangkan masalah berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Seorang daripada jemaah, Siti Mariam Mohamad, 70, dari Perlis berpendapat keadaan cuaca di Madinah lebih panas berbanding di Mekah.

Beliau yang baharu sahaja tiba di Mekah pada Selasa lepas dan kini menginap di Hotel Abraj Al Janadiriyah memaklumkan mengamalkan minum dengan kerap termasuk air Zam-Zam untuk mengelakkan cepat letih serta memastikannya terus dapat beribadah.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/16/jemaah-haji-digalakkan-kerap-minum-air-elak-terdedah-cuaca-panas/feed/ 0 54468